Saturday, October 15, 2011

oktober menjelma

salam oktober
uih.
tak sedar tetiba je dah bulan oktober. dan biasanya bila dah akhir tahun mula la sebok kira cuti. terfikir gak dengan kerja melambak di hujung tahun. then. terus terpk yang masa maken singkat.
tapi bila da masuk bulan sepuluh je badan jadi tak sihat. ade je sakit nak ditanggung. permulaan bulan 10 memang agak bz. abes je pemantauan dari nazir KPM, terus je akunye penolong kanan gembur-gemburkan pasal SPSK. ntah hape lagi yang nak di edit aku sendiri konfius. sanggup panggil chegu2 stayback untuk buat fail. dtg hari sabtu tlg dia lg. sangat tertekan bila buat benda sama ulang-ulang. bila buat benda tu aku akan terasa speed otak aku bertambah lembap. then ditambah lagi dengan bebelan dia. 

woho..berpinar kepala otak. telinga ada dua terus je aku sumbat masuk kapas. lagi bagus tayang muka bodoh daripada otak terus menjadi sejuk beku trus bongok. awal bulan 10 dah sebok practis budak dengan jahitan & cheerleeding. bajet leh lompat2 cam skola convent buat. tapi bila dah nama SK..:) berangan la lebih.

aku sendiri pun tak pernah join cheer ni masa sekolah - sekolah dulu. tapi sebab minat mendalam dalam tarian aku mula la gatal kaki bila benda berkait dengan gerakan. xsaited trus. sempat gak la brush up budak-budak untuk cheer rumah hijau sri. bagi idea gak utk biru sri. tolong merah sri wat pompom. rumah kuning je aku tak tolong sbb dari azali tak suka rumah sukan kuning. terus terasa yang kuning slalunya mengelat.hahah..

akhirnya setelah bertungkus lumus 3 hari kat tapak camping damai resort sedili. aku terus je menjejakkan kaki ke kursus KSSR dunia seni visual. mcm tak kena kan. haha. aku opsyen math. 2nd minor BI and KH. tapi kena pegi KSSR dunia seni visual. tapi sebab aku dah pegang konsep sentiasa sudi belajar benda baru..aku tak tolak pun kursus tu. paling tak pun..aku dapat sesuatu yang baru ye x..bukan setakat ilmu math..tapi jugak ilmu seni.

tahukah anda bahawa melakukan kira-kira dan akiviti seni menggunakan otak yang berlainan. mesti ramai yang dah tahu. otak kiri dan kanan mempunyai fungsi berbeza. so bila aku dah terlebih idea math. kena rangsang balik otak kanan aku dengan dunia seni. maka seimbang la dua-dua bahagian otak aku.

aku mls nak cari cable.

so esok2 aku pegi upload gamba.
dah lama tak tulis entry. so aku rindu nak menaip.
sebab tu wujud entry ni.

:) sekian..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers