Friday, June 17, 2011

mengapa sukar melakar bahagia

selalu orang persoalkan. kenapa lelaki sangat payah untuk memahami perempuan. kalau di iukutkan pun..daripada 10 orang pasangan, yang bernasib baik hanyalah 4 orang daripadanya mendapat pasangan yang cukup memahami dan serasi. ramai juga yang bagi khabar angin bahawa dalam perhubungan wanita lebih emosi berbanding lelaki.

dari malam tadi aku terfikir nak taip entry ini. aku dah lama tak tulis entry yang bila aku baca sendiri timbul kesedaran yang menambah baik hubungan. menghargai apa yang aku ada sekarang.

hari ini persekolahan macam biasa. cuma ada gotong - royong selepas waktu rehat untuk keceriaan sekolah. senyap - senyap aku ke bilik seni untuk mengemas. aku sapu dan duduk menanda kertas lukisan anak murid aku. di kesunyian itu..membuat aku berfikir. mengapa sebenarnya sukar melakar bahagia dalam perhubungan.

aku simpulkan kesunyian kadang - kadang membuat aku berfikir lebih waras. dan akhirnya juga aku simpulkan. sukar melakar bahagia kerana tiada persefahaman.

that it.

ok. aku bagi fakta dan analogi aku dulu.

1. perempuan memang emosi.

dalam mana juga hubungan aku rasakan perempuan lebih emosi berbanding lelaki. perempuan biasanya mempunyai definisi berlainan cara meluahkan ekspresi perasaan mereka.
macam contoh
lelaki akan kata "saya ingat kat awak selalu. kenapa nak bimbang"
perempuan akan kata "saya tak pernah lupa awak pun."

dua ayat kat atas tu nampak sama. tapi punya maksud yang berbeza.
so sebagai seorang perempuan. bia aku hurai maksud 2 ayat tersebut dalam pandangan perempuan. sape yang tak setuju. aku benarkan argue.

pada pandangan perempuan. bila mereka mempunyai pasangan. mereka biasanya menyerahkan 100 peratus hidup dan perasaan untuk pasangan mereka. semua yang mereka fikirkan adalah pasangan terlebih dahulu kemudian baru diri sendiri. ayat yang perempuan tuturkan di atas bermaksud seperti mereka telah sematkan ingatan terhadap pasangan dalam setiap denyut nafas tanpa miss. boleh kata. dalam 100 heart beat perempuan tu..100 kali la kiranya diaorang menghitung ingatan terhadap pasangan.

ayat lelaki tersebut akan di tafsir. memang lelaki itu ingat. tapi kadang - kadang ada juga lupanya. mana ada manusia yang perfect ingat semua benda. kadang - kadang berak pun boleh lupa. makan pun boleh terlupa. nak mengira pun boleh terlupa. apa lagi la pasal pasangan.

see...sebab lelaki la perempuan emosi.

2.perempuan kurang sabar

macam biasa la. da nama nafsu tu sembilan. akal satu. logik la kalau tahap kesabaran itu kurang. ingat senang nak kawal 9 nafsu. tapi kan. selalunya lelaki yang nafsu biasanya nampak buas. dengan nafsu satu tu la biasanya perempuan yang dikatakan kurang sabar ini dimarah - marah.

analoginya macam ni. aku ada 9 biji epal. aku letakkan 9 biji epal di tempat tertentu. ahmad pula. ada 1 biji epal. ahmad selalu letak epal tu di atas kepala. syarat untuk aku dan ahmad adalah. dilarang menyentuh epal pihak lain.

ahmad degil. dia selalu ajuk - ajuk nak sentuh epal - epal aku. then aku akan marah pun kecil - kecilan. marah sikit - sikit. sebab aku ada banyak epal. maka tanggungjawab aku besar. tapi bila orang sentuh satu. aku ada 8 lagi. sebab tu walaupun aku kerap marah sebab ahmad usik epal berlainan. tapi aku marah kecil2.

tapi ahmad hanya ada satu epal. bila aku balas apa ahmad buat. aku ajuk - ajuk nak sentuh epal dia. dia melenting macam nak mati. dia marah macam nak bunuh orang. sebab bila aku sentuh epal dia yang satu tu..bermakna ahmad terus kalah.

ok.

faham tak analogi tu.

kalau otak korang semua lambat nak cerna tukar je ayat tersebut dengan perkataan nafsu tadi tu.

atas sebab itu juga kita sukar melakar bahagia sebab saling menyalahkan kita tidak serasi. pdhl. hal sabar pun dah payah nak atasi.

ok. kasi sua sahaja untuk kali ni.


dah dua tiga hari pening kepala. start dari hari selasa. then rabu trus dapat period cramp. huh!. penyeksaan betul. mayb sebab naik dari cuti sekolah. kerja pun jadi berlambak. tapi tetap kena stay kat sekolah dari rabu sampai jumaat. mana tak naik tekanan darah.

pegi klinik. cek darah. ok salah. bukan naik tekanan darah. tapi low blood pressure. doktor kata tak cukup rehat n vitamin. dia saran amik vitamin tambahan. tapi...stil tanak sebab yakin ni semua sebab stress aje.

kerja macam biasa la. mana pernah habis.
1. bagi exam paper. key in markah. buat analisis item. dulu kena buat subjek teras je. kali ni dia hentam untuk semua subjek. teras or tak. tak kira. kena buat post-mortem lagi. audit akademik lagi.
pengsan @.@..
dah la banyak kelas. banyak paper.
ada 2 kelas math - memang wajib buat. then 3 kelas KH. then 2 kelas sivik!. naseb 2 kelas pendidikan seni tu tak payah. haih.

2. dah lepas exam paper. kena mark pembetulan. tulisan budak - budak memang boleh buat sakit jantung. aku ugut budak tulisan buruk hantar pegi intensif kat pra sekolah. tau tanak.
ni tidak.
kotak buku kecik - kecik. tapi tulisan godang nak mampuih!..
pening lagi.

3. start sambung silabus. budak dah cuti. nano nano masa cuti sekolah. ofcoz lupa topik sebelum ni. lagi - lagi memang dapat budak - budak yang ingatan tak mantap. haha.
ajar ini hari ini ingat. esok tanya. hampeh!. tertekan ok.
tapi itula.
tetap sayang dieorang lebih dari budak kelas pandai.
siap buat konklusi..budak pandai sekolah bandar akan jadi sangat berlagak dan tak menghargai guru dieorang.. siap ada dua tiga orang budak akan kurang ajar. so setiap hari rabu stress untuk masuk kelas perasan pandai tu..padahal paper aku pon tak dapat A.
benci seh!

4. stress dengan masalah peribadi.
ni cam biasa la. leh buat entri lain sebab sangat dalam dilema nak putuskan benda yang betul. entry lepas ni nak cerita la. masalah ni membuatkan rasa tension bekerja tu makin bertimbun - timbun.

cara untuk menghappykan diri sepatutnya kena telan pil estacy then minum coca cola. then joget - joget sampai pagi. eh tak.
mana ada cikgu buat benda tak baik camtu.
patut beli buku novel berkoyan - koyan kat book store then baca sampai lebam. layan novel sedih sampai nangis2 then rasa strong dalam hati. YE!. patut buat benda ni.
tak pun beli VCD cerita korea yang best then tak yah tidur tengok sampai demam. pstu pegi jumpa doktor balik mintak MC.. (>.<) kehkeh.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers