Wednesday, December 31, 2008

New YEAR!! dan zaman kanak-kanak...

opss....hari ini rupanya hari terkahir sebelum kita melangkah ke tahun 2009..segala kenangan yang indah..yang pahit..kita patut renungkan dan djadikan satu pengajaran bg yang buruk dan kenangan bagi yang indah...tak semua benda yang telah berlalu itu satu perkara yang patut kita tinggalkan...

tahun baru biasanya kebanyakan orang akan kaitkan dengan azam baru..macam kanak-kanak yang baru memulakan alam persekolahan mereka tahun depan..tahun 2009 akan menjadi detik-detik indah yang mereka rasa sungguh bermakna...melalui hari pertama persekolahan..adalah sekali dalam seumur hidup...indah kan..kalau dikenang waktu mula bersekolah dulu...

tahun ni..salah seorang daripada anak sedara aku akan memulakan alam persekolahan...moga-moga dia cerdik seperti makcik dia ini. walaupun aku tidak merasai sekolah tadika..aku masih lagi mencari kanak-kanak pintar disekolah...bermakna..belajar dirumah lagi berkesan...ehehe..membuktikan teori aku yang anak-anak yang sepenuhnya diberi perhatian oleh ibu bapa dalam pembelajaran akan menunjukkan potensi lagi baik....

masa aku kecil-kecil pon..bukan banyak guru-guru tuisyen yan gmenawarkan perkhidmatan di kampung-kampung...mujur..waktu dulu..anak-anak terbiasa dengan apa yang ada..maka tak timbul rungutan kurang bahan bacaan. terlintas juga rasa kasihan melihat kanak-kanak sekarang seperti hilang kenikmatan zaman kanak-kanak mereka..

kecil-kecil lagi sudah dipaksa menghadiri kelas menari lah...piano lah..taekwando lah....bila mula menjejak kan kaki ke sekolah...terpaksa mula menghadiri kelas tambahan..pdhl..mereka baru sahaja darjah satu....kunun-kunun nye persediaan untuk akhir tahun...terlalu menitik beratkan soal pelajaran tidak salah..tetapi sebagai ibu bapa..kita juga harus berfikir kehidupan zaman kanak-kanak mereka...

zaman kanak2 yang tak mungkin boleh berulang...hidup dalam penuh tertekan menyebabkan jiwa anak2 semakin memberontak...aku pernah membuat satu kajian berkaitan music dan math juga games and math..semua itu kejian untuk kanak-kanak dalam lingkungan 7- 12 tahun..

aku sengaja memilih tajuk yang berkaitan dengan kanak-kanak untuk persediaan hari tua..sekurang-kurangnya ijazah yang aku miliki tidak sia-sia...walaupun tidak bekerja dalam bidang math..tapi aku perlu memperaktikkannya secarafizikall...

mungkin saja satu hari nanti aku perlu berbakti menaburkan ilmu yang telah aku pelajari...mungkin kepada anak sendiri..atau mana tahu rezeki aku juga dapat meluahkan ilmu yang aku ada..kepada anak bangsa...

menyulam sutera diatas buai...
buainya laju menjulang atap..
anak sendiri jangan terabai..
akhirat kelak tidak terjawab..
main congkak diatas batu
batu berukir bunga semalu
hormati ayah..hormati ibu
supaya hidup kita terpandu

lynn...cyberjaya....4.43 ptg...
Tuesday, December 30, 2008

**1430**ma al hijrah

5.03 petang....
baru teringat yang hari ini aku belum pos ape-ape artikel..sbenanye cuti pat hari..aku da menulis beberapa page cerita untuk di publish..tapi aku tertinggal..dan rasanya tunggulah tahun baru...bagi umat islam..semalam kita melangkah lagi ke tahun yang baru..29 Disember 2008 bersamaan dengan 1 Muharam 1430 Hijrah..

aku ingat lagi..yang emak aku cakap aku dulu lahir pada bulan muharam kalau dalam bulan islamnya..kalau tak silap aku..dalam minggu kedua muharam..jarang menyambut hari jadi dlama bulan islam..aku sendiri kabur tarikh kelahiran aku..13 muharam nanti akan berlangsung majlis memasak bubur asyura...sempena hari itulah aku mempunyai seorang sahabat bernama nor azura...bukan nor asyura..ehehe..dengar cerita dia lahir 13 muharam..

kalau kat kampung aku..time memasak bubur asyura adalah masa yang meriah sepanjang bulan muharam...bergotong-royong...dan rupa bubur asyura menyerupai bubur lambok..mungkin kanak-kanak sekarang tidak merasai kemeriahan majlis-majlis sebegitu...yang tinggal di kampung hanya generasi yang agak berusia..berumur..

kalau diberi pilihan..aku sendiri ingin menetap di kampung..mempunyai hidup yang ringkas...damai...dan tidak terdedah dengan bahana yang membawa bencana..aku ingin mendapat putera puteri yang menikmati suasana kampung..hidup serba sederhana..belajar bersusah payah..supaya mereka faham erti hidup yang sebenar..

kanak-kanak yang faham erti kesusahan lebih senang berjaya...dan lebih tabah menempuh hidup..realitinya..memang kita selalu perhatikan..orang senang..orang kaya...mudah berjaya..tapi bila di nilai semula...anak-anak kampung...mempunyai ibu-bapa yang agk berusia..dan kehidupan mereka hanya diterangi oleh lampu minyak tanah..merekalah yang memiliki otak yang pintar..bergeliga...

orang kata...mencari permata yang indah didasar lautan bagaikan satu dalam seribu....begitulah juga menjadi orang yang berjaya...tidak semudah yang disangka..

merenung bintang dilangit....
tidak tahu jarak jauhnya..
menggapai bulan di angkasa...
baru terasa jaraknya...

macam aku....hidup semasa kecil serba sederhana...merasa jerih payah mengayuh basikal kesekolah....melalui lopak air..jalan belum di tar..lecak di merata tempat..debu diwaktu panas...dan kini..aku sedang meniti....tangga keberjayaan..paling tidak..sebelum 2011..aku perlu mempunyai simpanan bernilai puluhan juta...

semoga bukan sekadar anganan....dan..doakan untuk keberjayaan..
Friday, December 26, 2008

**knape?? ni...cinta taman larangan**

tak tahu knape..dua tiga hari ni..bile blogger len bukak blog aku..dieorang tak dpt tengok posting aku..pergh..kecewa btol rasa bila blogger len ngadu..pdhl..aku tak wat ape-ape yang memudaratkan pon...bosan btol bile kene serang virus yang ntah hape-hape tah..

semalam cuti krismas..so hari ni ramai gak yang apply tok sambung cuti..opis pon takle meriah cam slalu..sunyi jer...sbenanye akali ni aku nak kongsi cket pengalaman tentang cinta taman larangan.. sebenarnya cinta macam ni memang tak banyak..tapi ade gak berlaku...

kisah kali ni antara anak sedara n pakcik (a.k.a suami makcik die)..nak bagi lagi senang..aku letak la nama budak tu azie..dan nama lelaki tu razi..cewah..cam kene lak..azi vs razi...nak di kisahkan..aku mengenali mereka atas ikatan bau-bau bacang...so dalam tak sengaja..aku pun terlibat dalam konflik ni...

ceritanya bermula lebih kurang setahun yang lepas..time tu aku masih menuntut di negeri bunga orkid..gosip ni di sampaikan pun menerusi anak-anak kampung ku..teman lepak bersama..merangkap sepupu-sepupu dan anak sedara ku...

razi memang agak berjaya di kampung itu..memiliki rumah besar..perniagaan sendiri..menjadikan dia seorang yang agak mewah...isterinya seorang cikgu...maka hasil pendapatannya memang banyak setiap bulan...zaman muda..razi habiskan dengan kerjaya..perasaan untuk bercinta tidak pernah terlintas dalam jiwanya..

perkahwinan dengan isterinya pun diaturkan oleh ibuku...kerana razi dulu seorang pemalu dan kebetulan pula berkawan dengan abng ngah..ibu memang ringan tulang menolong...yelah..anak muda dari perantauan (perak negeri asalnya)..ta at sembahyang...rajin mengaji..dan rajin..hati tua mana tidak berkenan...

maka dia dijodohkan dengan orang kampungku..cukuplah sekadar aku menggelarnya ros...ros seorang guru sekolah rendah....mempunyai ramai anak buah kerana dialah anak bongsu keluarganya..

nak dijadikan cerita..si ros mempunyai anak buah sedang-sedang usia bernama azie..ros dan razi hidup bahagia sehingga anak ketiganya lahir...ntah bagaimana berputik cinta di taman larangan itu, aku sendiri tidak pasti..yang penting..bagi aku..salah kedua-duanya..dangkal benar otak si razi..menjadikan anak sedara sendiri dijadikan sebagai tempat bermain kasih...bukan dia jahil agama..lengkap segalanya..

pada permulaannya..aku sangkakan..semua itu gosip liar...dan bagi aku..mungkin layann si razi terhadap azie hanya sebagai anak buah..berpimpin tangan semasa melintas jalan..bagaikan bimbingan seorang pakcik...

buah yang tumbuh di taman larangan memang suka benar orang memetiknya mungkin..aku sendiri hairan...aku sangkakan..hanya ros yang tak usul periksa...tapi pembongkaran mesej di telefon razi mendatangkan prasangka yang bukan-bukan...

yang ini di kotak inbox...
"abang da tidur??"
"syg masih belum tidur lagi..orang sebelah bagaimana"

dikotak sent pula..

"abg blm tidur sayang"
"teringat abg ye??yg cni dah tidur"

...dan terbongkarlah skandal larangan itu..bukan aku sendiri yang membuka mesej-mesej itu..tapi anak sedara si razi sendiri yang kebetulan bercuti dari pahang...dan kecoh la berita tu...kesalahan yang razi lakukan memang agak melampau pada pandangan aku...aku tak kisah jika dia mencari cinta lain..yang lebih suci hubungannya...bukan darah daging isterinya..

mungkin azie masih muda..dan belaian yang diterima dari razi membuatkannya terlupa...lelaki yang diulit dengan cintanya tiu..suami makciknya sendiri...tak dapat aku bayangkan bagaimana terluka perasaan ros....

keluarga azie berkeras enggan mengakui kesalahan anaknya itu..dan dengan terbongkarnya mesej-mesej itu..hubungan mereka..agak mendatar..tiada lagi permainan cinta dan keluar bersama....

dan bila baru-baru ini aku kembali lagi kekampung..cinta mereka berputik kembali rupanya..tempat memadu kasih..di R&R kampungku...lagak razi kali ini agak berlainan..hp ditinggalkan dirumah...dan azie pula memberi alasan menghantar kuih jualan...

aku..hanya mampu menggeleng kepala..mampu melihat..tapi tak mampu berkata-kata...
Friday, December 19, 2008

adakalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik
tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat
boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu
hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit
kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati
ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan
kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah.
Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti
menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu
tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita
membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita.
Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai
sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125). Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana
Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada
isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang
terdekat.



Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan
dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau
pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima
nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta
lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.



TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Thursday, December 18, 2008

**money.....**


smalam sara pi interview...hope so..die akn dpt kerja tu..sekurang-kurangnya dia akan dapat kerja yang stabill...im pray for her...dua tiga ari ni..da start da makan kat rumah..sebab barang-barang dapur semua da beli..time ni la rasa bertuah dapat rumah yang sronok...persekitaran pon baik...dan keselamatan terjaga..

cerita pasal ekonomi akan meleset awal tahun depan kadang-kadang buat aku rungsing..yela..baru je habis belajar...da gawat pulak ekonomi..menyebabkan semakin ramai graduan menganggur...even worst...makin banyak universiti-universiti swasta menawarkan course yang profesional..so masuk U bkn lagi menjadi satu kebanggaan..sebab makin banyak kolej dan U swasta..so..sape yang banyak duit...dia la yang akan berjaya....

maka..menjadi satu kemestian sekarang..kalau ingin mencari pasangan mesti nak yang kukuh pendapatan..rasa cam tak patut kadang-kadang...tapi..keadaan persekitaran memaksa kita bertindak sedemikian....bende ni gak..aku pernah aku bincangkan dengan clique aku...
apa yang lagi penting dalam membina sebuah rumah tangga.....

kebanyakan pihak perempuan...akan mengatakan..bahagia la yang paling penting..tapi bila aku persoalkan...kalau takde duit...boleh jadi bahagia...dan mereka akan terus berfikir...bagi aku..secara logiknya...memang la bahagia boleh di pupuk tanpa taburan wang ringgit..hatta orang kaya sekali pon kadang-kadang tidak merasa bahagia...duit banyak...rumah besar...tapi masih rasa kekurangan...

memang pelik kan..tapi..nak di ingatkan...manusia..mana mungkin puas dengan apa yang dimilikinya...

macam orang cantik..
nak lagi cantik

orang kaya nak lagi kaya
orang berpangkat..start la tamak haloba


bila aku tanya lelaki pulak..apa yang paling penting...dieorang bagi jawapan sebaliknya

"duit bukan segala-galanya lynn"

then aku cuma bantai senyum dan bidas balik..kalau bukan duit segala-galanya....kalau takde duit leh kawin ke?? leh idup??leh sekolah?? dan cakap la apa yang tak perlukan duit...even kalau taknak kawin nak buat anak je pon..perlukan duit...

logik tak?? logik kan...ni semua sebab kita ni terbelenggu dengan persekitaran yang selalu fikirkan duit..sebab tu la bila fikir pasal duit...semua akan cakap duit tu penting...jadi orang kaya adalah idaman...tapi kalau kaya pon..tak kemana..harta dunia...
Wednesday, December 17, 2008

**stuck in the MiDDle**

hari minggu lalu...masa habiz dengan bersiar-siar di sekitar midvalley...slalunya aku keluar dari seri kembangan naik erl yan gmahal tu kat putrajaya..tapi kali ni nak rasa kelainan..aku try la amik komuter dari serdang....aku sebenarnya bukan la jakun sangat dengan komuter..ade la lebih spuloh kali aku nek..tapi semuanya hala dari kl sentral menuju ke sh alam..so aku tak le pernah cuba dari destinasi lain....

oo..lupe..skali penah naik dari seremban p ke nilai..tu pon mase aku memula nak start practical kat cyberjaya....so..itu la first time aku menuju sendiri ke ktm serdang....

roomate aku pon da pesan macammana aku nk pi ke ktm serdang tu..perkataan die yang banyak teruuuuuuuuuuuuuus je..then dua tiga kali belok kiri..nak dijadikan cerita..ada la dalam 5 minit aku bertolak dari rumah..ujan turun la selebat-lebatnya..aku yang naik roda dua ni..memang le akan basah kuyup..nasib aku mmg da ready awal2 pakai sweater dan baju ujan..tapi dek sebab ujan turun mencurah-curah..aku pon stop r jap kat bwh jejambat..ikotkan ati mmg gerun...

tapi aku takde choice...yela..takkan aku nak trus gak pi ktm tu...4sure la aku akan jadi basah sekuyup2nye..abiz makeup yang aku apply tu cair dibawa hujan...sblm aku brenti tu..aku mmg da perasan ada la segerombolan mamat-mamat motor..(ala..bdk2 lagi aku tgk)...dieoragn pon tengah berteduh sama..aku baru je brenti parking..ade lak sorang bdk ni tegor2..

sebab aku tanak la dikatakan sombong ...aku pon layan r..yela..kang dieorg bertindak ganas...aku gak yang kene..aku pon lyn r bdk tu cam adik...pastu leh lak die mintak-mintak contact number...aku pon berpura-pura la tade phone...time tu da pukul 3 da..da la aku janji ngan buah hati aku kat midvalley kol 3..aku pon tade pilihan...ujan yang renyai-renyai tu aku pon redah la pelan-pelan..smpai r flyover serdang..

ntah hape ke malang nasib aku..aku leh lak pilih utk tak naik fly over..even ..housemate aku da pesan...sampai jupe signboard lebuh raya bermula pon aku perlu terus lagi..aku pi le kluar simpang sblum flyover..maka jadinya aku tersesat barat sampai depan UPM..da la kat situ banyak lubang mak oi....merbahaya sungguh...

dengan hujan renyai-renyai..aku pon sibuk la mencari jalan...dengan jalan yang banyak lubang..sunguh kasihan..tapi aku nekad gak..takkan r aku da sesat..aku nak patah balik...eish..tak leh...aku pon berusaha tanya makcik2..yang aku jupe..sampai la satu kedai yang bagi direction yang aku faham....

at last..aku sampai juga akhirnya kat KTM tu...n sampai midvaley...dalam pukul 3.45..ahahaha...
aku sebenarnya tade mood sangat pon nak bercerita dengan apa yang aku buat ujung minggu..cuma tetibe aku rasa cam rasa tak puas hati aku menyelubungi ati aku..eish2...da jadi jahat ni...

tapi cam biasa la..aku kalau nak bercerita..kene berkias2..kalau tak nanti ada pulak yang menangis+tak puas ati+jaki ngan aku pulak...sebenanrnya aku pon pelik...sorang budak ni cam jaki je ngan aku..pdhl aku tade kes ngan die...tapi sebab dah jadi sifat semulajadi dia..dia ni jenis angin+baran+sesuka ati die je nak marah...aku pon wat taktau je la...ntah knape tah..makin lame...die cam kisah pasal orang len je..pdhl die tade pon wat pape..bile aku suarakan sikit tak puas ati aku..die mula la menceceh + nk nangis+pura2 mnerangkan keadaan balik..die ingat aku bodoh sangat gaknye tak leh pk...aku malas nak layan..

tapi biasa la orang camtu..tak puas hati die ni memang akan berpanjangan..so aku akan wat bodo je..kalau layankan...makin teruk jadinya..kata orang..kalau bercinta..leh jadi clash....kalau kawin leh cerai berai..sebab die ni bukan jenis nak memahami orang lain..die akan pk pasal die je..n kadang-kadang bende kecik +tak msk akal pon die sibuk nak pertikaikan....

mana la ade orang phm....mana le ade orang tahan..........dan kata orang...cinta takkan tumbuh atas hati batu...so camtu la lebih kurang...nway..aku bukan kisah sangat pon..kalau nak kate die bagus..bagi aku biasa-biasa je....takde yang hebatnya pon...kalau dia hebat..mesti dia da jadi orang kaya..tak pon dah ber anak pinak sebab dia da laku..tapi dia lebih kurang aku je....

ntah ape yang dia nak berlagak tah..


kata orang...kalau dah setaraf..takde apa yang dia nak banggakan..cuma mungkin..dia lebih berpengalaman...

confuse tak????
confuse kan...


ilmu itu indah..jika dikongsi
ilmu itu manis..bila di rasa bersama
dan ilmu itu jernih..bila tiada prasangka
maka...
berilah ilmu dengan setulusnya...

pengalaman itu emas
jika mahal nilainya
pengalaman itu harta bila di jaga
dan pengalaman itu bernilai..bila diguna
maka..
dengan pengalaman yang kita ada...
janganlah sesekali kita mendabik dada

kerana..ilmu dan pengalaman..cuma dipinjamkan
daripada maha esa....
Thursday, December 11, 2008
**pelamin anganku musnah**

ingat tak lagi lagu ni pernah dipopularkan satu masa dulu..lagu dendangan azie ni aku pon hampir lupa...sampailah salah seorang sahabatku membincangkan hal berkenaan lagu ini. maklumlah masa tu..die tengah frust....aku sebagai salah seorang pendengar setia...punya la sibuk mencari lagu ni..nak gak dengar lagu-lagu lama...+ ingin berkongsi rasa teman aku tu..sekurang-kurangnya..time aku memberi nasihat....aku boleh merasai kepedihan hati si dia..dan sekali gus..memberikan nasihat berguna n boleh digunapakai untuk si dia...

memang la tajuk tu sesuai sangat sekarang ni aku hadiah kan buat teman aku..si cici..bukan lagi untuk kawan aku terdahulu..maklumlah..ikatan yang dia sangkakan musnah masa tu terbina kembali..macam tu la adat bercinta...gaduh bagai nak rak...tapi bila da baik..tak ingat dunia...adat resam pula bagi yang dah siap mendirikan rumah tangga...bak kata orang..kalau tiada yang pahit bagai mana mahu merasa manisnya...

hubungan cici akhirnya sampai ke titik noktah terakhir..segala perkara dan pergolakan yang berlaku dalam hubungan dieorang..berakhir jugak...macam salah seorang pembaca blog aku cakap...(kak arni)...lelaki macam tu tak sayang kita..tapi time baik..si cici bukan kisah...segala yang aku nasihatkan..berlalu bagai angin..dan aku rasa..itu yang terbaik untuk dia...sebab hidup ni..kita sendiri yang tentukan....

kawan...berguna untuk nampak kesalahan kita yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar...dan kawan yang ikhlas..kawan yang mampu memberi nasihat...tapi..bila si empunya diri dah buat keputusan...si dia akan merelakan...so aku cuba menjadi kawan sebegitu...dan pengakhiran dan resultnya..kene la tanggung sendiri...

kiranya..skang si cici tgh frust gak sebab kene tinggal..tapi..biasa la..nasihat aku..."bunga bukan sekuntum..kumbang bukan se ekor.."..ayat sama untuk org yang putus cinta...
kalau lah aku...mesti aku tak leh pakai nasihat camtu...so yang bley aku wat..sokong la si cici ni ngan hidup baru dia...kalau dah kene tinggal..pastikan..orang yang gatal-gatal tinggal kita tu menyesal...

nway..hidup mesti diteruskan..we doesn't know wut future will b....
uh..........kadang-kadang..bila fikirkan kembali...cinta adalah medium untuk menyatukan dua perasaan..dan secara logiknya..kene la dua jiwa n perasaan tu berkongsi rasa..bertolak ansur..dan bersama-sama memahami kehidupan yang mereka bakal bina..so..kalau hubungan tu tak berjaya..makanya..dua hati itu tidak ditakdirkan bersama...

menggembleng usaha untuk mengecap kebahagiaan bukan semudah yang di sangka..lain orang lain dugaannya..bak kate pepatah..lain enau..lain belukarnya...so..lain org..lain la ragamnya..bagi yang sedia telah berpasangan..dan berjaya hidup dengan gembira...bersyukurlah..kerana menemui pasangan yang sepatutnya...

bercerita tentang diri....
menapak kehilir...meniti ke hulu
renang ke darat..bersampan ke laut..
menongkah arus..menempuh badai..
hanya diri..
mengerti maksud..
bercerita soal hati..
hanya hati boleh jwbnya...
bercerita soal mati...
tunggu maut..ajal menjemputnya..

Friday, December 5, 2008
**hai...lelaki**

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua
wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.
Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya. .. wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Thursday, December 4, 2008
~last day bersama~
..konvo+andaman+pantai jeram..

ni pose aku sebelum teman shahrul nizam amik konvo dia. sara lak tengah sibuk bergayut...sampai melekat kat dinding belakang tu..siap pegang2 cermin lagi..masa ni da dekat tengahari jugak.
aku sebenarnya bukan apa.."aku menulis bukan kerna nama"..cewah..cam lagu la pulak...aku memang tak nafikan..blog ni salah satu alat berkongsi pelajaran..ilmu...dan benda-benda yang berguna. tapi...terpulang la pada hak masing-masing...apa guna blog tu..untuk mengkritik...aku memang tak kisah..apa lagi nak mengata tulisan aku ni sekadar kata-kata kosong...

aku langsung la tak kisah..lagipon..ilmu bukan boleh diukur dengan pemikiran seseorang...apatah lagi hanya untuk berkongsi pelajaran dan ilmu yang dimiliki..dan aku juga menulis bukan untuk sentiasa dipuja..dikagumi orang...aku langsung tak kisah dengan semua itu..

yang penting..tulisan aku..hak aku..tak siapa boleh pertikaikan..mslh isinya..terpulang la pembaca yang menilainya..dan aku juga tak pernah memaksa sesiapa membacanya.

minggu lepas aku bermastautin di sh alam. mungkin kali terakhir aku berhibur bersama teman-teman..malah melepak di rumah flat syek 8..sebab december ni..semua sahabat aku telah berpindah...yelah..mggu itu minggu terkahir berhimpun..dan minggu ni ramai yang dah angkat kaki balik kg..dan ada yang sibuk mencari pekerjaan. menyebabkan semua sibuk melancarkan perjalanan hidup masing-masing...smpaikan kadang-kadang terlupa yang masa sentiasa berputar.



malam sabtu...aku dan sahabat bercadang ke pantai jeram untuk mengambil angin malam..menghabiskan masa bersama-sama..aku sangkakan dekat..yelah ye-ye sahabat aku mengatakan pantai jeram tu terletak di sempadan klang...nasib jugalah aku makan sebelum perjalanan. bila da pegi..baru lah aku tau..mmg jauh la sgt dari sh alam..

kalau nak membayangkan...berjln lah tujuh hari tujuh mlm tanpa berhenti..belum tentu anda semua tiba di sana...hehe..tapi yang penting..makan kat pantai jeram memang puas hati wlpn aku n sahabat yang lain order sotong tepung...tp tak sampai2..

makanan kat ctu..di masak segar..kita sendiri pilih ikan n mknn laut..dan terus di masak kat ctu..memang bez..time tula aku baru tau..ikan gerut-gerut tu lebih kurang rupe ikan siakap..canggih btol.muka diebinatang(kalo utk org dieorg..ahaha)serupa..aku pon tatau ape beza antara siakap n gerut2...so maknenye aku tak le leh kawin lg..

kan..kan...

mlm esoknya aku lepak lagi gn clique aku..kali ni kat andaman pulak...entah ape silapnye kali ni makan mlm aku tak meriah macam selalu..ada la pulak secara tak sengaja bertegang urat..itula org tua-tua cakap...kalau da suka..jgn suka sgt..nnti sedih jdinye..btol x...so msti mlm tu kiteorg da terlebih ske suki..smpai jd kurang bezt lak..

kalau nak pk...mmg mls..sbb bukan ape sgt pon..tak psl2 nak kecik2 ati..nsb r aku ni wat tatau je..yela..da la tu mlm last..takkan r aku tbe2 je nk bubarkn mkn2 tu..eish2..so..ada la dua tige keping muka bergembira aku...(yg sbenanye mmg slalu happy =)..)



so pade kenkwn aku..aku harap semua yang kite tempuh bersama menjadi kenangan-kenangan terindah dlm menjalani hidup mendtg...

sahabat-sahabatku tersayang
...
..tak susah mencari teman bergembira
..juga tak susah mencari kwn sewaktu kita kaya
..tapi ingtlah..
..sukarnya mencari teman yg yg stia bersama
..sedia meratapi tangis
..sedia menatap hiba
..sedia berkongsi kasih
..tatkala
..kita sendiri di landa derita
..kita sendiri hilang punca
..dan kita sendiri tak terkawal emosi jiwa

sebagai teman ku..sudilah menemaniku walau apa pun terjadi padaku..walau apa yg terjadi pdmu..kerana..kita ditakdirkan menjadi teman di riwayat ini...biarlah semua kita harungi bersama...biarkan lah segala yang nista..caci..slh sangka bubar dari kita..

sahabatku..di sini aku menulis...
menulis untuk menangkis..
menulis untuk menghakis..
prasangka yg entah bila munculnya..
........dan pesanku sahabat..
buanglah yang keruh...dan kautlah yg jernih...
supaya hari muka kita..
sentiasa terbayang...
wajah-wajah teman yg setia...

so..sebelum aku menutup kata..biarlah aku mencoret kata

peah : =)..jgn cpt majuk ek sayang...hati kena kental..jiwa kena besar..
sarah:=)..jgn lupa sentiasa tersenyum..sebab senyummu itu indah..
zubaidah:=)..tanya pada hati..apa kehendaknya...
rosli : =)..cinta itu penting dlm kehidupan..carilah sinar di dlmnya
mawardi:=_..keras hati itu perlu..lembut hati juga begitu..
bakri:=)..kesetiaan itu penting..tapi yang lagi penting kebahagiaan hati sendiri..

wassalam......................4.20ptg..cyberjaya..selangor


page

Followers