Tuesday, February 15, 2011

terima kasih sayang

minggu hadapan akan bermula kehidupan dirumah baru. berdebar aje rasa. huhu.
hari ahad yang lepas pergi survay set bilik tidur.
tahun ni. aku anggap. set bilik tidur tu adalah hadiah si dia pada aku. ikutkan. nak mula hidup ni aku rela aje tidur atas toto di alas tikar. dah dapat gaji nanti baru la aku sibuk kumpul harta.
tapi. tulah.
tiba-tiba je aku touching dengan keperihatinan en. syg aku..
hari tu. dia kerja tengahari.
pagi-pagi aku dah keluar dengan azah meronda JB. hihi.
tetiba mesej masuk time aku tengah test seluar baru.
sayang kat mana? tak nampak pun..d dah nak pegi keja
time tu jugak aku rasa bersalah keluar pagi-pagi tak mintak izin. tak kejut dia bangun dan cium dahi.
ek..salah2. cium dahi tu tak. tipu je..huhu
sebab rasa tak sedap hati. aku telefon kekasih hati tu.
bual2. then dia cakap nak survay set bilik tidur. terus aku senyum sepanjang hari. hihi.
dan hari tu rasa macam puteri aje sebab haritula
dia bukak kan pintu kereta.
pimpin tangan nak jalan
layankan aje aku nak apa.

sebab layanan camtu rasa nak kawen time tu jugak. haha

lepas cincin tunang hari tu. ini antara barang paling best dia penah kasi sepanjang relationship kitaorang. kalau set bilik tu dah sampai umah baru aku. kang aku amik gamba supaya dapat kongsi kebahagiaan kami. hihi..

hari-hari aku belek blog sendiri. tapi bila bab nak update. aku tiba-tiba putus idea. aku ingat nak try tulis pasal persiapan majlis tunang kami. tapi semua tu lama lagi. baru ada perancangan kasar je.
oh ye...
tahniah untuk kdee sebab dah selamat bertunang dengan MR teacher dia. sebab aku kat joho dan joho dilanda banjir. tak dpt la aku dtg majlis serba mewah kat BTHO tu.
apepon
wish both pf you the best. hormati pasangan, dan semoga berbahagia sampai ke jinjang pelamin. KDEE & RAZI
so sebab hari ni aku free dan cuti sempena MAULIDURASUL, aku pun nak ikut sama update blog sendiri supaya tak sunyi. hidup sekarang ok aje. dah hampir dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. lepas taklimat kat PPD, rasa bersemangat nak set untuk jadi GC. (>,<)

duit dalam poket pun makin kering. tapi surat perjanjian belum lagi settle. macam mana la pulak nak beli persiapan tunang.

doakan semua berjalan lancar.
dan doakan kami tetap bahagia.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

page

Followers