Pages

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Sunday, September 19, 2010

betul ke pakcik itu pakcik saya.

hari ini
macam hari - hari semalam
hari ini datang lagi seperti hari - hari semalam.

esok..dah start mengajar kembali lagi. 2 minggu tepat tidak masuk ke kelas. rasa buntu sungguh mau menghadapi hari perpisahan yang tak sampai lagi sminggu. tidak berpeluang juga menjenguk kelas 4 dedikasi. mesti satu hari. sangat rindukan mereka. telatah gelagat.
dan..
selamat kembali ke maktab cikgu lina..(*.*)
dan selamat menjalankan kembali tanggungjawab sebagai penolong pemimpin di sana.
hmm..
bila agaknya nak habis ni..

sebenarnya dah lama sangat tak tulis entry.
tak tulis rasa sunyi.
erm..
cerita pasal raya la kot.

raya..macam biasa la..pergi menziarah saudara mara. atuk nenek dan sepupu sepapat.
nak cerita yang ni..
cerita sebelum raya dulu.uh2..lari topic..lari topic

30 ramadhan.
awal pagi lagi cik lina dah siap2 mandi. sebab hari ini niat mau memasak untuk esok. elok je pukul 10 pagi..dah siap bahan-bahan masakan cik lina potong-potong. tak tau la niat rajin tu datang dari mana.hehe
then. cik lina terus je masak. kalau kat johor. ada istilah 'mengunjung' makanan..kiranya kita kasi jiran - jiran terdekat la juadah. pagi lagi cik lina da start da sediakan bahan untuk masak tomyam. niat suci tu memula nak masak sup daging je.
owh..penat cerita pasal ini..--> so conclusionnya siap la beberapa jenis masakan
1. tomyam

2. sambal goreng jawa

3. ayam sambal

dan bergerak la cik lina dan adek bagi2 makanan ni. okeh stop.
yang cik lina nak cerita adalah ini..hehe
cik lina mengunjung masakan tadi sampai la ke kluang. dan entah kenapa. punya la banyak stesen minyak di bandar kluang. cik lina singgah satu stesen minyak mobil.
cik lina bayar minyak
then cik lina jerit dari pintu mobil srh adek cik lina tutup lampu kete.
ntah dari mana.
datang sorang pakcik bertopi. bercermin mata menyampuk
"btol tu. tak tutup lampu, kesian kat orang kat dalam..silau"
sebagai gadis sopan. cik lina cuma senyum pada pakcik yang tidak dikenali itu.
hehe
then pakcik tu tetibe je ikot ke pam minyak tmpat kereta kami.
hm..ntah kenapa..time tu la nozel mobil tu macam ada masalah pulak.*rfgenh*
dalam hati dah cukup menyumpah. tapi nasib hari tu cik lina sungguh sopan dan bersabar.
pakcik tu trus ambil nozel dari tangan cik lina
dalam hati *ewah2 pakcik ni*
tapi mulut cik lina berkata seperti ini "oh..tak ape pakcik. saya boleh buat sendiri.takpe"
sebenarnya..jelas sekali pakcik tu memakai baju kakitangan mobil.=) tapi kan cik lina stil boleh tuang minyak sendiri.
adegan berebut nozel itu sah2 di menangi pakcik itu. cik lina pon biarkan je. trus main viper blakang.

(di bawah ini perlu di tulis dalam bentuk dialog)
bila pakcik tu dah berjaya memenangi nozel, dan cik lina di belakang, trus dia berbual dengan adek cik lina
begini ceritanya
pakcik : pakcik rasa, kamu ni macam anak sedara pakcik
adek : (buat muka hairan dan pandang cik lina)hmm...
cik lina : *geleng aje* dan isyarat kat adek cik lina tak kenal
adek : pakcik salah orang kowt..(uhuhu)
pakcik : hmm..mungkin jugak la kowt..

tapi..sesungguhnya..pakcik itu sangatla tidak berputus asa. beliau kembali mencari topic perbualan.
pakcik : ni, nak balik mana ni?
adek : balik ke batu pahat pakcik
pakcik : batu pahat di mana?
time ni cik lina dah bukak pintu kereta. duduk di dalam. wehehe. adek cik lina masih setia di muka pintu kerana pakcik itu sangat ingin berbual
adek : di seri me*** pakcik
pakcik : seri me*** di mana
(dalam hati cik lina dah merungut2 kate pakcik ni menyibuk..huhu)
adek : hmm...seri da**** 8..
pakcik : erm..bukit beta**** kan?
sesungguhnya. time ni adek dah terkilas2 memandang aku kerana ngeri. aku pulak buat muka hairan kerana pakcik ni sungguh arif dengan kawasan tempat tinggal kami. aku amati muka pakcik tu. iye..langsung aku takde pakcik rupa camtu. heisyh..takot2..
then pakcik tu macam perasan je kiteorang macam cuak. dia terus je tanya nama ayah dan emak. SAH. dia kenal mak ayah kami.
rasa hairan tu bertambah - tambah.
cik lina fikir..mungkin itu pelanggan abah kot. mungkin pernah datang ke rumah 2 3 kali untuk ber urut. cik lina kan anak tukang urut.
tapi ayat yang memeranjatkan kami adalah bila beliau berkata..
"INI UDA NI... pak uda..."

cik lina pandang adik. dan adik pandang cik lina. pakcik...??
btol ke pak uda??

sambung la ye..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, June 19, 2010

kurang lagi kawan bujang..

badan sangat penat
tapi tumpang gembira utk sahabat baik
nurin dah selamt bertunang.
tapi tumpang terharu jugak.
dia dah lepaskn..
:(..
dah tade kawan bujang kang..
biarlah gambar bercerita

satu risik dan satu tunang.

opss..ini bukan pengantin. yg ni pengapit tukang sibuk..huhu..halijah. pon nk langsung taun ni. kalu buat taun dpn..=(..posting jauh..xdpt pi r

cak..cik lina dengan bakal bini orang..nurin

tada..perantin..perantin.

dah.
penat. nk rehat.
oh lupa..tq encek abang..

Sunday, March 28, 2010

jika susah benar mahu ke langkawi..mari kita ke.....

tinggal 2 bulan je lagi cik lina kat cheras.
banyak benar aktiviti yang menginginkan kami bergerak cergas.
salah satunya perkhemahan BSMM ni la
uhuh...
entry ni sebenanya lebih dtujukan buat bdk2 kelas cik lina.
cik lina nak terangkan satu2 takot tak jelas.
so bia cik lina tulis..bg dieorang komen.

oleh sebab percutian kita untuk ke langkawi itu sangat lah tidak teratur, cik lina di sini ingin membantu. harap2 ape yang cik lina cari ini dapat dikonesi bersama. jika tak nak pun tidak mengapa. sebab ini cuma cadangan.

cik lina dah bc komen budak2. nak pergi tempat yg dekat. dari mula lagi cik lina da pesan..daripada nak pegi tempat jauh..baik cari tempat dekat dan banyak aktiviti. badan tak penat dengan perjalanan. masa yang kita ada juga lebih. maka begini lah
cik lina cadangkan
jika susah benar mahu ke langkawi, (menunggu sesara sedari nak tlg konfirm..) maka cik lina cadangkan kita ke tempat reakreasi ulu bendul.
sapa tau?
angkat tangan.

cik lina dah survey dah smua berkaitan ulu bendul ini. pengangkutan dan yang paling bagusnye..tempat penginapan.
ok2.
1st..cik lina nak bgtau pasal perjalanan dulu
ulu bendul ni terletak di kawasan jajahan kuala pilah di pinggir bukit putus. jarak dari seremban adalah 25 KM dan 5 KM dari pekan kuala pilah. untuk kesini. kita ada beberapa pilihan
1. menaiki kereta sendiri. (tong2 wit minyak n then kita bincang, sapa nak share ngan sape)
2. menaiki keretapi hingga seremban dan bas ke kuala pilah (ini adalah sangat meriah bila pergi bersama2. yang penting kn kerjasama. dan time ni...pengangkutan untuk lect. kita boleh pk kn)
3. naik bas maktab. oleh kerana ini adalah urusan pembelajaran (tertakluk bawah aktiviti kokurikulum..)..oleh itu, jika boleh memohon.
4. naik bas ekspres ke seremban / kole pilah, then kite naik bas sangkut2 dari kole pilah / seremban.

dari segi masa perjalanan. cik lina rasa benda ni tak menjadi masalah sebab....jarak KL ngn seremban kan dekat. so dalam sejam..kite sudah sampai..=)..

ok..
yang kedua adalah..penginapan..
cik lina da suvey. di TRUB (taman reakreasi ulu bendul..cey..clas x nama)..ada jugak di sediakan chalet utk penginapan. 1 night = RM 30 aje. so bg lect2 kesayangan, kita boleh la suruh dieorang menginap di situ. tidak terkecuali juga ibu2 manja yang mahu tidur di chalet. asal ada ongkos. hal lain tidak perlu risau dong.

"There are chalets for rent at the Ulu Bendol Park for only RM30 per night. These A-shaped chalets are basic so bring along your own bedding and basic accessories. For more information and reservations please call : +6 06-760 1321, +6 06-760 1345, +6 06- 481 1036 " ..wah siap kasi contact

second choice utk penginapan adalah BERKHEMAH. cik lina suke..hehe
utk pengetahuan smua, TRUB ni memang menyediakan tapak perkhemahan khas. selamat dan bgs. tak pyh nak tarah2 pokok da cari tmpat selamat nak buat khemah. dtg2 bentang khemah. tido. ahaha.. sekurang2 nya tak dpt berkhemah kat pangkor. kita berkhemah dlm utan. amacam??

dekat ctu jugak ada homestay bakinang...so kalo tanak chalet..bley la pi menginap di hoemstay bakinang.

ok..masalah 2 bende tu cik lina rasa dah ok..

aktiviti/pengisian la pulak kn..
cik lina rasa..kita tak menghadapi masalah untuk buat bakti siswa BSMM pon. N9 sgt byk ombah2 yg sudah tua utk di tolong. =).
boleh jugak buat jungle treking.
juga boleh panjat gunung angsi.
mandi air terjun
buat game pola air..ehehe..tetibe.
malam kebudayaan kat tapak khemah
barbeque..time malam2..
um...leh pegi mancing udang jugak kalo tak silap.
nak agak historical cket..kita pegi ah melawat istana seri menanti. tak pun melawat teratak za'ba..uhuhu..

ha tgk..
byk kn..
so kawan..
apa lagi?
sila komen..
ni ade cket gambo utk tatapan.

Notakaki : sblm lupa..ulu bendul ni = air terjun. so no sunburn mcm pi pantai





Monday, January 4, 2010

bandar elite

first time aku jumpe kawasan yang adanya semua kemudahan drive thru. aku bukan nak kate la..tapi kemudahan yang terdapat kat tempat tu..lebih dari putrajaya..pusat pembangunan kerajaan malaysia. mungkin ada yang dah pernah jumpa kat tempat lain. tapi aku stil jugak nak share kemudahan drive thru yang aku jumpe awal tahun baru hari tu.

aku balik kampung untuk menyambut tahun baru kali ni. tapi tak dapat counting tengok bunga api sebab masih lagi dalam kereta. seronok rasanya dapat berjalan-jalan di kawasan perumahan SETIA TROPIKA. kalau bagi orang johor..may b tahu lah kot. kawasan perumahan baru. sekali masuk kesana seperti bandar di dalam taman. cuma pembinaan masih giat berjalan.
dalam hati teringin memiliki sebuah rumah di sane.

bersama-sama encik kesayangan, saya dapat jugak mengambil beberapa gambar kenangan untuk di kongsi bersama. kalau sudah beli kamera mahal dan berkualiti. tentu gambar ape sahaje jadi menarik agaknya.:D.

so..lyn..






dan jangan tak percaya..bangunan sebelah maybank dan starbuck ni adalah KFC and pizza drive thru dikumpulkan di dalam satu kawasan.

notakaki: jimat masa, jimat wang

Saturday, November 28, 2009

patut @ tidak??

hari ini pagi di kampung..
cuaca makin sejuk dan hujan berlumba-lumba turun antara titik-titiknya.
aku masih dalam dilema. tapi lain kali aku akan ceritakan dilema aku..
aku sebenarnya ingin benar tahu nasib masa depan aku. sebab aku seorang yang takut merancang. aku akan pening kepala bila merancang pasal kehidupan. perkara paling aku tidak suka adalah merancang masa depan. lagi 2 minggu aku akan......lagi setahun aku akan.........

aku cukup tidak suka. bagi aku..jika perkara itu berlaku aku akan lakukan apa yang aku boleh lakukan waktu itu. tapi kali ini perlu atau tidak aku berubah dan merancang sesuatu? buatnya selepas ini aku mendapat tawaran lain tiba-tiba...bagaimana notis 3 bulan aku? patut atau tidak aku hantar notis awal sedangkan aku...

ah..ah..sakit kepala bila berfikir.

lama juga aku tidak mengupload ape-ape cerita. maklumlah..2 minggu kebelakangan ini hanya 3 hari aku masuk ke ofis. yang selebihnya aku di JB...3 kali ulang alik untuk 2 minggu ini. huhu..itu akibat tidak merancang barang kali..muehehehe..

apa yang menarik ke JB kali ini? erm..biasa-biasa aje...cuma agak kecewa bila mahu menonton wayang..semua tiket nya hanya 2012..huhhhh..bagaimana cerita lain? lantas aku kecewa dan membuat keputusan untuk tidak mahu menonton. rancangan seterusnya? makan bubur di sentosa..tapi..entah malang apa..aku sesat barat pula..terus hilang selera. nasib buah hati aku pandai memujuk..makan di simple street sebelah hotel selesa JB memang menarik. makanan sedap..dan dekorasi kedai menarik. dan ini pesanan. simple street bukan restoran mewah..hanya kedai di tepi jalan. tapi makanan dia class seperti hotel mewahan. bagi aku..yang penting...duit itu berbaloi dengan makanan yang aku makan. dan nasi lemak ayamnya aku beri 5 bintang..=p

dan........
itu saja untuk pagi ini..
bye
Tuesday, November 10, 2009

mahu berjalan-jalan di taman botani? mari saya ceritakan

aku hampir lupa mahu upload pict ini. Mungkin ketika pagi ini mood aku sudah hilang. Hajat hati aku yang pertama sekali adalah untuk mengelilingi kawasan botani menaiki basikal. Seawal 8.00 pagi aku tiba di kawasan botani.

Hmm...yang kelihatan hanya beberapa orang yang sedang memanaskan badan. Matahari hampir naik ketika aku mengambil angin di kawasan sekeliling. Bila tiba di kawasan penyewaan basikal aku di fahamkan operasi hanya bermula pada 9.00 pagi.. ok..thats it..aku menurut. Dari membuang masa, sudah tentu baik aku berjoging terlebih dahulu. Alang -alang sudah sampai.

Dan ini lah hasil joging aku dan mima pagi itu. Sekurang-kurangnya walaupun tidak banyak kalori terbakar, kami sudah menghirup udara nyaman. Sistem penyiraman tanaman ketika kami berjoging tengah aktif. So kawasan joging agak lembap. Sempat juga aku melawat dan berposing sakan.


tahu bunga apa yang aku pegang?? ini bunga raya..

nampak comel bukan?? posing atas batu

yg ni..mls nk komen..huhu..

aku jakun bila nampak pokok ini. dan selama hidup aku..baru aku tahu..pokok ini pokok johor..kenapa johor pilih tumbuhan yang tidak berbunga untuk dijadikan bunga negeri??
mungkin sebab johor itu unik. seunik orang-orangnya.
seunik bahasanya..
dan seunik budi nya
dan "lepisanthes alata" menjadi tumbuhan bernama pokok JOHOR


ha..inilah pokoknya..hairan bukan? kalau selangor orkid.. negeri kamu apa pula?

dan ketika berjoging aku sempat juga memasuki terowong bunga kertas ini. aku ingtkan dalam terowong ini penuh bunga kertas..rupanya terowong ini di kelilingi oleh bunga kertas. tidak percaya..sila rujuk gambar.

page

Followers