Monday, June 6, 2011

getaran rasa waktu muda

eh. tak sedar. esok dah genap seminggu makan minum kat umah emak sendiri kat kampung nan permai. angin sepoi2 bertiup tiap pagi..semua sebab cuaca mendung. pokok kelapa sawit melambai-lambai girang. huuu..
baru aje mengkhatamkan 3 buah novel terbaru. dan salute. 2 novel yang aku beli berjaya membuatkan jiwa rindu aku limbang limbung. cerita rysareesa tajuk seandainya cukup berbaloi beli dan baca walaupun buku sangat tebal dan terpaksa menggunakan masa 3 hari baca tanpa henti. yang novel kedua surat ungu untuk nuha.
hmm..sedih ah baca cerita - cerita cinta ni.

mungkin sebab tu la gaknye kalau orang putus cinta dilarang baca buku - buku berlambak ats rak buku aku.
sangat kesian pada diri sebab tak dapat pegi kenduri kawen rafeah kawan seangkatan tu. tapi sangat bersyukur sebab beliau berjaya juga mendirikan rumah tangga setelah bangkit dari kekecewaan lepas. cinta monyet masa kecik2.

sekarang tengah sibuk buat preparation majlis kedua. esok lusa. upload gamba la pulak. tema kali ini adalah ungu pink..jenuh jugak memerah idea nak hasilkan benda yang cantik rupanya. kalau tangan memang orang seni. memang idea mencurah - curah. tapi kalau tangan versi besi kayu. yang jadi pun macam dah hebat. haha
sebab itu jugak. berazam untuk upload gamba lepas entri ni.

sebab waktu senggang akibat cuti sekolah ni. lagi - lagi duduk kampung nak sangat cerita pasal crush masa kecik-kecik dulu. hihi. mengenang zaman mengenal tumbesaran diri. mengenal perubahan perasaan pada jantina berlawanan jenis.

ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. tatkala aku bergelumang dengan anak murid. mengawal mereka terjebak crush zaman muda ni membuatkan aku ingat kembali zaman muda sendiri.
ceritanya bermula di sini..
********
aku ada sekolah malam. semua tu persediaan untuk mendapat keputusan cemerlang UPSR. semua ni berlaku 21 tahun yang lepas. tiap - tiap malam gila ke sekolah. kalau dari 24 jam yang aku ada dalam hidup..aku peruntukkan 6 jam untuk sekolah rendah. 1 jam menunggu peralihan ke sekolah agama. 3 jam di sekolah agama dan 2 jam untuk kelas tambahan malam. maka. dalam usia muda aku memperuntukkan 12 jam ke sekolah dan 12 jam lagi adalah waktu rehat di rumah. itu belum lagi tolak masa membuat kerja rumah..
maka dalam masa 12 jam disekolah. mestilah aku perlu mempunyai semangat untuk kesekolah. ye.
aku akui. aku budak pandai. jika tidak penuh pun kehadiran aku. aku tetap boleh belajar. aku lebih belajar dirumah. belajar sendiri. walaupun tinggal dikampung. ibu-bapa aku telah lama lahir. tapi mereka mahir membaca jika hendak dibandingkan dengan ibu - bapa seusia mereka. maka kerana itulah aku mewarisi bakat kecerdikan mereka.

tapi.
aku tetap rajin ke sekolah.
semua atas satu sebab. aku suka tengok senyuman seorang kanak - kanak lelaki.
hihi.
memang masa tu aku kecik lagi. tapi iyalah kan. aku normal. lagipun zaman perkembangan emosi. ok. gelar dia sebagai Alim.
senyum Alim memang mampu menambat semua kanak - kanak baru membesar. buktinya dia memang digilai oleh semua budak dalam kelas yang sama. Alim tinggi. Alim peramah. Alim anak orang berpengaruh.
selalunya. zaman crush masa muda ni. kiteorang main dedicate lagu. macam - macam lagu hafal. dan paling glamer time tu kumpulan Ukay's. ye..tahun 1996. Ukay's memang meletop dengan lagu cinta.
Bila Alim dapat lagu - lagu dari semua budak perempuan. dia cuma senyum aja.
crush dengan Alim sangat membantu aku ke sekolah.
rasa indah melihat wajah jejaka muda aku bawa hingga tingkatan 1.
dan rasa indah itu hilang bila.
aku tahu si Alim telah memilih kenalan aku sebagai noktah getaran rasa dia.
aku tidak rasa putus cinta. cuma aku rasa cemburu melihat kemesraan mereka. aku jauhkan diri dari Alim sejak dari aku tahu hubungan mereka.
putus cinta kah itu namanya?

aku simpulkan tidak.
sebab kami tidak pernah bercinta.
itu hanya getaran rasa waktu muda. saat mulanya perkembangan perasaan pada insan berlainan jantina.
******
dan sekarang. semua crush Alim waktu muda sudah berkahwin. mahu sahabat handai aku yang meminati Alim juga begitu. Alim masih bujang sampai kini. aku juga segan untuk bertanya siapakah insan disampingnya kini. Bila berhubung kembali dengan Alim. aku jadi malu sendiri bila teringat kisah zaman muda. kisah getaran rasa itu.

perhubungan kami sekarang sekadar sahabat lama. yang sudah tidak rapat. juga tidak mesra. semua kerana aku meninggalkan semua memori dan kenangan itu di sekolah lama. mengejar impian untuk berjaya.

dan semua itu kekal..
menjadi kenangan
getaran rasa waktu muda.



p/s: aku bahagia dengan kasih yang baru.
aku lengkap dengan kasih yang baru.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers