Wednesday, November 11, 2009

pasangan hidup yang ideal itu adalah.............


sebenarnya hari ini..aku teringin mengupload stock selendang lagi. tapi biarlah. esok-esok saja aku menunaikan niat. aku baru sahaja lepas makan tengahari. dan keadaan perut sungguh selesa selepas menikmati ikan bakar cecah asam. tidak perlu mencari hingga ke depan masjid negara seperti di khabar kak zila. di cyber, masakan itu antara paling glamer di sini.

selepas event besar hari itu, kadar kebizian terus menurun. aku boleh menarik nafas bila boleh membuat entry setiap hari. dan aku amat gemarkan situasi ini. lagi beberapa hari, kalau jadi seperti di kata kami akan berjumpa semula. reunion yang kecil-kecilan seperti ini membuatkan hati aku berbunga ceria.

wah..sorry..entry tersebut langsung tiada kait mengait dengan tajuk yang aku beri. aku sebenarnya ingin menafsir maksud pasangan hidup yang sebenar. bukan aku terlalu memilih. dan antara rakan-rakan aku, akulah yang paling tidak cerewet. dan nasib aku baik..jejaka pertama yang menyemai janji. aku percaya mampu membimbing satu hari nanti. bak kata orang...tuah ayam nmpak di kaki. tuah manusia...sambung la sendiri..=p

baik...memilih pasangan hidup bukan bagai memilih buku di susunan rak. tapi lebih kepada memilih isi di dalam buku. kadang-kadang bila kita tersedar..kita sendiri rasa..seperti pernah terbaca ungkapan itu, pernah mengulit kenangan itu. tapi perenggan lain yang kita kutip dan di jadi kan bahan karangan. biasalah..itu namanya kita tidak berjodoh.

memilih pasangan juga bukan seperti memetik kuntuman bunga di taman. asal cantik luaran kita petik dan sunting untuk dijadikan hiasan. ia lebih kepada kita menanam benihan, menyiram penuh kasih, memerhati tanpa jemu, melindungi tanpa sangsi supaya bunga idaman hidup subur, jambangan yang keluar bakal memekar.

dan beringat lah bahawa, memilih pasangan bukan semudah memecah kaca yang utuh, tapi ibarat menyambung kaca-kaca pecah bertaburan. berlainan bentuk dan perlukan perhatian. dan kita kena sentiasa beringat, tersilap langkah jari boleh terluka, hidup juga boleh menderita.

aku juga berhadapan benda yang sama. aku selalu terfikir...mampukah aku..
sama ada aku mampu mencantum kaca pecah untuk si dia, supaya kaca yang pecah mampu menjadi utuh kembali. atau mampukah aku, menjadi bunga paling indah dalam hidupnya. atau mampukah aku..menjadi ungkapan paling indah, cerita paling puitis dalam hidupnya. dan dalam bicara aku semakin mengerti..pasangan hidup yg ideal itu adalah :
1. teman yang mampu menemani kau. semasa kau susah ataupun senang. sentiasa ada untuk kamu harapkan. (paling tak pun, kalau takde dekat..tapi sentiasa bagi support yg memberangsangkan.)

2. sentiasa mahu mendengar.
(tapi percayalah bahawa, sebelum kau meminta sudah pasti kau memberi. jika engkau seorang yang tidak mampu mendengar permasalahan si dia, jangan mengharap sebaliknya)


3. sentiasa menerima kamu tanpa sebab tertentu
(yang ni biasanya lebih kepada fizikal. cth : aku gemok..hitam pulak tu..bf aku akan cakap : bkn gemok..tapi chubby..dan banyak je org yang berkulit gelap itu cantik..contohnya aishwarya rai..maya karin..beyonce..etc..etc)


4. jujur
(aku selalu rasa. pasangan yang ideal adalah yang jujur terhadap pasangan nya sendiri. sebab..bagi aku..pasangan kitalah yang paling mengenal sifat kita..cara kita dan pe el kita yang entah hape-hape)


5. so kesinambungan bagi no 4 adalah percaya. (sebab..kalau dia tegor kita mulut busuk, ketiak kite masam..mesti lah kene percaya n berubah utk die..cube kengkawan..mesti kita dah jadi senctip)

6. memahami
(takkan time kite tade mood dia nk cari pasal pulak kn??)


7. tidak berkira
(kalau kau kongsi barang dengan org...boleh la berkira..takkan dengan bakal teman hidup pon rm 0.10 pon berkira..?? cube bayangkan..bila aku kasi adiah pada kau hari ni..esok kau mesti balas..siap tulis...pecah kace pecah gelas..lepas dapt.jgn lupe balas.. hek.....)

8. aku rasa macam dah habis idea..tapi nak jugak lengkap kn jadi sepoloh..so no 8 adalah..positive..=p (sifat ini perlu adalah bila..salah satu pasangan tu asik -ve je..mesti perlu ada sifat +ve ini untuk meneutralkan keadaan. kalau tak tak ideal la namanya)

9. entry ini akan menjadi terlalu panjang bukan?? haha lantak..tidak kedekut (ni lebey kepada tak berkira la..tapi berkira bukan kedekut..yang tu dia nk semua yang dia bagi dia kene dapat balik..kedekut ni lebey kurang camni. nak date..ajak awek pi makan kat warung..dia order air masak n roti kosong. bila gf/isteri nak bli nasi goreng kg..dia akan jegil2 mata sambil picit dahi n cakap.."asik nak makan mahal je" dalam nada berbisik tapi korang boleh denga)

10. yang last sekali adalah give n take..(kirenye bertolak ansur lah. ape-pae saje boleh bawak bincang bukan?.)

dan aku berdoa semoga..pasangan hidup aku yang ideal itu adalah kamu..

1 komen yang perlu dibaca:

page

Followers