Monday, January 13, 2014

diari naim : Makanan yang diambil selepas 6 bulan

esok.
14/1/14
genap shahrulnaim damien permata hati ami ni 8 bulan.
dah dekat 4 bulan jugak la ami tak menulis dekat blog ni. sebab hari - hari rasa bz memanjang.
shahrulnaim damien membesar dengan sihat.
alhamdulillah.
setakat ni naim dah pandai merangkak. tapi sebab eksaited belum ada lagi ambil gambar naim semasa merangkak.
naim jugak dah banyak akal.
dah pandai nak main dengan abang irfan. suka main dengan abang alif dan pegi rumah paklong bila balik kampung.

anak dah besar. rasa seronok sangat.
happy bila tengok semua pergerakan dia.
masih lagi menyusu badan. eventho semua stok susu aku buang. :)..
naim stakat ni stop kejap pakai CD sebab dia dah aktif. so dady dia macam tak kuasa nak mengejar dia untuk pasang butang-butang CD.

kali ni nak share beberapa makanan yang naim makan.
naim start makan time dia 6 bulan. mumy lak cuma beli makanan yang sedia bancuh ngan susu badan je semua makanan dia


  • biskut farley's rusks. biskut ni biskut beras. ada beberapa perisa yang naim ambil antaranya ialah original, banana dan orange. masa mula - mula consume biskut ni naim tak menghadapi sebarang masalah penghadaman. rasa macam confident je bagi sebab naim suka. yang penting masa nak bagi anak pilihan makanan ni..mummy tengok zat yang di kandungi oleh makanan tu.


  • then bila dah consume biskut beras tu macam tak best pulak naim asik makan biskut siang malam. bila tengok jadual pun ada beberapa kali naim kena makan. so mummy pun pegi la tengok produk heinz yang lain. sebab masa dl ayah naim kerja atas kapal, dady selalu bawak balik heinz dalam botol untuk abang irfan. cuba jugak untuk naim beberapa perisa untuk naim. dari gel sampai la custard. last2.. botol yang ni naim paling suka. bila suap terlonjak2 gembira dia.. botol ni naim buat sebagai snek petang2 sementara nak menunggu makan berat.
  • ni pulak anakanda makan waktu diner. keledek dan lobak untuk makan malam. yang ni pun mummy bancuh guna susu mummy. so variety jugak la untuk naim makan. yang ni teksturnya macam kentang lenyek KFC tu. naim consume benda ni sampai la sekarang.  
  •  Baru baru ni pulak mummy tambah menu naim dengan makan gandum plak sebab naim nampak aktif. so mummy fikir naim boleh makan cerelac gandum dan bilis. tapi yang ni macam nak tukar menu lepas abis kotak ni sebab dah makan beberapa kali baru terfikir pasal ikan bilis tu di proses sekali dengan kepalanya. so macam tak best plak bagi naim makan kepala bilis skali.Tekstur cerelac ni lagi kasar dari baby royale tu. so a bit lambat la naim makan.
kalau ikut pola pemakanan sepatutnya berat naim bertambah berat. tapi risau gak bila si naim asyik beraktif tapi tak semangat macam anak orang lain. so terima la kenyataan bahawa bayi menyusu badan mempunyai berat badan paling ideal. hehe.

selain tu ada gak kasi naim biskut teething rusk bagai. tapi macam tak berbaloi beli sebab dia gigit2 lepas tu biskut jatuh. then kene buang. so rasa membazir. anyway..ada gak survey beberapa makanan bayi macam ella's kicthen bagai.

tapi bila bagi anak makan ni baca la ingredient dia betul2 jangan sampai tersalah beli benda2 tak sepatutnya dia makan.

mummy tengah berfikir2 untuk hantar naim amik jap pnemococcal. takut gak dengar pasal penyakit tu.. hmm..

bila tengok naim rasa nak hantar pegi jadi cover page pa & ma la.
agak2 dapat x?? hehe

buah hati ami : dady n naim <3 banyak2.="" br="">








    ~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

    page

    Followers