Saturday, September 10, 2011

Andai kau pergi dulu

selamat bulan syawal.
dah puasa enam?

tulis entry di hari sabtu ketika disekolah memang sangat mengujakan. hihi.
baru je lps kaler mural lama supaya kelihatan baru. dan minggu ni pon terpaksa dipenuhi dengan semua kerja-kerja sekolah yang entah bila akan habis.

mak dah buat checkup kat pakar 1. keputusan adalah sangat tidak memberangsangkan sebab doc tu cakap luka mak kena dressing tak bersih. berbalik pulak pada sapa yang mendressing mak hari -hari. rasa nak marah tapi macam dah jadi adat pulak kalau kat hospital kerajaan camtu. worse ok perkhidmatan. kalau kat hospital sekurang-kurangnya dapat berlainan lainan sebab bleh menggunakan kuasa.

semua tu kan bergantung pada kuasa.
duit.
sebanyak mana pun kita nafikan tetap sama. kita akan terfikir balik..betul atau tak duit, kuasa itu adalah apa yang kita perlukan sebenarnya. 
memang rezeki yang kita dapat bergantung dari Allah, semua datang darinya tapi terpulang pada umatnya, macam mana kita nak berusaha mendapatkan rezekinya.

terpanggil dengan kisah benar baru-baru ni.
melibatkan orang yang aku kenal dari en tunang.
sangat menghibakan.

sebelum mengaitkan cerita ni. salam takziah buat sha n family.

papa sha meninggalkan sha tanpa pesan. sebelum tu, sihat walafiat orangnya. memang tanpa sakit. sempat lagi beraya hujung minggu tersebut ke rumah sha. tapi umur, rezeki kekuasaan Allah, hari khamis lepas, papanya pulang ke rahmatullah.

pagi, jatuh dalam bilik air, tidak sedarkan diri dan innalillah.

dan terbayang penderitaan seorang isteri ketika itu.

aku membayangkan aku, 
seorang aku tanpa suami tersayang yang aku sudah kongsi hampir separuh umur kehidupan aku bersama. dan aku satu hari di tinggalkan tanpa pesan.
kesedihan pasti bukan sedikit. 
bukan setakat zahir. malah yang di kongsi segalanya. zahir dan batin. perasaan. kasih sayang. zuriat.
pasti berminggu aku bersedih. mungkin seumur hidup mengingati orang yang telah pergi.

aku selalu berfikir, biar aku pergi dulu. tapi penderitaan hidup lagi tertekan dari kita yang sudah mati.
mesti terfikir tatkala itu,
bagaimana mahu meneruskan hidup...
siapa mahu berkongsi masalah dengan kita, sedangkan selama ini, bahu itulah tempat menumpang kasih, tempat menangis dan tempat kita bertenang.

memikirkan saat itu, aku gentar dan takut, berpisah mati lagi perit dari berpisah hidup. berpisah mati akan hilang dia dari muka bumi..

sesungguhnya, berita yang diterima tersebut menyebabkan aku terfikir, betapa susahnya menguruskan family tanpa suami dan ketua keluarga. tapi aku masih bersyukur, jika suatu hari aku menghadapi hal itu, aku masih mempunyai pekerjaan tetap, pekerjaan yang membolehkan aku menumpukan lebih perhatian pada anak sendiri. masih lagi banyak masa bersama berbanding orang yang berkerja ofis hour.
syukur.


masa depan sesungguhnya masa yang langsung kita tidak dapat bayangkan.
tapi ingatlah.
kita masih boleh merancang..




lots of love.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers