Monday, November 29, 2010

adakah dia soulmate kamu?

selalunya orang cakap, orang yang sedang hangat bercinta memiliki ikatan dari segi emosional dan spiritual..korang pernah rasa x? huhu..yelah. konon2..dengan dengar suara ke..tengok gerak badan je dah boleh agak emosi pasangan korang?
wah..
wahahaha...

sebenarnya..rahsia pasangan kekasih kekal lama dan terus berkekalan adalah :
persefahaman.

ala..asas la kan. dalam bercinta ni sebenarnya yang perlu adalah
1. kepercayaan
2. tolak ansur

yang lagi satu tetiba je otak aku blank bila tengok ewah2 tv3 ni. haha. macam tak menjana minda je.
ni melayan kan aliff dan ain la ni. siap tersepak2 aku makan kueh cucur badak n goreng pisang. eish budak2. sedap sangat makan la tu. tadi bukan main tanak bila mak aku pelawa. last2 semua dia sebat. ceh!

aku nak bagitau sebenarnya macamana nak tau orang yang kita berpasangan tu sebenarnya soulmate kite ke tidak. yang pertama da sebut kan..persefahaman. contoh dalam persefahaman adalah..korang selalunya dapat melalui segala aspek kehidupan susah senang bersama - sama la. kalau kamu berdua rasa masalah apa pun boleh setel.

yang kedua..korang tengok..pasangan korang tu cover2 tak makan ke...bergaya depan korang. cube korang telek2 pakaian ke..gerak geri ke...gaya rambut ke..tak pun tengok cara dieorang bcakap. macam di buat2 ke atau spontan je. biasenye kalau macam berpura2 tu. tak lama la hubungan korang

then macam aku cakap memula la tadi. dari gerak geri..boleh tak korang tau ape yang dieorang nak ke..ape yang dieorang rasakan. selalunya kalau korang boleh baca gerak geri korang..memang la korang tu pasangan yang sesuai. lebih2 lagi kalau korang pi dating..
rasa macam tenang je. selesa..dan tak tertekan.

*************************************

bf aku cakap..rindukan perasaan suci berkawan time sekolah2 dulu. hihi. kalau kawan dengan orang tu pun sebab betul2 minat.

dan sebab tu la aku tulis topik ni..betul ke tidak pasangan yang kita pilih tu pasangan yang betul.
yela.
tengok zaman sekarang.
ramai sangat kes cerai berai berlaku. satu yang sangat memfobiakan diri. eish2.
tetiba je aku terfikir nak kaitkan bende ni dengan kes penceraian.
yela.

tak kan tak tpk. bercinta dulu punya la indah. tetiba kawen je nak cerai berai je. knape ek?

pastu aku pon tengah terpk2. tapi selalunya cerai ada banyak sebab.

******************************************************
dalam hal ni nak salahkan sapa?
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, November 28, 2010

bersediakah anda untuk komitmen?

semalam, hujan lebat sangat. hujan yang macam dah lama tak hujan siap petir dan guruh sambung menyabung. siap jugak la tendangan pada kotak suis eletrik sampai takde bekalan elektrik hm... dasat.

sebenarnya aku punya entri lebih nak ucap tahniah pada shima. tahniah atas pernikahan dengan pasangan pilihannya. sory tak dapat pergi sebab kaki aku sedang melalui proses pengubatan. muka bahagia shima hari ini pun setelah melalui perit bercinta. perit berkasih dan akhirnya putus si tengah jalan. nasib dia seorang yang tabah.


*************************************************
tajuk aku tu tade kait mengait pun dengan ucapan kat ats tu sebenarnye. hehe.
tetiba je soalan tu timbul kat kepala otak aku.
yelah. semalam...ada majlis khatam quran anak murid mak aku. so mak dan makcik budak tu pun bawala makanan untuk meraikan khatam quran anak dia tu. dan anak sedara aku kebetulan bercinta sepupu.
antara topik perbualan diaorang adalah nak ikat ank sedara aku tu dengan pasangannya.
anak sedara aku ada setahun lagi utk abiskan degree. tapi tak kisah rasanya sebab bf dia dah keja n baru je beli kereta.

yela.
aku kan dah melalui dulu usia keremajaan tanpa ikatan lagi. so aku cakap ah kat dia. takde apa yang dia tunggu da.
lepas degree dah boleh terus kawen. untung macam abang aku jugak. umur baru menjangkau 44 tahun. anak dia yang sulung dah nak kawen. haha. rasa awal pn cucu. aku kan penasihat terunggul. nasihat orang je tau.
cuba sendiri.
mati2 akan kata taknak. heheheh..

memang.
dulu..masa aku belajar, tak pernah pulak aku terfikir nak kawen dulu. sampai la ni. tak kawen - kawen lagi. dan adalah tanggungjawab mak sedara untuk
menghalang anak sedara dan adek mengikuti langkah yang aku buat.

aku banyak kali jugak kan cakap. aku sebelum ni takut nak ada komitmen. rasa macam satu yang mengerikan. tapi terasa cukup TERASA. (phm x?) ..haha..
bila....

kau nampak kawan-kawan kau jalan - jalan kat pasar kampung bawak anak yang dah pandai berlari2 sorang dan kendong lagi sorang. lepas tu jumpa kau buat muka teruja nak tunjuk anak. hehe. dan soalan yang biasa di tanya adalah
bila kau nak langsung??
time tu kau mesti terfikir, banyak banyak soklan dalam dunia ni. kenapa kawan kau asal jumpa kau je tanya soalan keramat tu. eceh!..menyampah ok.
kalau tak kuat boleh jadi gila meroyan mengalahkan orang melahirkan bayi kena tinggal suami.
haha. ngarut memang pandai.

walaupun analogi tu kurang sesuai. tapi soalan kawan - kawan aku tu tanya sebenarnya berbalik pada tajuk yang aku bagi kat atas ni.
bersediakah aku untuk komitmen tersebut

dan dalam lebat - lebat hujan semalam. bila aku fikir2 balik. aku terasa macam nak kawen menjelangnya matahari hari ni. haha. kemaruk kan.

tapi aku percaya. perancangan yang dah di tetapkan untuk hidup aku adalah yang terbaik di atur oleh NYA. aku seorang yang sangat berserah dalam apa jua keputusan yang datang.
dan kamu semua.
baik tanya diri.
bersediakah kamu untuk komitmen?

dan tugas yang utama sekarang adalah.

"pujuk ank sedara n adek spy kawen cepat.."

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, November 24, 2010

sayang yang di kongsi

rabu.
24 November 2010.
sebelum cerita benda suka ria. aku mau berkongsi duka.
norazah hilang smart tac dan GPS pesona. kesian dia. hati aku dah terdetik. tidak hilang ke benda tu tinggal di kereta. tapi..aku tak bercakap. sebab selalunya aku tidak endahkan bicara hati sendiri. itula namanya kurang kepercayaan diri. semua kejadian tu berlaku di sumway pyramid. tempat suka ria siang tadi. hmm..benda dah nak jadi.

dan seperti yang dah tertulis di atas. mari aku ceritakan. budak kampung hari ini main atas ais. itu kali pertama aku sarung kasut yang boleh meluncur2. kecik - kecik dulu pun aku tak pernah dapat kasut yang ada roda kat bawah. apatah lagi ada roller blade sendiri. yela. kat kampung aku nak melasak kat mana benda tu? court badminton pun cuma ada kat balai raya. kalau nak main kat ats tar. zaman dulu - dulu kampung aku pun tak bertar. kesian bukan..

dan hari ini. saya melakar sejarah untuk diri sendiri. main ice skating. tersangat la cuak saat pertama kali pijak ais batu tu. nasib ada norazah dan ing boon keong tolong pegang. kalau tak aku tak kan sanggup nak pijak ais tu lagi. pagi2 tempat ice skating tu tak serabut lagi. yang ada pun beberapa orang. boleh belajar dengan senang hati tanpa runsing kena langgar.

aku cuba gak la bergerak perlahan - lahan. rekod jatuh adalah 3 kali sepanjang permainan yang kebanyakannya aku duduk kat kerusi luar. huhu. makin tengahari. tempat tu sangat di banjiri orang ramai. dan tersangat la ramai. ada gak yang da pro main atas ice tu laju2. aku yang merangkak seperti kura-kura ni sangat terasa pening kepala. sebab tu tak byk gamba aku dengan orang - orang tersayang yang pergi sama - sama. dan dah puas main sampai kaki ing boon keong melecet (boco dia kata..hihi)..dia pun berenti main dan terpaksa la jadi juru kamera tak bertauliah. kalau tak mesti aku ada pasangan nak main lama2 sebab partner aku dah di amek yasin.ceh!

akibat alergik dengan ramai orang yang berpusing - pusing, aku menjadi pening dan peneman si kaki melecet ing boon keong. si norazah memang terer main roller blade. so tade masalah nak main ice skating. kan beza budak kampung dan bandar. =(...
dan terasa diri sangat kagum dengan budak2 kecik yang main ice skating tu dengan laju.

apa yang aku cari masa time main ice itu adalah.
kaki lagi kecik dari kaki aku.
budak muda amat ramai. tapi semua pakai kasut saiz 36 ke atas sampai lah dak kecik datang peneman kekecikan kakiku.

i wish you are there. but u not. lagi rela keluar dengan perempuan lain bbanding dgn si kaki kecik ini. iyelah kan. sayang awek tinggal2 kan. kalau kene tinggal. ye!. sila padankan muka sendiri.

************************************************
norazah kata dia tak boleh buat bende jahat. nanti dapat bayaran cash. cthnya dia pegang yasin utk main ice skating. lepastu trus je GPS n smart tag kene curi. eish2. kesian norazah.=(..
walaupun hari ini sangat gembira bersama yasin. izyan. kecik. norazah. dan. ing boon keong. tetap rasa sedih.
bukan sebab hari ini hari rabu sahaja.
sebab benda tak elok pun menimpa.

***********************************************

semoga orang yang ambik tu akan hilang harta yang 10 kali lagi mahal dari apa yang di ambilnya.

dan malam ni nak tulis 3 entri kalau sempat. yang ini satu. post gambar - gambar kalau izyan dah upload. dan macammana nak atasi cemburu. sebab aku dalam mood cemburu. hah! tak guna...

gaknya cemburu tu sinonim dengan perempuan sebab. dah kawen 56 tahun pun pasti cemburu. ini pulak baru kawan beribu hari tanpa ikatan. kan kusut tu.

lastly..thanks kepada orang2 yang saya kongsi sayangnya..



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, November 20, 2010

bila cinta

time tu semua orang kecoh2 nak post pasal lagenda budak setan. aku takmo la emo sibuk2 nak tulis gak.then..bila dah tenang macam sekarang ni baru aku nak share.
lagu ni.
macam sayu je.
so..take a look

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
then..
aku saje je pilih soundtrack yang ada sore2 petikan filem tu. tapi rasa macam lambat sgt nak load. korang cari la lagu tu sendiri ye.. sebenarnya kalau di ikutkan dari 5 bintang. aku bagi 3 je. sebab jalan cerita dia simple dari buku novel yang aku sangat gila2 satu masa dulu.
yela.
hidup membesar pun dengan semua karya ahadiat akashah. mau tak suke cerita ni.
rak buku pun dah penuh kat rumah. kene tuka rak buku len nampaknye..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

cinta dan perkahwinan

plato sedang berbincang sesuatu dengan gurunya socrates.

