Tuesday, August 18, 2009

adam dan hawa

salah jantan atau betina..
hm...aku cuma boleh cakap..no komen..aku mendengar dari kedua belah pihak..menilai..mencari penyelesaian. tapi aku masih buntu untuk salahkan siapa..biar aku kenalkan mereka dahulu..sang perempuan aku gelarkan si hawa dan lelakinya si adam..mungkin terlalu suci nama ini untuk mereka. tapi aku bukan yang maha kuasa meletakkan salah pada bahu empunya.

nah..rentetan cerita yang dulu pernah aku ceritakan. si adam terlalu memuja si hawa..hawalah cantik..hawalah pandai..hawalah bijak. bukan kerana si adam seorang pemuja. dia cuma mengkagumi apa yang hawa ada. tapi...adam lupa..what goes round comes around. adam pernah tinggalkan julia. adam pernah lukakan hati julia demi hawa. terima lah akibatnya sekarang adam. hawa mengorak langkah meninggalkan kamu. dulu kau biarkan julia terkapai setelah tali yang engkau jalinkan kau rentap tiba-tiba.

aku?..masalah ini langsung bukan masalah aku. sumpah..aku memang tiada kaitan. tapi adam..kau cari aku juga. walaupun kau tahu, mencari aku bagai mencari orang yang bakal menyumpit engkau. aku langsung tiada belas kasihan. kau rayu aku supaya hawa menjadi hak engkau. engkau tiada apa adam..langsung tiada.

jika aku bandingkan engkau dan lelaki yang hawa pilih, lelaki itu 10 kali lebih baik dari engkau. dia bijak..berharta..walaupun umur lelaki itu layak aku panggil along. abang ku yang sulung. memang..kau cuma nampak itu kekurangan lelaki itu. tai dia bukan milik sesiapa. bukan tunang orang seperti kau dulu.

kau tidak sedar adam. langit ini tinggi. aku tak salahkan engkau. ramai yang tak sedar, menggapai awan di langit, tak sedar tangan tak sampai. lagipun aku kenal engkau memang engkau begitu. suka merayu..suka melakonkan pelbagai watak. aku biarkan..sebab engkau bukan masalah aku. engkau hanya BEKAS teman lelaki hawa..bukan lagi temannya. dan ini bermakna..kita langsung tiada hubungan. dan apa jua perangai engkau..aku tak akan jelik selagi engkau tidak ganggu hidup aku.

dan kau hawa, kau kenalan aku. tapi tidak bermakna, bila aku teman mu. apa yang engkau lakukan betul di mata aku. kau perlu sedar hawa. bukan selalu cahaya bersama engkau. aku tegur..tapi engkau buat tidak endah. kau dengar..tapi kau keras kepala. aku ingat lagi si maisarah kata..engkau tidak realistik. sama macam si adam. dan aku anggap. kau memang sesuai dengan adam.

aku memang seorang yang open minded hawa. aku tahu kau juga sedar hakikat itu. seisi kenalan aku tahu. sebab itu kau tidak segan2 mengadu. tapi hawa. ini lah cara aku menegur kau. kata-kata mungkin akan di salah tafsir. kau bukan budak2 yang perlu aku tatang. kau cukup dewasa memikirkan masalah ini.

jika kau main api...kau berani terbakar.

fikirlah hawa. kegilaan adam, lakonan adam..semua itu berpunca dari kau juga. jika dari dulu kau tolak adam. kau tak perlu bersusah payah seperti sekarang. kereta di bawa lari. kau lebam sana sini.

apa yang kau rasa hawa? kau bangga lelaki itu tunduk pada kau? memperbodohkan diri nya. sampaikan si adam nak gunakan cara halus dapat kn kau. sekarang memang la aku boleh ingatkan kau. kau masih waras. bgaimana ketika kau telah dibomoh2 kn? heh..aku rasa langsung tidak kau endahkan kata-kata aku.

kadang-kadang kau langsung tidak gunakan kepintaran kau itu dalam bercinta. kau seorang berpendidikan syariah. kau memang berjaya. tapi kau sama seperti orang lain dalam hal ini. mungkin....kau benar..nafsu mengatasi segalanya.

aku seorang yang tidak suka menjaga hal orang..tapi aku rasa berapi bila aku yang tiada kaitan ini di kait2 kan. haih..atas alasan apa? aku seorang pendengar yang baik? memang. tapi kau tidak boleh harapkan aku menjaga kau. aku sendiri punya masalah.

adam dan hawa...
kamu perlu ingat..bukan kamu sahaja yang bercinta dlm dunia ini
bukan kamu sahaja yang berkasih sayang
bukan kamu sahaja yang mempunyai masalah.
aku, maisarah, zila mempunyai masalah sendiri
tolong..
jangan babitkan kami.
dan tolong jauhkan masalah ini

hawa..mengertilah, kami telah cuba menolong kau segagah kudrat yang kami ada. kami kawan kau hawa. tapi ketepikan kami waktu kau bahagia. aku katakan..jgn bagi si adam peluang kedua. kerana bagi aku, sekali sang lelaki itu melakukan kesalahan, dia bukan seperti lelaki normal yang akan menghargai peluang itu. kau tetap bawa kepala batu kau hawa. kau terima dia...

nah...

terima lah hawa....

p/s: Percayalah bahawa..bagaimana diri kita..begitulah pasangan kita. dan satu hubungan yang ideal adalah insan yang saling melengkapi satu sama lain

2 komen yang perlu dibaca:

  1. Sy setuju dgn ayat ini---> Percayalah bahawa..bagaimana diri kita..begitulah pasangan kita. dan satu hubungan yang ideal adalah insan yang saling melengkapi satu sama lain..

    Tapi kalo Hawa tu tinggalkan Adam kerana agama yg ada padanya tiada, adalah tindakan bagus..jika sebaliknya..wallahuallam..

    Kita manusia biasa dan tiada hak menentukan hukum karma.. :)

    ReplyDelete
  2. btol2..kite hanya boleh merancang. tuhan menentukan. =)

    ReplyDelete

page

Followers