Monday, December 6, 2010

si awet muda

dah..
rindu kat aliff sudah.
sekarang ni kat masai johor

bersama anak-anak buah si nurfatin raihana dan nur fazrin azwa.

dah beso2 da budak2 ni. dulu siap boleh pangku atas peha je nak enjut2.
aku skrang tengah tolong akk aku jage kedai runcit dia sambil tu tolong dia buat kerja rumah sikit2.
yelah..akak aku tu da sarat. bile lagi nak bela & tolong dia.
kecik2 dulu dia yang jage aku.
aku dah tua bangka ni
kena la pulak jaga dia.
heheh


hm..
tadi ada orang dtg kedai.
tgk aku kat dalam kedai trus tanya.
ni adik sape?
man ke ida?
aku cakap ida.
dia trus komen.
oo..lainnya muka. akak kurus. adek gemok.
hahah. aku cuma mampu senyum je. apa yang membuatkan aku makin senyum lebar adalah dia teka aku sekolah tingkatan 4. pandai akak tu amik ati kan.
bile akk aku cakap aku nak ngajar taun depan.
langsung dia tak percaya sebab ingat aku maseh sekolah menengah.
=)
ini sangat la membuatkan mood aku rajin nak tolong akk aku ni. hihi


korang pernah tak melalui bende tu. penah satu masa dulu. aku nek bas ting2(bas sambung2 yang ada loceng tu ha)ada la budak sekolah menengah duduk kat belakang aku. siap boleh pulak ngurart2 aku. last2 aku cakap. adek tu tak sesuai untuk akak la.
dia mati2 tak percaya aku kakak siap nak tengok IC. apehal la budak2 skang.

asik nak ngurat orang tua je.

salah kot.
aku ni..
awet muda kan.
siap muda 10 tahun muda orang kate.

korang nak tau tak nak awet muda camne.
meh aku aku kongsi macamana nak awet muda ni


rajin2 minum air masak
kalau ikutkan. aku memang tak suka benda manis-manis ni. tapi aku suka coklat. sebab aku suka coklat. biasanya aku akan minum air masak banyak2. baru la neutral jadinya. hehe. takpun lepas makan. korang amalkan la lepas makan je minum air masak.
lambat la kedut jadinya
minum teh O tawar
kalau korang nak tau. minum teh ni bagus untuk kesihatan. selain mengurangkan toksik dalam badan. dia juga adalah salah satu penawar kanser. kalau nak belanja aku minum tak susah. order teh O kurang manis je aku dah boleh lepak same2.
makan la sayur-sayuran hijau dan pedas
selain daripada bagus untuk pencernaan dan penghadaman. sayuran ni kan ada vitamin C. maka. dari hari ini. marilah makan sayur - sayuran hijau untuk awet muda.


anyway.
ank sedara aku ni sebok baca entry aku.
eish.
tak selesa la patin oi!.

dah. kene stop
dia sebok nyendeng2 kat aku ni.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

page

Followers