Wednesday, September 30, 2009

cerita pasal dia lagi *.*

30 september 2009

saya sakit perut..rasa nak marah orang meronta-ronta. So kepada kawan-kawan yang memahami. Tolong...jangan tegur saya hari ini. Apatah lagi kalau sekadar nak berlawak jenaka. Kerana mood saya benar-benar terbang setelah sarapan pagi tadi.

Sumpah. Nasi lemak pagi tadi rasanya tetap sama seperti selalu. Bukan sebab nasi lemak itu mood saya hilang. Tapi sebab berita yang saya terima selepas saya bersukaria sarapan pagi. Saya ingat lagi..hari ini..saya turun sarapan lewat dari selalu. Jam menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih di dalam ofis.

Macam biasa. Dtg awal2 pg. Check email dan buat sedikit kerja. Tapi hari ini. Saya dapat teguran yang saya rasa kurang patut. Saya keluar hanya ½ jam. Makan nasi lemak dan masuk ofis semula. Sedangkan orang lain baru terkedek-kedek punch card masuk. Sedang budak gemuk busuk itu baru saja memetik suis komputer riba yang sengaja di tinggal kan atas meja ofis dia.

Kalau dulu, laptop itu dah menjadi spender kedua dia. Sampai kan ke tandas pun dia akan bawa. Sekarang, komputer riba itu menjadi hiasan di meja ofisnya. Supaya orang keliru...dan menyangka......owh..”saya dah sampai ofis..lihat..komputer riba saya sudah lama berada di atas meja..”

huh...

kepala otak dia.

Nasiblah dia tidak di kategorikan sebagai jejaka tampan, apatah lagi berpelajaran. Kalau tidak mesti hati saya mudah lembut untuk memaafkan. Nasib jugalah dia tidak berbentuk badan menarik yang boleh mencairkan hati saya. Dan mungkin..nasib saya lebih baik sebab bukan saya seorang yang membenci dia.

Dengan muka besar..earphone kecil di sumbat di telinga...berbaju lengan panjang warna striking..betul-betul membuatkan sakit perut saya semakin memulas bila melihat dia..haha..

bila menulis cara ini..hati saya yang membuak marah akan reda sedikit.

Kalau dulu..xbos saya pesan..anggap benda itu macm virus selsema. Tapi sekarang..virus itu telah menjangkiti dia. Meracun fikiran dia..menjadikan dia kurang waras dan lupa orang yang betul2 setia. Dia lebih rela menadah najis hina dari dengar kata-kata shima....


kesian shima...

takpe la shima...bos baru engkau akan lebih baik dari xxbos dan x bos engkau. Mana lah tahu..itu peluang untuk engkau maju. Shima telah bertukar...em..saya bila lagi..=).....=)..dan saya mengaku...saya rela...dan tidak teragak-agak seperti shima. Saya faham...shima sayangkan unit kami. Jiwanya telah lama di sini. Tapi kalau kekalnya menyakitkan hati. Lebih baik dia mencari angin baru.


Shima..

bunga itu mungkin lagi indah kalau kau pandang dari sisi yang lain. Maka...jangan pedulikan hal lain. Ramai yang mendukung kau...




Tuesday, September 29, 2009

=picture updated=


lokasi : temerloh pahang
tarikh : 26 september 2009
majlis siti maisarah idris vs ashpan
Monday, September 28, 2009

orang kata

Genap 15 hari lagi...

usia aku akan menginjak ke 25 tahun. Sangkaan aku dulu, umur sebegini aku dah menimang seorang cahaya mata. Rupanya masa depan tak semestinya seperti yang kita rancangkan. Sabtu lalu, akhirnya aku menjejakkan kembali kaki ke bumi temerloh. Tapi keriahan majlis sara aku terlepas, mungkin sebab aku lambat sampai. Aku lupa, negeri orang cara kendurinya tidak serupa. Kalau di johor, pukul 3 adalah kemuncak acara bersanding, bertepung tawar.

Maaflah sara, lambat hadirnya akk.

Tapi alhamdulillah..sampai juga aku di sana.

Nway..tahniah sara. Dengan padanan merah dan gold sara nampak ceria. Sampai kan tak sempat aku mengambil sebarang gambar. Bila tuan empunya badan dah kasi gambar kahwinya. Insyaallah aku abadikan memori tu di sini. Dan hari ini, hari pertama bekerja selepas cuti hari raya. Ofis masih sunyi. Mood beraya mungkin masih terbawa-bawa.

Aku mengharapkan aidilfitri kali ini makin meriah pada aku. Tapi..istilah meriah pada aku bila hanya dapat beraya bersama keluarga tercinta. Bukan bersuka-ria sehingga subuh menjelma. Pelbagai kisah..pelbagai ragam..yang kadang-kadang tak tersangka menyinari aidilfitri kali ini.


Khamis malam sabtu lalu, selamat sudah kenduri kecil di teratak kecil family ku di batu pahat. Awal pagi lagi bangjak bangun untuk membeli ayam. Awal subuh lagi si ajim sibuk menjemput orang kampung. Mengkhabar berita. Sampai kan lena yang selalu berlanjutan sehingga kokok ayam jantan kampung. Hapus sudah.


Awal pagi lagi anak-anak buah aku bermain air kolah menyiapkan diri untuk bergotong-royong kenduri ini. Org kampung kata..malam ini mungkin bukan majlis biasa. Mungkin majlis menyambut keluarga bertandang. Ramai jugak yang bersuara, majlis malam ini, majlis anak dara menyarung cincin di jari manis.


Sedangkan aku, orang yang diperkatakan bersinsing lengan memotong ayam, berpeluh banjir memasak. Masakan itu kenduri aku sendiri. Kalau itu kenduri aku, mesti aku bersenang lenang di bilik. Berpupur wangi, bersanggul indah. Tak perlu ikot turun ke lapangan mengerah kudrat bersama.


Manis sungguh kata orang-orang kampung.

Org kg: lina kan sudah bekerja. Hidup pun agak terurus. Badan pun makin berisi. Senang hati mahu menyarung cincin ya?(jgn pelik..panggilan di kampung memang lina..aku kan anak dara lemah lembut.)

aku : sapa pulak tabur berita tu?

Org kg: takkan adiknya dulu. Lama dah kak nah tu menunggu nak menyambut menantu

aku : alah..org belum sedia la. Kerja pon baru lagi. (biasa la..ayat cover)

Org kg : buat nanti jangan senyap2 pula.


Eish...sedangkan kenduri kecil riuh sekampung. Kalau anak dara ini bertunang, mungkin bukan sekampung riuhnya makcik. Itulah adat resam dunia. Waktu belajar..orang asik bertanya bila mahu bekerja. Bila sudah bekerja, ditanya pula bila mahu berumah tangga. Kalu dah berdua. Semua pasti bertanya, bila mahu menambah keluarga. Adat lah tu.


Cuma sekarang. Walaupun aku separuh bersedia..tak semestinya jodoh itu sudah di depan mata. Kata orang, berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul beban. Aku ini muda lagi, baru suku abad hidup di dunia. Kalau umurku panjang sehingga se abad, aku mempunyai lagi tiga suku abad untuk berumah tangga. Kalau umurku separuh abad. Aku juga masih punya masa sesuku abad untuk berumah tangga. Jadi.

Jangan risaukan aku menunggu wahai teman.

Jangan endahkan kalau takdir kita tidak sama.

Jangan kisahkan kalau perjalanan kita lain hala.


Bukan seorang dua sepupu ku bersanding indah di usia muda. Malah. Baru tamat sijil pelajaran. Family lelaki terus masuk meminang. Kalau tidak pon selepas setahun di kilang, rombongan lelaki datang bertandang. Alah...

pemandangan biasa di ceruk kampung halaman.


Dan aku hampir lali melihat semua itu. Balik kg kali ini, si pulanah kawin. Balik kg lagi, si pulanah dah anak dua. Balik kg lagi..mereka dengarnya dah berpisah.

ah.......macam-macam.


Org kata..Kalau ulat pun boleh hidup dalam batu. Inikan pula manusia yang ada akal fikiran..ah...

kata memang senang. Bila aku bantah..kata pula aku mata duitan.

Tapi bila aku tabur duit...

tengok la sapa yang sibuk mengutip...

Saturday, September 19, 2009

hati episod 1

apa yang perlu aku rasa..
kalau apa yang kita plan n simpan dalam hati lama-lama
akhirnya tak kesampaian
apa yang perlu aku terjemahkan dengan kata-kata
aku selalu dulukan hati
akal aku selalu memintas.

tapi sebenarnya aku tak pasti itu datang dari akal atau hati
kadang-kadang hati tak sabar..tapi akal waras aku selalu suruh sabar.
terus terang..aku penat dengan keadaan ini.
dari gantung aku tak bertali.
baik biar aku mati
biar aku di bawa arus deras..
bukan biarkan aku di tengah ombak..tapi kau tindik hidung aku dengan tali maya..
aku lelah..

mulut berkata ya..tapi hati aku memberontak mengatakan tidak..
mulut aku berkata maaf..tapi hati aku tetap pendam rasa.
sampai bila sepatutnya aku menjaga sekeping hati yang memang
aku rasa..itu kepunyaan aku.
maka..aku harus melindungi dengan segenap nyawa aku

bagaimana kalau aku toreh hati itu..
berdarah kah atau hanya meninggalkan bekas yang entah bila akan sembuh.
atau..bagaimana kalau aku pulang kan hati itu kembali.

setiap detik aku hitung saat.
setiap degup aku pandang waktu.
tapi penantian aku..tetap terus berlalu.

kau tak syg aku kn? kn?
sebab aku tak cntik?
sebab aku hodoh?
atau sebab kau rasa bosan?

haih..susah kalau bercakap dengan hati..
aku mesti terlebih emosional.
hati aku memang macam ni..
macam tak sayang diri aku
kan aku ni tuan empunya nya...
mana mungkin dia tak sayang aku.

????

anak muda kesepian memang sering bercakap dalam hati.
sebab itu ramai yang bunuh diri..
aku bukan golongan itu.
aku yakin aku mampu bahagia walaupun perlu menderma hati.
barulah orang cakap aku murah hati..huehuehue..

pagi di kg..
awal lepas subuh lagi rumah dah riuh.
pdhl bukan ada siapa lagi yang menjenguk.
aku..mak..abah dan adik..
tapi rasa bahagia sampai dalam hati yang tengah merajuk ni.
rasa tenang..damai..

sudah.....................
pergilah jauh-jauh dari aku...(tapi..jgn pergi terlalu jauh smpai aku tak boleh capai)

entri ni akan jadi terlalu panjang bila aku duduk atas katil lepas subuh..
so aku perlu berhenti.
next entri smbung lagi..

p/s: hari terakhir ramadhan di kampung...mungkin tak ada ramadhan lagi utk aku?
Friday, September 18, 2009

=jam..apakah=

baru je masuk tol dalam 5 minit..pdhl kat jalan biasa tadi elok je...perjalanan lancar..sekarang ni..aku dalam kesesakan lalu-lintas...aku cuba jugak tengok kiri kanan..tapi..nothing happen..gaknya...kalaulah bergerak seperti ini..mungkin malam kang baru kitaorang sampai..
perjalanan ke rumah aku yang mengambil masa lebey kurang 4 jam akan menjadi lebih panjang...oh..oh...

macam-macam benda yang aku pk nak buat...nak pasang langsir...nak beli kueh...dan macam2..rasa xcited gle..
ha....baru je melintas exciden..ade 3 buah kreta..mayb sebab kreta tu bwk laju sgt gaknye..itulah..sape suruh gelojoh..
ha..tringat lak aku..time nak masuk tol td..ade ah satu iswara merah..bukan main blagak lagi..men potong belah kiri...ingat dia merc ke ape...respek ah cket orang len kat jalan raya..ini tidak...beriya-iya macam jalan raya ni bapak dia sorang yang buat...heish...last3..same gak..dia sesak dalam highway yang dah di bayar tol ini..

kalau lah tahu jalan dalam...dah lame aku lalu..ye tak..huehuehue..naseb ah aku tak tau..
kesian gak kat adek aku sesat barat sebelum sampai umah amik aku..naseb ah di teman anak sedara aku yang hensem...berguna kan bila anak sedara dah besa..asalkan poket di isi...semuanya beres...
Wednesday, September 16, 2009

=picture updated=


*bj anak sdara aku. kang esok2 aku amik gmba shelai2 k...so ni je ah dl

ni la 3 biji bantal yang aku nak siapkan. kain lebih langsir aku...

alamak..kain ijau tu nmpak berkedut lak..gosok br cntik gknye..

(alamak...gamba last tu ade kaki ah..rejet2)

gamba kat atas ni pulak antara design scarlet langsir yang aku buat..wlpon tak secantik pro yang jait..yang penting aku dapat hasilkan langsir raya tok mak aku..
sanggup tak tidur malam semata-mata nak siapkan langsir ni.

nway..aku da sihat da arini...
dah bley masuk kerja pon..tapi mood nak masuk kerja tade...
makluk bukan islam jangan nak sibuk2 ckp melayu itu la..ini la...xcited lebey ah...
aku punya suka ah...eventhough aku takde mood. tapi aku still lagi wat kerja aku..

yang engkau?? tahu? arini ada re-sit exam COOOL..aku tau engkau tak tau...engkau bukan reti baca summary yang kiteorg bg tu pon...
stakat men bg2 email..anak sedara aku pon pndai...
huehuehue...

arini bday si noly chan..so epy burfday..

aku tengah jaga periksa ni..so kene buat muka garang bia takde orang menipu..hekhek..

saho td..aku dah mkn da segala pil doc kasi tu..tapi stil rase pedih2..tapi cepat2 je akk umah aku pintas..
aku: akk..prut saya cam pedih lagi ah..meh ah abizkan KFC nih..
akk: ala..tu mainan perasaan ko je tu..
aku: tak ah akk..
akk: ah.....sudah2...aku kenyang..=p..

pdhl die da kenyang...byk ckp lak..

arini lida balik umah..esok shidah...lusa..kak zila n hazren..
aku??..wa..........tak amik cuti sbelum raye...
mak..nak balik...
Tuesday, September 15, 2009

mc

hari ni..aku bangun pkl 5..jam loceng aku matikan.
macam biasa..aku turun bawah. tapi pagi ni rasa tak slera nak mkn.
aku masak air dan bancuh milo.
sambil tengok crite kat AXN aku minum milo tu sikit2. tapi..mcm payah je tekak nak telan. suku cawan aku minum..aku terus buang air tu. minum air masak trus naik atas balik.
nak kata aku lapar..tidak..
aku kenyang..
tapi perut aku tiba2 je sakit. aku terasa macam gastrik. tapi seingt aku...smlm aku tak ambil apa-apa mskn pedas...ape tah lagi tinggal makan.
perut aku terasa makin bisa..dua tiga kali aku ke bilik air.

cair...
dan aku tau..kala tu
gastrik aku datang balik. lepas subuh aku cubatidur lagi. tapi sakit perut mengatasi segalanya..
aku cuma nak bagitau aku tak puasa hari ni..dan aku MC..
bkn sengaja nak tggl...tapi sebab aku muntah n perlu makan ubat...
time aku tulis artikel ni...prut aku da agak ok..kalo tak sakit...
aku nak pegi buat rambut hari ni..huehuehue..
buat rambut untuk raya..
itu pun kalo jd...

n semua...
tolong doakan aku cepat sembuh...
Sunday, September 13, 2009

bengang

aku tak faham kenapa.
pdhl tiap2 bulan aku baya tak pernah lewat. aku baya cukup..
tapi service dia mcm hampeh.
nak masuk page pon berpuluh kali aku kene tekan refresh.baru le leh load page tu.
aku memang geram tahap cipan..
takpe...
lepas raya aku akan tuka guna maxis broadband.
kunun..dunia celcom. ni pon berpuluh kali aku refresh baru leh wat entry ni. nasib ah aku nak overnight malam ni. so berjaga malam cket.

sebab service bodoh ni la aku dah hilang minat nak men game aku. yang aku bengang..kalau nak kate coverage tak bgs..aku duduk area bandar. kawan serumah aku pakai maxis elok je...no hal pon.

arghhhh..memang bengang...
sape kerja celcom ni???
tolong lah upgrade service. kalo tak lepas ni aku promote kat seluruh alam bahawa..jgn setia pada celcom.

malam ni nak jait scarlet langsir yang kedua..so jumlah scarlet ade 5 termasuk pintu...bidang langsir dah siap..bantal pon dah siap 2...baju raya..tinggal satu je..sape soh lmbt adek aku anta baju tu..kalo tak siap..pdn muke die...

nway..lagi sminggu nak raye...

so..pose lah bersungguh2 bagi yang boleh puasa...bagi yang tak pose tu..jgn sibuk2 nak amik jugak cuti raya. anyway..sebab company aku tu amik byk budak baru....so..dieorang tak boleh cuti raya. aku pon dah merasa taun lepas...jangan korang sume nak mengelat taun ni. lagi2 yang bukan se agama dengan aku tu.

sila ambil perhatian. tolong jaga ofis semasa ketiadaan kiteorang. tapi yang pelik...aku sibuk2 nak sambut raya..kenapa budak gemuk busuk tu yang amik cuti...hahaha..
dasar ah engkau..

oh ye...
aku rasa nak buat novel bersiri la....
agak2nye..ade tak orang akan baca??
Friday, September 11, 2009
celcom broadband bodoh!!!!!!!!!!!
makan taik!!!!!!!!!!!!!
Thursday, September 10, 2009

sahur yang menghambarkan

pagi tadi...kol 4.30 pg tepon aku dah bunyi...
ah..si bujang tu da kol kejut sahur...
aduh..tak laratnye...+ mls nak bangun..

aku sambung tido balik..
sory yer..awl lg tu bg org bujang...
then kol 5.15 pg tepon aku bunyi lagi skali..
kali ni housemate aku kejut..
myb pelik sebab aku la yang selalu memeriahkan suasana pagi dengan dentang dentung pinggan mangkuk kat dapo...
aku trus bangun..
dari malam lagi aku da niat nak makan cococrunch (cane tah eja die) + susu low fat...
excited ah aku bukak bungkusan cococrunch aku tu letak dalam mangkuk...
bukak peti ais..trus tuang susu..
tapi knape susu tu pekat semacam??

aku rase cket..uh..peha pahit ni? gaknye rase ubat gigi tadi kot...
aku pon pi kat housemate aku..

aku: u..rase cket susu ni..pahit ek?
hazren: pehal nmpak pekat..? (die pon rase)..eiyak..pahit la lynn..
aku: terkedu trus pi dapo...buang susu dalam singki n curah all my coccrunch dalam plastik...huwaaaaaaa..sayu sep..itu mknn saho aku tuh..
knape ko basi wahai susu..knape...

dari ruang tamu aku denga hazren cakap "lynn..susu i ade dlm tu..pegi la amik"..lida lak cakap.."lynn..meh abiskan roti john saya ni..mari.."..tapi aku da tak slera
aku yg kat dapo ni diam je..mrajuk ati ngn cococrunch aku
aku tuang air epal..minum..trus je nek atas..
demmm....
aku mrajuk sep
tapi skang ni...pdn muka aku...
sebab aku tak saho...

semua ni sebab aku tak bgn kol 4.30 pg time bujang tu kejut n pi masak nasi...padan muka aku..!!!! dem

dan lauk lada aku..ptg ni mesti basi...
owh sayo lade aku..
(sory gambo blur..)
Wednesday, September 9, 2009

TQ kak Arni

09/09/2009..
cantik kan tarikh ni...nasib la jatuh pada hari rabu..kalo ujung mggu..mesti orang berlumba-lumba pilih tarikh ni untuk buat majlis kahwin..
hari ni gak
aku dapat hadiah dari kak arni..
sila jeles ye kawan-kawan...

nway..tq kak...



aku da ade satu lagi baju raya...wehehe
kang raye..aku bergaya-gaya ngan baju ni aku amek gamba tepek kat cni lak yer..

*******************
bila la plak aku nak pegi cari kueh raye ni??
bile??

bantal hari raya

pagi tadi..lepas je sahur aku xcited nak menjahit sarung bantal utk hari raya.
cadang-cadang..nak letak bantal sepah2 atas karpet
saja nak bagi hiasan atas karpet...yela..kalo semua nak duduk atas kerusi...mane la muat wlpn krusi mak aku tu da sampai 3...

orang johor kan suka buat marhaban waktu hari raya..
so mesti ramai org dtg..tu tak kira lagi sanak saudara...
raya tahun ni adalah raya paling meriah dalam idop aku...
yela..1st time braya da keje...sape tak happy..btol tak...
lagi-lagi mak bapak aku...wlpn gaji aku tak beso mane..tapi...raye tahun ni aku dah dapat blikn dieorg sumthin...
balik minggu lepas..aku terus je blikan set sofa baru...bila mak ayh aku tayang muka gembira...aku rasa macam berbunga-bunga je hati ni....
n aku dah siap jahit langsir raya aku...yeay...
(xtually blm smua...tp bidang dia da siap..so tggal jait scarlet je...)

pagi tadi aku sempat lagi snap 3 keping gamba bantal baru aku..ini baru 1 design..esok2 aku upload gamba design2 len..

kalau nak tahu kemeriahan raya...braya la kat kampung..lagi2 macam aku..ank buah da ramai...family beso..
so bila raya la hari paling meriah..
tapi raya tahun ni adik bradik aku ke rumah mertua hari raya pertama
bukan sebab dieorg menangkan rumah mertua..
tapi abg n akk aku ckp..

abg: kalo aku raya pertama kat umh mak aku tak puas
aku: pehal??
abg: yela..cuti aku sminggu..kalo raya pertama kat sana..kene balik perak awl sbb nak braye kat cni gak..
aku: oooooo.....so ko tak balik raya pertama la ek?
abg: tak...raya kedua aku dari perak...then sminggu braya kat kg...puas aku...haha
aku:............ces ko....

akk: kak ida pon balik raya kedua..
aku: bkn taun lepas raya kat sibol ke 1st?
akk: ha ah..tapi takpe...
aku: sian mak weh...
akk: ala..aku balik pagi raya kedua...sebab lepas tu lama raya kat kg...
aku:...............oooo

tadi nak pegi keje..jalan LDP sesak teruk...jalan keluar rumah aku pon sesak..dari area petronas kreta da bratur2..aku pon pelik knape...bile sampai trafic lite aku tengok tade abg pulis pon..aku trus teragak..(ptt ah sesat..abg pulis tak jg)
bila sampai je susur keluar aku tgk penuh sesak ngn org jalan menuju puchong...
sepanjang jalan aku pk..ape yang terjadi kat LDP..
bile sampai ofis..nad cakap paip pecah..
ingtkn xcdent truk TD..
suspen je..

so..pagi ni...ini je update aku...
lgpon bos shima belum datang...
hahaha....

n aku hepi......
lalalalala...


Tuesday, September 8, 2009

selingan

hujan di cyberjaya.

so layan ah gamba-gamba ni..
kredit pada siapa yang buat gamba-gamba ni..






Monday, September 7, 2009

santau

hari ni berbuka kenyang sangat. sampai rasa berat nak solat maghrib. tak pegi jugak solat teraweh sebab kunun2 nak sambung jahit langsir. n even that..aku nak upload resepi nasi ayam..tapi takde mood.

today's work adalah..menghadiri bengkel OSS zero adoption. aku jadi faci...dengan tak brief n so on aku pegi jugak..(kunun2 nak jd pekerja yang berkebolehan..)..wlpn bengkel ni dulu penah jadi adik angkat aku selepas training. aku macam tak amik tau sangat since emak die dah ade...so boleh abaikan...

n hari ni jupa kawan aku..si akma fasha..sekarang dia da keje dengan mK nilai..so dia datang la ke ofis aku.

sekarang? perasaan masih tepu+mcm takleh pk ape2 sebab....aku kenyang sangat. mungkin sebab selalu aku yang senduk nasi. n hari ni org len yg senduk nasi..so tak bley budget had aku mkn...n terima la akibatnya...aku tak boleh nak jalan pown..rasa nak termuntah..OMG..what happen to me...

perasaan nak keje kat joho semakin meronta-ronta. bukan sebab kerja kat tempat sekarang ni tak best. best....walaupun ada beberapa perkara anoyyinng yang buat aku meluat. tapi hakikatnya..aku enjoy keje kat cni. n kalau tade org suck...idop aku sentiasa ceria.

by the way..org yang suck tu tak kacau idop aku sgt pon. tunggu la dia buat sial ngn aku. aku santau dia dari jauh. kalau dia tak tau santau tu ape....sila klik cni...santau..
aku memang baik..trus je bagi link.
so..sila jangan kacau hidup saya..ceh..mcm gempak kan...
sila amik perhatian ye...
saya ni anak bomoh..
*
*
*
*
(bkn bomoh ape pon sbenanye..tapi lebih dikenali dengan gelaran tukang urut..saje wat gempak)

ok...cerita pasal santau-santau ni..
macam ngeri pulak..
sebab santau ni kategori ilmu hitam..
kalau cakap ilmu hitam pulak..
mesti la kait mengait dengan bende halus..
tapi tak termasuk la debu..jarum...kuman...yang tu terkecuali..hehe
makhluk halus ialah makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif..


tapikan..knape la melalut sampai ke ctu plak...
ari ni masuk peraduan kat blog kojah..psl banner..tapi yang bengangnye aku...kojah punye tag line on my way..aku pi bubuh my own way..kan memandai namenye tu..wahehehe..nak edit..tapi aku tak save lak GIMP punye softcopy...menangis ah nak buat balik..

wah..sakit jiwa..

dah penat ah...
ok..adios...

...entry ni taktau nak letak gamba ape..
Sunday, September 6, 2009

*missing u*

mane ni...
rindulah..
cepat contact sy balik..

*senyum*

jangan geleng...
tumbuk mahu??

huh..lupa bawak kabel tlefon balik..
camne nak upload pict sy tengah jahit langsir raya.
sakit tengkuk+kaki...
sebab jahit last minute

haha..pdn muka...
minum nescafe 2 gelas masa berbuka puasa..
last-last mata tak mahu lelap sampai ke sahur pagi tadi..
tapi sekurang-kurangnya siap 2 bidang langsir..

4 is done...3 more to go..
tapi...tengkuk da sakit..
tak thn nak tunduk dah..
demm...

sape srh tak bli meja..

saja buat entry ringan...just nak buat quick update...adiouss..


p/s:takziah to bang jak atas pemergian ibu mertuanya. semoga roh mkcik maznah dirahmati..
Thursday, September 3, 2009

BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST


aku pon nak masuk contest ni wlpun tajuk die utk org cantik2 je...wlpon aku tak cntik sgt..tapi..aku pn pakai tudung...
so kak lyna....choose me...x0x0x..
wehehehe

babiri

kalo babi+biri-biri = babiri
kalo babi+lembu=babibu
kalo babi+gajah=bajah (byk daging)
kalo babi+bdk aku benci=babi50x..(huahuahua)


(ini adalah sekadar gamba hiasan. bukan sebab aku fanatik dengan binatang ni..bukan jugak sebab nak mewujudkan kontriversi..ini adalah gambar babi kacukan biri2..)

Bagai baru semalam aku disedarkan oleh dunia yang penuh durjana ini.
Dan baru bagai semalam aku dikejutkan dengan racismnya seorang manusia
dan aku baru sedar betapa besarnya dikriminasi antara kaum yang menghimpit aku
durjana?
Mungkin bukan itu juga perkataan sesuai untuk aku gambarkan kekejaman yang telah di lakukan
aku sebenarnya kecewa
kecewa bila aku tahu berita ini
sang perdana menteri cuba menyucikan hati kita dengan sifat perpaduan.
Tanpa berbilang bangsa. Kita bukan lah satu malaysia
kita menjadi tidak unik
hitamnya kulit kita. Putihnya tubuh kita. Kita tidak perlu mengira bangsa

sejak dari alam persekolah aku bersekolah campur. Aku bersangka baik dengan semua kaum. Kenapa semalam aku dikejutkan dengan berita ini?
aku sangka kan..berlainan bangsa bukan penghalang aku menkagumi dia sebagai salah seorang pendidik aku
seseorang yang banyak membimbing aku
aku menghormatinya....tapi...itu semua untuk satu masa dulu

dia sudah jauh dari aku. Dan yang aku herankan. Dia seperti melupakan aku. Lebih tepat sebenarnya kami. Aku dan sahabat aku. Jika hanya aku. Aku kurang heran dengan peelnya. Dia juga baru mengenali aku setahun yang lepas. Aku juga bersedia berubah jika aku yang salah. Apalah sangat perkenalan setahun kami. Tapi sudah cukup membezakan antara 3 bulan dan 12 bulan rasanya.

Tapi kerana kulitnya berlainan dengan aku, maka sebab itu kata-kata aku kurang berguna?
Heh?
Persetankan orang begitu.
Terasa diri agung.
Padahal dia juga sebatang kara

jika dulu aku belajar menerima. Aku belajar untuk berubah
dan aku juga tidak lupa...gagal berubah bermakna gagal dlm hidup.
Susah untuk menyedarkan orang bongkak mendongak ke langit.
Tak sedar kaki terpijak tahi.
Aku bukan kisah.
Dan aku tidak akan kisah

dan kata-kata ini di tujukan untuknya:-

wahai manusia bongkak. Aku kehabisan kata untuk menyumpah engkau. Engkaulah makhluk paling keji yang aku pernah jumpa. Mungkin..dan mungkin kau akan katakan aku yang bersuara lantang. Dan aku juga sedar. Lambat laun kau pasti endahkan tulisan aku ini. Tapi kau perlu sedar, bumi ini sfera. Ada tentunya kau di atas dan resminya kau akan merasa di bawah.

Kau rasa kau besar. Sedarlah manusia, ada lagi yang lebih gagah. Kau manusia hipokrit dan pandai bermuka-muka. Kau manusia jahat yang pandai berpura-pura. Mengambil nama atas kesengsaraan orang lain. Itu kerana kau tidak sedar. Kejayaan kau tak kekal lama.

Mungkin juga kerana kau tidak beragama.........

dan ustad aku pernah bersuara “semulia manusia adalah yang penuh sifat sabarnya di dada.”
dengan kata-kata itulah aku meneruskan perjuangan.

Cukup*

jangan sesekali pula kau cuba selar aku seperti mana kau lakukan pada kawan aku. Aku lihat aku seperti kapas mungkin. Tapi kau juga belum melihat waja dalam diri aku.

Berlari mengejar pelangi. Tangan tak sampai. Kaki terasa sakit...dan aku doakan. Kau juga begitu.

zz&berkahir entri penuh kekejaman&zz

wehehe..
today...my anniversary..
today..supposely my mood in good condition.
Today gak..sibuk wat soalan susah untuk certified.
Harapkan orang tua gemuk+keparat tu..konfirm keje tak siap...
lalala..siapa gemuk akan terasa...sape muke hodoh macam engkau akan melatah..
dan sape bgn pagi tak mandi cume cuci muke mcm kau jugak akan menggelabah
aku..........
suka entry kutuk dia macam ni.
Tapi kalau dia nak selar aku. Nak dengki aku...dia kene la pk...aku..takde pon letak nama dia...
aku bukan jahat macam dia..tikam orang dari belakang..lalala..

dan....aku...
boleh je nak buat petisyen yang kumpulkan brape orang dalam malaysia benci dia
boleh la masuk dalam senarai lelaki tak sedar diri + blagak bagus kategori dalam malaysia.

Huhu..adekah anugerah itu?? uit pembenci dia...jgn lupe tinggalkan komen..wehehe
dan agaknye..kalau babi pon da boleh kacuk2...mungkin dia tu klon pertama babi+manusia..sape tau kn???

=.= hup**

(click untuk imej lebih jelas)
happy birthday......d syg
Wednesday, September 2, 2009

*ini surat cinta*


8 tahun lepas..tarikh ni la 1st time saya terima surat awak...

1st time saya mula cuba kenal dengan lelaki.

dan lepas tarikh tu la kite jadi kawan.

esok...
03-09-2009...tak sedar...
kita dah kawan 8 tahun..
orang ramai pelik...
ramai kisah..
knape kite lame sangat kite jd psgn kekasih..tapi stil tak kawen-kawen lagi.
saya selalu jwb kat kwn2.
saya muda lagi.
masih boleh berseronok dengan kawan-kawan.
masih boleh bersukaria.

Sebab saya tau..masa tak boleh di undur kembali

saya tak mahu jadi ibu orang yang masih terkinja-kinja mahu keseronokan hidup bujang

saya tak mahu jadi isteri orang yang masih mahu berpoya-poya dengan pasangan

saya mahu jadi isteri yang sempurna.

Jika tidak sempurna di mata orang lain

sekurang-kurangnya

saya mampu jadi sempurna untuk awk.

Sebab

awak dunia saya

hampir 6 tahun menyulam cinta, 8 tahun menyemai benih

saya mahu hasil tanaman itu lumayan

biar saya mempersiapkn diri sebaiknya untuk awk

biar saya membahagiakan keluarga saya sebelum awk.

Sebab saya ingin berjaya demi awk

saya mahu awk bangga, bakal isteri awk serba boleh

bakal isteri awk tak kekok bergaya

tak canggung di bawa ke mana saja


saya ingin menjadi peneman yang agung

peneman yang setia di sebalik ikatan kasih kita

dan awk doakan saya bersedia sebelum tarikhnya

doakan ikatan kasih kita kekal

doakan kita panjang umur untuk habiskan hidup bersama


awk..terima kasih

tapi rasa masih tak cukup ucapan tu

takde ungkapan yang boleh gambarkan betapa bersyukurnya saya

di bawah naungan payung kasih awk


semoga awk sedia payung saya dengan naungan itu sampai bila-bila.

Sebenarnya saya bebel panjang panjang ni sebab saya cume nak kata


happy birthday n happy anniversary D


p/s: razlina sayang awk....shahrulnizam...


page

Followers