Pages

Showing posts with label dilema. Show all posts
Showing posts with label dilema. Show all posts
Tuesday, September 3, 2013

diari naim : Mummy and work

salam.
dah dekat 3 minggu aku naik kerja. dan dah 3 minggu jugak naim dijaga rapi oleh dady naim.
mummy tak la risau sangat kalau naim nangis2 kat rumah sebab daddy ada untuk layan naim.
daddy pandai jaga naim. tau kerenah naim yang comel.

lagi seminggu pulak, daddy nak sambung belajar balik. mummy pulak kerja. mummy risau nak tinggalkan naim kat rumah. sebab naim minum susu mummy. sebab tu naim selalu lapar. dari naim bayi sampai hampir 4 bulan ni mummy and ddy je yang jaga naim. takde orang lain.

sekarang hari-hari mummy fikir sapa nak jaga naim. naik sedih pun ada. mummy tak tau nak buat keputusan macamana bila daddy tanya soalan ni kat mummy. mummy kalau boleh taknak naim dijaga oleh orang lain.

dah dekat sebulan jugak naim tak balik kampung nenek medan. sebab mummy bz sangat dengan work mummy. kadang-kadang mummy balik tengahari malam mummy kene work lagi sayang. kesian naim.
umur kecik lagi dah kena tinggal mummy.

naim membesar dengan sihat. perkembangan naim mummy akan update dekat entry 4month journey. mummy curi-curi masa nak update. sebab sekarang ni balik rumah je laptop kesayangan mummy tak kan bersentuh. naim la yang mummy belek setiap masa.

kat sekolah mummy sibuk catchup kerja yang 3 bulan mummy tinggal. banyak buku nak tanda. syllibus mummy nak tengok balik. mummy takut anak murid yang mummy ajar tak faham apa yang diaorang dah belajar selama mummy cuti.

nasib daddy naim ada. mummy balik daddy dah siap basuh baju. dah susukan naim. malah semua cloth diaper yang naim pakai semua daddy yang uruskan.
naim berjaya suka botol susu yang mummy tukarkan dengan puting NUK. bijak anak mummy ni.

hari ni harijadi daddy naim. mummy tak buat ape untuk daddy sayang. kesian daddy. mummy lebihkan naim dari daddy. mummy asik belek naim sampai naim tidur.

sapa nak jaga naim ni mummy?
kalaulah mummy orang kaya sayang.
dah lama mummy goyang2 kaki duduk rumah jaga awak aje.

naim mummy yang comel,
mummy doa semoga cepat cuti sekolah tiba dan naim cepat membesar. boleh la naim ikut mummy pegi sekolah. :))


lepas ni jadual kita sekeluarga akan berubah.
pagi-pagi dady hantar mummy pegi work.
daddy pegi belajar.
paling cepat mummy balik mayb pukul 3.
daddy balik pukul 5.

macammana ni???


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 16, 2012

cikgu

sudah masuk setengah tahun aku menjadi isteri orang.
dan tulisan aku makin tidak rancak nampaknya.
tak tahu mana silapnya. sama ada aku sibuk merancang hidup baru..atau aku sibuk menyibukkan diri dengan kerja yang dari mata orang lain senang aje..

suami aku jauh.
jarang-jarang dapat ada dengan aku. maka hidup aku selain aktiviti petang adalah kerja. benda kesayangan aku selain family dan suami adalah anak-anak murid yang pelbagai pe elnya.
sehari tak jumpa anak-anak kat sekolah. rindunya macam tak lengkap hidup.
memang tak sama macam merindui suami.
tapi tetap ada bahagian rindu untuk mereka.

jadi cikgu sekarang bukan macam dulu-dulu lagi. dulu cabarannya lain. sekolah dalam hutan. nak pegi mahu berakit berselut. jadi cikgu rasa mulia. macam lilin bakar diri.
sekarang jadi cikgu pun lain cabarannya.

mak bapak dah pandai-pandai.
dah terpelajar orangnya. sampai kadang-kadang lupa yang diaorang dulu masa kecil-kecil masih pergi sekolah untuk belajar membaca..mengira.
dulu bukan macam sekarang. bersepah pusat tusyen.
aku pun bukan muda sangat. pernah kerja tempat lain sebelum jadinya cikgu.
cabaran kerja memang lain-lain.

ada client pun lain2. even cikgu sekolah rendah dan menengah pun cabarannya lain.

so tak boleh nak judge kerja orang lain senang.
bukan sorang dua kawan aku kerja engineer. peguam. arkitek. jawatan besar2.
tapi tak sorang pon pernah belagak.
bangga dengan kejayaan dieorang sampai kutuk2 cikgu yang pernah ajar dieorang.

aku ajar budak yang sedang-sedang pandainya. aku garang ikut kematangan budak. even aku ajar budak darjah 3 dan 4. aku layan diaorang macam orang dewasa. diaorang suka bila di treat mcm orang dewasa.

banyak lagi benda aku kena belajar untuk jadi mak pada 40 orang anak.
sedangkan orang yang ada anak pun paling ramai 12. jarang-jarang kita dengar dah, orang ada 16 anak. ni pulak aku yang baru kawen ni belajar nak jadi mak pada 40 budak.

setiap hari walaupun takde benda nak ngadu pada aku..budak-budak asik2 cari mak dia ni.
even dapat tengok muka pun diaorang dah lega.
camtu la rasa jadi mak budak.
budak ni kalau jumpa mak dia..walau tak cakap ape-ape dah lega dah hati dia..
siap cari aku kat bangunan tiga tingkat sebab konon-konon nak bayar duit didik. nak tanya benda yang kadang-kadang tak payah tanya pun

kids being kids..
kadang-kadang itu yang mahal dan indah nak dikenang sebagai cikgu..
benda-benda remeh tapi indah bila dikenang balik..

apa yang aku buat time aku baca ada orang kritik kerjaya aku sekarang. reaksi aku adalah seperti berikut
  1. aku rasa kesian kat dia. kenapa dia boleh tulis benda yang sangat mengundang kontroversi
  2. aku rasa dia tu budak tengah belajar lagi kat mana-mana kolej dan fikiran dia tak matang
  3. aku rasa dia tu mcm budak baru kenal internet dan tulis blog. 
  4. then aku rasa balik no 1 tu sampai no 3..
  5. rasa kelakar bila ramai sangat orang marah dengan budak tu. 
budak tak matang ni kalau dilayan kita pun jadi tak matang sekali. siap yang kesian budak tu siap kena padam blog dia lagi. eish2...kesian..
kena sumpah seranah lagi. dah menjadi idup tak tenang. takut nak online. stress dan boleh menyumbang pada ketidakstabilan hormon dan tekanan darah.

pendek kata. lepas je aku baca entry tu aku memang meluap2 rasa kesian dengan sifat tak matang dia tu. dah la kena kutuk kow2..
siap kena tulis entry mintak maaf yang tak ikhlas. then kena kutuk lagi.
pergh. idup macam roda kan. time kat atas bukan ingat sakit kat bawah.

siap aku terbayang. macamana la budak tu punya malu nak pegi ofis dia (yang dia claim dia engineer). camne kalau bos atas dia tau. tu belum lagi pengarah syarikat lagi. aigoo...
memang tak boleh di bayangkan macam mana dia nak menghadapi dunia dengan kecaman yang dia dapat tu.

dan lagi. macamana tah penerimaan orang yang kenal2 dia. mesti dia malu gila.

ha..
sekarang rasa logik tak kenapa aku rasa kesian.

logik kan..

tu aku ckp..
budak tu tak matang lagi. sebab tu dia tak pandai lagi buat konklusi.

kesian dia.


kalau la dia baca blog picisan aku ni. aku nak cakap je.
akak rasa kau kesian dek. ada akal fikiran kau tanak guna. bila dah tua kang. kau baca balik blog yang kau padam tu. if kalau kau simpan la...kau mesti rasa kalau la masa boleh diulang kembali..mesti kau nak merentasi masa n tak nak buat benda tak masuk akal ni. kesian kau dek

dah la...penat lak mbebel ni..
nanti jadi tak logik nak salahkan sapa.
akak jugak yang kena..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, December 7, 2011

cemburu buta atau cinta itu buta?

pagi tadi tengah ondaway keluar aku sepat dengar radio.
kisah kali ni kat hot FM pasal kes lelaki cemburu buta.

siap ada sorang tu hantar emel cakap dalam sehari dekat 10 kali BF dia cal. tak sangka ramai gak yang mengaku time bercinta memang sikap diaorang memang macam tu. siap aku pernah berkawan dengan individu yang ada BF yang sangat obses camni.

nak kata sayang iye la kot.
tapi nak kata scary tu memang ada.

aku tak sure la sama ada aku dah cerita kisah ni dalam blog aku ke belum. tapi andai kata dah. ini merupakan entri baru yang dapat aku kongsikan. :)

dan memang banyak sebenarnya aku jumpa kawan aku yang dapat BF yang sangat mengongkong gile.
kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke sebab cinta itu buta atau orang yang bercinta tu yang dah jadi bebal.

contohnya macam kes-kes kat bawah ni.
apa yang berlaku semua ni semoga boleh di jadikan iktibar bersama..

kes 1 :

balak telefon berpuluh kali dalam satu masa. even that siap message tanya location semua. tak cukup dengan tu. rasa tak percaya pulak terus buat friend finder. pasang spy kat tempat-tempat tertentu. even kalau keluar dengan family pun maseh sebok cal2 @ sms.

apa yang patut korang buat ?
rasanya memang banyak kot typical BF or GF yang camni. korang tengok la. belum apa-apa lagi dah meroyan tak tentu pasal. cemburu buta camni boleh menjadi racun dalam perhubungan. 
apa yang aku nak nasihatkan

kalau korang mampu layan. mampu di perhatikan selalu. keep on with ur relationship. sebab ada gak orang cakap, cemburu itu tanda sayang. tapi tak bermaksud cemburu buta tu sayang gila kat korang. tapi bagi yang tak tahan korang cari lah pasangan lain. sebab bunga bukan sekuntum. kumbang bukan se ekor.
kes 2 :

pasangan korang tu pantang korang silap. akan berbirat la badan. tak kisah la guna kaki ke tangan ke rotan ke..iron panas ke.

apa yang patut korang buat?
 alah. senang kot. korang ade mak bapak. tau undang-undang. go on le sayang2 sekalian. lapor je pada talian nur. 

apa yang aku nampak
memang la senang kan aku nak tulis..lapor je la kan pada pihak berkuasa. tapi..sebenarnya aku ckp faham dengan sesetengah perempuan ni. sanggup salahkan diri sendiri sebab kena pukul tu.

meh aku ceritakan satu story..

kira mangsa ni boleh dikatakan kenalan aku la. belum lagi masuk dalam bab kawan..sebab aku kenal dia pun untuk sesi kaunseling.
haip2. ini tak bermaksud aku bocorkan isi kaunseling aku..aku cuma petik sikit2 kisah dia untuk di jadikan iktibar.

watak 1: leya
watak 2: ikmal

kisah mereka bermula di sini :

leya ni seorang yang berpelajaran tinggi, berkelulusan cemerlang dari universiti terkenal negara. leya anak sulung pasangan badrul dan hayati. anak sulung yang di didik penuh dengan kasih sayang dan hukum hakam. leya menjadi seorang dara sunti yang di intai ramai lelaki.
badrul dan hayati bersifat sangat protektif terhadap anak sulung mereka.

dah di takdirkan, leya yang berpangkat pegawai di suatu agensi kerajaan berkenalan dengan ikmal. seorang kerani rendah agensi tersebut. leya terbuai dengan layanan ikmal. leya lupa dengan pesan parent dia, yang mahukan calon yang setaraf dan sekufu dengannya.
tak di nafikan. ikmal seorang lelaki yang mudah di senangi orang. tapi ikmal panas baran. ikmal cemburu buta.
mula-mula leya anggap tingkahlaku ikmal tersebut adalah sebab ikmal sayangkan dia. dia percaya apa yang dilakukan ikmal semua untuk menjaga keharmonian mereka.
tapi sikap bengis ikmal sangat kelihatan ketika ikmal marah. bukan setakat batang tubuh leya pernah menjadi mangsa. tapi..habis barang2 yang ada berhampirannya di campak.

ok.

cerita tu panjang lagi.
nak shortcut je..

so..salah sapa sebenarnya?
apa yang perlu korang buat untuk jernihkan keadaan?


selamat berfikir kawan

 




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, July 12, 2011

|kisah|kawen|muda|episod|2|

antara 2 kes yang aku sebut dalam cerita sebelum ini menjerumuskan kedua-dua anak perempuan tersebut kawen dalam usia yang muda beranak dalam usia yang muda. betul la orang tua cakap.
kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
kalau kail panjang sejengkal. lautan dalam jangan di duga.

macam aku agak pada awal perkahwinan dieorang. dieorang sangat muda nak menilai alam rumah tangga. kalau matang. aku tak kisah dia nak kawen umur 18. gedik dia aja dah tau. dia belum puas muda.

kes 1 - nurul

macam entri sebelum ni. nurul pun dikahwinkan atas sebab keterlanjuran. nurul bercinta mati dengan suami dia. kalau tak bercinta. tak adalah membawa ke bilik tidur. diaorang tak dipaksa pun buat anak tanpa ikatan. tu semua atas kerelaan.

dikahwinkan tanpa lelaki tu kerja lagi. mana nak menanggung anak bini. sekolah dah kantoi. tak habis. nak cari kerja pun jadi masalah. keluarga pakcik yang suka ngumpat aku tu dah diam tak terkata. sebab malu dengan persekitaran. dieorang hantar nurul bersalin dekat rumah mentua.

ok. mentua baik. sebab anak yang termengandungkan anak orang.

anak pertama 7 bulan. nurul disahkan mengandung lagi. anak muda. memang subur dan nafsu membara. hihi.

tapi yang sakit. sejak nurul mengandung anak kedua. laki dia hantar balik kampung sini. balik rumah mak bapak. then laki dia tinggal macam tu je.
laki tak kerja.
nurul mak bapak jaga.
anak dah dua.

kes 2 - iza

iza pun kawen muda tapi itu semua pilihan hati. dia bangga waktu tu. mendabik dada sebab laku waktu muda. sedangkan aku. yang tua 7 taun dari dia time tu maseh terkedek2 stadi dan takde pulak merancang untuk kawen lagi.
time tu aku rasa aku tahun akhir degree. eh tak. dah sem last untuk degree. tengah tunggu untuk praktikal. fine. aku pasrah je.

laki dia yang arwah bapa dia gembar gemburkan kaya tu rupanya cuma nelayan kat kuala kota tinggi. berpanas berjuang tengah lautan. adek beradik masih ramai yang kecik. dia sebagai abang sulung menanggung adek yang kecik2 tu.

tapi dah jodoh iza. sekarang dah beranak satu. dan dah hampir 2 tahun berlalu. iza dah buat rumah atas tanggungan mak iza. mak iza taknak bagi iza pergi duduk kat kuala kota tinggi. dia nak anak dia depan mata. dia taknak iza susah kat sana.

mak iza bagi rumah. bagi motor kat laki iza. suruh laki iza kerja kilang. dan lupakan hidup nelayan.

tapi sebab iza tak puas muda. bila laki dia pujuk balik kuala. dia takmahu. dia cakap kat sana hidup susah. dia rela laki dia tinggal dia kat sini. yang penting dia taknak ikut.
bila aku risik.

mudah aje dia jawab. dia dah takde hati dekat laki dia tu.
dan sekarang galak kawan dengan duda anak 3.
hmm. senang betul.
sekarang tengah tunggu keputusan mahkamah.
mintak cerai.


nope. aku bukan nafikan kawen muda tak elok. langsung tak. tapi aku cuma nak. sapa - sapa yang terfikir perkahwinan adalah penghujung kehidupan. semua itu adalah salah. perkahwinan bermakna selesainya perjuangan hidup. itu pun salah.
aku anggap.
perkahwinan itu satu gerbang hidup dunia baru.
aku perlu bersedia banyak benda sebelum melangkah ke hidup dunia baru. aku kena kukuhkan ekonomi. aku kena ada pegangan hidup. kena ada kesabaran. rasa ingin berkongsi yang tinggi.

sebab aku percaya. perkahwinan itu satu perkongsian yang indah. mendidik jiwa yang selama ini aku hidup sendiri kepada mendidik jiwa untuk berkongsi. mendidik jiwa menerima keluarga asing dalam hidup baru aku. menerima sebuah keluarga yang tidak berbelah bahagi kasihnya kepada dua.

aku bakal punya 2 ayah. 2 ibu. adik beradik yang sedia ramai akan bertambah. anak sedara aku yang cukup ramai akan bertambah.
bukan mudah mendidik jiwa sendiri. keluarga suami. ialah keluarga sendiri.

cuma. apa yang aku kongsikan fikirkanlah kembali.
tak kisah kalau kau kawen muda. kau berjiwa matang. kau bersedia.
aku alu alukan.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, July 11, 2011

| bersih | vs kahwin | muda |

hari ini sampai rabu. cik lina cuti. yes. tak sekolah. tak pyh sebok - sebok gosok baju. tak sakit tekak nak menjerit.

lepas ni semoga makin bersemangat waja untuk teruskan aktiviti dan mendidik anak watan.

dah lama tak bicara soal cinta. nak mengurus diri sendiri pun aku rasa tak sempat. apatah lagi menjelang bride to be. sempat jugak aku pergi wedding sana sini nak mencari idea. tak lekang jugak. pegi majlis kat kampung - kampung makcik nenek kat dapor sebok bergosip pasal kisah rumah tangga orang lain. haish..haish..

oh2. sebelum terlupa. tahniah untuk semua pelajar KPLI ambilan Jan 2010..selamat berkonvo secara besar - besaran kat presint 3 putrajaya.

sekarang ni memang orang tengah kecoh sana sini pasal bersih. bersih. bersih. naek muak aku dengar. malas jugak nak komen lebih - lebih sebab isu politik. politik sangat sensitif apatah lagi kalau pihak yang tak boleh dikiritik. cepat aje nak melenting.

sampai kan kat facebook pun ada yang menghentam kawan sendiri padahal hanya ada perbezaan pendapat pasal pasal parti yang dipilih. bukan main lagi berdebat. padahal ikan bilis aje tu. macam la pernah berkawan dengan ikan toman ke..ikan jerung ke. haish. singkat akal.

aku pelik bin ajaib gak bila ramai la orang malaysia yang tak sedar. kita ni walaupun sistem demokrasi. tapi kita juga mempunyai sistem raja berdaulat. raja-raja melayu tak sama dengan sistem beraja negara lain. even dalam lagu. dalam kita punya ikrar. memang ada sebut pasal kesetiaan pada raja dan negara. even dalam lagu negara ku pun ada sebut.

sebut soal bersih. ok.
bila baca. aku setuju. benda asal yang diperjuangkan tak salah.. takde salahnya. cuma pendekatan yang digunakan dengan perhimpunan haram macam tak bijak. alasan dieorang. kebebasan hak bersuara. ada ke dalam ikrar yang selain budak sekolah dan cikgu sekolah yang selalu ikrar tiap pagi isnin..orang lain baca?

itu la yang jadi.

terus aku pk. memang patut sebelum apa pun berlaku. perhimpunan untuk nyanyi lagu negaraku dan ikrar setiap pagi tu berasas.

salah satu sebabnya supaya kita sedar diri. ingat balik teras negara.

ok. fine.
aku tak suka subjek sejarah sebab aku jenis analatikal person. math's is about number. not fact. but formula.

tapi aku tetap tak bodoh dengan apa yang aku percaya.

tak minat aku nak ulas panjang - panjang. lagipun yang bawahan. yang dikawal emosi ni semua orang yang singkat akal. pandai dalam pelajaran. kurang dari pegangan.

nak cerita pasal kawen muda sebenarnya. eh. tapi lebih kepada fact yang aku kumpul. kira kat sini ada 2 kes. 2 kes yang tak jauh dari lingkungan yang aku boleh update source tiap kali aku tanya saudara mara terdekat aku.

kes 1 - kahwin muda sebab terlanjur

orang selalu cakap. kena kawen muda untuk elak keterlanjuran dalam perhubungan. semua orang berlumba - lumba mencari pasangan. sama la cerita ni. budak ni betul-betul seumur adek aku. time dia habis SPM means aku dah habis menuntut diploma. aku maseh ingat betapa dia pandang rendah kat aku masa aku cuma amik diploma. tu pun kat kampus kecik. siap banding kan aku dengan rakan sebaya aku yang tak pergi asrama waktu tingkatan 3. dia nak cakap. betapa bagusnya duduk depan muka mak bapak.

tapi aku kan memang jenis malas nak amik port hal camtu. aku buat tak tau je umpat keji dia tu. aku tau. bumi sfera. dan berputar tiap masa. hari tu dia kutuk aku. sampai masa orang akan kutuk anak dia pulak.

atas keyakinan dan berserah. akhirnya sampai masa anak dia meneroka zaman remaja tanpa kongkongan. sambung belajar kolej swasta sebab anak dia tak sepandai aku. kongkongan yang anak dia dapat ketika dewasa langsung tak sama macam aku dapat pada usia muda aku.

ok. gelar anak dia nurul.

nurul lupa. mak ayah dia punya bergolok bergadai sekolah kan dia. nurul lupa mulut ayah dia lancang suka kutuk anak orang. nurul pun lupa. usia muda hanya sekali. sebab kealpaan nurul. dia tak habis belajar kolej swasta. dia balik bawak perut. nasib family dia takde yang menghidap penyakit jantung.

usung perut dan minta dikawenkan.

akhirnya nurul kawen muda. sebab dah mengandung.

kes 2 - kawen muda sebab bercinta.

ok. kali ni wataknya iza. iza umur dia muda 7 tahun dari aku. iza memang, family dia suka cakap besar. arwah ayah si iza selalu cakap. iza akan dapat jodoh baik. memang. iza nasib baik. dia bercinta. restu keluarga mungkin. iza kawen umur 18 tahun. kenal dengan suaminya 6 bulan sebelum ikat janji.

arwah ayah iza selalu cakap kat aku. iza dah kawen akan senang. laki dia kaya. laki dia semua dah ada. rumah. harta. memang tak boleh di banding. ok. aku dengar je tak amik port pon. aku cuma balas sinis

untung iza. dapat laki kaya.

fine. dah dua pihak setuju.

dieorang pun di kahwinkan..


sebab post dah terlalu panjang. aku buat siri 2 untuk isu kawen muda. dua2 kes ni tak selesai lagi

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, December 16, 2010

apa sebab mereka jadi macam ni?

pernah tak korang pegi mana-mana tempat tetiba nampak orang yang menyombong nak mampus walaupun kau tak kenal sapa orang tu.
tak pun korang senyum tetiba orang tu buat muka taknak senyum sebab bila senyum akan hilang dia punya kejelitaan yang sebenarnya dia langsung tak jelita.

ala..aku bukan nak kutuk orang. tapi dah jadi macam kenyataan.

aku baru je jumpa orang camni.

kisah dia kira macam ni la.
aku baru je jumpa orang camni.

masa mula-mula aku jaga kedai. tetiba ada orang datang bising2 depan kedai then cakap kuat2. pastu..dia tnya dalam nada jerit-jerit..

oi kak. bil brape hah??
then aku kira la pakai kalkulator biasa tu lambat..tak la selaju dia. yela..aku kan cuma biasa guna kalkulator scientifix tu...dia boleh rampas kalkulator biasa tu dari aku...pergh..memang kurang ajar punya perempuan..
tapi aku rilex lagi sebab..yela..
1st time kan. tanak la datang2 tunjuk belang.
lagi2 orang cakap aku cuma tingkatan 4 aje.

haha.

dia belum tau aku ni cukup pakar dalam matematik. haih.
kan da terbelagak plak. *_*


then tetiba arini dia paking tempat aku biasa paking. aku hon aje. then pusing balik pastu paking tempat lain.
tiba2 aje.
aku nak masuk kedai dia boleh jerit2 kat belakang kedai macam orang gila meroyan.
memang aku tak puas ati.
siap boleh bodoh2 kan aku lagi.
pdhl dia yang blagak dengan sekadar harta bapak dia. pdhl dia blaja pon tidak. dah la tak lawa. bibir tebal itam lagi. huh.

oh..sory..
aku bukan kutuk sapa2.
cuma tak puas hati dengan sikap low minded dia..

then aku balas. sebab tak tahan sangat
kau yang bodoh jangan nak bodohkan orang. low minded punya orang.
aku ingat dah habis kat ctu. tapi tetiba abg dia dtg plak nak backup adek dia..cakap aku jangan kurang ajar.
ewah2.
ingat aku gentar...

itu la kalau orang low minded.
dia yang stat bising2 cakap aku bodoh segala.
bila aku jawab dengan ayat tu je. trus menggelupur ngadu kat abg yang pura-pura hebat ajak masuk campur.

alamak.

pantang betul.

itu la susah kalau masyarakat kita ni dikelilingi orang yang low minded camtu. pastu..sibuk sokong benda tak betul tanpa usul periksa.
sampaikan menidakkan kelebihan bangsa sendiri.

haih..

aku cuma cakap dengan abg dia
hai..tak abis lagi? low minded..
haha.

trus abg dia blah.

cuba korang cakap kat aku.
sebenarnya kenapa dieorang jadi camni?
sebab didikan ataupun persekitaran.


itu yang aku nmpak depan mata.
akk aku pun ada cerita.

masa bulan posa..dia siap gelak2 kan orang puasa pastu nak bli rokok kat kedai akk aku.
memang jahil kan family dia..
skola stakat PMR...
then keje kedai makan bapak.

pastu nak blagak.




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, November 19, 2010

kenapa makin ramai wanita hidup sendiri

aku bertanya pada hati.
adakah pungguk rindukan bulan
aku bertanya pada sepi
mengapa dia biarkan kamu temani aku

***************************************************************************************
hmm..
kali ni maknanya tiap2 minggu la aku berulang alik ke kl. minggu 1st amik paper IP..then minggu second sepatutnya aku berehat senang lenang juga kena patah balik sebab amik soalan IP balik. pastu minggu ni aku kena patah balik sebab nak amik ujian SPP. doa2 semoga penemuduga aku tu sangat baik orangnya
lepas tu..minggu seterusnya adalah majlis akad nikah mariatulshima

(*__*)penin nye..

sekarang tengah sibuk pi serbey baju songket tabur untuk buat baju kurung pesak gantung. cantik cket nak tolong angkat dulang. tadi dah start da..shima sibuk2 tanye bila pulak aku nak berdua.
hihi
no worry shima.
ada jodoh ada la.
takde...bukan nasib dan tuah badan aku la.

aku kan sebenanye macam ade satu tabiat buruk yang memang takleh pk nak ade ikatan kawen ke tunang. kalau tpk..pastu pk..pk..pk..then aku terus rasa macam tanak kawen ke..tunang2 ke. nape ek?
gaknye..
aku kene mandi air tolak bala.
sian mak bapak aku. penat besakan aku sampai tua. last aku terasa tanak kawen.

aku kan pemerhati. makin lama pun aku tengok..environment aku menampakkan memang ramai wanita sekarang hidup sendirian. aku bukan nak. cuma aku terfikir. kalau aku jadi macam mereka. apa aktiviti yang sepatutnya aku buat kalau dah tua2. gaknya aku patut bukak art galery kot. tak pun rumah kekasih yang menghimpunkan orang - orang macam aku. sbb dah tua tade anak. leh gak jemput kawan senasib berteduh sama.

kenapa ramai sebenarnya perempuan sekarang memilih untuk hidup sendiri?
aku ada gak beberapa sebab gaknye. ni aku listkan la supaya nnti tua2 bila aku bukak blog ni..ingat balik kenapa time muda aku pk camni.
hihi
nostalgic betul kalau jadi tua ni
macam2 benda di pk
ni mungkin antara sebab2 kenapa perempuan sekarang pilih untuk hidup sendiri

1. tiada teman hidup.
zaman sekarang bukan mudah sebenarnya nak mencari teman hidup. ni semua sebab kaum lelaki makin pupus. yang ada pun tinggal saki baki yang perlu di rebut macam nek train yang penuh sesak ketika peak hour. kalau bernasib baik dapatla naik. kalau tak. terpaksa menanti dekat stesen tu

2. kecewa
yang ni. macam biasala. dah rebut-rebut naik train tadi. dah jalan pun tren tu. tetiba kita sedar yang kite nek tren salah. kene la turun dari tren tersebut dan tunggu tren lain. sedangkan masa dalam tren 1st tadi tu, bende yang tak diingini dan memalukan pon berlaku. cthnye kene raba bontot. macam tu la jugak perasaan kecewa. dalam bercinta kadang - kadang kita bertemu orang salah. dan macam2 yang berlaku kat kita tanpa kita sedar dan cuba mengelak.

3. mengejar yang lebih baik
ok. sebab aku dah bagi analogi berpasangan tu macam tren. bek aku teruskan. hihi.
contohnye kite dah tunggu kat stesen. pastu nmpk orang berebut2 nak mampus nek tren tu. sebagai seorang yang cool.sweet.cantik.sopansantun. sudah pasti ada akan pk. ala..tunggu tren lepas ni la. takpe lambat cket. asal sampai tetap bahagia tanpa berhimpit - himpitan. hm..bercinta pun camtu gak. kadang- kadang saham kite tengah tinggi. ramai sangat yang ada depan mata. sebab kita pilih - pilih - pilih. last2 kita tak naik pun mana2 tren.


4.keluarga dan kerjaya lebih utama
biasanya akibat cabaran globalisasi. semua perempuan pun kena la bergiat aktif bersaing. kalau tak pasti la tertinggal. lagipun karang ni kan memang banyak wanita lagi pandai kan. so memang tak boleh dielak lagi la perempuan akan mengejar cita - cita terlebih dahulu. apatah lagi sebab perempuan tu pk. oh takpe-dieorang-bekerjaya-suami-leh-tumpang-senang. tapi sebab lama sangat proses tu. lelaki tu blah then cari perempuan lagi muda untuk dijadikan teman hidup


hei..lelaki memang jahat.hihi.

adatla kan. hihi. aku malas nak ulas panjang - panjang. kang jadi macam tak logik lak. haha.
aku sebenarnya tade keje. so sebab tu la merapu - rapu ni. tulis lak entri si tengah kelam kabut. tadi sebenarnya sunyi je masa aku memula tulis blog ni. tapi tetiba lak anak - anak sedara aku ni semua kumpul - kumpul tepi aku sibuk2 nak makan coklat segala.

dah la. tak leh nak fokus. kanak - kanak riang menyerang


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, October 12, 2010

menjelang usia 26 saya

apa yang aku buat ketika ini?
hm..
petang lagi ni..ada lagi 7 jam sebelum umur aku genap 26 tahun. sekarang cheras tengah sangat panas membahang. sangat la panas sehingga yang aku memula nak tido terus tak jadi. risau pk exam..terus je bukak buku math then try ulangkaji apa yang patut.
tengok soalan kpli exam bukan la rupanya macam exam biasa tu. susah gak. dan boleh dikatakan mencabar. hm..praktikal aritu xdpt pon sbg rentasan cemerlang. xpela...yang penting markah final still boleh cemerlang. takpe kan.
aktiviti lain sangatla tidak bermud untuk join sekarang. lagi2 dapat tau kursus induksi tu akan takde.
bukan apa. sangat la hangin. setiap kali perhimpunan..konfem2 akan ungkit yang institut perguruan takde duit, tak leh buat aktiviti, kene berjimat cermat. tapi still..buat majlis perpisahan bekas pengarah. then sambutan pengarah baru pulak. buat sambutan aildilfitri la..semarak 1 malaysia la..meeting kat sydney la psl pmr n upsr.. BIG ambilan baru dekat luar. then bila di ungkit cakap bende tu buat pakai duit sendiri.
wadehel.
aku tersangat la bosan dan marah bila pihak pengurusan selalu bagi alasan tak logik camtu.
ni membabitkan kursus induksi lak
nak kata takde duit, tapi stil..
program kpli terus di ambil. tapi yang dah di ambil langsung tak dijaga kebajikan
pastu sabtu ni kata ada perhimpunan besar.
eh2..
kamon ah..ni semua propaganda je
siap cakap..kehadiran wajib. bas disediakan oleh IPGM INDUK..elehe2...
macam le aku tak pernah pegi cyberjaya n tengok induk tu camne..still menumpang satu bangunan dengan ofis lain. btol2 bawah opis aku..=(.
aku cuma nak kata. ada la pulak duit ipgm nak sewa bas tu untuk angkut smua pelajar pegi bukit jalil. dari buat kerja sia2 tu..ade la baik bagi je peruntukan sewa bas tu kat program kissm tu..
then siap cakap nak bagi ceramah menguruskan kewangan sebab takkan ade kissm.
hello...
patut sape yang pegi kursus tu?
bukan kiteorang kan. kalau acuan tu pun bengkok2..nape nak nasihatkan orang pasal kewangan? tengok la dulu pengurusan kewangan pihak atasan.

agak2nye semua ni salah sape ek?
sangat pening..
ni kata salah sorang lecturer aku..
yang pegang duit adalah BPG...baru bagi kat PPD negeri masing2 untuk buat kissm. then..mase under BPG..BPG pon takleh support untuk kursus induksi..macammana pulak PPD ade budget wat kursus induksi? kan duit tu dari sumber kementerian yang same?
kan? kan?
ke aku salah fakta.
tapi aku sangat berangin.
gaknye kalau dah nak jadi tua memang camni
asik emo je ek..
hehe..

sibuk tengah baca pasal Nuffield Mathematics Project...apa yang menarik adalah ungkapan ni
i listen, i forget;
i see, i remember;
i do, i understand.

bende ni boleh apply kat idop seharian kite gak.. semuanya berkaitan tentang proses teknikal. setakat dengar..masuk telinga kiri..kua telinga kanan..kalau kite nampak dengan mata kepala kite sendiri. paling tak pun..kita akan ingat..kita pernah tengok...dan bila kita sendiri buat...bende ni akan jd satu pengalaman yang membiasakan kita. i do..i understand..
haha..
mrapu..

geddit?

alahai. pdhl nak cerita psl usia menjelang 26 aku kan..
lari tajuk lak..wehehe..



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 19, 2010

betul ke pakcik itu pakcik saya.

hari ini
macam hari - hari semalam
hari ini datang lagi seperti hari - hari semalam.

esok..dah start mengajar kembali lagi. 2 minggu tepat tidak masuk ke kelas. rasa buntu sungguh mau menghadapi hari perpisahan yang tak sampai lagi sminggu. tidak berpeluang juga menjenguk kelas 4 dedikasi. mesti satu hari. sangat rindukan mereka. telatah gelagat.
dan..
selamat kembali ke maktab cikgu lina..(*.*)
dan selamat menjalankan kembali tanggungjawab sebagai penolong pemimpin di sana.
hmm..
bila agaknya nak habis ni..

sebenarnya dah lama sangat tak tulis entry.
tak tulis rasa sunyi.
erm..
cerita pasal raya la kot.

raya..macam biasa la..pergi menziarah saudara mara. atuk nenek dan sepupu sepapat.
nak cerita yang ni..
cerita sebelum raya dulu.uh2..lari topic..lari topic

30 ramadhan.
awal pagi lagi cik lina dah siap2 mandi. sebab hari ini niat mau memasak untuk esok. elok je pukul 10 pagi..dah siap bahan-bahan masakan cik lina potong-potong. tak tau la niat rajin tu datang dari mana.hehe
then. cik lina terus je masak. kalau kat johor. ada istilah 'mengunjung' makanan..kiranya kita kasi jiran - jiran terdekat la juadah. pagi lagi cik lina da start da sediakan bahan untuk masak tomyam. niat suci tu memula nak masak sup daging je.
owh..penat cerita pasal ini..--> so conclusionnya siap la beberapa jenis masakan
1. tomyam

2. sambal goreng jawa

3. ayam sambal

dan bergerak la cik lina dan adek bagi2 makanan ni. okeh stop.
yang cik lina nak cerita adalah ini..hehe
cik lina mengunjung masakan tadi sampai la ke kluang. dan entah kenapa. punya la banyak stesen minyak di bandar kluang. cik lina singgah satu stesen minyak mobil.
cik lina bayar minyak
then cik lina jerit dari pintu mobil srh adek cik lina tutup lampu kete.
ntah dari mana.
datang sorang pakcik bertopi. bercermin mata menyampuk
"btol tu. tak tutup lampu, kesian kat orang kat dalam..silau"
sebagai gadis sopan. cik lina cuma senyum pada pakcik yang tidak dikenali itu.
hehe
then pakcik tu tetibe je ikot ke pam minyak tmpat kereta kami.
hm..ntah kenapa..time tu la nozel mobil tu macam ada masalah pulak.*rfgenh*
dalam hati dah cukup menyumpah. tapi nasib hari tu cik lina sungguh sopan dan bersabar.
pakcik tu trus ambil nozel dari tangan cik lina
dalam hati *ewah2 pakcik ni*
tapi mulut cik lina berkata seperti ini "oh..tak ape pakcik. saya boleh buat sendiri.takpe"
sebenarnya..jelas sekali pakcik tu memakai baju kakitangan mobil.=) tapi kan cik lina stil boleh tuang minyak sendiri.
adegan berebut nozel itu sah2 di menangi pakcik itu. cik lina pon biarkan je. trus main viper blakang.

(di bawah ini perlu di tulis dalam bentuk dialog)
bila pakcik tu dah berjaya memenangi nozel, dan cik lina di belakang, trus dia berbual dengan adek cik lina
begini ceritanya
pakcik : pakcik rasa, kamu ni macam anak sedara pakcik
adek : (buat muka hairan dan pandang cik lina)hmm...
cik lina : *geleng aje* dan isyarat kat adek cik lina tak kenal
adek : pakcik salah orang kowt..(uhuhu)
pakcik : hmm..mungkin jugak la kowt..

tapi..sesungguhnya..pakcik itu sangatla tidak berputus asa. beliau kembali mencari topic perbualan.
pakcik : ni, nak balik mana ni?
adek : balik ke batu pahat pakcik
pakcik : batu pahat di mana?
time ni cik lina dah bukak pintu kereta. duduk di dalam. wehehe. adek cik lina masih setia di muka pintu kerana pakcik itu sangat ingin berbual
adek : di seri me*** pakcik
pakcik : seri me*** di mana
(dalam hati cik lina dah merungut2 kate pakcik ni menyibuk..huhu)
adek : hmm...seri da**** 8..
pakcik : erm..bukit beta**** kan?
sesungguhnya. time ni adek dah terkilas2 memandang aku kerana ngeri. aku pulak buat muka hairan kerana pakcik ni sungguh arif dengan kawasan tempat tinggal kami. aku amati muka pakcik tu. iye..langsung aku takde pakcik rupa camtu. heisyh..takot2..
then pakcik tu macam perasan je kiteorang macam cuak. dia terus je tanya nama ayah dan emak. SAH. dia kenal mak ayah kami.
rasa hairan tu bertambah - tambah.
cik lina fikir..mungkin itu pelanggan abah kot. mungkin pernah datang ke rumah 2 3 kali untuk ber urut. cik lina kan anak tukang urut.
tapi ayat yang memeranjatkan kami adalah bila beliau berkata..
"INI UDA NI... pak uda..."

cik lina pandang adik. dan adik pandang cik lina. pakcik...??
btol ke pak uda??

sambung la ye..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, July 29, 2010

saya terpaksa...boleh tak saya memilih? part 2

semua berjalan lancar macam yang dirancang.
saya terima apa yang emak aturkan.
saya pasrah.
=(..walaupun hati saya bukan di situ
bagi saya, baik di mata emak abah..baik la di mata saya.
mungkin jodoh ini milik saya..
mungkin..hidup ini cerah hadapannya.
mengharap kasih..
tak kunjung tiba..

hmm..

tapi...

jika ini benar..kenapa sayup - sayup terdengar suara lain memanggil2.
menggetar tubuh.
melaung sayu.

hmm..

bangun la weh..bangun..ko ni tido aje..jom makan..
ewwww...mimpi aje..
tapi..ngeri sungguh..

Wednesday, July 28, 2010

saya terpaksa...boleh tak saya memilih?

dua tiga hari ini, badan rasa tak sedap. mungkin sebab tekanan. tapi semua tu mampu saya tahan. badan susut dalam 2 - 3 kg. tapi saya pasrah. kerja sekarang lebih mencabar dari yang dulu. lemak yang saya kumpul pun semakin berkurang. tidak la orang akan kata saya pakai baju ketat - ketat sudah. sebab semua baju dah longgar kembali. sama macam zaman - zaman saya kerja selepas diploma.
tapi saya bukan nak bercerita pasal berat badan. tapi saya nak cerita masalah yang takde sape yang boleh ubah keputusan tu. saya sangat tertekan. siapa boleh tolong saya pilih jalan penyelesaian.
cerita bermula masa saya telefon emak.
emak bersuara ceria. lain dari yang selalu. seperti kebiasaan, saya akan bertanya ada apa - apa yang menarik kah untuk di kongsi bersama saya. emak kata ada. tapi masih lagi tidak mahu bercerita.
mak kata ada cerita mak nak cerita apa?
mak masih lagi berteka teki. mak pusing - pusing cerita. mak kata nak kongsi bila saya balik kampung minggu hadapan. hmm..saya akur kan.
keadaan mak ayah sihat - sihat belaka di kampung. rumah pon bakal di tambah bahagian depan. bila tanya emak kata bakal menyambut menantu baru. huu..mungkin adik dah decide utk kawen kot...=)

kelmarin..
adik telefon saya. waktu itu saya baru saja mahu melangkah masuk ke rumah. pulang dari sekolah melakukan projek game siput untuk matematik koner..
ni tengah nak siapkan lukisan siput tu

touch-up terakhir

ha..ni dia...cikgu comel tu..
eh..silap2..tdkan tengah mud sedih.
ye..sambung sampai adik telefon.
adik telefon dan dia cakap ada berita gembira nak berkongsi.
dan adik ucap tahniah.
walaupun tak tau ujung pangkal. tapi saya layankan aje adik. yelah..dah lama dia tak telefon. tapi pon tak jelas lagi kenapa die ucap tahniah.
saya kakak yang malas nak banyak soal.
orang cakap saya kakak yang manjakan adik..
tapi saya rasa..saya bukan manjakan dia..cuma saya memang kakak yang sporting.
hm...
then malam tadi akk n abang saya telefon.
akk sebok tanya bila saya nak balik kampung. dia kata
kan banyak lagi bende ko belum buat. kesian kat mak kang buat sorang-sorang. ini kan majlis engkau. aku balik sehari sebelum kenduri je la ek. kedai tak boleh nak tutup lame2..
saya pon tanya...EH..MAJLIS APE PULAK...KITE KAN TENGAH SIBUK NI..MANE ADE CAKAP NGAN MAK NAK BUAT KENDURI DOA SELAMAT.
pastu akk soh saya tepon abg kat perak. tapi saya sungguh takde mud.

selain daripada teke teki tu..saya juga sangat sedih sebab kotak pensil sebesar A4 saya hilang. macam - macam yang ada dalam box tu. =( tapi semua dah hilang..mud pon terbang sama - sama.. kita kan dah takde tempat nak mengadu..

then dalam pukul 10 mlm...abg saya telefon..
dia cakap
ko kate tak suke die..tapi nape ko terima..
kite masih lagi terkedu dan dlm dileme............
TERIMA?
TERIMA APE?


Wednesday, June 9, 2010

kenangan part 2

semua sebenarnya manis belaka bila kita dapat sahabat yang benar - benar meninggalkan kesan.
sekarang.
lebih kepada debaran menunggu jejaka kacak itu menjemput aku. hmm..memang..sejak awal couple dl..perasaan aku setiap kali ingin berjumpa akan terasa seperti sekarang. penuh debaran. huuu..bukan setahun dua bersama. tapi perasaan itu kekal sehingga sekarang. =) bunga - bunga cinta masih berkembang mungkin.

oh..
aku ingin bercerita tentang lawatan ke JB. akhirnya..berjaya juga lawatan penuh kontroversi itu. hmm..bgs..bumi JB semacam memahami, aku amat terluka sebelum kami ke sini. dan semasa lawatan itulah, bumi JB menumpahkan tangisan yang bukan sikit-sikit. dan akhirnya..semua perancangan mereka tidak berjalan lancar.

aku tak kata apa2. lihat dan gelak2 sahaja.

dlm hati kata.

pdn muka.

dan aku berseronok bersama yang tersayang..=)

petting zoo di danga

cak. pasangan bahagia

alolo..chumel..




dan akhir sekali. makan di sini.

kenangan part 1

aku sangat sayangkan kenangan ini..dan berkahir 1 sem di cheras. sem depan, bukan sahaja dugaan baru, malah environment br. minggu sebelum cuti, berlangsungnya pesta konvo.
aku sangat sibuk. terlibat dengan kolej, jawatan JPP dan juga sebagai salah seorang ahli dari kelas matematik.
alhamdulillah, dengan berkat sokongan rakan yang tidak pernah putus asa memberi sokongan, ketiga-tiga tanggungjawb aku dapat setelkan.
1. hari terbuka kolej.
pelajar kpli diminta untuk melukis mural di pintu hadapan kolej kediaman. kami sebenarnya berlima. tapi aku seorang dari matematik. kelibat yg lain hilang tatkala tugas tersebut perlu dijalankan. mahu atau tidak. aku perlu lakukan. mana nak letak muka kalau dikata kpli tidak bermutu.
tak mahu aku.
dan ini hasilnya..
walaupun hanya pokok biasa. ianya meningalkan kenangan..
2. urusan JPP. meeting utk menguruskan minggu konvo bukan mudah. terkejar itu, terkejar ini. nasib mendapat teamwork yang memberangsangkan. tahniah pada JPP teknik. lambat laun, pasti akan ada report mengenai hari konvo.

3. tugas terhadap kelas. sedang aku melukis, aku nmpak ingboonkeong berjalan. kesian. dia cari kawan dia yang lain. mahu buat pameran teaching aid. tp teaching aid tak ada. aku dermakan sekotak teaching aids. semuanya bukan sebab aku bermurah hati. semua sebab aku sygkan kawan aku si ing tu.
kali ini aku terlibat dalam jualan. wlpn ada diantaranya lari dari tugas. semua itu telah dibebelkan mentor kami. wlpn aku sibuk, tugas tetap tugas. penat seharian di kampus tidak menghalang aku bersama along.d dan azah untuk tlg puan norehan menggaul ayam.
hmm..kenangan. mana mungkin hilang.



ayam ini telah siap digaul. begini rupanya sebelum di simpan di peti ais

















proses penggaulan
















team of the day



















azah




















d..kontot sgt nama..hidayah la..




















along

dan incident di atas bukan mlm pertama.
ini adalah malam kedua kami melakukan kerja memerap ayam tersebut. kali ini di rumah azah.
tp..tak ade gmba aku..haish

kami mahu lakukan. dan ini kerelaan kami. kerana aku dan mereka tahu yang ini adalah tanggungjawab

Tuesday, May 4, 2010

...[~*~]...biarkan ia pergi

saban hari..
aku tunggu depan pintu
aku tunggu pintu diketuk
aku pasrah menjadi penunggu

saban hari
aku tunggu saat bersua
aku tunggu saat bermesra
lali hidup aku dengan bicara pilu
lali jiwa aku dengan ayat mengecewa


aku
rentas hidup ini
biar seorang diri
biar
aku sendiri..

olahkan dan bayangkan
aku punya sekeping hati
kau robek hari ini dengan sedikit kaca
ia luka.
namun, aku jahit kembali menyatukan hati untuk kamu
menyatukan jiwa demi kamu

kamu perlu tahu
luka bukan sekadar luka
luka kaca meninggalkan bekas di hati
pedih semalam masih terasa kini

jangan,
jangan biarkan ia bernanah dan menghapus kasih pergi



Thursday, December 10, 2009

ape yang penting kerjasama

pernah tak dengar kata-kata yang..orang atas hanya nampak pencacai di bawah..dan orang bawahan hanya nampak asshole tak gune kat atas.??
ala..secara jujur la kan..semua mesti rasa benda tu..sebagus2 makhluk pon..tetap ada hati yang suka cemburu..lagi-lagi bila diri ni tak perfect..memang banyak la benda-benda yang tak elok dari yang elok kita lakukan. setakat tak puas hati orang lain naik pangkat sebab dia terer bodek tu..dah biasa sangat denga. punya lah kita jaki dengan dia 10 kali..punya la kita tau yang dia tu kuat mnegular time kerja. suka amik nama atas kerja orang lain..dia jugak yang naik pangkat..agaknya sebab tu la dunia sekarang ni ramai dah orang pasang aircond..supaya..lagi senang dan laju naik pangkat. dah tak terkedek2 macam lalu kat kerikil merah..semua laju macam lalu kat highway kosong dan baru buat..

so..moral untuk anak muda masa sekarang adalah..membodeklah untuk dapat kejayaan mudah. sekarang nak MLM bukan satu-satunya benda yang boleh buat kita kaya. sebab itu kan...aku rasa..syllabus kat university kena rombak..tak pon syllabus tingkatan 5..kena masukkan cara macammana nak menghadapi dunia pekerjaan. antara content dia adalah..cara-cara membodek bos. kalau payah sangat..aku rasa aku patut tulis buku pasal hal tu. ok..itu cerita kalau pekerja bawahan yang suka bodek.

ni lak story kalau orang atasan yang tak rasional..aku bagi situasi la senang..kirenya sekarang..engko org jadi bos..jadi BOS tau..bkn senang nak jadi..
ade sorang staff engkau tengah makan. dalam ofis kau tu yang ada cuma meja kat ruang depan je..then bilik yang ada adalah pantry..bilik meeting..bilik latihan..dan bilik bos..dalam pantry kau pulak..cuma ada singki and rak..nak letak meja kang..memang tak boleh nak lalu..dalam bilik training..4 sure la ade orang tengah training. bilik meeting tu dah di siap sedia kan untuk meeting petang tu. yang tinggal cume meja depan dan jugak bilik bos. OK..sebagai bos la kan...kalo korang..korang marah x anak buah nak makan kat meja depan tu time lunch hour...cuba bagi pandangan cket kat aku.

kalau dulu..mungkin aku kisah gila-gila sangat ah..tapi..sebab aku dah nak blah..aku malas nak pk..orang atasan kadang-kadang tak logik. :D..ade lak tu yang gatal-gatal tnye..knape orang kat cni suka gadoh2..

ish2..fitnah2..mane ade gadoh..saling membenci je..cuma yang dikesalkan..semangat kerjasama antara staff makin kurang bila dapat orang atasan yang memporak peranda kn..(^;^)so sad...
Tuesday, June 9, 2009

=) June.....bencinye...

ah..entry kali ni menyatakan rasa tak puas ati aku...tapi memang pdn muka jugak kat aku.

"aku tak ske lelaki tu..suka berlagak pandai...suka pk dia paling bagus..dia paling bernas..dia yang betul...aku paling benci org hipokrit..org yg perasan bagus..orang yang pura-pura baik tapi belakang ngutuk...aku benci tahap cipan org camtu..n aku tak boleh rasa senang bergaul dengan orang macam tu.....aku tak leh handle muka aku bila berhadapan dengan orang macam ni..bila aku tak ske..memek wajah aku akan menggambarkan semuanya...arghhhhh..tidak..aku benci dia...aku benci dia "

dilema je rasa bila masuk bulan june tahun 2009 kali ni..iye la..ni la 1st time june yang aku lalui bukan cuti semester..org len tengah seronok berlibur...kalau korang la kn..camne nak buat bila jumpa org yang camni...
bkn aku tak cuba..n aku lak bukan orang yang kurang ramah mesranya...aku senang bergaul...serius senang..tapi...aku memang tak bley blah dengan orang camni...tapi memang pdn la dengan muka aku..sebab.....orang tu makin dekat dengan aku...=(..sh**..sh**..
maybe Allah nak menduga aku....macam mana aku akan hadapi hari-hari mendatang bersama orang macam tu...(erk..entry ni bukan bermaksud dia tu bf aku yer..)
tu la..orang cakap..jgn benci sesapa..lelama...makin dekat la org tu dengan kita...bkn aku tak sedar semua tu..sedar.........tapi...aku tak bley handle...

n aku cukup nyampah bila die cakap..."eh..how should i know..u tak masukkan dalam blog u.."..aku bukan bengap pon tak phm bahasa...die ingat entry dalam blog die tu bagus sgt r gaknye...siap nk sindir2 blog org lain..kan aku dah cakap..dia budget bagus..husshhh..memang tahap binatang haram la orang tu...aku punya blog..sukahati aku r...bkn aku suruh dia baca pon sampai nak jadikan assignment...die tu yang ske BZ body+perasan dia bagus...

nyampahnye....

bulan depan..genap la setahun aku kat cyberjaya...>.<..dah lama jugak rupanya...harap-harap..bulan depan dan seterusnya rezeki aku makin murah..makin di rahmati...makin di jauhkan dari orang-orang yang aku benci...
n entry ni bukan bermakna aku...tak mensyukuri..nikmat yang sedia ada...

page

Followers