Wednesday, May 18, 2011

janji pencipta

menjelang cuti sekolah.
maka. kad jemputan akan berduyun datang.

maka. saat paling stress akan muncul untuk memilih. kenduri yang mana patut aku hadiri.


ambil contoh mudah 4 dan 5 jun sahaja sudah ada 6 kenduri kawen di tempat berbeza. sangat rasa bersalah jua jika tidak dapat menghadir kan diri.
2 daripadanya di kelantan. maka..terpaksa hanya memberi hadiah selepas berlangsungnya majlis. lagi empat..terpaksa aku memilih dengan cabutan undi mungkin.

itu yang akan datang. yang baru berlangsung juga ada.
madu.
kawan baik aku masa sekolah-sekolah dulu. akhirnya jodoh mereka sampai tahun ini. bercinta dengan orang sekampung. elok benar. tak gaduh mahu pulang ke kampung mana dahulu.

ha..aku pun seperti biasa la. kamera buruk memang malas nak usung ke hulu ke hilir. mujur HP masih boleh diguna kameranya. ini adalah foto yang aku sempat rakam. jelas kegembiraan terpancar pada wajah beliau. dan aku nampak kecil pula disitu. hihi.

so. aku cuma mahu mendoakan kalian kekal hingga anak cucu.

ucapan madu aku terima dengan sendu.
lin aku doakan lepas ni jodoh kau pulak ye. aku doakan semoga giliran engkau cepat sampai.
aku terus je tacing. hukhuk.
memang camni la aku. tak ske pegi kenduri kawen.
tak tahu kenapa tabiat aku camni. selalunya orang suka pegi kenduri kawen. rasa seronok. happy tengok pengantin.
tapi aku tak pulak.
tengok pengantin je rasa sedih. then bila pengantin cakap camtu kat aku. terus tacing.
aku bukanla da tua sangat tak kawen-kawen.

terus aku terbayang wanita cekal yang tidak bertemu jodohnya. pasrah dengan ketentuan. itu yang amat perlu dalam jiwa mereka. melihat orang gembira dengan pasangan. anak-anak. pasti paling tidak tersentuh melihat kebahagiaan itu.

aku selalu dikelilingi wanita-wanita cekal ini. tapi belum pernah aku menyelami jiwa mereka. memahami kesunyian mereka. terdetik sayu dalam hati aku ketika mereka rindu. ketika mereka merasa sunyi.

pernah salah seorang kawanku (Noor) berkawan rapat dengan wanita cekal yang aku gelarkan (Cik Ra)..

kemana mereka pergi berdua. tempat sedih. tempat manja mereka berdua. cik Ra benar-benar anggap noor seperti adik kandung. cuma bezanya berlainan ibu dan bapa. ke mana cik Ra pergi. noor akan teman sekali. kisah sedih. pilu. duka. pahit. maung hidup dirantau orang. mereka tempuh bersama.

akhirnya jodoh noor termaktub untuk cuti sekolah kali ini. berderai airmata noor membayangkan cik Ra akan tinggal sendirian. noor berkali-kali menitiskan airmata tatkala orang bertanya kehidupannya selepas berkahwin. bagaimana cik Ra yang akan hidup sendiri kembali.

tak pernah orang bertanya cik Ra. sepi dan sedih hatinya. tak siapa faham jiwa cik Ra meratap sayu pada maha esa. aku juga kurang megerti kekecewaan sebagaimana cik Ra tanggung sehingga hidupnya membujang sampai kini. ramai yang perlekehkan. ramai juga yang memandang serong.

pernah terdengar ayat dari seorang wanita cekal begini.
cuba cakap, wanita mana yang tak mahu menikmati hari bahagia. bersanding dan berkeluarga. setiap naluri wanita itu sama
sayu kan.
dan semoga.
semua orang mengerti.
semua itu ketentuan pencipta.
dan ada janji disebaliknya

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, May 17, 2011

THE ring.

dah dua bulan da berlalu. tak bukak-bukak lagi CD yang mak andam bagi tu. dan taktau mana nak cari gambar cincin tunang dari kamera yang cantik hihi.

cincin lambang cinta.
cincin pengikat dua hati.

dan ini dinamakan cincin jodoh kami.

masa mula-mula sarung cincin ni. rasa macam tak caya je. yang dulu tangan aku kosong tanpa hiasan..sekarang dah ada 2 bentuk cincin kiri kanan. cincin yang aku sayang sangat nak tanggal. then bila tanggal takut lupa nak pakai balik.
mesti akan jadi sangat fobia kalau cincin ni hilang. sebab cincin tunang aku emas putih. kami beli design. bukan beli cincin. hilang cincin ni maknanya takde yang kedua.

so hari ni konon-konon nak reveal la. cincin yang tersarung kat dua-dua jari manis aku ni.

time tunang hari tu, nenek shahrul yang sarungkan. ramai yang tanya. perlu ke cincin risik. knape ade dua cincin.
takdepon wajib. even tunang pun tak wajib. tak baik tambah-tambah hukum ni.
ini adalah majlis yang kami berdua dah rancang.
shahrul nak ikut adat. dia taknak selang adat merisik eventho kiteorang memang dah kenal saaaaaaangat lama.

kalau zaman dulu-dulu orang datang merisik memang bawak cincin tanya dan tepak sirih. nak tanya dah ada orang yang punya ke belum bunga di taman. datang nak menyunting bunga yang kembang, jika belum dipagar orang.

eceh..

ha..itu la kirenya.

then. shahrul decide untuk bagi cincin tanya. aku..orang nak bagi. memang la suka nak terima.
so kiteorang pilih the simplest cincin tanya. supaya tak overshadow cincin tunang.

cincin tanya.
then come to the engagement ring. makan masa jugak masa nak cari cincin ni. kehulu kehilir. tapi target memang tanak kat habib sebab upah tukang mahal. consider kedai cincin lain. wah chan..banyak emas kuning.
tanak gak. dah ada cincin tanya yang gold. so untuk sebentuk cincin lagi memang niat nak emas putih. pegi survey dekat De Gem.
nice patern. sangat berkenan. tapi kalau nak harga offer..kena beli dengan cincin lelaki sekali. tapi adat johor. mana ada lelaki dapat cincin.
so. kena pegi cari tempat lain pulak.

then satu hari pegi dekat kedai tomei.
shahrul berkenan kat satu cincin bentuk butterfly. but for me its too big. tapi hasrat dia nak beli kan.
angguk je masa tu.
dah nak dijodohkan dengan cincin bunga lilit kat bawah ni...
sminggu sebelum amik cincin butterfly tu pegi jalan-jalan..terus berkenan dengan cincin bunga lilit ni.
benar-benar berkenan dari sudut ati.

terus tukar cincin butterfly td.
yea...
its contain 17 diamond.
5 atas. 5 bawah. tengah2 tujuh.

time pilih cincin shahrul da letak kriteria. tak suka cincin diamond ada batu sebijik je.
kurang stylo. ok. tak pilih.
last2. ini la engagement ring kiteorang.
sangat susah nak ambil gamba untuk nampakkan ke 17-17 diamond tu. sebab bukan seketul beso tu.

comes to maksud.
knape 17 biji?

10 biji diamond kecik2 kat tepi tu melambangkan 10 tahun kiteorang kawan b4 our engagement day. dari umur aku 17 sampai la 27.

17 jugak umur aku masa kenal en shahrul tersayang.

thats it.

cincin tanda kiteorang.
ape pulak makna cincin korang?

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, May 16, 2011

selamat hari guru cikgu

pernah.
satu hari dulu. aku kena tampor dengan cikgu. tapi time tu. aku betul-betul tak faham. kenapa cikgu tampor aku tanpa soal siasat.
aku tanggung malu 2 tahun untuk benda tu.
dan sampai sekarang. aku tak boleh lupa. peristiwa yang mengdatangkan titik hitam dalam hidup aku.

aku time tu bukan la bodoh sangat sampai cikgu nak kena layan aku. dan aku langsung tak pernah buat hal dalam kelas cikgu tu. dan time tu aku terus tekad. bila aku jadi cikgu. aku tak kan jadi macam cikgu tu. aku akan jadi cikgu penyayang. guru yang boleh mendidik. guru yang mencurah ilmu yang ikhlas.
guru yang tinggi belasnya...

hari ni sambutan hari guru. aku sambutnya dalam tahun pertama. kenangan manis tahun pertama haruslah di catat. kalaulah aku boleh upload semua hadia-hadiah ni jadi kenangan.
rasa sayang nak bukak hadiah pon ade.

biarlah kali ni gambar bercerita.

dan tak lupa.
million thanks to all my student.
terima kasih untuk semua hadiah hari guru kali ni. :)

bungkusan yang diterima

goodie bag


all of them. tak kira lagi berapa banyak..


jelly yang kiut. sgt besar

kek lencana sekolah yang real.
ticer tak sempat lagi kira ada berapa sebenarnya semua hadiah yang dapat kali ni. tapi sangat banyak. dan sangat suka.

sangat penat sebab susun hadiah. so sampai sini dulu..

=). happy to b a ticer





~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, May 14, 2011

galau terubat

done with gala kokurikulum.

minggu ini sangat penat badan sebab dah 2 sabtu tak dapat kasih sayang secukupnya untuk badan. dan dah 2 minggu takleh hangout malam bersama-sama.

dapat task last minute lagi. sampai rasa macam tak konfiden dengan diri sendiri. dapat task untuk senamrobik hari khamis petang. nak perform depan pegawai PPD hari sabtu pagi.
trus rasa cam nak nangis. tapi masih lagi semangat cari video dan latih depan cermin satu malam. workout sampai peluh-peluh cari step. sakit-sakit badan test menari. sedangkan aktiviti tu dah lama tinggal.

@.@..pengsan.

hari jumaat antara hari paling bz dengan kelas free hanya 1/2 hour. then sambung2 sampai tak cukup tangan. trus jumpa PK koko untuk konfirm latihan pagi tu. tapi ofcoz la budak-budak tak bawak persalinan. dieorang pun tak tahu. mana nak uruskan class lagi. haiiiiiiiiiiii. bengang dah mula menapak da.
then jumpa budak-budak yang interested. nasib.
budak-budak sangat spoting dan dengan cepat kasih sayang mengalir terhadap mereka.

latih budak. dieorang komited. dan dengan latihan tak sampai 2 jam sebab petang jumaat ujan..dieorang berjaya afal step. balik hari jumaat dengan rasa gembira walaupun badan sangat penat sebab dari malam workout.
balik. mandi. rilex2.

then tetiba je tangan terasa sangat sakit sampai takleh angkat.
bawah ibu jari terasa macam ada jarum cucuk-cucuk.
tangan sangat terasa bisa.

even that..petang masa balik tu siap dah rasa sebenarnya urat leher dah tak selesa.
trus amik minyak panas sapu n urut apa yang patut. tapi. macam makin worst sebab sakit makin terasa.
dah tak tau nak buat apa.

time tu rasa sayu je sebab tinggal sendiri.
terus bercucur lagi airmata.
haish.

benci gile bila jadi sensitif ni.

bila belek2 kat cermin. baru tahu. belakang bahu dah bengkak. mayb terlebih workout. terus amik lagi minyak.. urut.
amik selimut.
balut. sebab tangan dah tak leh nak gerak2.
tutup lampu.
then tidur.

even harini tak baik sangat lagi.
tetap buat muka hepi dan suka sebab berdepan budak-budak. taknak spoil mood dieorang. mood happy dieorang. perasaan excited dieorang dah jadi macam ubat dah. bila die sibuk tegur kita pagi-pagi. sibuk pimpin kita sebab nak tunjuk dieorang dah kumpul. siap pujuk beriya2 nak practice sebelum perform. sangat mengujakan.

terus rasa mencintai kanak-kanak semakin mendalam.

terus rasa.

aku suka jadi cikgu....

isnin ni dah hari guru. dan hari isnin merupakan tahun pertama menyambut hari guru. rasa teruja dan tak sabar menanti hari kita. :)..
ingat lagi tahun lepas. malam-malam baru balik hostel. siap panjat tingkap lagi sebab buat persiapan sambutan hari guru. siap color banner besar. siap pulut kuning segala.

tetiba teringat waktu kat maktab.
miss all the memories there.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, May 10, 2011

gurindam hati

bunga pandan dari jawa
pudak peraksi kain sembahyang
laksana badan dengan nyawa
tidak bercerai malam dan siang

dibawa orang dari jawa
mari dibawa peraksi kain
seperti badan dengan nyawa
niat tidak kepada yang lain

mari dibawa peraksi kain
kain pelikat di dalam peti
niat tidak kepada yang lain
tuan terikat di dalam hati

kain pelikat di dalam peti
burung kedidi menyusur pantai
tuan terikat di dalam hati
jikalau mati bertindih bangkai

burung kedidi menyusur pantai
dang janirat menikam kalbu
jilakalu mati bertindih bangkai
di dalam akhirat kita bertemu

dang janirat menikam kalbu
ditikam dengan keris sepukal
di dalam akhirat kita bertemu
di situlah negeri tempat kekal



cinta dapat mengubah debu beralih emas
keruh menjadi bening
sakit menjadi sembuh
derita menjadi nikmat
dan
kemarahan menjadi rahmat

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, May 8, 2011

harga sebuah cinta

Aku masih di sini
Berkalam di hati
Bermadah sendiri
Berteriak sepi
Sesepi syahdu tirai malam
Bertemankan bebintang seri
Dan sang rembulan pun seakan mengerti
Tiap kata lirikan sang pujangga diri
Yang berbisik meluah rasa
Tercalit di tirai mimpi
Terlukis di kamar hati
Rindu ini tak bisa kugapainya lagi
Walau terlalu ingin aku menyentuhnya
Namun kenangan itu ku rasa makin berlari
Jauh meninggalkan aku disini
Dan kasih yang terkumpul di perdu hati
Untuk siapa harus aku alihkan
Sedang yang terbisik di setiap denyut nadi
Hanya kamu…dan hanya kamu

Harga sebuah cinta – hani fazuha



Walau hati aku kata taknak. Walau aku menjerit melarang. Walau aku diam membisu. Hari tetap berlari mengejar aku. Dan akhirnya. Hari yang aku tak mahu nanti tetap mengunjung tiba.
Dan aku kini.Sendiri lagi.
Jerih payah hidup sendiri. Aku rasakan lagi.
Tanpa ada tempat bermadu gurindam. Tanpa ada bahu menampung ketika aku bersedih.
Tanpa ada telinga untuk pinjamkan tika hati aku gundah bersedih.
Tanpa ada suara memujuk aku kembali bersabar menjalani hidup yang kadang-kadang menghimpit memohon banyak kesabaran.
Aku hilang nikmat itu semula.
Hilang nyenyak tidur
Hilang senang hati.

*********************************************


tuntutan kerja yang semakin menimbun sikit menyesak kan aku. kalau diikutkan diri mahu sahaja aku menyahut tawaran berhijrah ke pulau kecil mersing. hidup yang memang tidak terjangkau akal. yang tak pernah di impi.
tamat kisah kursus dengan 3 hari bermalam di melaka. tiada apa yang menarik kecuali pengalaman menaiki beca dan menara tamingsari.
dalam masa yang sama. terhiris hati melihat pakcik tua mengayuh basikal. aku pada mulanya kurang bersetuju untuk pakcik tersebut yang mengayuh basikal. terasa biadap rasanya duduk dikerusi enak. pakcik disebelah dikerah tenaganya. tapi bila pakcik berkata
kalau kesiankan pakcik. lagi baik naik beca pakcik. jika semua kesiankan pakcik sebab dah tua. maknanya tertutuplah rezeki pakcik.
atas sebab itu. aku bersetuju menaiki beca mengelilingi kota melaka. biarlah mahal. asalkan mampu membantu.

aku kerap sedih kini.
air mata tak dihitung menitis.

aku memang nampak tabah. tapi bila beban menghimpit. air mata adalah pengubat rindu dan penenang jiwa. ya. aku yakin itu keistimewaan air mata.

hari ini menangis. esok pasti aku tabah dan hati berubah.
bukan mudah menerima perubahan hidup.

sangat banyak episod hidup yang aku patut coretkan. hingga tak tertekan papan kekunci untuk aku luahkan. biarlah satu persatu menjadi peneman hidup kala sunyi.

esok lusa. luka yang dalam pasti akan sembuh.
tapi parut di hati tetap ada.

page

Followers