Monday, September 28, 2009

orang kata

Genap 15 hari lagi...

usia aku akan menginjak ke 25 tahun. Sangkaan aku dulu, umur sebegini aku dah menimang seorang cahaya mata. Rupanya masa depan tak semestinya seperti yang kita rancangkan. Sabtu lalu, akhirnya aku menjejakkan kembali kaki ke bumi temerloh. Tapi keriahan majlis sara aku terlepas, mungkin sebab aku lambat sampai. Aku lupa, negeri orang cara kendurinya tidak serupa. Kalau di johor, pukul 3 adalah kemuncak acara bersanding, bertepung tawar.

Maaflah sara, lambat hadirnya akk.

Tapi alhamdulillah..sampai juga aku di sana.

Nway..tahniah sara. Dengan padanan merah dan gold sara nampak ceria. Sampai kan tak sempat aku mengambil sebarang gambar. Bila tuan empunya badan dah kasi gambar kahwinya. Insyaallah aku abadikan memori tu di sini. Dan hari ini, hari pertama bekerja selepas cuti hari raya. Ofis masih sunyi. Mood beraya mungkin masih terbawa-bawa.

Aku mengharapkan aidilfitri kali ini makin meriah pada aku. Tapi..istilah meriah pada aku bila hanya dapat beraya bersama keluarga tercinta. Bukan bersuka-ria sehingga subuh menjelma. Pelbagai kisah..pelbagai ragam..yang kadang-kadang tak tersangka menyinari aidilfitri kali ini.


Khamis malam sabtu lalu, selamat sudah kenduri kecil di teratak kecil family ku di batu pahat. Awal pagi lagi bangjak bangun untuk membeli ayam. Awal subuh lagi si ajim sibuk menjemput orang kampung. Mengkhabar berita. Sampai kan lena yang selalu berlanjutan sehingga kokok ayam jantan kampung. Hapus sudah.


Awal pagi lagi anak-anak buah aku bermain air kolah menyiapkan diri untuk bergotong-royong kenduri ini. Org kampung kata..malam ini mungkin bukan majlis biasa. Mungkin majlis menyambut keluarga bertandang. Ramai jugak yang bersuara, majlis malam ini, majlis anak dara menyarung cincin di jari manis.


Sedangkan aku, orang yang diperkatakan bersinsing lengan memotong ayam, berpeluh banjir memasak. Masakan itu kenduri aku sendiri. Kalau itu kenduri aku, mesti aku bersenang lenang di bilik. Berpupur wangi, bersanggul indah. Tak perlu ikot turun ke lapangan mengerah kudrat bersama.


Manis sungguh kata orang-orang kampung.

Org kg: lina kan sudah bekerja. Hidup pun agak terurus. Badan pun makin berisi. Senang hati mahu menyarung cincin ya?(jgn pelik..panggilan di kampung memang lina..aku kan anak dara lemah lembut.)

aku : sapa pulak tabur berita tu?

Org kg: takkan adiknya dulu. Lama dah kak nah tu menunggu nak menyambut menantu

aku : alah..org belum sedia la. Kerja pon baru lagi. (biasa la..ayat cover)

Org kg : buat nanti jangan senyap2 pula.


Eish...sedangkan kenduri kecil riuh sekampung. Kalau anak dara ini bertunang, mungkin bukan sekampung riuhnya makcik. Itulah adat resam dunia. Waktu belajar..orang asik bertanya bila mahu bekerja. Bila sudah bekerja, ditanya pula bila mahu berumah tangga. Kalu dah berdua. Semua pasti bertanya, bila mahu menambah keluarga. Adat lah tu.


Cuma sekarang. Walaupun aku separuh bersedia..tak semestinya jodoh itu sudah di depan mata. Kata orang, berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul beban. Aku ini muda lagi, baru suku abad hidup di dunia. Kalau umurku panjang sehingga se abad, aku mempunyai lagi tiga suku abad untuk berumah tangga. Kalau umurku separuh abad. Aku juga masih punya masa sesuku abad untuk berumah tangga. Jadi.

Jangan risaukan aku menunggu wahai teman.

Jangan endahkan kalau takdir kita tidak sama.

Jangan kisahkan kalau perjalanan kita lain hala.


Bukan seorang dua sepupu ku bersanding indah di usia muda. Malah. Baru tamat sijil pelajaran. Family lelaki terus masuk meminang. Kalau tidak pon selepas setahun di kilang, rombongan lelaki datang bertandang. Alah...

pemandangan biasa di ceruk kampung halaman.


Dan aku hampir lali melihat semua itu. Balik kg kali ini, si pulanah kawin. Balik kg lagi, si pulanah dah anak dua. Balik kg lagi..mereka dengarnya dah berpisah.

ah.......macam-macam.


Org kata..Kalau ulat pun boleh hidup dalam batu. Inikan pula manusia yang ada akal fikiran..ah...

kata memang senang. Bila aku bantah..kata pula aku mata duitan.

Tapi bila aku tabur duit...

tengok la sapa yang sibuk mengutip...

2 komen yang perlu dibaca:

  1. aik..

    cara meluahkan tu cam nk suruh cik abg anta rombongan je.. hehe :D

    aja aja fighting!!

    ReplyDelete

page

Followers