"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi kau haru berjalan ke hadapan dan kangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut"

Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting yang pun. Gurunya pun bertanya maka jawab Plato :
"Saya sebenarnya telah menemui ranting yang bagus, tetapi saya fikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke hadapan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa - apa"

Gurunya itu pun berkata
"Itulah CINTA"

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.

Guru pun menjawab :
"Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Guruya pun bertanya, maka jawab Plato :
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tidak mampu membawanya keluar dari hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah. "

Lalu socretes pun berkata :
"Itulah makna perkahwinan"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
huu..smart kan petikan dialog tu. dan dialog itulah sebenarnya yang aku pegang untuk melalui sepanjang ranjau dan onak duri percintaan. sebab..
kadang - kadang cinta kita tak cantik seperti orang lain. cinta kita tak indah macam orang lain.
dan kadang - ladang kita perasan yang pilihan kita amat berbeza dari orang lain.
tapi.
macammana pun perempuan ni. apa yang diharapkan dalam cinta dan perkahwinan sebenarnya adalah BAHAGIA.
kadang - kadang kita tak sedar siapa yang paling banyak bagi kita bahagia. kita tak perasan sapa yng benar - benar boleh berkongsi segalanya dengan kita.
ada orang cari bahagia sentiasa. tapi tidak pernah bertemu bahagia. dan yang sebenarnya dalam tak sedar. bahagia itu depan mata.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
bahagiakah kau bersama aku...
bahagiakah kau aku menjadi milikmu..
tanya pada hati apa sebab sayang
nanti jawab hati..
kerana muka kau aku selalu terbayang.
burung pipit burung enggang
tidak layak terbang sejoli
belum kawen kata sayang
dah kawen apa jadi??


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, November 19, 2010

kenapa makin ramai wanita hidup sendiri

aku bertanya pada hati.
adakah pungguk rindukan bulan
aku bertanya pada sepi
mengapa dia biarkan kamu temani aku

***************************************************************************************
hmm..
kali ni maknanya tiap2 minggu la aku berulang alik ke kl. minggu 1st amik paper IP..then minggu second sepatutnya aku berehat senang lenang juga kena patah balik sebab amik soalan IP balik. pastu minggu ni aku kena patah balik sebab nak amik ujian SPP. doa2 semoga penemuduga aku tu sangat baik orangnya
lepas tu..minggu seterusnya adalah majlis akad nikah mariatulshima

(*__*)penin nye..

sekarang tengah sibuk pi serbey baju songket tabur untuk buat baju kurung pesak gantung. cantik cket nak tolong angkat dulang. tadi dah start da..shima sibuk2 tanye bila pulak aku nak berdua.
hihi
no worry shima.
ada jodoh ada la.
takde...bukan nasib dan tuah badan aku la.

aku kan sebenanye macam ade satu tabiat buruk yang memang takleh pk nak ade ikatan kawen ke tunang. kalau tpk..pastu pk..pk..pk..then aku terus rasa macam tanak kawen ke..tunang2 ke. nape ek?
gaknye..
aku kene mandi air tolak bala.
sian mak bapak aku. penat besakan aku sampai tua. last aku terasa tanak kawen.

aku kan pemerhati. makin lama pun aku tengok..environment aku menampakkan memang ramai wanita sekarang hidup sendirian. aku bukan nak. cuma aku terfikir. kalau aku jadi macam mereka. apa aktiviti yang sepatutnya aku buat kalau dah tua2. gaknya aku patut bukak art galery kot. tak pun rumah kekasih yang menghimpunkan orang - orang macam aku. sbb dah tua tade anak. leh gak jemput kawan senasib berteduh sama.

kenapa ramai sebenarnya perempuan sekarang memilih untuk hidup sendiri?
aku ada gak beberapa sebab gaknye. ni aku listkan la supaya nnti tua2 bila aku bukak blog ni..ingat balik kenapa time muda aku pk camni.
hihi
nostalgic betul kalau jadi tua ni
macam2 benda di pk
ni mungkin antara sebab2 kenapa perempuan sekarang pilih untuk hidup sendiri

1. tiada teman hidup.
zaman sekarang bukan mudah sebenarnya nak mencari teman hidup. ni semua sebab kaum lelaki makin pupus. yang ada pun tinggal saki baki yang perlu di rebut macam nek train yang penuh sesak ketika peak hour. kalau bernasib baik dapatla naik. kalau tak. terpaksa menanti dekat stesen tu

2. kecewa
yang ni. macam biasala. dah rebut-rebut naik train tadi. dah jalan pun tren tu. tetiba kita sedar yang kite nek tren salah. kene la turun dari tren tersebut dan tunggu tren lain. sedangkan masa dalam tren 1st tadi tu, bende yang tak diingini dan memalukan pon berlaku. cthnye kene raba bontot. macam tu la jugak perasaan kecewa. dalam bercinta kadang - kadang kita bertemu orang salah. dan macam2 yang berlaku kat kita tanpa kita sedar dan cuba mengelak.

3. mengejar yang lebih baik
ok. sebab aku dah bagi analogi berpasangan tu macam tren. bek aku teruskan. hihi.
contohnye kite dah tunggu kat stesen. pastu nmpk orang berebut2 nak mampus nek tren tu. sebagai seorang yang cool.sweet.cantik.sopansantun. sudah pasti ada akan pk. ala..tunggu tren lepas ni la. takpe lambat cket. asal sampai tetap bahagia tanpa berhimpit - himpitan. hm..bercinta pun camtu gak. kadang- kadang saham kite tengah tinggi. ramai sangat yang ada depan mata. sebab kita pilih - pilih - pilih. last2 kita tak naik pun mana2 tren.


4.keluarga dan kerjaya lebih utama
biasanya akibat cabaran globalisasi. semua perempuan pun kena la bergiat aktif bersaing. kalau tak pasti la tertinggal. lagipun karang ni kan memang banyak wanita lagi pandai kan. so memang tak boleh dielak lagi la perempuan akan mengejar cita - cita terlebih dahulu. apatah lagi sebab perempuan tu pk. oh takpe-dieorang-bekerjaya-suami-leh-tumpang-senang. tapi sebab lama sangat proses tu. lelaki tu blah then cari perempuan lagi muda untuk dijadikan teman hidup


hei..lelaki memang jahat.hihi.

adatla kan. hihi. aku malas nak ulas panjang - panjang. kang jadi macam tak logik lak. haha.
aku sebenarnya tade keje. so sebab tu la merapu - rapu ni. tulis lak entri si tengah kelam kabut. tadi sebenarnya sunyi je masa aku memula tulis blog ni. tapi tetiba lak anak - anak sedara aku ni semua kumpul - kumpul tepi aku sibuk2 nak makan coklat segala.

dah la. tak leh nak fokus. kanak - kanak riang menyerang


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, November 13, 2010

tanggapan aku salah

tercatat sudah.
kali ini kami akan mengambil semula kertas pendidikan. ye. aku mengaku. aku salah seorang yang mendapat soalan ulangkaji itu siap dengan skemanya. aku dapat soalan itu pun atas usaha sendiri. mencari pelbagai bahan ulangkaji di internet. dan apabila soalan itu benar - benar keluar di dalam peperiksaan. aku anggap itu tuah..
haha

tapi tanggapan awal aku ternyata salah. soal integriti pula yang di pertikaikan. hm..
"saya cukup terkilan, kamu tidak melaporkan kejadian ini"
kalau aku pun, orang lain mendapat soalan tapi aku tidak. aku tetap diamkan. iyelah. itu kan usaha dia untuk mencari soalan..tak kan aku mahu cemburu jika bukan aku yang dapat. tapi semua itu dah berlalu.


dan sah. kali ini, raya aidiladha aku akan sambut di perantauan orang. mungkin juga dalam perjalanan pulang ke kampung jika bernasib baik dengan tiket yang sedi ada.sekarang ini tengah kembali meneruskan pembacaan. tengah sibuk juga melakukan tugas sampingan. buat pamplet untuk cikgu di oum. swasta katanya. huhuhu.


oh. lupa ucapkan tahniah pada shima. akhirnya impian mahu mendirikan rumah tangga di usia 26 tahun di kabulkan. penat jerih putus tunang dulu pun dah tersimpan di dalam kamus lipatan hidup. kalau dikira, tahap kemalasan makin meningkat pula. maklumlah duduk di kampung.

pipi makin tembam. perut maken buncit.

tapi. terpaksalah terima.

kan menerima qada dan qadar itu salah satu pegangan bukan.

bila aku fikirkan kembali. mungkin semua ini ada hikmah tersendiri. untuk menyedarkan semua. peluang kali kedua bukan selalu hadir dalam hidup kita. apatah lagi peperiksaan sebegini. peperiksaan yang menentunkan secemerlang mana kamu itu sebagai pelatih guru.

peluang kedua selalunya hadir untuk kita memperbaiki kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan. hmm...kan itu namanya satu kebaikan. aku pun sebenarnya tak tertinggal merungut2 kesempatan yang diberi kali ini.
tapi..
bila aku fikir2 kan. daripada menyumpah seranah. kan ada baiknya kita usaha semampu yang terboleh. selepas itu..berserah sahaja. mana tahu. mungkin kena ambil semula peperiksaan lagi jika ada orang menjawab dengan cemerlang dan yang lainnya tidak. x mustahil kan.

aku terfikir dengan soalan yang dikemukan...
"jika kamu mendapat cemerlang. puas hatikah kamu dengan pencapaian tersebut. kan itu soalan bocor"..
dengan senang hati aku ingin menjawab "ya..saya puas hati. bukan selalu dapat soalan bocor. kan itu rezeki namanya."..=) hilang integriti kah di situ?

tak mengapalah...


benda dah nak jadikan.

oh2..lupa ingin selitkan. KPLI math sekalian telah lulus paper math. mintak2 semuanya cemerlang. alhamdulillah. 2 paper past..1 more to go.



ps: hargai peluang kedua kerana tak semua berpeluang kecapinya

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, November 3, 2010

hari ini hari rabu

hari ini hari rabu.
haha
ape motip mulakan entry macam tu? aku pon macam tak dapat agak sebenarnya apa yang otak aku tengah pk. macam otak dengan jasad aku ni terpecah dua. sejak kebelakangan ni aku sangat suka tulisan bulat2. aku cari tulisan century gothic kat blog ni. tapi yang ada cuma trebuchet je. tapi aku tetap suka. bila baca balik entry aku tulis terasa macam comel2. haha
hari ini hari rabu. watdehel tah asik sebut hari ni hari rabu. entri sebelum ni, masa aku keje kat oscc dulu..aku selalu sebut aku tak suka hari rabu. sebab hari rabu aku dah cukup stress ngn keje2 opis. dan aku sangat mencintai hari khamis. aku memang suka hari khamis tapi bukan hari rabu. dan lagi ramai orang cintakan hari jumaat sebagaimana mereka tidak sukakan hari isnin.
hari isnin? aku takde perasaan suka atau tidak. sebab hari itu ialah hari permulaan kepada semuanya. stat nak keje. stat kelas. so tade masalah. selasa maseh mantain lagi tenaga. bila sampai rabu..rasa tenaga itu sangat lemah. sebab itu aku tidak suka hari rabu.
entah knape. aku tulis entry hari rabu.
meh aku cerita kenapa aku suka hari khamis tapi bukan rabu.
hari rabu kan aku ckp..tenaga da abis kan...selalunya hari rabu tu la semua orang sebok nak bagi macam2 keje. time keje dulu. setiap hari rabu mesti ade training sebab itu adalah pertengahan hari minggu. orang pon tak suka amik cuti hari rabu sebab tak boleh sambung dengan mana2 hari. sebab rabu itu ganjil.
korang pernah perasan tak?
yelah..weekdays kan ade 5 hari. so hari ganjil itu ialah hari rabu.
ape lagi ek?

knape aku suka kamis? selalunya aku excited nak pegi keje ari khamis..sebab lepas kamis hari jumaat. so keje ari kamis sudah tidak stress sebab kenangkan kamis itu ialah pengakhiran kerja bertungkus lumus sebab esoknya jumaat dapat rehat lama sambil pegi jalan2 alamanda. tetiba je hari kamis terus jadi full booster. semangat yang rabu tadi tu dah dibawak pegi hari rabu. logik x?
huhu

so..kalau nak nampak aku efektif. aku ialah efektif di hari kamis. tengok!..aku da jupa sebab kenapa aku tulis entri ni ari rabu. sebab aku tengah boring. nak baca buku pun takde mud. then aku akan basuh baju hari rabu sebab rabu selalu aku boring. arini nak basuh baju takde duit siling 20sen ngn 50 sen. aku ade 4 keping je 20sen. mane cukup nak basuh baju. ni semua sebab ari rabu. kalau bukan ari rabu mesti aku tak pk nak basuh baju.

dah!. mls nak basuh baju. bawak balik kg je!.

dan sekarang aku tengah sakit perut di hari rabu. eish!. menstrual. menstrual. benci!..benci!..tak psl2 aku dituduh takde mud!. tapi memang aku tade mud. tapi tak sangke ahli nujum seberang laut tu terer sgt. smpai denga sore je dah tau aku takde mud.

tipu betul!. pakai sihir ah tu gaknye..

sambung2. hari kamis buat aku suke sebab selalunya ari kamis dulu leh duduk kat bilik training je. haha.

aku rindu ah nak keje balik

ade keje kosong tak?

bagi aku keje sbulan. jadi bibik ke........
tadikan aku pi jalan2 blog orang. macam bes je kalau letak nama anak dengan name bunge.
kang taun moden2 kang. kot2 taun 2020 jupe orang name mawar medina ke..iman dahlia ke..baik korang tanye name mak die sape.

hehe..brangan je..

tapi memang aku brangan nak anak 3 orang je. tapi dapat 4 pon takpe. yela. kawen lambat. ciket la anak aku.
kalau aku kawen lepas SPM. mesti aku sangat produktif. silap2 sekarang ni pun dah anak 3. so populasi anak yang aku dah lepaskan adalah 3 orang. so tinggal 3.
salah sape aku kawen lambat.

salah ahli nujum tu. huh!..

brangan hari rabu tak bes.
dah.
nak brenti!
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, November 2, 2010

disleksia

aku rindukan saat aku betul - betul selesa dengan hidup aku. tatkala itu tidak pernah runsing dalam fikiran bagaimana akan jadinya masa depan. aku tidak kisah benar dengan komitmen yang mengikat. tak mungkin juga dihantar ke hutan belantara. apatah terpisah dari keluarga entah berapa jangka lamanya.
aku juga sangat rindukan zaman silam aku.
ketika aku benar - benar tidak fikirkan masa hadapan. tatkala itu yang aku tahu..aku cuma perlukan ilmu dan ibu bapa aku untuk hidup. yang mana sekarang ini. aku telah penuhi apa yang aku pernah fikirkan dulu,
aku juga pernah menulis. betapa beruntungnya hidup aku selama ini. mungkin untung aku kerana hidup bujang. sedar tak sedar sudah hampir setahun aku melalui hidup baru. mengakui.
aku memang bertuah.

tapi mengapa kayuhan hidup aku terasa makin perlahan. kerana itulah juga aku rasa masa depan aku tak pun seindah seperti yang diharapkan. apa kau rasa sebenarnya kalau kau tidak mampu membahagiakan orang kau rasa kau sayang, kau mesti rasa kecewa dengan diri sendiri kan.
haih.
aku benci kau perasaan!
baik aku hidup sendiri tanpa kau!

heh!

paper periksa dah 2 lepas. tinggal satu aje. tapi ada pulak intviu. hm..kena la aku patah balik ke cheras 2 3 kali. yelah. proses aku nak angkat barang..bukan cket. barang setahun katakan. malas aku bising2 harap orang. bia la tulang sendiri tu sakit. baru kau tahu padan muka.
haha

aku emosi ni sebenarnya. kata orang..time menstrual memang emosi tak menentu. baik semua orang duduk jauh2 dari aku. ye..jangan meseg atau telefon aku pun. aku muak dan menyampah!

ooh..ini aku tipu.

aku kadang - kadang terfikir..apa sebenarnya budak disleksia tu fikir time dieorang berangan dengan dunia sendiri. mungkin ke sebab dieorang yang kecik2 tu dah pandai tak puas hati dengan hidup sendiri dan kemudian berangan untuk jadikan hidup indah.
aku orangnya mudah kasihan.
aku suka berkongsi apa yang aku ada.
tapi...
aku tak suka kongsi kekasih aku sebenarnya.

lagi baik tinggalkan daripada kongsi.

apa kau dapat kau kongsi2? puas? eleh! macam ah kau bagus nak dua2 kan aku.

aku selalu pk camtu. tapi kalau betul aku hadapi cukup kuatkah aku hadapi emosi sendiri.

ye..aku kuat! haha. apa yang aku pk semua benda2 jahat.

sekarang ni tengah dengar radio lagu entah hape2. nak buat nasyid ke lagu jamming ni. sangat tak sesuai.

eh..kan aku nak cerita pasal disleksia tadi. kau ni emosi!!..

ha pasal apa yang budak tu pk..aku pernah jaga kelas budak disleksia 3 hari. 3 hari sahaja aku terasa sangat tertekan. adakah sebab aku kurang sabar? pernah fikir atau tidak.
aku pernah dekati mereka. baik peel daripada budak - budak normal yang kurang hajar. baik tak melawan. tapi sangat tidak menumpukan perhatian.

eh!...tak masuk betul ah lagu nasid ni...jap2 tuka siaran. aku minat rabbani aje. yang lain tidak. mintak maap

okeh2 sambung.
ha disleksia.
budak tu khayal sendiri je. bila kita tanya faham atau tidak apa yang kita cakap. dia angguk2 sambil tengok muka kau macam takde reaksi. haha. aku pegi dia. suruh tunjuk aku balik. apa yang aku cakap. then buat muka terkebil2 sambil garu kepala.
hess..
kesian dia.

tapi ada gak budak lain. masuk pemulihan. tapi degil ya ALLAH, semoga anak aku dijauhkan sebegitu.
tengah aku ajar budak2 lemah lain baca. bagi tumpuan kat beberapa orang yang tengah melakukan kerja. sedang asik tu. ada pulak yang bergaduh rebut2 pensil. kalau tercucuk mata macammana.
alahai budak2

nak aje aku jinjing letak atas kipas.

tapi bila esoknya aku tengok dieorang periksa kena pancaran matahari pagi yang terang. aku terus jadi tak sampai ati. aku tonggang terbalik ubah kedudukan dieorang. amik alas meja panjat meja dan tingkap dengan baju kurung aku untuk sangkut alas meja aku tu.
then bila aku tengok muka dieorang satu - satu.
aku sedih
sebab kenapa la dieorang lambat berfikir. =(
uh..syahdu..

sebab bende2 camtula aku mudah tersentuh. tapi aku pun mudah marah.
macamana tu ?
***************************************

dah ah. aku boring sebenarnya!

siyal!

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers