Wednesday, December 31, 2008

New YEAR!! dan zaman kanak-kanak...

opss....hari ini rupanya hari terkahir sebelum kita melangkah ke tahun 2009..segala kenangan yang indah..yang pahit..kita patut renungkan dan djadikan satu pengajaran bg yang buruk dan kenangan bagi yang indah...tak semua benda yang telah berlalu itu satu perkara yang patut kita tinggalkan...

tahun baru biasanya kebanyakan orang akan kaitkan dengan azam baru..macam kanak-kanak yang baru memulakan alam persekolahan mereka tahun depan..tahun 2009 akan menjadi detik-detik indah yang mereka rasa sungguh bermakna...melalui hari pertama persekolahan..adalah sekali dalam seumur hidup...indah kan..kalau dikenang waktu mula bersekolah dulu...

tahun ni..salah seorang daripada anak sedara aku akan memulakan alam persekolahan...moga-moga dia cerdik seperti makcik dia ini. walaupun aku tidak merasai sekolah tadika..aku masih lagi mencari kanak-kanak pintar disekolah...bermakna..belajar dirumah lagi berkesan...ehehe..membuktikan teori aku yang anak-anak yang sepenuhnya diberi perhatian oleh ibu bapa dalam pembelajaran akan menunjukkan potensi lagi baik....

masa aku kecil-kecil pon..bukan banyak guru-guru tuisyen yan gmenawarkan perkhidmatan di kampung-kampung...mujur..waktu dulu..anak-anak terbiasa dengan apa yang ada..maka tak timbul rungutan kurang bahan bacaan. terlintas juga rasa kasihan melihat kanak-kanak sekarang seperti hilang kenikmatan zaman kanak-kanak mereka..

kecil-kecil lagi sudah dipaksa menghadiri kelas menari lah...piano lah..taekwando lah....bila mula menjejak kan kaki ke sekolah...terpaksa mula menghadiri kelas tambahan..pdhl..mereka baru sahaja darjah satu....kunun-kunun nye persediaan untuk akhir tahun...terlalu menitik beratkan soal pelajaran tidak salah..tetapi sebagai ibu bapa..kita juga harus berfikir kehidupan zaman kanak-kanak mereka...

zaman kanak2 yang tak mungkin boleh berulang...hidup dalam penuh tertekan menyebabkan jiwa anak2 semakin memberontak...aku pernah membuat satu kajian berkaitan music dan math juga games and math..semua itu kejian untuk kanak-kanak dalam lingkungan 7- 12 tahun..

aku sengaja memilih tajuk yang berkaitan dengan kanak-kanak untuk persediaan hari tua..sekurang-kurangnya ijazah yang aku miliki tidak sia-sia...walaupun tidak bekerja dalam bidang math..tapi aku perlu memperaktikkannya secarafizikall...

mungkin saja satu hari nanti aku perlu berbakti menaburkan ilmu yang telah aku pelajari...mungkin kepada anak sendiri..atau mana tahu rezeki aku juga dapat meluahkan ilmu yang aku ada..kepada anak bangsa...

menyulam sutera diatas buai...
buainya laju menjulang atap..
anak sendiri jangan terabai..
akhirat kelak tidak terjawab..
main congkak diatas batu
batu berukir bunga semalu
hormati ayah..hormati ibu
supaya hidup kita terpandu

lynn...cyberjaya....4.43 ptg...

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers