Sunday, January 23, 2011

benda buat kecut hati

tengahari tadi dah buat entry gembira. sebab dah announce pegi cari cincin. tengah buat entry bujang tu tadi bising - bising nak buat medical check. aku dah buat urine test kat hospital besar sultanah aminah. tak tau apa silap kali ni. ingatkan bila dah ada urine test semua akan berjalan lancar.

aku terus pegi klinik faizal dan kawan2. memula ok je. then bila akk tu bawak borang n keputusan urine test aku. doktor terus panggil masuk bilik. dengan mulut bertopeng. terus doktor tu pegang mata aku suruh tengok atas dan bawah berulang kali. aku ingat dia nak start buat medical checkup. rupanya tak.

tak pernah pun aku pergi mana2 klinik lagi cakap aku sakit yang aku sendiri takut nak pk.
saspen gile.
then doktor tu cakap
awak kena pegi check kat hospital. urine awk ada problem ni. kena check dengan FFC doktor kat hospital. mata awk pun kuning. mungkin ada masalah hati. memang ada masalah. kita tak boleh proceed.
time tu jugak aku trasa terus pening kpale. seram sejuk terus. then doktor tu terus asak aku tanya benda yang aku sendiri takde jawapan.
doktor : kencing awk pekat x?
aku : tak.
doktor : pekat macam air teh kan?
aku : tak. kan da tulis tu. yellow je. bkn dark yellow.
doktor : awk ada masalah darah putih
aku : ??
doktor : awk datang kotor ke?
aku : tak. belum lagi
doktor : hm..ada campuran darah ni.
aku : ??
doktor : awak ada mual-mual ke..sakit perut ke. pedih2 ulu hati ke?
aku : saya memang ada gastrik. so bila saya sakit perut. sebab gastrik je. tapi takde pun mual-mual.
doktor : so. saya tak boleh teruskan medical checkup ni. kena rujuk dengan hosp besar balik.

wah. memang la doktor. buat aku takot aje.
terus aku cakap nak buat urine test balik. ok. dah kencing balik. last2 doktor reject. mood terus ilang. nak tengok wayang. nak makan putu piring. semua ilang mood sudah. sampai kene marah dengan bujang tu sampai makan ati.

haish.

kalau sakit betul.

tak jadi kawen kang.

camne?

sedih kan...............

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

  1. linnnnnn~! awat?? aku problem kt x-ray..aku ngn dayah doc tu kte tulang belakang k.org bengkok sikit..tp die kte still normal..xperlu proceed pegi hospital..naseb baik..tapi x best jgk la..die still tulis kt borang tu..huuh

    ReplyDelete
  2. apsal dr tu cm scary gile??aku lak mslh backbone bengkok sikit...

    ReplyDelete
  3. haha. scary dan mengganggu fikiran aku. haish. tak gune

    ReplyDelete

page

Followers