Sunday, March 27, 2011

trend parent zaman sekarang

oh.

kalau dikira dari entry pst aritu. memang belum sampai 60 hari berpantang. tapi sebab dah dapat persetujuan kedua belah pihak. majlis tu insyaAllah akan berlangsung pada 2.4.2011 ni.

serius takde ape maksud dengan tarikh yang kiteorang pilih ni. tapi tiba-tiba je decide nak tarikh tu. :)..
baju tunang idaman tu aku dah search merata tempat. masuk kedai tu. keluar kedai ni.satu pun takde menepati citarasa. sangat penat..hari ini misi mencari baju harus diteruskan sebab majlis bakal berlangsung dalam masa seminggu je lagi. then belum lagi buat persediaan. pastu memang takde cuti b4 majlis. ye la aku cikgu baru. rasa tak sedap nak apply cuti.

semalam dah pegi cari beg idaman untuk letak dalam dulang hantaran. pilihan encik bujang kali ni dipersetujui 100%. comel. kiut.

even 1 minggu b4 majlis pun aku masih blur lagi apa yang patut dibuat. tapi persiapan majlis macam..
1. lauk - pauk (done)
2. bunga telur (done)
3. jemputan (done)
4. kek - dah tempah
5. buah - 1 night b4.
6. sirih junjung - 1 night b4

so hari ini kena pergi cari cadar or patern pelamin mini yang nak dipasang. then terus cari baju bujang untuk letak dalam dulang hantaran aku. nak cari kasut untuk aku. mayb perfume untuk bujang.ape lagi??

hmm..hmm..

ituje.
sorry la. sejak kebelakangan ni sangat jarang letak info2 relationship or what. asik cerita pasal persiapan je. kan memang dah pesan. blog ni dah jadi macam diari hidup aku. so nak tak nak kena catit benda - benda yang terfikir dalam kepala otak aje.

***********************************
ok. dah.
cerita sikit pasal budak sekolah.
bola jaring dah tamat. so lepas ni no more to field. muka nak bertunang pun dah sunburn. haish. 1 week b4 bertunang boleh pulak aku terpaksa berjemur jerit2 tengah padang dan ikut sama bermain bola jaring. kegilaan tu memang tak boleh handle bab main bola2 ni. even duduk kat tepi padang pun jerit macam nak keluar anak tekak. haish.

next task pasal sekolah adalah zapin. wee...suka ++

bukan.
aku nak cerita pasal parent zaman sekarang.
sebab semalam baru je lepas mesyuarat PIBG sekolah.

aku bukan apa. bila dah jadi cikgu. aku lebih memerhatikan golongan keibu - bapaan ni. kadang - kadang mak bapak budak2 bukan calang - calang. gaji puluh2 ribu. tak masuk lagi dengan yang memang inherit family punya company. memang semua berjaya lah.
tapi yang peliknya. diaorang terlupa yang dieorang tu berjaya semua sebab tunjuk ajar cikgu masa dieorang muda - muda. even that dieorang lagi masak dengan proses pembesaran tu sebab dah melalui. dah jumpa cikgu2 yang memang suruh budak - budak buat kerja rumah. pukul dieorang sebab salah. ingat ada ke cikgu nak pukul2 anak orang ske2 ati. kan cikgu2 tu pun ada anak2 jugak.

trend zaman sekarang ni.
mak bapak lebih percaya kan anak.
tak rasa ke budak2 zaman sekarang lagi pandai putar belit alam. kita parent. mesti lagi tau pe el anak sendiri. tapi bila melibatkan pihak sekolah. macam semua anak kamu la malaikat. aku nak aje pesan kat parent yang rasa anak dieorang tu raja. hantar la anak pegi private school. senang.

tapi ni.
sama jugak. hantar anak pegi gov school. kat rumah memang la sorang @ 2 je anak yang parent kena jaga. tapi cikgu berbeza. satu kelas je dah 40 orang. kena pulak budak terjal yang memang asik tanak buat homework then bising dalam kelas. cikgu mana yang tak hangin??

ce cite..ce cite. kan...

so cuma nak pesan 1 benda sebenarnya.

buat apa2 kena fikir dulu. otakkan anggota yang Allah dah letak atas sekali. so guna otak dulu baru benda lain.

kang kalau aku seligi budak paling nakal kang. mau kena saman.
heh. tak guna.
takpe2. takpe.
anak kau raja.
kau bela la sendiri

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

  1. zWs rasa apa yg u rasa... sama la kita.. parent skrg ni bukan mcm dulu.. mcm la diorg tu pnah rasa cgu dulu2.. haishhh...

    ReplyDelete
  2. tapi nak wat camne kan. cuma boleh mbebel aje...hihi

    ReplyDelete
  3. ui..xlama dah tu..weekend ni..congrats lin :)

    ReplyDelete

page

Followers