Saturday, November 20, 2010

cinta dan perkahwinan

plato sedang berbincang sesuatu dengan gurunya socrates.

"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi kau haru berjalan ke hadapan dan kangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut"

Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting yang pun. Gurunya pun bertanya maka jawab Plato :
"Saya sebenarnya telah menemui ranting yang bagus, tetapi saya fikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke hadapan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa - apa"

Gurunya itu pun berkata
"Itulah CINTA"

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.

Guru pun menjawab :
"Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Guruya pun bertanya, maka jawab Plato :
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tidak mampu membawanya keluar dari hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah. "

Lalu socretes pun berkata :
"Itulah makna perkahwinan"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
huu..smart kan petikan dialog tu. dan dialog itulah sebenarnya yang aku pegang untuk melalui sepanjang ranjau dan onak duri percintaan. sebab..
kadang - kadang cinta kita tak cantik seperti orang lain. cinta kita tak indah macam orang lain.
dan kadang - ladang kita perasan yang pilihan kita amat berbeza dari orang lain.
tapi.
macammana pun perempuan ni. apa yang diharapkan dalam cinta dan perkahwinan sebenarnya adalah BAHAGIA.
kadang - kadang kita tak sedar siapa yang paling banyak bagi kita bahagia. kita tak perasan sapa yng benar - benar boleh berkongsi segalanya dengan kita.
ada orang cari bahagia sentiasa. tapi tidak pernah bertemu bahagia. dan yang sebenarnya dalam tak sedar. bahagia itu depan mata.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
bahagiakah kau bersama aku...
bahagiakah kau aku menjadi milikmu..
tanya pada hati apa sebab sayang
nanti jawab hati..
kerana muka kau aku selalu terbayang.
burung pipit burung enggang
tidak layak terbang sejoli
belum kawen kata sayang
dah kawen apa jadi??


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

  1. cinta mmg sesuatu yg indah.. ia mmg berkekalan sehingga alam perkahwinan.. ttp perkahwinan bknlah sesuatu yg mudah spt diungkapkan di bibir.. bermcm dugaan & cabaran yg harus ditempuh & digalas bersama2.. barulah terasa manisnya cinta itu di alam perkahwinan..

    ReplyDelete

page

Followers