Sunday, November 29, 2009

keputusan drastik ini

aku selalu rasa tidak puas apa yang aku ada. dan aku sedar yang itu adalah sifat manusia yang satu-satunya aku tidak dapat kawal. tapi aku bukan lah tahap kronik yang tidak sedarkan diri. aku masih lagi tahu bersyukur bila di kurniakan akal yang cerdas semasa lahir. hidup yang terurus semasa membesar dan mempunyai kerja yang tetap sejurus tamat pengajian.
tapi..betul lah orang kata. kita tak akan puas untuk mencari sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri. dan aku akan move toward it. so...aku berharap path yang aku pilih kali ini selaras dengan kejayaan yang sepatutnya aku miliki.
sumpah aku sayang kerjaya di tempat aku bermula. aku dapat bos yang sangat aku hormati pada mulanya. aku tak kisah aku susah dapat cuti. tapi aku akui. aku gembira bekerja di bawahnya. dan sekarang dia bukan bos aku lagi. maka...mungkin sebab itu juga aku perlu mengorak langkah yang lebih luas. pada yang kenal aku..harap doakan bersama...aku di tempatkan di tempat itu.harapan sebenarnya kadang-kadang boleh di capai dengan doa ramai orang.
aku betul-betul kagum kadang-kadang dengan kawan sekampung aku. gaji mereka lebih kecil dari aku. tapi mampu berumah tangga..berkereta mewah..malah membina sebuah kediaman agak besar bagi sebuah rumah kampung. berjaya mereka di nilai bila memiliki sebuah keluarga bahagia mungkin. aku bukan dengki..cuma aku cemburu..mereka tidak perlu melanjutkan pelajaran bertahun-tahun pun mampu membina hidup sempurna. sedangkan aku..di awal usia 25..hidup masih aku rasakan terlalu muda melalui fasa hidup seterusnya.
hidup bekerja juga belum puas..bagaimana mahu melalui fasa seterusnya?
boleh share pengalaman tak?
**************
aku masih di kampung.. menikmati cuti-cuti tahun aku untuk tahun ini. aku rasa hari rabu ini aku mahu menghantar notis tersebut..tapi masih rasa berdebar dalam hati. mungkin rasa takut ini boleh menjejaskan kesihatan tidak..kalau aku di tanya mengapa hantar notis..apa yang aku harus jawab?
aku akan kata...kamu puas hati dengan aku atau tidak??
dan bila di tanya kembali soalan itu pada aku...aku akan jawab
dulu aku cukup berpuas hati dengan apa yang aku ada...sekarang..aku terpaksa timbangkan itu kembali.........
boleh kan??

1 komen yang perlu dibaca:

  1. err nak resign ke? Tapi mmg betol la..keje mmg tak puas, nak2 keje tu mmg yg kita minat.

    ReplyDelete

page

Followers