Tuesday, November 10, 2009

mahu berjalan-jalan di taman botani? mari saya ceritakan

aku hampir lupa mahu upload pict ini. Mungkin ketika pagi ini mood aku sudah hilang. Hajat hati aku yang pertama sekali adalah untuk mengelilingi kawasan botani menaiki basikal. Seawal 8.00 pagi aku tiba di kawasan botani.

Hmm...yang kelihatan hanya beberapa orang yang sedang memanaskan badan. Matahari hampir naik ketika aku mengambil angin di kawasan sekeliling. Bila tiba di kawasan penyewaan basikal aku di fahamkan operasi hanya bermula pada 9.00 pagi.. ok..thats it..aku menurut. Dari membuang masa, sudah tentu baik aku berjoging terlebih dahulu. Alang -alang sudah sampai.

Dan ini lah hasil joging aku dan mima pagi itu. Sekurang-kurangnya walaupun tidak banyak kalori terbakar, kami sudah menghirup udara nyaman. Sistem penyiraman tanaman ketika kami berjoging tengah aktif. So kawasan joging agak lembap. Sempat juga aku melawat dan berposing sakan.


tahu bunga apa yang aku pegang?? ini bunga raya..

nampak comel bukan?? posing atas batu

yg ni..mls nk komen..huhu..

aku jakun bila nampak pokok ini. dan selama hidup aku..baru aku tahu..pokok ini pokok johor..kenapa johor pilih tumbuhan yang tidak berbunga untuk dijadikan bunga negeri??
mungkin sebab johor itu unik. seunik orang-orangnya.
seunik bahasanya..
dan seunik budi nya
dan "lepisanthes alata" menjadi tumbuhan bernama pokok JOHOR


ha..inilah pokoknya..hairan bukan? kalau selangor orkid.. negeri kamu apa pula?

dan ketika berjoging aku sempat juga memasuki terowong bunga kertas ini. aku ingtkan dalam terowong ini penuh bunga kertas..rupanya terowong ini di kelilingi oleh bunga kertas. tidak percaya..sila rujuk gambar.

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers