Monday, July 11, 2011

| bersih | vs kahwin | muda |

hari ini sampai rabu. cik lina cuti. yes. tak sekolah. tak pyh sebok - sebok gosok baju. tak sakit tekak nak menjerit.

lepas ni semoga makin bersemangat waja untuk teruskan aktiviti dan mendidik anak watan.

dah lama tak bicara soal cinta. nak mengurus diri sendiri pun aku rasa tak sempat. apatah lagi menjelang bride to be. sempat jugak aku pergi wedding sana sini nak mencari idea. tak lekang jugak. pegi majlis kat kampung - kampung makcik nenek kat dapor sebok bergosip pasal kisah rumah tangga orang lain. haish..haish..

oh2. sebelum terlupa. tahniah untuk semua pelajar KPLI ambilan Jan 2010..selamat berkonvo secara besar - besaran kat presint 3 putrajaya.

sekarang ni memang orang tengah kecoh sana sini pasal bersih. bersih. bersih. naek muak aku dengar. malas jugak nak komen lebih - lebih sebab isu politik. politik sangat sensitif apatah lagi kalau pihak yang tak boleh dikiritik. cepat aje nak melenting.

sampai kan kat facebook pun ada yang menghentam kawan sendiri padahal hanya ada perbezaan pendapat pasal pasal parti yang dipilih. bukan main lagi berdebat. padahal ikan bilis aje tu. macam la pernah berkawan dengan ikan toman ke..ikan jerung ke. haish. singkat akal.

aku pelik bin ajaib gak bila ramai la orang malaysia yang tak sedar. kita ni walaupun sistem demokrasi. tapi kita juga mempunyai sistem raja berdaulat. raja-raja melayu tak sama dengan sistem beraja negara lain. even dalam lagu. dalam kita punya ikrar. memang ada sebut pasal kesetiaan pada raja dan negara. even dalam lagu negara ku pun ada sebut.

sebut soal bersih. ok.
bila baca. aku setuju. benda asal yang diperjuangkan tak salah.. takde salahnya. cuma pendekatan yang digunakan dengan perhimpunan haram macam tak bijak. alasan dieorang. kebebasan hak bersuara. ada ke dalam ikrar yang selain budak sekolah dan cikgu sekolah yang selalu ikrar tiap pagi isnin..orang lain baca?

itu la yang jadi.

terus aku pk. memang patut sebelum apa pun berlaku. perhimpunan untuk nyanyi lagu negaraku dan ikrar setiap pagi tu berasas.

salah satu sebabnya supaya kita sedar diri. ingat balik teras negara.

ok. fine.
aku tak suka subjek sejarah sebab aku jenis analatikal person. math's is about number. not fact. but formula.

tapi aku tetap tak bodoh dengan apa yang aku percaya.

tak minat aku nak ulas panjang - panjang. lagipun yang bawahan. yang dikawal emosi ni semua orang yang singkat akal. pandai dalam pelajaran. kurang dari pegangan.

nak cerita pasal kawen muda sebenarnya. eh. tapi lebih kepada fact yang aku kumpul. kira kat sini ada 2 kes. 2 kes yang tak jauh dari lingkungan yang aku boleh update source tiap kali aku tanya saudara mara terdekat aku.

kes 1 - kahwin muda sebab terlanjur

orang selalu cakap. kena kawen muda untuk elak keterlanjuran dalam perhubungan. semua orang berlumba - lumba mencari pasangan. sama la cerita ni. budak ni betul-betul seumur adek aku. time dia habis SPM means aku dah habis menuntut diploma. aku maseh ingat betapa dia pandang rendah kat aku masa aku cuma amik diploma. tu pun kat kampus kecik. siap banding kan aku dengan rakan sebaya aku yang tak pergi asrama waktu tingkatan 3. dia nak cakap. betapa bagusnya duduk depan muka mak bapak.

tapi aku kan memang jenis malas nak amik port hal camtu. aku buat tak tau je umpat keji dia tu. aku tau. bumi sfera. dan berputar tiap masa. hari tu dia kutuk aku. sampai masa orang akan kutuk anak dia pulak.

atas keyakinan dan berserah. akhirnya sampai masa anak dia meneroka zaman remaja tanpa kongkongan. sambung belajar kolej swasta sebab anak dia tak sepandai aku. kongkongan yang anak dia dapat ketika dewasa langsung tak sama macam aku dapat pada usia muda aku.

ok. gelar anak dia nurul.

nurul lupa. mak ayah dia punya bergolok bergadai sekolah kan dia. nurul lupa mulut ayah dia lancang suka kutuk anak orang. nurul pun lupa. usia muda hanya sekali. sebab kealpaan nurul. dia tak habis belajar kolej swasta. dia balik bawak perut. nasib family dia takde yang menghidap penyakit jantung.

usung perut dan minta dikawenkan.

akhirnya nurul kawen muda. sebab dah mengandung.

kes 2 - kawen muda sebab bercinta.

ok. kali ni wataknya iza. iza umur dia muda 7 tahun dari aku. iza memang, family dia suka cakap besar. arwah ayah si iza selalu cakap. iza akan dapat jodoh baik. memang. iza nasib baik. dia bercinta. restu keluarga mungkin. iza kawen umur 18 tahun. kenal dengan suaminya 6 bulan sebelum ikat janji.

arwah ayah iza selalu cakap kat aku. iza dah kawen akan senang. laki dia kaya. laki dia semua dah ada. rumah. harta. memang tak boleh di banding. ok. aku dengar je tak amik port pon. aku cuma balas sinis

untung iza. dapat laki kaya.

fine. dah dua pihak setuju.

dieorang pun di kahwinkan..


sebab post dah terlalu panjang. aku buat siri 2 untuk isu kawen muda. dua2 kes ni tak selesai lagi

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

  1. for me. bersih 2.0 was just another street rallies like pemuda umno always did b4. but the way our police acted against the bersih supporters was cruel n unacceptable.

    ReplyDelete
  2. acap : sebab benda tu dah diperbesarkan.
    kan ada orang cakap. lagi baik mencegah dari mengubati.

    ReplyDelete

page

Followers