Saturday, November 13, 2010

tanggapan aku salah

tercatat sudah.
kali ini kami akan mengambil semula kertas pendidikan. ye. aku mengaku. aku salah seorang yang mendapat soalan ulangkaji itu siap dengan skemanya. aku dapat soalan itu pun atas usaha sendiri. mencari pelbagai bahan ulangkaji di internet. dan apabila soalan itu benar - benar keluar di dalam peperiksaan. aku anggap itu tuah..
haha

tapi tanggapan awal aku ternyata salah. soal integriti pula yang di pertikaikan. hm..
"saya cukup terkilan, kamu tidak melaporkan kejadian ini"
kalau aku pun, orang lain mendapat soalan tapi aku tidak. aku tetap diamkan. iyelah. itu kan usaha dia untuk mencari soalan..tak kan aku mahu cemburu jika bukan aku yang dapat. tapi semua itu dah berlalu.


dan sah. kali ini, raya aidiladha aku akan sambut di perantauan orang. mungkin juga dalam perjalanan pulang ke kampung jika bernasib baik dengan tiket yang sedi ada.sekarang ini tengah kembali meneruskan pembacaan. tengah sibuk juga melakukan tugas sampingan. buat pamplet untuk cikgu di oum. swasta katanya. huhuhu.


oh. lupa ucapkan tahniah pada shima. akhirnya impian mahu mendirikan rumah tangga di usia 26 tahun di kabulkan. penat jerih putus tunang dulu pun dah tersimpan di dalam kamus lipatan hidup. kalau dikira, tahap kemalasan makin meningkat pula. maklumlah duduk di kampung.

pipi makin tembam. perut maken buncit.

tapi. terpaksalah terima.

kan menerima qada dan qadar itu salah satu pegangan bukan.

bila aku fikirkan kembali. mungkin semua ini ada hikmah tersendiri. untuk menyedarkan semua. peluang kali kedua bukan selalu hadir dalam hidup kita. apatah lagi peperiksaan sebegini. peperiksaan yang menentunkan secemerlang mana kamu itu sebagai pelatih guru.

peluang kedua selalunya hadir untuk kita memperbaiki kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan. hmm...kan itu namanya satu kebaikan. aku pun sebenarnya tak tertinggal merungut2 kesempatan yang diberi kali ini.
tapi..
bila aku fikir2 kan. daripada menyumpah seranah. kan ada baiknya kita usaha semampu yang terboleh. selepas itu..berserah sahaja. mana tahu. mungkin kena ambil semula peperiksaan lagi jika ada orang menjawab dengan cemerlang dan yang lainnya tidak. x mustahil kan.

aku terfikir dengan soalan yang dikemukan...
"jika kamu mendapat cemerlang. puas hatikah kamu dengan pencapaian tersebut. kan itu soalan bocor"..
dengan senang hati aku ingin menjawab "ya..saya puas hati. bukan selalu dapat soalan bocor. kan itu rezeki namanya."..=) hilang integriti kah di situ?

tak mengapalah...


benda dah nak jadikan.

oh2..lupa ingin selitkan. KPLI math sekalian telah lulus paper math. mintak2 semuanya cemerlang. alhamdulillah. 2 paper past..1 more to go.



ps: hargai peluang kedua kerana tak semua berpeluang kecapinya

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

  1. betol tu..hargai lah pelunag yang diberi..tapiii..untuk melalui semue itu amat pahit umpama hempedu..bak kawan peah kate.."maluu..macam mengandung anak luar nikah pulak..."..hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. anyway..dah bukak ape yang bakri bagi. tak dama langsung apa yang kita dapat. so..slmt mengulangkaji kembali

    ReplyDelete

page

Followers