Tuesday, July 12, 2011

|kisah|kawen|muda|episod|2|

antara 2 kes yang aku sebut dalam cerita sebelum ini menjerumuskan kedua-dua anak perempuan tersebut kawen dalam usia yang muda beranak dalam usia yang muda. betul la orang tua cakap.
kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
kalau kail panjang sejengkal. lautan dalam jangan di duga.

macam aku agak pada awal perkahwinan dieorang. dieorang sangat muda nak menilai alam rumah tangga. kalau matang. aku tak kisah dia nak kawen umur 18. gedik dia aja dah tau. dia belum puas muda.

kes 1 - nurul

macam entri sebelum ni. nurul pun dikahwinkan atas sebab keterlanjuran. nurul bercinta mati dengan suami dia. kalau tak bercinta. tak adalah membawa ke bilik tidur. diaorang tak dipaksa pun buat anak tanpa ikatan. tu semua atas kerelaan.

dikahwinkan tanpa lelaki tu kerja lagi. mana nak menanggung anak bini. sekolah dah kantoi. tak habis. nak cari kerja pun jadi masalah. keluarga pakcik yang suka ngumpat aku tu dah diam tak terkata. sebab malu dengan persekitaran. dieorang hantar nurul bersalin dekat rumah mentua.

ok. mentua baik. sebab anak yang termengandungkan anak orang.

anak pertama 7 bulan. nurul disahkan mengandung lagi. anak muda. memang subur dan nafsu membara. hihi.

tapi yang sakit. sejak nurul mengandung anak kedua. laki dia hantar balik kampung sini. balik rumah mak bapak. then laki dia tinggal macam tu je.
laki tak kerja.
nurul mak bapak jaga.
anak dah dua.

kes 2 - iza

iza pun kawen muda tapi itu semua pilihan hati. dia bangga waktu tu. mendabik dada sebab laku waktu muda. sedangkan aku. yang tua 7 taun dari dia time tu maseh terkedek2 stadi dan takde pulak merancang untuk kawen lagi.
time tu aku rasa aku tahun akhir degree. eh tak. dah sem last untuk degree. tengah tunggu untuk praktikal. fine. aku pasrah je.

laki dia yang arwah bapa dia gembar gemburkan kaya tu rupanya cuma nelayan kat kuala kota tinggi. berpanas berjuang tengah lautan. adek beradik masih ramai yang kecik. dia sebagai abang sulung menanggung adek yang kecik2 tu.

tapi dah jodoh iza. sekarang dah beranak satu. dan dah hampir 2 tahun berlalu. iza dah buat rumah atas tanggungan mak iza. mak iza taknak bagi iza pergi duduk kat kuala kota tinggi. dia nak anak dia depan mata. dia taknak iza susah kat sana.

mak iza bagi rumah. bagi motor kat laki iza. suruh laki iza kerja kilang. dan lupakan hidup nelayan.

tapi sebab iza tak puas muda. bila laki dia pujuk balik kuala. dia takmahu. dia cakap kat sana hidup susah. dia rela laki dia tinggal dia kat sini. yang penting dia taknak ikut.
bila aku risik.

mudah aje dia jawab. dia dah takde hati dekat laki dia tu.
dan sekarang galak kawan dengan duda anak 3.
hmm. senang betul.
sekarang tengah tunggu keputusan mahkamah.
mintak cerai.


nope. aku bukan nafikan kawen muda tak elok. langsung tak. tapi aku cuma nak. sapa - sapa yang terfikir perkahwinan adalah penghujung kehidupan. semua itu adalah salah. perkahwinan bermakna selesainya perjuangan hidup. itu pun salah.
aku anggap.
perkahwinan itu satu gerbang hidup dunia baru.
aku perlu bersedia banyak benda sebelum melangkah ke hidup dunia baru. aku kena kukuhkan ekonomi. aku kena ada pegangan hidup. kena ada kesabaran. rasa ingin berkongsi yang tinggi.

sebab aku percaya. perkahwinan itu satu perkongsian yang indah. mendidik jiwa yang selama ini aku hidup sendiri kepada mendidik jiwa untuk berkongsi. mendidik jiwa menerima keluarga asing dalam hidup baru aku. menerima sebuah keluarga yang tidak berbelah bahagi kasihnya kepada dua.

aku bakal punya 2 ayah. 2 ibu. adik beradik yang sedia ramai akan bertambah. anak sedara aku yang cukup ramai akan bertambah.
bukan mudah mendidik jiwa sendiri. keluarga suami. ialah keluarga sendiri.

cuma. apa yang aku kongsikan fikirkanlah kembali.
tak kisah kalau kau kawen muda. kau berjiwa matang. kau bersedia.
aku alu alukan.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, July 11, 2011

| bersih | vs kahwin | muda |

hari ini sampai rabu. cik lina cuti. yes. tak sekolah. tak pyh sebok - sebok gosok baju. tak sakit tekak nak menjerit.

lepas ni semoga makin bersemangat waja untuk teruskan aktiviti dan mendidik anak watan.

dah lama tak bicara soal cinta. nak mengurus diri sendiri pun aku rasa tak sempat. apatah lagi menjelang bride to be. sempat jugak aku pergi wedding sana sini nak mencari idea. tak lekang jugak. pegi majlis kat kampung - kampung makcik nenek kat dapor sebok bergosip pasal kisah rumah tangga orang lain. haish..haish..

oh2. sebelum terlupa. tahniah untuk semua pelajar KPLI ambilan Jan 2010..selamat berkonvo secara besar - besaran kat presint 3 putrajaya.

sekarang ni memang orang tengah kecoh sana sini pasal bersih. bersih. bersih. naek muak aku dengar. malas jugak nak komen lebih - lebih sebab isu politik. politik sangat sensitif apatah lagi kalau pihak yang tak boleh dikiritik. cepat aje nak melenting.

sampai kan kat facebook pun ada yang menghentam kawan sendiri padahal hanya ada perbezaan pendapat pasal pasal parti yang dipilih. bukan main lagi berdebat. padahal ikan bilis aje tu. macam la pernah berkawan dengan ikan toman ke..ikan jerung ke. haish. singkat akal.

aku pelik bin ajaib gak bila ramai la orang malaysia yang tak sedar. kita ni walaupun sistem demokrasi. tapi kita juga mempunyai sistem raja berdaulat. raja-raja melayu tak sama dengan sistem beraja negara lain. even dalam lagu. dalam kita punya ikrar. memang ada sebut pasal kesetiaan pada raja dan negara. even dalam lagu negara ku pun ada sebut.

sebut soal bersih. ok.
bila baca. aku setuju. benda asal yang diperjuangkan tak salah.. takde salahnya. cuma pendekatan yang digunakan dengan perhimpunan haram macam tak bijak. alasan dieorang. kebebasan hak bersuara. ada ke dalam ikrar yang selain budak sekolah dan cikgu sekolah yang selalu ikrar tiap pagi isnin..orang lain baca?

itu la yang jadi.

terus aku pk. memang patut sebelum apa pun berlaku. perhimpunan untuk nyanyi lagu negaraku dan ikrar setiap pagi tu berasas.

salah satu sebabnya supaya kita sedar diri. ingat balik teras negara.

ok. fine.
aku tak suka subjek sejarah sebab aku jenis analatikal person. math's is about number. not fact. but formula.

tapi aku tetap tak bodoh dengan apa yang aku percaya.

tak minat aku nak ulas panjang - panjang. lagipun yang bawahan. yang dikawal emosi ni semua orang yang singkat akal. pandai dalam pelajaran. kurang dari pegangan.

nak cerita pasal kawen muda sebenarnya. eh. tapi lebih kepada fact yang aku kumpul. kira kat sini ada 2 kes. 2 kes yang tak jauh dari lingkungan yang aku boleh update source tiap kali aku tanya saudara mara terdekat aku.

kes 1 - kahwin muda sebab terlanjur

orang selalu cakap. kena kawen muda untuk elak keterlanjuran dalam perhubungan. semua orang berlumba - lumba mencari pasangan. sama la cerita ni. budak ni betul-betul seumur adek aku. time dia habis SPM means aku dah habis menuntut diploma. aku maseh ingat betapa dia pandang rendah kat aku masa aku cuma amik diploma. tu pun kat kampus kecik. siap banding kan aku dengan rakan sebaya aku yang tak pergi asrama waktu tingkatan 3. dia nak cakap. betapa bagusnya duduk depan muka mak bapak.

tapi aku kan memang jenis malas nak amik port hal camtu. aku buat tak tau je umpat keji dia tu. aku tau. bumi sfera. dan berputar tiap masa. hari tu dia kutuk aku. sampai masa orang akan kutuk anak dia pulak.

atas keyakinan dan berserah. akhirnya sampai masa anak dia meneroka zaman remaja tanpa kongkongan. sambung belajar kolej swasta sebab anak dia tak sepandai aku. kongkongan yang anak dia dapat ketika dewasa langsung tak sama macam aku dapat pada usia muda aku.

ok. gelar anak dia nurul.

nurul lupa. mak ayah dia punya bergolok bergadai sekolah kan dia. nurul lupa mulut ayah dia lancang suka kutuk anak orang. nurul pun lupa. usia muda hanya sekali. sebab kealpaan nurul. dia tak habis belajar kolej swasta. dia balik bawak perut. nasib family dia takde yang menghidap penyakit jantung.

usung perut dan minta dikawenkan.

akhirnya nurul kawen muda. sebab dah mengandung.

kes 2 - kawen muda sebab bercinta.

ok. kali ni wataknya iza. iza umur dia muda 7 tahun dari aku. iza memang, family dia suka cakap besar. arwah ayah si iza selalu cakap. iza akan dapat jodoh baik. memang. iza nasib baik. dia bercinta. restu keluarga mungkin. iza kawen umur 18 tahun. kenal dengan suaminya 6 bulan sebelum ikat janji.

arwah ayah iza selalu cakap kat aku. iza dah kawen akan senang. laki dia kaya. laki dia semua dah ada. rumah. harta. memang tak boleh di banding. ok. aku dengar je tak amik port pon. aku cuma balas sinis

untung iza. dapat laki kaya.

fine. dah dua pihak setuju.

dieorang pun di kahwinkan..


sebab post dah terlalu panjang. aku buat siri 2 untuk isu kawen muda. dua2 kes ni tak selesai lagi

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, July 1, 2011

doh comel untuk murid

sebab mahu keputusan anak murid cemerlang time pksr. chegu pun sebok berjanji. sapa dapat A dalam subjek matematik. akan dapat hadiah. ternyata. hadiah memang boleh mengaburi mata budak - budak untuk stadi lebih gigih dan buat kerja rumah.

dari 3 orang sahaja yang A. pksr dah jadi 14. chegu sangat suka sampai terlupa nak sediakan hadiah apa untuk mereka semua kenduri. hhihi.

maka terpaksa la chegu pergi merata. nak beli buku macam hadiah yang lepas. terus jadi tak larat sebab mahal.. so chegu guna kemahiran yang ada nak buat kraftangan. dengan harapan. anak murid suka dan terus bersemangat untuk berusaha terus dapat A.

maka terus upload gamba tanpa susun ikut urutan. tapi sebab ada caption. harap semua faham.

ini antara hasil setelah dapat keypoint camne nak buat acuan doh comel tu

ini doh comel telah di letak atas kain hijau striking yang dibuat dompet comel

ingat lelaki nak kasi burung ni. tapi macam tak jadi. haha. kensel

ini adalah contoh kepada semua acuan yang telah dibuat

ini pula doh permulaan. mula-mula potong dan jait. sangat hodoh dan hampir putus asa. naseb baik sebab chegu selalu pesan kat budak jangan putus asa. maseh juga cuba buat sampai la terjadi hasil kat atas tadi. huuuuuu. kagum.

tengok....kain tu hancur lagi. tengah godeh - godeh camne nak buat supaya dapat doh yang sangat comel
tadaaaaa...doh dah siap. kena letak butang comel pulak.

rupa setelah chegu lekatkan 3 ketul butang comel. maka.

sekian.


hihi. nak tempah pun boleh. murah je. chegu jual untuk tempat letak handset rm 5.5o aje.
feel free to contact me...:)

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers