Wednesday, June 8, 2011

gambar yang dijanji

dah janji sebab nak upload gamba..cepat-cepat aku bangun tido untuk amik gamba pagi - pagi buta.
matahari pagi cerah memancar dari tingkap bilik time aku amik gamba ni. sebab tu gamba macam ada cahaya keimanan.
hihi.

kirenye lepas ni aku kena cuba pelbagai warna pulak untuk majlis yang akan datang. lagi beberapa hari menunggu detik menukar dulang. so aku kena siapkan 4 lagi dulang termasuk sirih junjung. buah. kek dan juga coklat. bekas coklat memang dah siap. cuma takut coklat bersemut kalau masuk dalam dulang awl. serangga..tak boleh nak kira. ye dak?

kirenya. ini adalah majlis kedua lepas majlis aku bulan 4 aritu. eh2. dalam tak sedar 2 bulan jugak da aku mengikat tali janji. so ini antara hantaran yang aku berjaya hasilkan.

1. baju pasang n manisan. yang silver tu sebenarnya lollipop. aku bungkus dengan foil. ingat nak cari kertas emas. tapi macam payah pulak.

2.towel. haha. yang ni biasa ah. ingat nak buat rehal ke ape. tapi malas nak cari kotak segala. eh. sila hadiahkan aku kamera mahal supaya gamba aku lagi berkualiti.

3. baju dan alatan. yang ni aku tak tanggung brand yek. aku cuma tolong sediakan. sian orang empunya. abg aku asik menganjing je. adibas..adibas..ni semua kes barangan ciplak banyak sangat. hihi.

4. blur aje gamba sejadah ni. malam sikit aku rasa nak ubah bentuk kipas ni. rasa cam tak kena je sebab belakang sejadah tu ada space lagi. aku tanya adek aku nak buat cmne. yang dia reti apa? cakap 'entahlah'. ha yang itu reti la...

5. faveret hantaran. kain pelekat. lalalala. kain pelikat nananana. kain pelikat dipakai..alah dipakai...aku buat kuntuman bunga.

asik saspen je kan. ini ceremony untuk majlis tunang adek aku. bila aku dah tunang. baru sebok2 die nak ikot langkah. itula orang kate. mandi bunga sireh junjung tu. berkat. kehkeh.

apepon. majlis kali ni aku yang lebih excited. sebab time majlis sendiri aritu aku takde masa nak buat hantaran cantik2. takde cuti sekolah yang panjang. macam tak teratur pun ada.


oh....
sebelum terlupa.
nak ucapkan selamat datang ke dalam family kami.
pada anak buah aku yang ke 18.
nur firdina ayuni binti rosman.

lena di pangkuan nenenda.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers