Thursday, December 30, 2010

surat cinta kita

alah. sebenarnya. aku bukan kesah pun ada orang baca ke tak.
aku dari memula pandai berblog dulu memang suka coret2 peristiwa ni pun. bukan apa.

mana la tau tetiba aku sakit macam mia kat cerita petang2 tu..boleh jugak baca blog balik. sekurang-kurangnya. kalau aku lupa. boleh ingat balik.
aku tulis blog sebenarnya untuk aku coret benda2 yang aku tak boleh luah dengan kata-kata. kadang-kadang menulis tu boleh kurangkan rasa stress aku dalam diri. dari kecik2 da pandai tulis diari. dah besa pandai la tulis kat blog.

malam tadi..aku tetiba je terfikir aku patut diarikan kisah cinta aku tu. mana la satu hari nanti aku tak berjodoh dengan dia. boleh jugak ingat kenangan manis bila baca blog sendiri. bila aku fikir2 balik aku pun macam lost sejak bila sebenarnya kitaorang ni declare sebagai kekasih satu sama lain. macam tak declare pun ada. tapi ntah. tiba2 macam dah terbiasa konon2 kitaorang ni tercipta untuk satu sama lain.

hihi

tapi betul. sejak 8 9 taun ni kitaorang sambut annivesary pun tarikh hari pertama kiteorang jumpa waktu sekolah2 dulu. rasa mcm sweet aje. tapi tarikh kapel. aku taktau sejak bile. cinta kitaorang ni tak indah pun macam orang lain yang tetiba bf lamar dia dengan sekuntum mawar ada cincin kt tengah tasik ke. tak pun bf ajak pi men ice skating pastu ada bunyi muzik cakap nak kapel ke.

tak.
langsung tak.

tapi cuma kiteorang je tau cinta kiteorang ni bukan cinta biasa.

haha.

ok. tu tipu. cinta kiteorang biasa2 je

kiteorang kawan memang da lama. sejak kiteorang kat teknik lagi. oh..b4 tu. nama bf aku shahrul.
aku tengok dia 1st time waktu majlis tilawah asrama teknik. aku ni senior si dia. ye. aku tua lagi setaun. dulu masa mula2 kawan. aku cukup kesah nak bagitau. aku ni si akk. haha.
tapi. sekarang dah tak kisah.

aku kan senior. maka berhak untuk bertanya mana-mana junior yang aku berkenan tengok. hihi. dan adatla kalau kat sekolah asrama. ada adek abg akk angkat. aku antara orang terakhir la buat bende tu lepas budak kelas aku masing-masing dah ada adek2 angkat. time tu kiranya dah bulan lapan da. beberapa bulan je lagi nak SPM. beberapa bulan je nak abis sekolah.

ngade2kan. taun tu taun 2000. masuk alaf baru tu

b4 tu aku rasa macam aku dah salah pilih junior je sebab pilih shahrul ni nak kenal. yela. JR perempuan semua cakap si shahrul ni jenis tak layan perempuan. aku plak sibuk nak kenal mamat comel tu. cuma dalam ati je aku merungut
heh. budak belagak
tapi biasala kan. kata dah nak abes skolah. bukan kesah apa pun. hidup kena diteruskan. lagipun time tu bukan pk nak bercinta ke apa. niat suci je. just nak kawan. takde pun pk nak berjiwang ke apa ke. lagipun trend kata. kawan2 aku yang 3 ketul tu semua ada adek angkat jugak. adek2 angkat dieorang semua sekarang dah lost contact pun. haha.

entah camne tah. time tu satu ari tu tetiba je aku dapat surat yang entah dari mana. ade orang anta surat kat aku dengan lukisan katun yang entah hape2 yang macam tak ikhlas nak bagi. sampai sekarang lagi aku simpan surat neh.
hihi. tgk. klaka kan zaman dulu-dulu.
surat 1st yang tulisan pink tu.
then yang second tu adalah surat date pertama. eh bukan date. itu surat nak berkenalan.
entah macam mana tah. si mamat tu boleh nak terima kenal dengan aku masa bday dia. sebab tu la anniversary kitaorang 3hb setiap september. yela. ingat benda bersejarah tu konon.

dah la belum kenal dah terima cerita -ve dari JR. si dia pulak ajak jumpa. walaupun aku senior. aku mesti la takut+takpercaya. eish. tipu ni. tipu.

1st time jumpa. aku sibuk ajak nurin lijah + madu sekali ikot. jumpa kat lakin ari jumaat. sebab ari minggu tu boleh balik+outing. kiteorang nak lepak2 rumah juliza ujung minggu tu.

wuwuwuw...

best ingat hari tu.

masa hari tu. aku yang becok ni tetiba je jadi diam membisu. naseb bawak escort teman. da la haritu hujan lebat. teksi lambat dapat. siap bawak baju outing guna hanger lagi. dating pakai baju sekolah segala. haha.
bongok betul waktu sekolah

sampai kedai kat lakin tu aku tengok dia rilex je tunggu aku sorang2.
aku tengok dia. dia tengok aku macam nak makan. siot ah shahrul.
pandang sampai camtu. sepak nak.
sampai arini tak boleh lupa pandangan tu okeh.
takot gle.

lepas tu sampai arini dia asek ajuk2 aku cakap aku diam je pastu angguk2 ikot rentak lagu STAN vs EMINEM. padahal aku ingat. takde pun aku buat camtu. memang tak guna betul.

gabra kot.

haha.

tapi bila ingat2 balik. itu la hari pertama kiteorang bersua muka lepas bersurat2 antara jr. lepas tu jumpa kat sekolah pun tak mesra mana walaupun sebok balas2 kad2 ucapan la, surat la segala. dalam surat. memang la brani kan.

tapi time ru aku biasa je lagi. no heart feeling pun lagi.
ni la kad 1st aku dapat n buat aku terawang2. di shahrul ni pon satu.

pilih kad yang tulis camni
Just wanted to brighten up your day...
by reminding you
you're special!
pastu leh pulak jadikan ayat tu jadi
Just wanted to brighten up your day...
by reminding you
you're SO special!
2 me...
ha. ni la kadnye.
baru lagi kan.
kate kenangan. kena la simpan

lepas ni aku cerita pasal kad kat bawah ni pulak..:)

"1st valentine card"
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

6 komen yang perlu dibaca:

  1. cewahhh . tira ade gak dpt surat cinte . tapi takde la byk . hihi

    ReplyDelete
  2. oooo..en asben saya pun muda setahun dari saya..tp sekarang nmpk saya lagi muda dr dia..hehhe..

    sonok pulak baca kisah lynn...harap ade jodoh suatu hari nnt..aminnnn...:D

    ReplyDelete
  3. huhu. lame2 dah tak kisah pun kan umo tu..
    doakan kami berjodoh ye..

    ReplyDelete
  4. kdee : haha. tu ah. akhirnye jd bf sendiri

    ReplyDelete

page

Followers