Sunday, February 19, 2012

Post : Kawan





menjelang hari-hari terakhir persiapan.
jika di kira. hampir kesemua barang dah di hantar ke pak andam. dah jugak pegi scaling n ambil acuan untuk buat crowning. bila dah pasang crowning kat gg nanti aku tunjuk kat blog. semua persiapan untuk perkahwinan. :)..

dalam kesibukan hal sendiri sekolah masih macam biasa. sibuk mengejar prestasi yang entah bila akan berhenti. mula-mula pemantauan nazir untuk new deal. kemudian sekolah kluster pulak. terasa bebanan makin menghantui. mana sempat dah nak tanda buku. nak pk persiapan majlis. nak apointment doktor sana sini.

yang tinggal hati ahad. itu pun dah sibuk nak basuh baju dan kemas rumah. rasa macam mengarut je bila tiap2 hari sabtu kena bekerja. bukan rela. tapi paksa rela. haihs...
even kerja swasta pun sabtu cuti. kami bukan lah buruh asing.
macam tu la kalau orang yang dah patut pencen di berikan masa untuk terus berkhidmat. lagi suka bermesyuarat dan membebel. tapi tak produktif.

lupakan semua persiapan. lupakan semua persekolahan.
aku mahu mengungkap kata di atas.


kadang-kadang kita perlu melupakan seseorang di masa lampau kita dengan sebab yang mudah. mereka tidak perlu ada di masa hadapan kita.

dulu-dulu, aku pernah punyai kawan rapat. kira budak-budak gelar BFF la.. aku bukan tak sayang dieorang. sayang. sepenuh jiwa raga. rasa seronok bila sama-sama. semua yang masa lampau macam kembali segar. kawan-kawan. prep. kehidupan asrama. tapi mcm aku yang menghulur salam sendiri.
kawan-kawan rapat aku dulu makin jauh jaraknya. makin terpencil kelibatnya.

dan dengan itu, aku tahu.
aku perlu melupakan mereka.
kehidupan akan tetap seperti biasa. walaupun aku kehilangan mereka. mereka juga tidak perlu muncul lagi dalam kehidupan aku masa akan datang.
biar semua yang pernah kami lalui bersama menjadi satu sejarah hidup yang kami pernah lalui.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers