Wednesday, May 18, 2011

janji pencipta

menjelang cuti sekolah.
maka. kad jemputan akan berduyun datang.

maka. saat paling stress akan muncul untuk memilih. kenduri yang mana patut aku hadiri.


ambil contoh mudah 4 dan 5 jun sahaja sudah ada 6 kenduri kawen di tempat berbeza. sangat rasa bersalah jua jika tidak dapat menghadir kan diri.
2 daripadanya di kelantan. maka..terpaksa hanya memberi hadiah selepas berlangsungnya majlis. lagi empat..terpaksa aku memilih dengan cabutan undi mungkin.

itu yang akan datang. yang baru berlangsung juga ada.
madu.
kawan baik aku masa sekolah-sekolah dulu. akhirnya jodoh mereka sampai tahun ini. bercinta dengan orang sekampung. elok benar. tak gaduh mahu pulang ke kampung mana dahulu.

ha..aku pun seperti biasa la. kamera buruk memang malas nak usung ke hulu ke hilir. mujur HP masih boleh diguna kameranya. ini adalah foto yang aku sempat rakam. jelas kegembiraan terpancar pada wajah beliau. dan aku nampak kecil pula disitu. hihi.

so. aku cuma mahu mendoakan kalian kekal hingga anak cucu.

ucapan madu aku terima dengan sendu.
lin aku doakan lepas ni jodoh kau pulak ye. aku doakan semoga giliran engkau cepat sampai.
aku terus je tacing. hukhuk.
memang camni la aku. tak ske pegi kenduri kawen.
tak tahu kenapa tabiat aku camni. selalunya orang suka pegi kenduri kawen. rasa seronok. happy tengok pengantin.
tapi aku tak pulak.
tengok pengantin je rasa sedih. then bila pengantin cakap camtu kat aku. terus tacing.
aku bukanla da tua sangat tak kawen-kawen.

terus aku terbayang wanita cekal yang tidak bertemu jodohnya. pasrah dengan ketentuan. itu yang amat perlu dalam jiwa mereka. melihat orang gembira dengan pasangan. anak-anak. pasti paling tidak tersentuh melihat kebahagiaan itu.

aku selalu dikelilingi wanita-wanita cekal ini. tapi belum pernah aku menyelami jiwa mereka. memahami kesunyian mereka. terdetik sayu dalam hati aku ketika mereka rindu. ketika mereka merasa sunyi.

pernah salah seorang kawanku (Noor) berkawan rapat dengan wanita cekal yang aku gelarkan (Cik Ra)..

kemana mereka pergi berdua. tempat sedih. tempat manja mereka berdua. cik Ra benar-benar anggap noor seperti adik kandung. cuma bezanya berlainan ibu dan bapa. ke mana cik Ra pergi. noor akan teman sekali. kisah sedih. pilu. duka. pahit. maung hidup dirantau orang. mereka tempuh bersama.

akhirnya jodoh noor termaktub untuk cuti sekolah kali ini. berderai airmata noor membayangkan cik Ra akan tinggal sendirian. noor berkali-kali menitiskan airmata tatkala orang bertanya kehidupannya selepas berkahwin. bagaimana cik Ra yang akan hidup sendiri kembali.

tak pernah orang bertanya cik Ra. sepi dan sedih hatinya. tak siapa faham jiwa cik Ra meratap sayu pada maha esa. aku juga kurang megerti kekecewaan sebagaimana cik Ra tanggung sehingga hidupnya membujang sampai kini. ramai yang perlekehkan. ramai juga yang memandang serong.

pernah terdengar ayat dari seorang wanita cekal begini.
cuba cakap, wanita mana yang tak mahu menikmati hari bahagia. bersanding dan berkeluarga. setiap naluri wanita itu sama
sayu kan.
dan semoga.
semua orang mengerti.
semua itu ketentuan pencipta.
dan ada janji disebaliknya

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

  1. Aku tak dapat hadir majlis madu, hantar wakil mak aku je. Mujur ko letak gmbr dia.. At least dapat gak tgk dua2 kawan sekolah akhirnya kawen. Semoga giliran ko plak lepas ni lin.. Aku doakan..

    -zill-

    ReplyDelete
  2. hihi. orang dah keje jauh. fhm da.
    thanx ek zila.
    doakan giliran aku cepat sampai. :)

    ReplyDelete

page

Followers