Friday, December 31, 2010

emosi berkecamuk - lets check wut should we bring time posting

hari ini hari terakhir 2010.
aku bukan nak cerita pasal azam aku tahun depan. cuma time menulis entri ni. perasaan aku cukup berkecamuk yang aku tak tahu nak kongsikan dengan sapa. aku betul2 pening kepala jadinya.
emosi aku cukup kucar kacir.
aku happy. dalam masa yang sama aku berdebar2.
aku rasa tak bersedia. dalam masa yang sama aku tak sabar.

pendek kata aku sebenarnya tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni

aku dah tahu tempat aku akan di postingkan. aku dapat tengah bandar JB. aku rasa betul2 dekat dengan landmark johor. bukan aku tak bersyukur. aku syukur sangat-sangat dapat johor. apatah lagi sekolah yang aku boleh bayangkan kedudukannya.

lepas ni aku akan berkhidmat di SK SRI TEBRAU. dekat dengan perumahan taman sentosa. so ada sapa2 nak bagi aku tumpang tak. hihi.

banyak bende yang aku pk sekarang ni. sebab tu aku serabut. sama macam aku nak pi maktab dulu. taktau nak buat camne. so sebab tu aku kene buat entri. aku nak buat apa yang aku perlu kemas.buat.pk.

bila dah tulis. mesti aku rasa jadi terancang.

haha

oldschool kan.

so..lets start CHEGU..

oh..b4 tu. tadi orang JPN JOHOR yang cekap itu telefon walaupun harini cuti. dia siap gelar aku cikgu da..hihi. rasa lain macam plak. pdhl isnin ni kot baru konfem berdaftar. apepon. congrate pada diri sendiri dulu.


1 kemas pakaian
  • baju kurung (nak bawak untuk 1 minggu walaupun dekat nak balik sebab cuak.) - 5 helai
  • panties+bra (yang ni takyah kire. haha)
  • tracksuit (4 kot) - ni termasuk nak pakai malam sekali ni. yela. nak duduk umah orang dulu kan. kene la pakai sopan. - 4 helai
  • tshirt lengan panjang - 3 helai
  • tshirt duduk umah - 5 helai
  • tudung - 5 helai.
  • scarf tudung - 3 helai.
  • telekung
  • baju tido ah.
  • jeans. (perlu ke?) - perlu untuk jalan2.

2 toileteris
  • syampoo
  • ubat gigi
  • berus gg
  • cuci muka

3 buku2

  • nak bawak buku mengajar ngn sijil je dulu

4 kasut

apelagi yek patutnya? laptop.

haha. yang lain dah tatau da

kang ingat buat entri part two boleh tak?
masuk tahun baru. apa yang perlu dilakukan adalah menjadikan blog sebagai planner terbaik.

tapi. cuak la weh. apsal yek? dari semalam dah sebok debar2. arini trus pening pale. tapi sangat bersyukur adalah dapat johor. negeri yang bahagian pendidikannya amat efisyen berbanding yang lain. oh. lupa.

nak ucap tahniah kat smua pelajar KPLI yang lain. dah tau tempat posting tu

kirenye ank2 sedara masuk skola. makcik pun kene pi skola gak isnin ni.
lepasni boleh la rancang kehidupan untuk kawen. yela. dah dapat bandar JB. dekat lak tu dengan sayang2 bucuk2 tu. so. boleh rancang cermat2

semoga 2011 memberi seribu kemewahan dan keindahan dalam hidup kami berdua.
amin.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

3 komen yang perlu dibaca:

  1. wahh...dh tau posting mana ek....good2.

    ReplyDelete
  2. kdee : tula pasal. cuak kan. tapi aku da kurang cket cuak. tgh kelam kabut buat persiapan

    AIyu : ye......baru dapat. hihi

    ReplyDelete

page

Followers