Friday, December 3, 2010

rama-rama dan bunga

seorang lelaki berdoa dan meminta pada Allah semoga dia dikurniakan bunga dan rama - rama yang indah. setiap hari dia berdoa semoga Allah memakbulkan doanya. Namun pada suatu hari, Allah baginya pokok kaktus dan ulat beluncas.


lelaki itu merintih hiba mengapa Allah kurniakannya kaktus dan ulat beluncas sedangkan dia memohon bunga dan rama - rama. lelaki itu kemudian berhenti berdoa. Membiarkan sahaja kaktus dan ulat beluncas itu kerana dia seperti kecewa kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu



detik demi detik,
minit demi minit...


tanpa dia sedar, kaktus itu mengeluarkan bunga yang cukup cantik dan ulat beluncas itu menjadi rama rama yang berwarna warni dan menawan.



******************************************
Dari petikan di atas, kita perlu sedar bahawa Allah itu maha adil. dia menghilangkan sesuatu yang dimiliki oleh seseorang supaya orang itu tidak akan kehilangan rasa. Supaya seseorang itu tahu erti derita. Dan pastinya selepas rasa sakit itu telah berlalu, seseorang itu lebih menghargai apa yang dia ada.

dalam harungi kehidupan kita sekarang. sedar atau tidak sebenarnya banyak benda yang berlaku diluar dugaan dan jangkauan kita. yelah. kadang2 kita mengharap bahagia. Allah bagi derita. kadang-kadang kita berharap kita berjaya. tapi kita gagal

dan..

kita mengharap pasangan kita itu adalah pasangan yang secocoknya untuk menjadi peneman hidup. tapi...kita berpisah dengannya.

disitulah Allah menguji. sejauh mana kita redha dengan Qada' dan Qadar tuhan.

********************************************************
bercakap mengenai perpisahan mungkin tidak seberat bahu yang memikul perpisahan tersebut.

ye.
aku kurang layak bercakap mengenai perpisahan.
aku tidak pernah melalui perpisahan.
dan aku juga amat takut dengan perpisahan.

tapi perpisahan itu biasa berlaku di lingkungan kehidupan aku.
ramai kawan aku berduka kerana terpisah.
ramai yang mempersoalkan kenapa mereka yang menerima musibah.

ingatlah sahabat.
Allah memberi kita ujian kerana Allah menyayangi kita. Allah tahu jalan yang terbaik untuk kita. untuk itu tadahlah tangan memohon doa..
++++

aku tak gemarla cakap pasal pisah2 ni. cukup tak gemar.
aku lagi gemar berkata saat bahagia. berkongsi bagaimana saat bahagia bersama.

maka. ambillah iktibar ye..=)


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers