Tuesday, July 12, 2011

|kisah|kawen|muda|episod|2|

antara 2 kes yang aku sebut dalam cerita sebelum ini menjerumuskan kedua-dua anak perempuan tersebut kawen dalam usia yang muda beranak dalam usia yang muda. betul la orang tua cakap.
kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
kalau kail panjang sejengkal. lautan dalam jangan di duga.

macam aku agak pada awal perkahwinan dieorang. dieorang sangat muda nak menilai alam rumah tangga. kalau matang. aku tak kisah dia nak kawen umur 18. gedik dia aja dah tau. dia belum puas muda.

kes 1 - nurul

macam entri sebelum ni. nurul pun dikahwinkan atas sebab keterlanjuran. nurul bercinta mati dengan suami dia. kalau tak bercinta. tak adalah membawa ke bilik tidur. diaorang tak dipaksa pun buat anak tanpa ikatan. tu semua atas kerelaan.

dikahwinkan tanpa lelaki tu kerja lagi. mana nak menanggung anak bini. sekolah dah kantoi. tak habis. nak cari kerja pun jadi masalah. keluarga pakcik yang suka ngumpat aku tu dah diam tak terkata. sebab malu dengan persekitaran. dieorang hantar nurul bersalin dekat rumah mentua.

ok. mentua baik. sebab anak yang termengandungkan anak orang.

anak pertama 7 bulan. nurul disahkan mengandung lagi. anak muda. memang subur dan nafsu membara. hihi.

tapi yang sakit. sejak nurul mengandung anak kedua. laki dia hantar balik kampung sini. balik rumah mak bapak. then laki dia tinggal macam tu je.
laki tak kerja.
nurul mak bapak jaga.
anak dah dua.

kes 2 - iza

iza pun kawen muda tapi itu semua pilihan hati. dia bangga waktu tu. mendabik dada sebab laku waktu muda. sedangkan aku. yang tua 7 taun dari dia time tu maseh terkedek2 stadi dan takde pulak merancang untuk kawen lagi.
time tu aku rasa aku tahun akhir degree. eh tak. dah sem last untuk degree. tengah tunggu untuk praktikal. fine. aku pasrah je.

laki dia yang arwah bapa dia gembar gemburkan kaya tu rupanya cuma nelayan kat kuala kota tinggi. berpanas berjuang tengah lautan. adek beradik masih ramai yang kecik. dia sebagai abang sulung menanggung adek yang kecik2 tu.

tapi dah jodoh iza. sekarang dah beranak satu. dan dah hampir 2 tahun berlalu. iza dah buat rumah atas tanggungan mak iza. mak iza taknak bagi iza pergi duduk kat kuala kota tinggi. dia nak anak dia depan mata. dia taknak iza susah kat sana.

mak iza bagi rumah. bagi motor kat laki iza. suruh laki iza kerja kilang. dan lupakan hidup nelayan.

tapi sebab iza tak puas muda. bila laki dia pujuk balik kuala. dia takmahu. dia cakap kat sana hidup susah. dia rela laki dia tinggal dia kat sini. yang penting dia taknak ikut.
bila aku risik.

mudah aje dia jawab. dia dah takde hati dekat laki dia tu.
dan sekarang galak kawan dengan duda anak 3.
hmm. senang betul.
sekarang tengah tunggu keputusan mahkamah.
mintak cerai.


nope. aku bukan nafikan kawen muda tak elok. langsung tak. tapi aku cuma nak. sapa - sapa yang terfikir perkahwinan adalah penghujung kehidupan. semua itu adalah salah. perkahwinan bermakna selesainya perjuangan hidup. itu pun salah.
aku anggap.
perkahwinan itu satu gerbang hidup dunia baru.
aku perlu bersedia banyak benda sebelum melangkah ke hidup dunia baru. aku kena kukuhkan ekonomi. aku kena ada pegangan hidup. kena ada kesabaran. rasa ingin berkongsi yang tinggi.

sebab aku percaya. perkahwinan itu satu perkongsian yang indah. mendidik jiwa yang selama ini aku hidup sendiri kepada mendidik jiwa untuk berkongsi. mendidik jiwa menerima keluarga asing dalam hidup baru aku. menerima sebuah keluarga yang tidak berbelah bahagi kasihnya kepada dua.

aku bakal punya 2 ayah. 2 ibu. adik beradik yang sedia ramai akan bertambah. anak sedara aku yang cukup ramai akan bertambah.
bukan mudah mendidik jiwa sendiri. keluarga suami. ialah keluarga sendiri.

cuma. apa yang aku kongsikan fikirkanlah kembali.
tak kisah kalau kau kawen muda. kau berjiwa matang. kau bersedia.
aku alu alukan.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

6 komen yang perlu dibaca:

  1. btol..sokong sgt 2.bkn sng nk harungi p'golakan rmhtgga dlm usia mude kan.drh msh pns.tnpa ilmu yg ckup mmg t'umbang ambing la bahtera 2..

    ReplyDelete
  2. itu la. kena bersedia sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. kawen tu tak semudah yang disangkakan.....huhu...jagan la kawen kalau semata-mata kerana nafsu ....ish..ish...

    ReplyDelete
  4. betul. kahwin tu bila kita bersedia nak bertanggungjawab. em. jangan kahwin bila kita fikir pasal nafsu je.

    ReplyDelete
  5. MAWAR: btol2..sisah nak cakap kalau fikiran singkat.

    ReplyDelete
  6. teha : tak semua orang pk camtu kan

    ReplyDelete

page

Followers