Saturday, February 19, 2011

ajarlah anak anda matematik dari muda

hm..
olahraga dah habis tanpa dapat aku pegi menyaksikan budak-budak aku berlari. frust tu memang ada. tapi aku banyak kerja. GB tak kasi keluar. so redha aje la. tapi aku jugak yang kena buat report post-mortem walaupun aku tak pegi. hai..nasib badan.
tadi. PK 1 aku ada cakap. aku kena pandai tolak kerja. tapi kena pandai-pandai la bawak diri. dia takut aku tak leh catchup dengan semua. sebab maca-macam benda yang dah menanti aku.
bila olahraga ni dah abis. aku ingat leh la bersenang lenang dua tiga minggu sebelum kena stayback hari-hari. dah macam keja opis dah aku ni. pegi keja masuk kol 7.00 then balik lak pukul 6.30. huhu. buruh binaan betul.
aku dah dapat task baru
1. latihan bola jaring
2. tarian zapin bersama warisan.

huih. lap dahi.

nasib minggu depan dah duduk dekat sekolah. sampai malam kat skola pun tak heran sebab leh balik jalan kaki. tanpa sempat penat dah sampai umah. perumpamaan sama macam baru masuk gear satu kat pagar skola nak masuk gear 2 dah tak sempat. hihi. jarak 2 buah rumah dari sekolah.
sangat dekat bukan.

syukur. dapat gak pindah akhirnya. harap-harap minggu ni dapat dah berulang dari sana. bukan kehidupan sekarang tak best. best..
bahagia.
tapi..biasa la
tak betah da duduk menumpang. :)

sekarang ni tengah sibuk draf soalan untuk ujian pertengahan penggal pertama. apa yang best jadi cikgu adalah bila kita jar. budak faham. time tu perasaan suka tu tak boleh aku gambarkan. tak kisah la budak tu bangsa apa. macam ada sorang budak darjah 4 kelas yang aku ajar math. nak buat kerja aku cukup liat. tergagap-gagap bila aku tanya mana buku. sebab aku tanya dalam bahasa melayu. then dia tau aku cikgu bahasa inggeris jugak. bila speaking. mau toleh 2 kali kat budak tu.
perghhhh...
slang dia..
best n gerek gila. hahah.

tapi bab tulis bahasa melayu. hancur.

then aku timbal balik bagus tak bagus bahas inggeris. memang elok untuk tumbesaran budak. tapi mak bapak pun kena seimbangkan dengan bahasa melayu. pastu. trus je aku buat assumption.
aku rasa aku nak ajar anak aku lebih ilmu hisab.

bila budak terer math. critical thinking dia tinggi.
problem solving skill pun tinggi. dan secara tak langsung otak dia akan jadi lagi kreatif.
dan bila otak lagi kreatif. akal dia panjang. senang sangat nak ajar bahasa apa pun.

kan anak jadi lagi bagus.
contohnya
adiputra la.

esok nak pegi tengok pesta layang-layang
jom smua.
nak ikot?


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

3 komen yang perlu dibaca:

page

Followers