Saturday, August 27, 2011
duka ramadhan 2
dalam 2 jam jugak keadaan dia tu. kaki tak leh gerak sebab kejang kena bius. then perut lapar. tak leh makan lagi. time tu kesabaran seorang anak memang diperlukan.
tunggu sepanjang malam then melayan dia time sakit. time tu aku terus rasa aku memang perlu anak ramai supaya dapat jaga aku gilir - gilir bila dah tua.
time tu memang mata tak boleh nak lelap walau sepicing. pukul 5 pagi mak terus kejut nak terkencing. dia cakap nak pegi bilik air. kaki dah boleh gerak. mungkin time tu aku terlelap. bangun mamai-mamai mak yang baru habis bius mintak berjalan. sungguh kaki dia langsung tak kuat. menggigil sangat. tapi aku dalam tak sedar papah jugak mak berjalan ke bilik air.
siang tu mak dah boleh tersenyul riang. dia dah boleh mintak nurse tolong tukar cadar dan tuka baju. dah selera nak makan. dan akhirnya setelah 1 hari bedah doktor pakar kata mak dah boleh keluar sabtu. alhamdulillah.
malam kedua tu aku tidur kat wad satu sorang-sorang. memang berdebar. aku memang tak boleh nak lelap mata.
aku terus telefon anak sedara aku mintak tunggu kat wad sama. naseb dia ok je. terus naik atas n tido sesama kat kerusi malas. memang berdebar woh. walaupun menunggu orang sakit. bila ada kawan berbual aku tak rasa sunyi. mak pun dah boleh tidur nyenyak.
sekarang.
time aku taip entry ni aku dah selamat sampai kg lagi bercuti untuk hari raya.
mak masih berbalut kaki.
masih duduk atas katil besi baru
dan aku lega bila tengok dia ada depan mata.
kejayaan ibu bapa mendidik anak adalah melihat ketika mereka sakit. ketika mereka tua
semoga aku dapat membalas jasa mereka
amin
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, August 21, 2011
episod duka ramadhan 1
aku terus menapak pegi sekolah.
time tu hari rabu.
hati tengah gundah. aku tekad. dapat cuti atau tidak aku akan terus menapak ke kampung.
tepat pukul 12 tghari aku sampai rumah.
rumah sunyi.
mungkin sebab mak dah takde kat rumah.
aku cari abah.
dia tengah duduk dekat meja dapur termenung.
bila isteri dah tak ade macam biasa abah mesti rasa canggung. terus aku telefon adik tanya dia balik pukul berapa.
aku hanya sempat mandi dan pakai baju kurung balik. terus bertolak ke hospital. sampai hospital masa tu tepat pukul 2. waktu melawat tengahari dah nak habis. tapi aku terus tunggu mak. mak merungut lapar. mak merungut sakit. hati aku time tu macam terhiris-hiris. tapi aku lega sebab dah nampak emak depan mata.
mak dah start puasa pukul 10 pagi. operation sepatutnya berlangsung pukul empat. mak masuk wad kelas 3. walaupun nurse semua baik. tapi layanan dieorang lambat. aku terus serahkan GL aku. setiap jam aku tanya bila nurse nak pindahkan mak aku ke kelas satu.
aku perasan, hari tu ramai pesakit keluar masuk. sebab tu jugak aku tak desak sangat nurse-nurse tu. dalam pukul 6 petang, mak di bawak guna kerusi roda. mak dapat dipindahkan ke bilik depan. selesa. ada aircond. wad kelas 1.
abang dan akak ipa aku dah sampai dari ipoh dan muar. abang sulung dan abang kedua pun bergilir tengok mak. tapi hak menjaga memang diserahkan pada aku sebab aku anak kedua perempuan lepas akk.
tepat pukul 12.30 malam nurse ketuk pintu blik. suruh mak ready untuk masuk bilik bedah. time tu aku tau emak gementar. aku apetah lagi. mak dah 64 tahun. kali terakhir masuk wad adalah masa lahirkan aku 27 tahun yang lepas. tanpa pembedahan. mana mak tak cuak tetiba nak kena operate dalam usia tua.
bermula dari 12.30 malam hinggala 3.00 pagi aku tunggu kat luar bilik bedah. dalam berdebar dan takut. aku berjaya jugak tunggu sampai 3.00 pagi kat luar bilik bedah mak diusung keluar dari bilik bedah sambil muntah-muntah. sangat menderita tengok emak time tu. emak muntah kuning. muntah tanpa keluar apa sebab dah lebih 12 jam puasa.
*****************
dah panjang sangat. nak buat entry episod kedua.
sekian.
lagipon esok sekolah.
bye
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, August 17, 2011
doakan emak kite
hari ni hari rabu.
hari nuzul quran.
orang selangor akan cuti.
tapi tak dijohor.
aku sekarang selamat sampai kg halaman dalam kepanasan.
mak masuk hospital.
bakal di operate petang ni.
hati anak mata tak berdebar.
biar sekeras dan seteguh mana pun..
pagi tadi pergi ke sekolah dengan mata bengkak.
then kak wan tegur..
" eh2 keciknya mata...knape?"
then dalam baur sedih aku cakap. takde apa2.
memang sayu.
niat memula nak apply cuti baik2. tetiba kena fire pagi2. mana hal yang dah sedia serabut dlm kepala. naseb time tu kira separuh sedar. pegi balik ofis..terus GB mintak maaf sebab fire pagi-pagi.
dia ckp dia tgh hot dengan orang lain.
tak psl2 aku yang kena.
takpe. aku tak slhkn dia.
so selamat sampai kg. sedangkan rasa bersalah tinggalkan tugas yang banyak.
bukan.
aku dah siapkan.
dalam cuti pun aku boleh emel rasanya.
buat entry cuma nak semua doakan.
mak sembuh semasa raya.
tak seronok kalau raya kat hospital.
balik bawak guarantee letter untuk pindah emak kat wad kelas 1.
bia aku boleh jg dalam keadaan selesa.
sayu..
itu je yg tgh aku rasa
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, August 8, 2011
salam ramadhan
salam ramadhan semua.
semakin kurang sekarang ni masa aku untuk menaip. sangat sibuk dengan kehidupan seharian. apatah lagi dengan sistem baru kementerian. walaupun sistem ni agak leceh, aku sebagai penggemar IT sangat mengalu-alukan perubahan yang menggembirakan hati kecil aku. yela. dulu cita - cita aku pun nak sebarkan pasal open source pada murid - murid. tapi ternyata, kat sekolah sangat ciput pengetahuan pasal open source. sampaikan aku rasa takde teman nak ajak berbicara pasal open source, takde kawan nak berbual pasal hal komputer lagi.
sangat sedih.
time ni la mula menghargai yang aku timba kat OSCC dulu, betapa nich mudah berkongsi ilmu baru pasal open source, betapa luas nya teknologi yang boleh digunakan. sekarang aku rasa sunyi dan buntu dengan teknologi yang aku tau. aku mahir, tapi aku tak gunakan. macam takut besi yang ditinggal lama akan berkarat.
rindu.rindu.rindu.
rindu dengan keadaan yang dah berlalu.
ramadhan kali ni makin sunyi kalau nak dibandingkan dengan ramadhan yang lepas - lepas. yela duduk terkontang kanting seorang diri kat bandar JB ni.
dan sekarang..
sebab duduk sendiri, nak tak nak..sbb malas nak merayau ke bazar dan kesudahan tidak akan ada juadah di beli..aku kena la merajinkan diri untuk memasak.
dah masuk syawal ke 7 dah.
stok makanan pun dah nak abis.
ni terasa nak duduk bawah ketiak emak balik ni macam adek..!
mak nak balik
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 19, 2010
betul ke pakcik itu pakcik saya.
macam hari - hari semalam
hari ini datang lagi seperti hari - hari semalam.
esok..dah start mengajar kembali lagi. 2 minggu tepat tidak masuk ke kelas. rasa buntu sungguh mau menghadapi hari perpisahan yang tak sampai lagi sminggu. tidak berpeluang juga menjenguk kelas 4 dedikasi. mesti satu hari. sangat rindukan mereka. telatah gelagat.
dan..
selamat kembali ke maktab cikgu lina..(*.*)
dan selamat menjalankan kembali tanggungjawab sebagai penolong pemimpin di sana.
hmm..
bila agaknya nak habis ni..
sebenarnya dah lama sangat tak tulis entry.
tak tulis rasa sunyi.
erm..
cerita pasal raya la kot.
raya..macam biasa la..pergi menziarah saudara mara. atuk nenek dan sepupu sepapat.
nak cerita yang ni..
cerita sebelum raya dulu.uh2..lari topic..lari topic
30 ramadhan.
awal pagi lagi cik lina dah siap2 mandi. sebab hari ini niat mau memasak untuk esok. elok je pukul 10 pagi..dah siap bahan-bahan masakan cik lina potong-potong. tak tau la niat rajin tu datang dari mana.hehe
then. cik lina terus je masak. kalau kat johor. ada istilah 'mengunjung' makanan..kiranya kita kasi jiran - jiran terdekat la juadah. pagi lagi cik lina da start da sediakan bahan untuk masak tomyam. niat suci tu memula nak masak sup daging je.
owh..penat cerita pasal ini..--> so conclusionnya siap la beberapa jenis masakan
1. tomyam
2. sambal goreng jawa

3. ayam sambal

dan bergerak la cik lina dan adek bagi2 makanan ni. okeh stop.
yang cik lina nak cerita adalah ini..hehe
cik lina mengunjung masakan tadi sampai la ke kluang. dan entah kenapa. punya la banyak stesen minyak di bandar kluang. cik lina singgah satu stesen minyak mobil.
cik lina bayar minyak
then cik lina jerit dari pintu mobil srh adek cik lina tutup lampu kete.
ntah dari mana.
datang sorang pakcik bertopi. bercermin mata menyampuk
"btol tu. tak tutup lampu, kesian kat orang kat dalam..silau"
sebagai gadis sopan. cik lina cuma senyum pada pakcik yang tidak dikenali itu.
hehe
then pakcik tu tetibe je ikot ke pam minyak tmpat kereta kami.
hm..ntah kenapa..time tu la nozel mobil tu macam ada masalah pulak.*rfgenh*
dalam hati dah cukup menyumpah. tapi nasib hari tu cik lina sungguh sopan dan bersabar.
pakcik tu trus ambil nozel dari tangan cik lina
dalam hati *ewah2 pakcik ni*
tapi mulut cik lina berkata seperti ini "oh..tak ape pakcik. saya boleh buat sendiri.takpe"
sebenarnya..jelas sekali pakcik tu memakai baju kakitangan mobil.=) tapi kan cik lina stil boleh tuang minyak sendiri.
adegan berebut nozel itu sah2 di menangi pakcik itu. cik lina pon biarkan je. trus main viper blakang.
(di bawah ini perlu di tulis dalam bentuk dialog)
bila pakcik tu dah berjaya memenangi nozel, dan cik lina di belakang, trus dia berbual dengan adek cik lina
begini ceritanya
pakcik : pakcik rasa, kamu ni macam anak sedara pakciktapi..sesungguhnya..pakcik itu sangatla tidak berputus asa. beliau kembali mencari topic perbualan.
adek : (buat muka hairan dan pandang cik lina)hmm...
cik lina : *geleng aje* dan isyarat kat adek cik lina tak kenal
adek : pakcik salah orang kowt..(uhuhu)
pakcik : hmm..mungkin jugak la kowt..
pakcik : ni, nak balik mana ni?sesungguhnya. time ni adek dah terkilas2 memandang aku kerana ngeri. aku pulak buat muka hairan kerana pakcik ni sungguh arif dengan kawasan tempat tinggal kami. aku amati muka pakcik tu. iye..langsung aku takde pakcik rupa camtu. heisyh..takot2..
adek : balik ke batu pahat pakcik
pakcik : batu pahat di mana?
time ni cik lina dah bukak pintu kereta. duduk di dalam. wehehe. adek cik lina masih setia di muka pintu kerana pakcik itu sangat ingin berbual
adek : di seri me*** pakcik
pakcik : seri me*** di mana
(dalam hati cik lina dah merungut2 kate pakcik ni menyibuk..huhu)
adek : hmm...seri da**** 8..
pakcik : erm..bukit beta**** kan?
then pakcik tu macam perasan je kiteorang macam cuak. dia terus je tanya nama ayah dan emak. SAH. dia kenal mak ayah kami.
rasa hairan tu bertambah - tambah.
cik lina fikir..mungkin itu pelanggan abah kot. mungkin pernah datang ke rumah 2 3 kali untuk ber urut. cik lina kan anak tukang urut.
tapi ayat yang memeranjatkan kami adalah bila beliau berkata..
"INI UDA NI... pak uda..."cik lina pandang adik. dan adik pandang cik lina. pakcik...??
btol ke pak uda??
sambung la ye..
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, September 10, 2009
sahur yang menghambarkan
ah..si bujang tu da kol kejut sahur...
aduh..tak laratnye...+ mls nak bangun..
aku sambung tido balik..
sory yer..awl lg tu bg org bujang...
then kol 5.15 pg tepon aku bunyi lagi skali..
kali ni housemate aku kejut..
myb pelik sebab aku la yang selalu memeriahkan suasana pagi dengan dentang dentung pinggan mangkuk kat dapo...
aku trus bangun..
dari malam lagi aku da niat nak makan cococrunch (cane tah eja die) + susu low fat...
excited ah aku bukak bungkusan cococrunch aku tu letak dalam mangkuk...
bukak peti ais..trus tuang susu..
tapi knape susu tu pekat semacam??
aku rase cket..uh..peha pahit ni? gaknye rase ubat gigi tadi kot...
aku pon pi kat housemate aku..
aku: u..rase cket susu ni..pahit ek?
hazren: pehal nmpak pekat..? (die pon rase)..eiyak..pahit la lynn..
aku: terkedu trus pi dapo...buang susu dalam singki n curah all my coccrunch dalam plastik...huwaaaaaaa..sayu sep..itu mknn saho aku tuh..
knape ko basi wahai susu..knape...
dari ruang tamu aku denga hazren cakap "lynn..susu i ade dlm tu..pegi la amik"..lida lak cakap.."lynn..meh abiskan roti john saya ni..mari.."..tapi aku da tak slera
aku yg kat dapo ni diam je..mrajuk ati ngn cococrunch aku
aku tuang air epal..minum..trus je nek atas..
demmm....
aku mrajuk sep
tapi skang ni...pdn muka aku...
sebab aku tak saho...
semua ni sebab aku tak bgn kol 4.30 pg time bujang tu kejut n pi masak nasi...padan muka aku..!!!! dem
dan lauk lada aku..ptg ni mesti basi...
Wednesday, September 9, 2009
TQ kak Arni
cantik kan tarikh ni...nasib la jatuh pada hari rabu..kalo ujung mggu..mesti orang berlumba-lumba pilih tarikh ni untuk buat majlis kahwin..
hari ni gak
aku dapat hadiah dari kak arni..
sila jeles ye kawan-kawan...
nway..tq kak...


Tuesday, August 25, 2009
"all maried women can release early"
cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will
never pass again, Enjoy every moment of life
*******************************************************************
Doing nothing is very hard to do ... you never know when you're finished.
*******************************************************************
aku keboringan yang amat sangat..
dan entri di bawah ini berbaur perkauman. haraf di maaf.
aku dah lame rase heran dengan satu rules yang ujud tatkala bulan ramadahan. pelik..tapi benar..
"all married women" boleh balik awal sebab nak serve suami dieorang berbuka. ingat yang bujang ni tak perlu ke berbuka? yang lelaki bujang tak perlu ke cari makanan sendiri?
apetah rules camni...
gaknye memang macam ni la kalo orang yang buat rules tu tak kaji dulu rules yang dieorang buat tu. secara peribadi...aku cukup tidak menyokong rules tersebut..berikut adalah beberapa sebab aku tak bersetuju
1. kadang2 org pompuan dah kawen pon bli kat kedai jer..same macam orang bujang..
2. menjadikan tiket perkahwinan sebagai tiket nak balik umah awl
3. kalau orang tu tade jodoh sampai tua..takkan die tak leh mrase rules tu? bukankah rules perlulah adil bagi semua.
kalau nak ikotkan masa bekerja yang dieorang berkira sgt..kunun2 rugi la..itu r..ini ar..bukan smua satu company orang muslim. setiap department ade non muslim. so stakat cover sejam..takkan la orang non muslim tu takleh buat..bukan lame..sejam AJE...
so kerana aku terasa rules itu sungguh tidak logik..aku perlukan jawapan. terangkan kenapa rules sebegitu boleh wujud...common ah..pk r secara bernas dan logik kalau nak buat rules..jangan asal boleh je...kalau orang yang buat rules tu bergred 1..takkan ah aku yang bergred -1 ni bley pk..mayb sebab aku ni dilahirkan genius kot. penuh rasa kemanusiaan. terlalu memikirkan perasaan orang len.
ele...kunun2 ah tu...
p/s: sesape tak puas hati cakap depan2 ye....tapi kalau aku ngadu hal ni depan2...mesti le orang besa cakap....itu RULES..alahai..macam ah die ikot sgt peraturan...cube die jd andartu..baru tahu!!
Monday, August 24, 2009
~*_*~
ape sebab aku yang senang terjaga ini boleh terlalu asyik tidur??
time bangun tu aku asik cube ingat balik...aku..dah bangun sahur atau belum..
aku trus kebwh..then aku baru ingat..pg td aku tak bgn sahur..
uhuhu...
mungkin terlalu nyenyak sebab
~malam td sebelum tidur di dodoi dengan lagu sufi...~
tu yang seronok tidur sampai ke pagi...
then..tengahari bergerak ke kajang..mencari dezulclassique..(lupe ah ejaannye)..kunun2 nak teman housemate aku ni tempah baju..dalam panas terik dan tidak bersahur..segala belon2 air dalam badan tersejat..wehehe..dan hasilnya...aku sangat pening kepala petang itu..tapi still..baju kawan aku tu tak de sape nak amik..kesian die..aku nak amik..nop2. Dah penuh yer...so tak dapek den nak nolong..
sebab rase setia kawan..aku cadangkan kiteorang pegi alamanda utk tengok kedai omar ali...slalunye die ade display baju2 kebaya..last2 die ckp..tak amik baju pompuan. So kecewa lagi..last2 si akk lagi sorang tu yang bli kamera digital baru..nway tengah offer..
1.color biru terang
2. jenis NIKON
3. dapat 6G memory card
4. dapat gak 3 beg
5. voucher carefour (RM 10)
6. discount card utk cuci gamba
7. 10 megapixel
8. auto smiley capture..(bila senyum je camera tu trus capture gambo..canggih2)
pencarian seterusnya adalah carefour..yela da dpt voucher..kene le trus blanjekn..then nampak plak iklan microwave murah..disebabkan bulan ramadhan..aku ingat aku nak bli ah..sekurang-kurangnye semangat cket aku nak bangun saho...last2 kecewa lagi.........microwave kiut tu tade stok...
hukhuk..balik...penat..tido...then bangun balik gagahkn diri ke bazar ramadhan utk bli mknn berbuka...n sbenanye.tade mood+xlrt nk msk..
p/s: I really appreciate the song..angau sampai pagi..bangun2 asik teringat lagu tu jer..mulut pun asik nk nyanyi lagu tu...angau gle..hehe..eventhough we have been 2547 days together..u still like the old shahrulnizam that I know..love u D..
Saturday, August 22, 2009
1. tarawih hari pertama
terharu berjemaah bersama di malam pertama menyambut ramadhan. sempat lagi aku snap gamba bdk comey ni. dan malam tu dengan bertelekong kiteorg pegi mengeteh kat kedai mamak..huhu
dan...
bermulalah satu ramadhan...
looking 4 ward to berbuka puasa bersama-sama dgn family...dan lepas balik mengeteh..ni la hasil kerinduan kami bersama..
lukis art work kat ym...aku lukis cket...die sambung...
time ni..jauh pun rasa dekat...
1.
2.
=) sayang si bengong ini...

