Sunday, May 8, 2011

harga sebuah cinta

Aku masih di sini
Berkalam di hati
Bermadah sendiri
Berteriak sepi
Sesepi syahdu tirai malam
Bertemankan bebintang seri
Dan sang rembulan pun seakan mengerti
Tiap kata lirikan sang pujangga diri
Yang berbisik meluah rasa
Tercalit di tirai mimpi
Terlukis di kamar hati
Rindu ini tak bisa kugapainya lagi
Walau terlalu ingin aku menyentuhnya
Namun kenangan itu ku rasa makin berlari
Jauh meninggalkan aku disini
Dan kasih yang terkumpul di perdu hati
Untuk siapa harus aku alihkan
Sedang yang terbisik di setiap denyut nadi
Hanya kamu…dan hanya kamu

Harga sebuah cinta – hani fazuha



Walau hati aku kata taknak. Walau aku menjerit melarang. Walau aku diam membisu. Hari tetap berlari mengejar aku. Dan akhirnya. Hari yang aku tak mahu nanti tetap mengunjung tiba.
Dan aku kini.Sendiri lagi.
Jerih payah hidup sendiri. Aku rasakan lagi.
Tanpa ada tempat bermadu gurindam. Tanpa ada bahu menampung ketika aku bersedih.
Tanpa ada telinga untuk pinjamkan tika hati aku gundah bersedih.
Tanpa ada suara memujuk aku kembali bersabar menjalani hidup yang kadang-kadang menghimpit memohon banyak kesabaran.
Aku hilang nikmat itu semula.
Hilang nyenyak tidur
Hilang senang hati.

*********************************************


tuntutan kerja yang semakin menimbun sikit menyesak kan aku. kalau diikutkan diri mahu sahaja aku menyahut tawaran berhijrah ke pulau kecil mersing. hidup yang memang tidak terjangkau akal. yang tak pernah di impi.
tamat kisah kursus dengan 3 hari bermalam di melaka. tiada apa yang menarik kecuali pengalaman menaiki beca dan menara tamingsari.
dalam masa yang sama. terhiris hati melihat pakcik tua mengayuh basikal. aku pada mulanya kurang bersetuju untuk pakcik tersebut yang mengayuh basikal. terasa biadap rasanya duduk dikerusi enak. pakcik disebelah dikerah tenaganya. tapi bila pakcik berkata
kalau kesiankan pakcik. lagi baik naik beca pakcik. jika semua kesiankan pakcik sebab dah tua. maknanya tertutuplah rezeki pakcik.
atas sebab itu. aku bersetuju menaiki beca mengelilingi kota melaka. biarlah mahal. asalkan mampu membantu.

aku kerap sedih kini.
air mata tak dihitung menitis.

aku memang nampak tabah. tapi bila beban menghimpit. air mata adalah pengubat rindu dan penenang jiwa. ya. aku yakin itu keistimewaan air mata.

hari ini menangis. esok pasti aku tabah dan hati berubah.
bukan mudah menerima perubahan hidup.

sangat banyak episod hidup yang aku patut coretkan. hingga tak tertekan papan kekunci untuk aku luahkan. biarlah satu persatu menjadi peneman hidup kala sunyi.

esok lusa. luka yang dalam pasti akan sembuh.
tapi parut di hati tetap ada.

2 komen yang perlu dibaca:

page

Followers