Tuesday, December 28, 2010

menangislah sayang

khas.
entry ini akk bagi pada kamu.
sebab waktu ni, akk takde dekat dengan kamu nak berkongsi cerita. apatah lagi nak menepuk lembut bahu kamu untuk sabarkan kamu.
akk faham.
apa yang kamu lalui perit untuk kamu telan. berat untuk kamu pikul
akk cuma boleh dengarkan kamu kata perangsang minta kamu tabah. minta kamu lupakan semua itu.
tapi akk macam kesal. ketika ini akk tak ada untuk hiburkan kamu.

mima..

apa yang kamu perlu tahu adalah.
kamu orang beruntung. Allah sayangkan kamu. Allah tak mahu kamu derita waktu kamu sudah terikat dengan si dia. waktu ini. kamu masih bebas. kerana itulah semua perkara ini berlaku lagi awal tanpa sempat kamu menjalin ikatan suci.

kan berulang kali akk pernah dengarkan mima dengan kata-kata klise
perempuan yang baik adalah tercipta untuk lelaki yang baik. kerana lelaki yang baik harus memiliki tulang selangka yang layak untuknya. dan tulang selangka yang baik adalah untuk tuan yang layak menerimanya.
sebab itulah juga. mima memang layak dpt lelaki yang lebih-lebih-lebih baik dari dia.

fikirlah sayang.
apa yang kurang pada kamu.
kamu sudah berkerja. berpelajaran. langsung tidak cacat cela.
dan pasti jodoh kamu itu akan menitip sikit hari lagi
kadang-kadang sewaktu kita sibuk menunggu di satu pintu cinta. kita langsung tidak perasan pintu lain banyak terbuka untuk kita. mungkin pintu milik mu itu tertutup supaya kamu dapat melihat pintu lain yang terbuka
akk tahu. perit untuk pulih dan melupakan apa yang sebati dengan jiwa kita. sewaktu bercinta memang. hati perempuan lembut memaafkan. walau terluka seribu kali. bila lelaki melutut merayu. akk tak nafikan. memang hati kita menjadi selembut tauhu walaupun kita nekad.

biar hatiku menjadi sekeras batu.

kamu hanya perlu hiburkan hati.

perkara yang telah lama patut kamu lakukan dari penjara hati hanya untuk dia. bebaskan dia sayang. anginkan luka hatimu biar cepat sembuhnya. mungkin penawar ada diluar sana.

****************************

ps: esok akk senaraikan beberapa tips nak mengubat luka.
jgn sedih2 sangat.
walau jauh.
still..
im here for you

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

5 komen yang perlu dibaca:

  1. akak... =(
    terima kasih dgn semangat ini

    ReplyDelete
  2. :) smoga kuat semangat.

    kizz : sat g kite skodeng

    ReplyDelete
  3. sedihnye..smoga adik ko tabah... :'(

    ReplyDelete
  4. hihi.
    ni kawan aku sbenanye kdee
    biasala kan. aku kan akk2 kawan ngn bdk2

    ReplyDelete

page

Followers