Wednesday, September 2, 2009

*ini surat cinta*


8 tahun lepas..tarikh ni la 1st time saya terima surat awak...

1st time saya mula cuba kenal dengan lelaki.

dan lepas tarikh tu la kite jadi kawan.

esok...
03-09-2009...tak sedar...
kita dah kawan 8 tahun..
orang ramai pelik...
ramai kisah..
knape kite lame sangat kite jd psgn kekasih..tapi stil tak kawen-kawen lagi.
saya selalu jwb kat kwn2.
saya muda lagi.
masih boleh berseronok dengan kawan-kawan.
masih boleh bersukaria.

Sebab saya tau..masa tak boleh di undur kembali

saya tak mahu jadi ibu orang yang masih terkinja-kinja mahu keseronokan hidup bujang

saya tak mahu jadi isteri orang yang masih mahu berpoya-poya dengan pasangan

saya mahu jadi isteri yang sempurna.

Jika tidak sempurna di mata orang lain

sekurang-kurangnya

saya mampu jadi sempurna untuk awk.

Sebab

awak dunia saya

hampir 6 tahun menyulam cinta, 8 tahun menyemai benih

saya mahu hasil tanaman itu lumayan

biar saya mempersiapkn diri sebaiknya untuk awk

biar saya membahagiakan keluarga saya sebelum awk.

Sebab saya ingin berjaya demi awk

saya mahu awk bangga, bakal isteri awk serba boleh

bakal isteri awk tak kekok bergaya

tak canggung di bawa ke mana saja


saya ingin menjadi peneman yang agung

peneman yang setia di sebalik ikatan kasih kita

dan awk doakan saya bersedia sebelum tarikhnya

doakan ikatan kasih kita kekal

doakan kita panjang umur untuk habiskan hidup bersama


awk..terima kasih

tapi rasa masih tak cukup ucapan tu

takde ungkapan yang boleh gambarkan betapa bersyukurnya saya

di bawah naungan payung kasih awk


semoga awk sedia payung saya dengan naungan itu sampai bila-bila.

Sebenarnya saya bebel panjang panjang ni sebab saya cume nak kata


happy birthday n happy anniversary D


p/s: razlina sayang awk....shahrulnizam...


3 komen yang perlu dibaca:

page

Followers