Tuesday, June 14, 2011

apa itu senggugut

macam dah biasa je. tiap-tiap bulan..mesti ada saat paling tak suka. tetiba je rasa macam nak marah orang. tak pun tetiba je cepat hangin.
sangat perasan sebenarnya dengan mud sendiri.
tapi macam tak boleh elak.
tak semua orang faham macamana sakitnya senggugut.
bukan macam pening kepala yang boleh picit-picit. ataupun sakit terkehel boleh diurut.

so untuk itu, aku share la ape itu senggugut sebenarnya

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu. Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.


ha. banyak kan.

tapi tak semua orang faham hal senggugut ni. kadang - kadang asal kite nak marah. cakap kite emosi. kadang - kadang kalau kite cakap kite lesu. sakit perut. orang cakap kita ngada - ngada.


cuba la faham orang perempuan ni cket cek abg


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

3 komen yang perlu dibaca:

page

Followers