Thursday, January 6, 2011

ini cerita posting saya

okeh.
sekarang ni dah 6 haribulan dalam bulan januari. last post aku pun esok genap seminggu.
sekarang sudah berhidup di tengah2 bandar JB. tapi yang macam tak caya tlefon aku jadi selalu takde line. nak mesej pakwe sendiri pun tersekat2 pending.

1st week. aku cuma mengajar guna jadual chegu yang entah mana pergi. aku rasa mungkin bercuti. dan cikgu tu mengajar moral, english tahun 5 dan seni tahun 6. budak-budak bandar memang pandai. tapi bila pandai makin tak hormat chegu. :(..macam biasa la. aku masuk je dieorang nak bising2. haha. failed betul la kawalan kelas.

gaknya aku kena buat muka masam sepanjang hari ke baru budak2 kecut sampai tengok aku pun menikus? sangat kagum dengan mana-mana cikgu yang masuk kelas semua budak terus senyap dan tengok buku aje. nak angkat kepala pun takut macam nak terkencing. nak cakap dengan kawan sebelah pun macam bersalah gila bila satu kelas salahkan engkau sebab kau bising. bila pandang cikgu plak cikgu tengah pandang kita dengan muka sangat garang. alangkah bestnya kalau semua murid-murid sementara aku tu macam tu.

haha..dah la dieorang tu bahasa perantaraan semuanya nak english. haiyoo..mesti 2 tahun aku mengajar kat cni aku nye english leh bawak pegi jalan2 luo negeri. hihi.

dan aku biasanya akan bernasib baik kan.
tercampak seorang diri di tengah2 bandar ni membuatkan aku lagi berdikari sebenarnya. mungkin membolehkan aku mengetengahkan lagi potensi murid yang ada. mungkin jugak supaya aku dekat dengan en husband then bila dah ada anak, aku dapat ank yang boleh dibanggakan nanti sebab tu duduk di bandar.
haish.

macam2 la kemungkinan.
sebab aku memang sentiasa percayakan qada dan qadar bahawa apa yang di atur untuk aku itu adalah yang terbaik untuk hidup aku.
dan, semalam aku dah berbual dengan penolong kanan aku. dia cakap jadual aku minggu depan aku akan mengajar matematik untuk tahun 3. kajian tempatan yang aku sendiri tak pernah belajar dalam seumur hidup,tapi aku cakap jugak aku boleh. yeah. aku yakin.
eh2 bukan tu je. ade lagi.
aku kene mengajar kemahiran hidup jugak.
dan last sekali pendidikan seni. :). pandai ke aku ni seni?

tapi aku tetap yakin kan. walaupun ada certain benda tu aku memang tak tahu. tapi yakin dengan diri sendiri itu perlu. aku kena buktikan kelahiran maktab teknik adalah antara calon terbaik KPLI yang diterima dengan senang hati oleh pihak sekolah. haa..bangga tak jadi budak teknik jdnye..eceh2

dan.
aku dapat rumah hijau. dan cikgu lelaki dah sebok2 cari aku padahal aku tak tanya lagi aku umah sukan apa. entah khabar dari mana. dieorang dah sebok2 gosip aku ni athelete. eceh.
gaknya aku ni ada badan athlete kot. hihi. mungkin tak sebab tu?
sebab itu alasannya aku di bagi bahagian olahraga. naseb lulus KOAM ok.. (0__')

dan kamu kawan2
dah dapat posting.
terima la seadanya
semoga kita berjaya mengharumkan nama sekolah dan jugak maktab.

amin.

to all readers. sorry la entry ni tak seronok langsung. sebab nak cari planner asek abis je. terpaksa la guna blog untuk catat semua bende ni.
hmm.
hmm.

ok dah.
babai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

8 komen yang perlu dibaca:

  1. Hihi..ok la tu kreatif ape guna blog sebagai medium untuk mecatat catiti..hihi

    Jom sini,
    Lepas gian oh

    ReplyDelete
  2. nadhirah : dulu b4 jadi cikgu sangat rasa jadi cikgu keje paling senang.
    dah jadi cikgu, rasa lagi baik keje ofis goverment. hihi

    ReplyDelete
  3. Kdee : TQ. ko pun same. cabaran guru permulaan sangat mencabar.

    ReplyDelete
  4. all the best lin~!..best la ko dpt ajar maths..aku x dapek..sobs3 ;(

    ReplyDelete

page

Followers