Wednesday, March 30, 2011

sayang orang yang sayang kita..

okeh.

bank da settle.
katanya aku guna banyak kali sangat kad tu dalam satu hari.
so. kad tu jadi hot card.

duit dah keluarkan.
haha.
berkepuk dalam handbag buruk tu.

tapi rasa was- was nak pegi jalan - jalan jadinya.

arini dah settlekan duti mak andam n hiasan bilik.
tinggal nak konfirmkan alamat aje ngan mak andam tu.

hantaran stil lagi tak bubuh dalam bakul sebab bakul kat kampung. takut pun ada sebab tiba-tiba pk. parent aku nak potong jambul anak si firdina ayuni dan akmal hakim. dah siap jemput orang marhaban segala.
then family bujang lak nak jugak sebelah petang sebab takut kelam kabut dari JB ke BP.

risau tiba-tiba takut majlis tertindan. kreta banyak-banyak nak paking mane. ceh. memula tak plan nak pasang kanopi pun. then tetiba pihak lelaki angkut 10 kreta semua.

baru je tlefon bonda kesayangan tanya persiapan majlis tunang aku kat kampung. alhamdulillah. kanopi dah tempah. tapi ada pulak kejutan mak aku buat. sebab majlis tunang aku ni sekali dengan marhaban untuk potong jambul 2 orang anak sedara aku. mak aku dah cakap kat orang marhaban aku akan baca berzanzi untuk hari tu.

hah!..

da la lama da tak baca. mau menggigil kepala lutut. time tu memang akan betul - betul lepas sarung cincin.
harapan sekarang cuma satu. harap semua berjalan lancar. kang malam jumaat kang mesti aku sebok tidur dengan berzanzi sebab dah lama tak brush up bacaan.

haha.

hari itu akan menjadi hari bersejarah selepas 10 tahun kiteorang kenal satu sama lain.

aku bukan memilih pada harta dan rupa. tapi aku memilih pada keserasian
bila orang cakap lama benar aku berkawan. dengan muka tak bersalah aku akan jawab
oh..nak buat macam mana..tak jumpa yang lain
yela kan. bukan sikit-sikit aku merantau. dari lepas SPM dah ke kuala pilah untuk amik pra sains. then sambung lagi dengan batch lain untuk diploma sains komputer. dekat 4 taun bermastautin di negeri sembilan. berpuluh kawan yang putus cinta. tukar pasangan. tak jugak aku jumpa yang lain

then sambung degree kat sh alam. 2 taun. masih kat takuk lama. dari yang single kawan aku. sampai dah anak 2. dari yang takde pakwe. dah rancang nak kawen.
aku masih dengan orang yang sama.

lepastu aku kerja setaun kat cyberjaya.
sama jugak gayanya.
kawan aku siap tunang. putus tunang. tunang lagi sekali.
aku....maseh macam tu jugak.

aku tetap setia pada bujang tu sorang.

then dapat pulak masuk KPLI. time tu je aku baru rasa. aku dah terlalu lama kawan dengan dia. umur pun dah nak habis sweet 20.. eceh...
then taun lepas barula kiteorang decide..

kiteorang perlu ikat janji.

berdozen orang kampung masuk meminang. merisik. bertanya. naik rimas mak aku menjawabnya. tapi mak yang sporting akan berkata
budak zaman sekarang. bukan boleh kita pilih2kan. kalau hati tak suka. tak jadi juga.
:) tabik pada bonda.

bertahun kiteorang kawan. berpuluh tempat aku pergi. aku kutip pengalaman. aku dalamkan ilmu bercinta. ilmu setia. aku harap semua tu berguna. lepas 10 tahun jugak aku tak pernah jemu untuk cakap aku sayang dia. dan terima kasih sayang.

sebab dalam 10 tahun ni jugak. dia cukup bersabar dengan karenah mak nenek aku. karenah mak janda katanya. huhu.
tapi biasalah.

kami tidak mengharapkan pasangan yang sempurna. dunia aku cukup ada dia dan yang Maha Esa. bukan family aku tolak tepi la. aku nak buat ayat romantik aja. family tetap kat ati

dunia kecil kami dunia sederhana.

aku tak gembur2 kan bakal suami aku orang ternama atau kaya.
kerabat diraja atau orang istemewa.

senyum sahaja bila orang tanya dan jawab
dia biasa - biasa aja. tak kaya tak berharta. tapi cukup membahagiakan
maka lepas ni. kalau aku boleh. mesti semua pun boleh kan.

sayang orang yang sayang kita..
itu kunci utama

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

  1. Lin, tahniah.. dah nak kawen pon ko... nnt kawen jgn lupe jemput.. jgn time aku beranak dahla.. huhu... -zill-

    ReplyDelete
  2. hehe..finally kan lin??congrats tau..

    ReplyDelete

page

Followers