Friday, September 2, 2011

8 months until now..

okeh..
sekejap je rasanya cuti, 
hari ni dah masuk hari raya ke 4 dah.
sedar tak sedar lagi 2 hari je sekolah dah nak start. sangat tertekan. 

en. tunang akan pulang dari perantauan hari ni kalau tak silap. flight petang ni..tapi still jugak takde jodoh nak jumpa..sebab aku still lagi kt kg..lagipun...ada masa ni la nak habiskan masa kat kampung. jaga emak sebelum bermula balik kerja sekolah yang berlambak. nak tanda buku kerja yang sememangnya sangat tebal..mana lagi nak start pk buat soalan akhir tahun untuk 2011. kali ni rasanya cuma perlu kluarkan idea untuk buat soalan sivik tahun 4 n seni untuk tahun 2. yang lain semua dah lepas. 

masih lagi berkira- kira nak balik JB either hari sabtu or ahad. kalau balik ahad takut sangat akan jadi lagi kelamkabut. tapi bila balik sabtu stok makanan kat rumah sewa pun makin habis. last msk aritu pun hari rabu sebab hari khamis b4 cuti raya tu dah ada qiamullail kat sekolah. 

habis qiamullail dalam pukul 5 dan budak -budak terus bersahur. aku terus je cabut balik rumah dalam ngantuk yang sangat. huhu. yela..semalaman aku siapkan sistem SAPS tu. tak la kang en. SAPS sekolah aku sebok call time cuti..ye dak.. so sebab tak tidur malam tu makanya terbongkang la pukul 5 pg hari jumaat tu kat katil empuk rumah.

tapi jumaat tetap sekolah macam biasa. mata kuyu tak larat nak masuk kelas. dan hari jumaat adalah hari yang agak menyeksakan sebab kelas berderet2. pagi-pagi pukul 7.30 je dah ada kelas sivik. mujur hanya terangkan pasal projek buku skrap sempena kemerdekaan. then suruh budak - budak pk apa isi buku ksrap dieorang. lepas tu sambung kelas math yang ada 3 masa. nasib pulak memang dah rancang lama yang hari jumaat tu nak siapkan buku aktiviti. lebih kepada revision topik yang lepas. maklum la naik cuti dah nak masuk volume of liquid. budak - budak memang sangat baik macam selalu. menurut kata dan berlumba-lumba untuk siapkan buku aktiviti.

time tu jugak aku consult one-to-one budak - budak yang lemah. selalu aim aku ada sorang budak tu aku gelar 'shaidi'. dia ni belajar memang ikut mud. kdg-kadang ada topik math memang senang dia nak faham. kadang-kadang dia antara orang paling lambat. bila aku siasat. budak ni mengalami keretakan family. kesian.

mak bapak divorce dan ayah dieorang psycho. selalu je pukul2 si shaidi ni. sampai dapat perintah mahkamah kalau die nak jumpa bapak dia kena dalam jarak 3 meter. tgk. dapat tengok je..nak cium peluk memang dah tk dapat dah. kalau b4 ni, asal balik dari umah bapak dia je shaidi start ah buat pe el murung dia. macam muram je. orang tanya start ah nak menggigil tangan menjawab. padahal aku tanya penuh kelembutan.

so aku selalu buat one-to-one lesson pada shaidi ni.

aku jugak baru detect yang salah seorang budak aku lemah dalam nombor berturut. so sangat menjadi masalah kalau seorang budak lemah dalam nombor berturut. dia akan mempunya masalah dalam menguasai 4 konsep asas matematik. dari tambah sampai la bahagi. memula aku tak perasan pun. tapi bila aku buat one-to-one dengan dia. baru aku perasan. 

so terpaksa la aku paksa dia hafal sifir 1 hingga 5 sahaja. yang lain memang budak ni tak mampu. bila ada soalan darab sifir sembilan, terpaksa pulak aku ajar sifir tu kena bahagi 2 iaitu sifir 5 dan 4. memang agak rumit. tapi itu la murid aku si razin ni boleh. dia memang tak larat untuk hafal.

so nak taknak itu la yang boleh aku tolong.

memang mencabar walaupun orang rasa remeh. 

ce cite camne nak sabar kalau sepuluh kali kau suruh sorang budak tu jawab. dia jawab dengan kebilan mata je. padahal dekat tiga kali kita ulang. 
boleh jadi sakit jiwa...


huhu..
so 8 months until now. aku berjaya mengharungi detik permulaan karier aku.


semoga aku terus bersemangat & sabar.


selamat hari raya


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers