Friday, September 2, 2011

10 years after

hari ni terpaksa merajinkan diri.
oh..salah.
bukan terpaksa. tapi kerelaan diri. kalau tak tangan tak akan rajin menaip. otak tak akan rajin berfikir nak buat ayat panjang-panjang. tak akan rela nak mengadap laptop lama-lama.
oh yang last tu pun tipu..sebab memang sanggup menghadap laptop lama-lama berbanding duduk dapur lama-lama.

mak aku selalu bising hobi dari kecik-kecik ni. dari kecik dulu aku ingat lagi. tiap hari aku akan pinjam 1 buah buku dari library sekolah. memang hari-hari sebok baca buku. darila kisah bersiri enid sampai la nancy drew tu. dari kisah anak-anak bobby sampai la adik beradik inggeris..memang semua aku redah. aku lagi rela bersengkang mata baca buku. dari masak masuk dapor.sebab tabiat tu la jugak aku rela belajar menjahit dari masuk dapur. aku paling tak suka masuk dapur. aku lagi rela menyapu dari masuk dapur jugak.

:(..
dulu. mak jugak membebel2 suruh aku belajar masak. nasib anak emak ni memang cerah hati. memang senang menangkap segala pembelajaran. mak terangkan sikit-sikit je. nasib semua tu terus melekat kat kepala otak aku. semua tu sangat berguna lagi-lagi time mak sakit la ni. dua - tiga hari raya ni memang aku terpaksa masuk dapur. dari mengunjung masa last  puasa sampai la malam raya ke empat.
terpaksa hari-hari aku masak.

time memasak tu la aku terasa dewasa. aku terasa yang sebenarnya zaman muda aku dah jauh berlalu. anak - anak sedara aku semua dah besar panjang. dah pandai melawan. dah pandai jugak kuat makan. lauk pauk yang aku sedia, belum sempat waktu makannya dah habis diratah. kang kalau dimarah..mak bapak terasa pula.

sekarang ni aku tengah menderita sakit kaki. sebab lama sangat berdiri. yelah. selalu aku masak untuk diri sendiri dan mak bapak aku je. kali ni nak menyediakan makanan untuk segerombolan ahli keluarga. rasa nak pitam.

sebenarnya hati aku tengah berduka. esok antara tarikh yang betul-betul aku tunggu setiap tahun. menghitung hari setiap kali tahun baru menjelma. tarikh yang aku tak pernah lupa. tarikh yang menjadi titik tolak perjodohan kami.

mungkin aku dah pernah cerita pasal ni kat kisah kami part 1..
hm..

tapi taun ni lain sikit. taun ni tarikh tu jatuh masa hari raya. time aku dedicate masa aku memang untuk family. kalau suruh aku pilih antara dia dan parent aku..parent masih lagi menjadi priority utama. nak taknak. perasaan yang aku rasa tu kena la pendam dalam hati aje.

sempena 3 september esok. aku nak buat list ucapan sikit. supaya esok-esok..bila aku sedih. aku masih ada entry ni mengingatkan aku tentang 3 september kali ni. 3 september yang pernah aku lalui dalam hidup. walaupun tak bermakna. sekurang-kurangnya aku ada sebuah entry yang mengingatkan aku tentang hari ni.


biarlah orang cakap macam mana pun pasal 3 september. yang penting aku tabah melalui 3 september kali ni seorang diri lagi..
10 years after 3 september 2001.

memang.
hati aku masih utuh. hanya untuk dia.
aku tak kira ini sebagai sebuah pengorbanan. lebih kepada terikatnya kasih dan hati pada yang berhak.
10 years after.
keadaan masih sama.
kami masih jauh.
dulu aku jauh dari kampung halaman. kini keadaan benar-benar berubah. aku mengabdikan diri di negeri sendiri. sedangkan dia mencari arah baru di negeri orang.

10 years after.
kami tetap sama.
aku yakin hati aku tetap padanya
tapi aku takut lidah mungkir berkata.
kadang-kadang emosi menguasai akal.
mulut menguasai minda.

aku risau tersasar.

10 years after..
akan ku tanya kembali..
dimana hati yang pernah kita kongsi

adakah masih milik kita berdua atau telah terbahagi dua.

10 years after...
aku kembali ucapkan
selamat hari ulangtahun perkenalan sayang
dan selamat hari kelahiran 


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers