Pages

Showing posts with label kpli. Show all posts
Showing posts with label kpli. Show all posts
Thursday, January 6, 2011

ini cerita posting saya

okeh.
sekarang ni dah 6 haribulan dalam bulan januari. last post aku pun esok genap seminggu.
sekarang sudah berhidup di tengah2 bandar JB. tapi yang macam tak caya tlefon aku jadi selalu takde line. nak mesej pakwe sendiri pun tersekat2 pending.

1st week. aku cuma mengajar guna jadual chegu yang entah mana pergi. aku rasa mungkin bercuti. dan cikgu tu mengajar moral, english tahun 5 dan seni tahun 6. budak-budak bandar memang pandai. tapi bila pandai makin tak hormat chegu. :(..macam biasa la. aku masuk je dieorang nak bising2. haha. failed betul la kawalan kelas.

gaknya aku kena buat muka masam sepanjang hari ke baru budak2 kecut sampai tengok aku pun menikus? sangat kagum dengan mana-mana cikgu yang masuk kelas semua budak terus senyap dan tengok buku aje. nak angkat kepala pun takut macam nak terkencing. nak cakap dengan kawan sebelah pun macam bersalah gila bila satu kelas salahkan engkau sebab kau bising. bila pandang cikgu plak cikgu tengah pandang kita dengan muka sangat garang. alangkah bestnya kalau semua murid-murid sementara aku tu macam tu.

haha..dah la dieorang tu bahasa perantaraan semuanya nak english. haiyoo..mesti 2 tahun aku mengajar kat cni aku nye english leh bawak pegi jalan2 luo negeri. hihi.

dan aku biasanya akan bernasib baik kan.
tercampak seorang diri di tengah2 bandar ni membuatkan aku lagi berdikari sebenarnya. mungkin membolehkan aku mengetengahkan lagi potensi murid yang ada. mungkin jugak supaya aku dekat dengan en husband then bila dah ada anak, aku dapat ank yang boleh dibanggakan nanti sebab tu duduk di bandar.
haish.

macam2 la kemungkinan.
sebab aku memang sentiasa percayakan qada dan qadar bahawa apa yang di atur untuk aku itu adalah yang terbaik untuk hidup aku.
dan, semalam aku dah berbual dengan penolong kanan aku. dia cakap jadual aku minggu depan aku akan mengajar matematik untuk tahun 3. kajian tempatan yang aku sendiri tak pernah belajar dalam seumur hidup,tapi aku cakap jugak aku boleh. yeah. aku yakin.
eh2 bukan tu je. ade lagi.
aku kene mengajar kemahiran hidup jugak.
dan last sekali pendidikan seni. :). pandai ke aku ni seni?

tapi aku tetap yakin kan. walaupun ada certain benda tu aku memang tak tahu. tapi yakin dengan diri sendiri itu perlu. aku kena buktikan kelahiran maktab teknik adalah antara calon terbaik KPLI yang diterima dengan senang hati oleh pihak sekolah. haa..bangga tak jadi budak teknik jdnye..eceh2

dan.
aku dapat rumah hijau. dan cikgu lelaki dah sebok2 cari aku padahal aku tak tanya lagi aku umah sukan apa. entah khabar dari mana. dieorang dah sebok2 gosip aku ni athelete. eceh.
gaknya aku ni ada badan athlete kot. hihi. mungkin tak sebab tu?
sebab itu alasannya aku di bagi bahagian olahraga. naseb lulus KOAM ok.. (0__')

dan kamu kawan2
dah dapat posting.
terima la seadanya
semoga kita berjaya mengharumkan nama sekolah dan jugak maktab.

amin.

to all readers. sorry la entry ni tak seronok langsung. sebab nak cari planner asek abis je. terpaksa la guna blog untuk catat semua bende ni.
hmm.
hmm.

ok dah.
babai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 1, 2011

nmpk lembut tapi garang

aku tinggal kat kampung. kampung aku direntas highway utara selatan atau lebih dikenali dengan nama highway PLUS. kalau sekali sekala masuk kampung. mesti rasa eh-eh-sesat-kah ini
sebab masuk kampung aku memang memerlukan mental yang tinggi

eceh. cuak je lebih.

tapi biasa woh. kampung kat joho ni. memang jauh. tapi sebab lalu highway. dekat je rase. oho..
ni pun tipu. nak pegi mane asek naek hgway je.

aku nak cerita. kat kg aku ni kirenye kampung family. satu parit aka penempatan di huni oleh kebanyakannya memang ada bau-bau-bacang ataupun pertalian darah. maknenye masuk kampung terus kene jadi nama

cik lina sopan.

haha.

padahal kat banda orang panggil lynn. konon je kan.

bukan salah aku pun. aku penah sarankan kat kawan2 aku masa teknik dulu panggil aku ina ke. lina ke. dierang kate tak sesuai sebab nama tu untuk orang lembut2 jew. eceh. tak guna je. pdhl aku memang lemah lembut pun.
*****(*___*)*****
dulu time kecik-kecik nenek belah mak aku tu selalu tego aku.
sebab masa aku kecik2 aku sangat suke pikul beg skola kehulu kehilir.
ko bayangkan la anak korang yang umo 3 taun dah sebok belakon nak pegi sekolah. pastu siap jawab pelat-pelat kalo orang tnye nak pi mane dia jawab
nak pi colah (sekolah) nek. nak colah
mesti terasa comel kan.kan..
hiiiihii

aku dulu camtu la. sebok asek nak pegi sekolah. last2 sampai umur 26 taun semalam dan hari ni 27..ade setaun je aku skip untuk tak pegi menuntut ilmu.sebab time tu aku patutnya dah tamat menuntut ilmu dan bekerja.
haish.

cita-cita dari kecik kan. nak pegi sekolah.
dan sebab hari ni. aku da masuk 27 tahun.
lagi 2 hari lagi aku kene pegi sekolah balik.

nampak gayenye sampai tua la aku kena pegi sekolah. hari2 pegi sekolah. sampai la aku pencen.

saje nak buat entri ni sempena 1.1.11 kan. aku nak umumkan
lagi dua hari lagi
aku kene pegi sekolah.

dan mulai isnin ni.
budak2 kena panggil aku cikgu lina
spy nmpk lembut tapi garang.
haha

tajuk sempena ayat paling akhir entry..wink2

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, December 31, 2010

emosi berkecamuk - lets check wut should we bring time posting

hari ini hari terakhir 2010.
aku bukan nak cerita pasal azam aku tahun depan. cuma time menulis entri ni. perasaan aku cukup berkecamuk yang aku tak tahu nak kongsikan dengan sapa. aku betul2 pening kepala jadinya.
emosi aku cukup kucar kacir.
aku happy. dalam masa yang sama aku berdebar2.
aku rasa tak bersedia. dalam masa yang sama aku tak sabar.

pendek kata aku sebenarnya tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni

aku dah tahu tempat aku akan di postingkan. aku dapat tengah bandar JB. aku rasa betul2 dekat dengan landmark johor. bukan aku tak bersyukur. aku syukur sangat-sangat dapat johor. apatah lagi sekolah yang aku boleh bayangkan kedudukannya.

lepas ni aku akan berkhidmat di SK SRI TEBRAU. dekat dengan perumahan taman sentosa. so ada sapa2 nak bagi aku tumpang tak. hihi.

banyak bende yang aku pk sekarang ni. sebab tu aku serabut. sama macam aku nak pi maktab dulu. taktau nak buat camne. so sebab tu aku kene buat entri. aku nak buat apa yang aku perlu kemas.buat.pk.

bila dah tulis. mesti aku rasa jadi terancang.

haha

oldschool kan.

so..lets start CHEGU..

oh..b4 tu. tadi orang JPN JOHOR yang cekap itu telefon walaupun harini cuti. dia siap gelar aku cikgu da..hihi. rasa lain macam plak. pdhl isnin ni kot baru konfem berdaftar. apepon. congrate pada diri sendiri dulu.


1 kemas pakaian
  • baju kurung (nak bawak untuk 1 minggu walaupun dekat nak balik sebab cuak.) - 5 helai
  • panties+bra (yang ni takyah kire. haha)
  • tracksuit (4 kot) - ni termasuk nak pakai malam sekali ni. yela. nak duduk umah orang dulu kan. kene la pakai sopan. - 4 helai
  • tshirt lengan panjang - 3 helai
  • tshirt duduk umah - 5 helai
  • tudung - 5 helai.
  • scarf tudung - 3 helai.
  • telekung
  • baju tido ah.
  • jeans. (perlu ke?) - perlu untuk jalan2.

2 toileteris
  • syampoo
  • ubat gigi
  • berus gg
  • cuci muka

3 buku2

  • nak bawak buku mengajar ngn sijil je dulu

4 kasut

apelagi yek patutnya? laptop.

haha. yang lain dah tatau da

kang ingat buat entri part two boleh tak?
masuk tahun baru. apa yang perlu dilakukan adalah menjadikan blog sebagai planner terbaik.

tapi. cuak la weh. apsal yek? dari semalam dah sebok debar2. arini trus pening pale. tapi sangat bersyukur adalah dapat johor. negeri yang bahagian pendidikannya amat efisyen berbanding yang lain. oh. lupa.

nak ucap tahniah kat smua pelajar KPLI yang lain. dah tau tempat posting tu

kirenye ank2 sedara masuk skola. makcik pun kene pi skola gak isnin ni.
lepasni boleh la rancang kehidupan untuk kawen. yela. dah dapat bandar JB. dekat lak tu dengan sayang2 bucuk2 tu. so. boleh rancang cermat2

semoga 2011 memberi seribu kemewahan dan keindahan dalam hidup kami berdua.
amin.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, December 27, 2010

penempatan guru bagi KPLI 2011

tadi pagi
awl pagi kene bangun awl sebab kene masakkan bekal untuk adek nak bawak pegi keje. sebab sayangkan adek. aku bangun jugak. dan sebab bangun awal. maka buka laptop pun awl dengan tangan terketar cari no telefon maktab

dan hari ini seperti hari bertuah
sebab layanan diterima dari unit peperiksaan sangat dipuji.
pagi sebab mud baik.
dia membalas dengan cukup berhemah. macam tu la
rasa tak serik dan excited telefon dan tak terasa membazir kredit sebab akhirnya walaupun belum konfem. dah tau keputusan KPLI.
dan tahniah untuk diri sendiri.

dengan excited terus nak share cerita dengan kawan terbaik masa kat maktab. terus telefon si hidayah dan norazah sebab nak share berita yang kita dah terima result pagi2 buta. hahah
siap seram sejuk tangan.
dan time tu hidayah ada kat kementerian.

wohooo..
lagi terus mesej2 dengan dia dan dapat berita yang macam tambah seram sejuk kita.
ambilan ni akan dapat ke kelantan terengganu sedangkan hati meronta hendakkan joho tempat tumpah darah dan tersemat jiwa untuk berbakti

eceh

tapi tetap rasa diri akan ditempatkan di negeri sendiri sebab orang asal kelantan terengganu kan ramai nak balik. so masih yakin akan dapat joho.
hihi

dah ada beberapa orang jugak dapat panggilan dari kementerian. dan sapa yang dapat panggilan tahniah kerana orang terawal akan daftar untuk mengajar dan sah jawatan lagi cepat dari orang lain tapi sangat jauh untuk seberang laut yang berenang boleh lemas.

cuma nak cakap tahniah lagi sekali sebab dapat ke sabah sarawak..

semua budka teknik dah tak sabar nak keputusan periksa sebenarnya.
sedangkan budak lain dah dapat.
cuma nak cadangkan kat kementerian lepas ni upgrade sikit pengurusan dekat maktab sebab dari segi profesionalisma adalah sangat tertinggal kalau nak di bandingkan dengan unibersiti.
kan dah ada ISO 9001. tapi macam takde. akan merasa sangat kecewa jadinya. lagi2 kesian kat bakal2 anak muda yang menghabiskan sepenuh masa kat maktab.
tak merasa hidup kat U.

ataupun masih lagi tertanya2. mungkin dalam pengurusan pelajar KPLI je macam tu bukan melayan budak PISMP yang manja2 belaka. sering lagi tertanya2.

ok. terus pada tajuk

penempatan guru KPLI tahun 2011. harap2 seperti yang dijadualkan dan digembar gemburkan iaitu 28/12/2010 bukan la selepas budak2 dah sekolah 1/2 thn


bukan apa.
lagi cepat tau.
lagi senang nak rancang masa depan.
kalau lambat kan boleh pegi cari kerja.
tlg la encik2
kasi cepat ok
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, November 24, 2010

sayang yang di kongsi

rabu.
24 November 2010.
sebelum cerita benda suka ria. aku mau berkongsi duka.
norazah hilang smart tac dan GPS pesona. kesian dia. hati aku dah terdetik. tidak hilang ke benda tu tinggal di kereta. tapi..aku tak bercakap. sebab selalunya aku tidak endahkan bicara hati sendiri. itula namanya kurang kepercayaan diri. semua kejadian tu berlaku di sumway pyramid. tempat suka ria siang tadi. hmm..benda dah nak jadi.

dan seperti yang dah tertulis di atas. mari aku ceritakan. budak kampung hari ini main atas ais. itu kali pertama aku sarung kasut yang boleh meluncur2. kecik - kecik dulu pun aku tak pernah dapat kasut yang ada roda kat bawah. apatah lagi ada roller blade sendiri. yela. kat kampung aku nak melasak kat mana benda tu? court badminton pun cuma ada kat balai raya. kalau nak main kat ats tar. zaman dulu - dulu kampung aku pun tak bertar. kesian bukan..

dan hari ini. saya melakar sejarah untuk diri sendiri. main ice skating. tersangat la cuak saat pertama kali pijak ais batu tu. nasib ada norazah dan ing boon keong tolong pegang. kalau tak aku tak kan sanggup nak pijak ais tu lagi. pagi2 tempat ice skating tu tak serabut lagi. yang ada pun beberapa orang. boleh belajar dengan senang hati tanpa runsing kena langgar.

aku cuba gak la bergerak perlahan - lahan. rekod jatuh adalah 3 kali sepanjang permainan yang kebanyakannya aku duduk kat kerusi luar. huhu. makin tengahari. tempat tu sangat di banjiri orang ramai. dan tersangat la ramai. ada gak yang da pro main atas ice tu laju2. aku yang merangkak seperti kura-kura ni sangat terasa pening kepala. sebab tu tak byk gamba aku dengan orang - orang tersayang yang pergi sama - sama. dan dah puas main sampai kaki ing boon keong melecet (boco dia kata..hihi)..dia pun berenti main dan terpaksa la jadi juru kamera tak bertauliah. kalau tak mesti aku ada pasangan nak main lama2 sebab partner aku dah di amek yasin.ceh!

akibat alergik dengan ramai orang yang berpusing - pusing, aku menjadi pening dan peneman si kaki melecet ing boon keong. si norazah memang terer main roller blade. so tade masalah nak main ice skating. kan beza budak kampung dan bandar. =(...
dan terasa diri sangat kagum dengan budak2 kecik yang main ice skating tu dengan laju.

apa yang aku cari masa time main ice itu adalah.
kaki lagi kecik dari kaki aku.
budak muda amat ramai. tapi semua pakai kasut saiz 36 ke atas sampai lah dak kecik datang peneman kekecikan kakiku.

i wish you are there. but u not. lagi rela keluar dengan perempuan lain bbanding dgn si kaki kecik ini. iyelah kan. sayang awek tinggal2 kan. kalau kene tinggal. ye!. sila padankan muka sendiri.

************************************************
norazah kata dia tak boleh buat bende jahat. nanti dapat bayaran cash. cthnya dia pegang yasin utk main ice skating. lepastu trus je GPS n smart tag kene curi. eish2. kesian norazah.=(..
walaupun hari ini sangat gembira bersama yasin. izyan. kecik. norazah. dan. ing boon keong. tetap rasa sedih.
bukan sebab hari ini hari rabu sahaja.
sebab benda tak elok pun menimpa.

***********************************************

semoga orang yang ambik tu akan hilang harta yang 10 kali lagi mahal dari apa yang di ambilnya.

dan malam ni nak tulis 3 entri kalau sempat. yang ini satu. post gambar - gambar kalau izyan dah upload. dan macammana nak atasi cemburu. sebab aku dalam mood cemburu. hah! tak guna...

gaknya cemburu tu sinonim dengan perempuan sebab. dah kawen 56 tahun pun pasti cemburu. ini pulak baru kawan beribu hari tanpa ikatan. kan kusut tu.

lastly..thanks kepada orang2 yang saya kongsi sayangnya..



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, October 19, 2010

storyteller : nasib saya sangat baik setakat ini.. part 2

ha...dah cerita sampai sekolah teknik kan..

so kehidupan di sekolah teknik sangat mencabar dan banyak dugaan. dari segi hidup, teknik memang banyak mengajar aku cara bergaul mesra..dan kat teknik jugak le jumpa bakal hasben..ehem..ehem..ulang lagi sekali...bakal hasben..haha..saje nak announce..
dari segi hidup kat teknik ni...macam - macam pernah rasa. kene taskil (touch n kill)..kene jerit2 ngan warden..eleh..bende manis2 camtu..mestila ingat sampai tua..haha
mane baju yang kene rampas. surat berkoyan2 kene tulis cakap "saya berjanji akan berubah dan tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi"..haha..pegi prep tak pakai kasut..tak pakai pin tudung.macam2 lah..
sangat manis dan seronok kalau ulang bende tu semua dengan kawan - kawan se sekolah.

ek..nak cerita pasal naseb la..bukan pasal hidup kat teknik. tu leh buat entry lain.

ha..lepas je SPM..sibuk la sambung belajar kat U..dapat lak kat negeri sembilan. 4 taun duduk kat sane. memang seronok. kiranya lepas je diploma. terus pegi cari kerja. time tu siap dah selisih faham dengan bf segala. tetiba sebab jodoh kami panjang..dapat tempat kerja dekat dengan rumah si dia. alahai...
tapi bukan nak cerita yang itu, tapi peluang pekerjaan yang menanti. sebab dulu hanya pemegang diploma, kerja sahaja la apa2 yang dapat, then 1/ month kerja kat bahagian QA, manager bahagian aku offer untuk ganti staff management dieorang yang nak brenti. time tu wah!! rasa sangat bangga..hikhik. tapi time tu jugak naseb sangat baik sebab dapat sambung degree..

perjalanan hidup setakat ini sangat smooth sampaikan tak rasa menganggur. then sambung degree utk 2 and 1/2 year. pastu 1/2 year itu adalah praktikum. entah macam mana tah..mintak praktikum adalah bersama2 kawan2 sekelas, tapi sorang2 tercampak dekat bahagian cyberjaya. dup dap..dup dap ati. yelah..jakun..mane penah jejak kaki kat cyber or putrajaya.

sebab aku seorang yang sangat berdikari. pergi la juga kat cyber tanpa tahu tempat itu, entah naseb baik gaknye, ade seorang junior course dah kerja kat ctu, so kirenye perjalanan untuk smbung praktikal berlalu dengan tenang. =). jadila pelajar praktikal yang sepatutnya 4 bulan kat OSCC..huuu..tapi rezeki sangat murah time umur 24 tahun. dapat kerja kat sana dan dapat confirmation letter time birthday taun tu. yang tak leh lupa time tu maghrib, nicholas bagitau dalam phone time aku dalam kete..('',)..sangat suka ok..yelah..cube cerita kat aku..budak degree mane yang tak suka time praktikal dah dapat kerja?
mestila suka kan..tak rasa menanam anggur. lagipun..sekarang ni berlambak orang kene bersusah payah pegi intbiu. tapi tak dapt2 gak. so perjalanan adalah sangat bertuah hidup ini

haha

lepas tu pulak..nampak budak satu unit sebok2 isi borang..die cakap borang KPLI. time tu langsung la tak amek port ape tu program lepasan ijazah. pk cume nak mintak keje gomen / keje swasta yang lagi baek. walaupun 1st keje dulu adalah training exec - iaitu ajar orang gak..tk pernah pulak simpan cita - cita nak jadi cikgu. biasela kan..
sebok2..orang isi..mesti la nak isi gak...orang stadi..mesti nak stadi gak..time taon tu macam rilex2 je...bila semak cuti akhir taun siap ade 11 hari cuti lagi..haha..gile kentang...bulan 10 baru amek 3 hari keh?..pdhl cuti cume dapat 14 hari aje.. siap aku ade cuti sminggu time tu sebab bapak aku warded. heheheh..
jadi dah set plan..kalau dapat KPLI..kene notis kat opis 3 bulan..time tu sudah bulan sebelas..kputusan KPLI spttnye kua akhir bulan 12..time tu la buat percaturan hidup..either nak bayar 3 bulan or brenti keje cari keje lain.
ALHAMDULILLAH..
sekali lagi hidup dipermudahkan. akhirnya masuk je 1 / 12 / 2009 muktamad..keputusan hantar notis berhenti kerja wlpun keputusan KPLI belum keluar. siap anggar2 sampai ke bulan 2..so ingat notis tu ckp ah 3 bulan..rupanya salah kire bulan..notis patut abis bulan 3..haha..budak math failed btol. tapi atas budi bicara bos besa..dapat gak berhenti notis 2 bulan aje lepas tolak cuti taun yang berbaki 12 hari tu. (+1 hari utk januari)..akhirnya..bila cek2..yay..
aku dapat KPLI..masuk plak 18 Januari. tapi bila kira2..memang annual leave tu ckup2 utk smpai notis bergaji penuh sepanjang januari. time tu la rasa..
diri saya sangat bertuah sebab semuanya seperti dirancang dengan baik
alhamdulillah.
sekrang..dah nak habis KPLI..
agak2..
nasib aku still baik ke utk posting dapat area kg aku jugak?


sama2 doakan..

=)

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, October 17, 2010

Nota Matematik : ADDition

jika takut terlupa..
pengajaran operasi tambah , jenis soalan yang melibatkan pengumpulan semula harus di perkenalkan terlebih dahulu sblm soalan yang tidak melibatkan pengumpulan semula

rational?

jika murid menambah pasangan nombor yang tidak menglibatkan pengumpulan semula, mereka boleh bermula sama ada pada nilai tempat puluh / sa

tapi, jika murid di ajar lebih awal tentang penambahan yang melibatkan pengumpulan semula, mereka akan memahami konsep kenapa proses menambah dimulakan dari nilai tempat SA dahulu..




kadang - kadang teknik pengajaran itu bukan seperti yang kita fikirkan..
yang mudah kepada yang susah..
kadang - kadang proses perlu di mulakan dari yang susah supaya mudah belajar tentang yang mudah..

geddit?
huhu

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, October 12, 2010

menjelang usia 26 saya

apa yang aku buat ketika ini?
hm..
petang lagi ni..ada lagi 7 jam sebelum umur aku genap 26 tahun. sekarang cheras tengah sangat panas membahang. sangat la panas sehingga yang aku memula nak tido terus tak jadi. risau pk exam..terus je bukak buku math then try ulangkaji apa yang patut.
tengok soalan kpli exam bukan la rupanya macam exam biasa tu. susah gak. dan boleh dikatakan mencabar. hm..praktikal aritu xdpt pon sbg rentasan cemerlang. xpela...yang penting markah final still boleh cemerlang. takpe kan.
aktiviti lain sangatla tidak bermud untuk join sekarang. lagi2 dapat tau kursus induksi tu akan takde.
bukan apa. sangat la hangin. setiap kali perhimpunan..konfem2 akan ungkit yang institut perguruan takde duit, tak leh buat aktiviti, kene berjimat cermat. tapi still..buat majlis perpisahan bekas pengarah. then sambutan pengarah baru pulak. buat sambutan aildilfitri la..semarak 1 malaysia la..meeting kat sydney la psl pmr n upsr.. BIG ambilan baru dekat luar. then bila di ungkit cakap bende tu buat pakai duit sendiri.
wadehel.
aku tersangat la bosan dan marah bila pihak pengurusan selalu bagi alasan tak logik camtu.
ni membabitkan kursus induksi lak
nak kata takde duit, tapi stil..
program kpli terus di ambil. tapi yang dah di ambil langsung tak dijaga kebajikan
pastu sabtu ni kata ada perhimpunan besar.
eh2..
kamon ah..ni semua propaganda je
siap cakap..kehadiran wajib. bas disediakan oleh IPGM INDUK..elehe2...
macam le aku tak pernah pegi cyberjaya n tengok induk tu camne..still menumpang satu bangunan dengan ofis lain. btol2 bawah opis aku..=(.
aku cuma nak kata. ada la pulak duit ipgm nak sewa bas tu untuk angkut smua pelajar pegi bukit jalil. dari buat kerja sia2 tu..ade la baik bagi je peruntukan sewa bas tu kat program kissm tu..
then siap cakap nak bagi ceramah menguruskan kewangan sebab takkan ade kissm.
hello...
patut sape yang pegi kursus tu?
bukan kiteorang kan. kalau acuan tu pun bengkok2..nape nak nasihatkan orang pasal kewangan? tengok la dulu pengurusan kewangan pihak atasan.

agak2nye semua ni salah sape ek?
sangat pening..
ni kata salah sorang lecturer aku..
yang pegang duit adalah BPG...baru bagi kat PPD negeri masing2 untuk buat kissm. then..mase under BPG..BPG pon takleh support untuk kursus induksi..macammana pulak PPD ade budget wat kursus induksi? kan duit tu dari sumber kementerian yang same?
kan? kan?
ke aku salah fakta.
tapi aku sangat berangin.
gaknye kalau dah nak jadi tua memang camni
asik emo je ek..
hehe..

sibuk tengah baca pasal Nuffield Mathematics Project...apa yang menarik adalah ungkapan ni
i listen, i forget;
i see, i remember;
i do, i understand.

bende ni boleh apply kat idop seharian kite gak.. semuanya berkaitan tentang proses teknikal. setakat dengar..masuk telinga kiri..kua telinga kanan..kalau kite nampak dengan mata kepala kite sendiri. paling tak pun..kita akan ingat..kita pernah tengok...dan bila kita sendiri buat...bende ni akan jd satu pengalaman yang membiasakan kita. i do..i understand..
haha..
mrapu..

geddit?

alahai. pdhl nak cerita psl usia menjelang 26 aku kan..
lari tajuk lak..wehehe..



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, August 13, 2010

for the rest of my life

ramadhan datang lagi
seperti sebelum ini, ramadhan 2 tahun kebelakangan ini, status hidup aku berubah-ubah.
2 tahun lepas, aku..seorang pelajar praktikal degree.
tahun lepas, aku..seorang pekerja swasta. dan ramadhan kali ini lagi bermakna.
aku bakal seorang guru. lagi sebulan lebih, aku bakal tamat praktikal perguruan. semakin hampir untuk kerja seumur hayat.
mengabdikan diri membantu anak bangsa.
kadang-kadang aku terfikir,
kuat sangatkah aku menjadi insan bergelar guru.
dan benarkah, ini jalanku
dulu.
aku sering idamkan
aku punya pejabat sendiri
aku punya anak buah sendiri
memang.
itu impian aku
aku langsung tidak pernah terfikir, aku akan berada di sekolah kembali. mendidik anak bangsa, apatah lagi mengajar mereka mengeja,

dan
aku tahu
kini
ini jalan yang aku pilih


Tuesday, July 20, 2010

update ringkas

hola..=)..
dah masuk minggu terakhir dalam bulan pertama. sudah semakin pandai menyesuaikan diri dan masa. kalau dulu..minggu pertama dan kedua..pukul 2 30 pg barulah aku dapat rebahkan diri. sekarang, pukul 11.30 mlm da boleh landing2 sambil tengok tv..=)
itula orang ckp..kita kena menyesuaikan diri ikot keadaan.
hari - hari tinggal buat teaching aids sahaja. sehari tanpa teaching aid. hidup rasa tak lengkap..huuhu..maklumlah, time ni la aku nak timba pengalaman..
RPH kene sental masuk masa hari minggu. hari minggu tanpa lagi hari menggembirakan berjalan-jalan. =(..sekarang kene stay kat umah..then mengadap buku.
lumrah orang belajar mungkin.
hari ini nak buat spinning wheel utk multiplication of length.
=)..semoga succes cikgu lina..
Monday, July 12, 2010

teaching aids..teaching aids

erm..dah masuk minggu ke tiga da cik lina kat putrajaya. dan dah 3 minggu jugak terpaksa terjerit - jerit dalam kelas sebab nak dapat attention budak-budak.
first week memang la habis cuak. sekarang ni macam da leh get along dengan budak - budak darjah 2.. stakat ni..walaupun budak - budak teramat la nakal. tapi. tetap suka nak buat benda menarik nak tarik perhatian dieorang. so cik lina nak upload the latest pict yang cik lina draw. topic adalah IN THE GARDEN..=)..
masalah cik lina cuma dengan matematik.
nak ajar tajuk length. tp budak2nak darab pon tak tau..=(..sangat sedih..
macam mana tu..
3x2.5cm = dieorang leh plak bagi jawapan 2.5 cm jugak..haih..salah cik lina mengajar kah?
yang itu..sangat risau
sat g nak buat RPH da.
ngantuk pon ye..
esok DR nak datang melawat. harap2 semuanya ok..
so..
take a look la gambar cik lina lukis ni..
yang ni utk tajuk animal aritu..b4 color

yang ni utk topic in the garden.
banyak sebenanye teaching aid yang baru cik lina hasilkan. cuma tak sempat nak amik gamba dan tepek kat cni aje..ni pon tengah dalam proses sesuaikan diri..


Thursday, June 24, 2010

pulang ke kuala lumpur..:(

sangat tidak suka perasaan ini.
kalau dulu..terus aja kerja kat OSCC..mesti tak rasa kene balik cmni.
kene balik naik bas pulak tu..
haaaaarh...
bas akan turun di bukit jalil..weehh..takot sep..
1st time turun kat sane tu..
sangat berdebar untuk pergi tempat baru
dan sminggu awl pasti
DEMAM..
dem..

nak praktikal camne kalau demam??
dulu..dah keje tempat aircond yang sangat sejuk.
sangat dingin. dengan gaji yg cukup mkn..
aku amik kputusan brenti..dan sambung kursus ni.

then mase school based experience..itula 1st time aku masuk kelas dan cube berinteraksi dengan kanak-kanak yang aku tak kenal..
pheww..berpeluh2 sakan. pdhl..aku tengok cikgu2 lame tu rilex aje. tak panas agaknye dieorang tu?

dan time tu aku pk.
ptt la cikgu ni dikata mcm lilin.
sebab mengajar tu panas rupanya. lagi2 kalau dapat kelas yang kipas depan rosak..=(...

*sigh..*

pastu pengalaman aku buat micro teaching. ya allah..kelam kabut aku rasa. tak pernah sekali pon seumur idop aku kelam kabut kat depan macam tu. yela..b4 this..stakat presentation..aku tidak gentar, even nak bentang project practical pon tak setakut ini. hmm??

aku pk lg..
sesuai ke aku dlm bidang tugas ni??

*mengeluh lagi*

dan hari ni.. dah siap packing bag. bantal. iron. heater. langsir. baju2. tudung. aih..byknye..
tapi lelaki akan ckp..ala..siket je kn??
ceh..
dieorang bukan tau barang perempuan macamane...
=(..

malas nak mengadu dah.
baik pegi mandi.
kang nak kejar2 bas lagi..



notakaki: doakan aku selamat sampai dan boleh update blog lg..

Thursday, June 17, 2010

persediaan mental bg student KPLI


bagi semua calon yang layak ke kursus KPLI jun 2010, cik lina ucapkan tahniah.
dulu cik lina pon pernah melalui saat tu. sangat teruja time tu. tapi cik lina antara yang beruntung sebab, time cik lina berenti masuk kpli tu, bos cik lina bagi berenti awal, dan gaji cik lina utk month terakhir tu pon cik lina dpt.

hm..
bg persediaan mental yang cik lina nak cakap, terutamanya pelajar KPLI, kursus ini sangat lah padat. lagi2 kalau dapat di cheras, menuntut seribu pengorbanan. dengan lect cerewet, dengan koko la, sukan la..hm..sgt stress.
alhamdulillah, cik lina berjaya jugak mengharungi 6 bulan pertama.
antara tips cik lina nak bg

1. bulan pertama ini perlulah semua bersedia dengan wang ringgit yang secukupnya. untuk sewa rumah (kerana KPLI tiada penempatan), tapi still leh mohon. tapi persediaan la kan..untuk yuran2 tersembunyi selain RM 300 yang diminta itu. memang dalam surat dia mintak RM 300, tapi da masuk mana nk beli buku lagi, yuran persatuan lagi, duit beli buku la, duit kelas la, pendaftaran itu la, ini la. cik lina bukan tipu, cik lina serius.

2. perlu menguasai semua bidang matapelajaran. kursus KPLI ni bukan sekadar belajar, tapi jugak kene aktif dlm
  • badan beruniform (cik lina kene amik bulan sabit merah - bj mhl, so duit lg nk beli)
  • sukan (cik lina dpt hoki, so nk senang beli stick hoki sendiri)
  • olahraga (biasanya KPLI kene anjurkan olahraga tahunan. dan amik juga peperiksaan KOAM - kursus olahraga amatur malaysia. yeah..cik lina lulus..B-))
  • PJ (yang ni kene buat pergerakan kreatif la, senam ragam la. dan utk menjadi cemerlang, cik lina beli bola besar sendiri utk sng berlatih)
3. perlu sanggup untuk memikul tugas. menjadikan diri anda sebagai contoh kepada adik2 kecil di maktab. graduate kn. lect juga akan memandang anda sebagai graduate. untuk itu, perlu sedia mental dan fizikal untuk di pandang serong sebagai seorang yang berlagak dan telah mempunyai ijazah.
cik lina tahu dan cukup faham. kadang - kadang kita tidak pernah berlagak sombong dengan kelulusan yang kita ada, tp, certain lect akan melabel kita seperti itu. tahan telinga dan bersabar

4. environment maktab, langsung tidak sama dengan U. bersedia untuk berubah dan kuat semangat. jadikan tempat baru itu satu cabaran. dan kamu akan suka kan ia.

owh, lupa nak pesan.
berbaik2 dengan junior, walaupun mereka lagi muda, tapi mereka lagi lama belajar di sana. lagi2 yang dah sem 5, 6, 7. banyak pengalaman yang mereka dah timba. maka beramah mesra lah.
cik lina dpt kelebihan itu sbb cik lina slh seorang jawatankuasa perwakilan pelajar..


selamat berjuang!!
Wednesday, June 9, 2010

kenangan part 1

aku sangat sayangkan kenangan ini..dan berkahir 1 sem di cheras. sem depan, bukan sahaja dugaan baru, malah environment br. minggu sebelum cuti, berlangsungnya pesta konvo.
aku sangat sibuk. terlibat dengan kolej, jawatan JPP dan juga sebagai salah seorang ahli dari kelas matematik.
alhamdulillah, dengan berkat sokongan rakan yang tidak pernah putus asa memberi sokongan, ketiga-tiga tanggungjawb aku dapat setelkan.
1. hari terbuka kolej.
pelajar kpli diminta untuk melukis mural di pintu hadapan kolej kediaman. kami sebenarnya berlima. tapi aku seorang dari matematik. kelibat yg lain hilang tatkala tugas tersebut perlu dijalankan. mahu atau tidak. aku perlu lakukan. mana nak letak muka kalau dikata kpli tidak bermutu.
tak mahu aku.
dan ini hasilnya..
walaupun hanya pokok biasa. ianya meningalkan kenangan..
2. urusan JPP. meeting utk menguruskan minggu konvo bukan mudah. terkejar itu, terkejar ini. nasib mendapat teamwork yang memberangsangkan. tahniah pada JPP teknik. lambat laun, pasti akan ada report mengenai hari konvo.

3. tugas terhadap kelas. sedang aku melukis, aku nmpak ingboonkeong berjalan. kesian. dia cari kawan dia yang lain. mahu buat pameran teaching aid. tp teaching aid tak ada. aku dermakan sekotak teaching aids. semuanya bukan sebab aku bermurah hati. semua sebab aku sygkan kawan aku si ing tu.
kali ini aku terlibat dalam jualan. wlpn ada diantaranya lari dari tugas. semua itu telah dibebelkan mentor kami. wlpn aku sibuk, tugas tetap tugas. penat seharian di kampus tidak menghalang aku bersama along.d dan azah untuk tlg puan norehan menggaul ayam.
hmm..kenangan. mana mungkin hilang.



ayam ini telah siap digaul. begini rupanya sebelum di simpan di peti ais

















proses penggaulan
















team of the day



















azah




















d..kontot sgt nama..hidayah la..




















along

dan incident di atas bukan mlm pertama.
ini adalah malam kedua kami melakukan kerja memerap ayam tersebut. kali ini di rumah azah.
tp..tak ade gmba aku..haish

kami mahu lakukan. dan ini kerelaan kami. kerana aku dan mereka tahu yang ini adalah tanggungjawab

Friday, May 28, 2010

kenangan untuk aku...

nak buat entry ini.
supaya 10 tahun akan dtg
time da tua2. bila bukak blog balik..boleh recognise kawan2 seperjuangan di maktab.
tapi tak semua gambar ade.
1.sbb mls nk cari


zu


normah

hari


ct

yg dpn tu D

yaasin

yan&azah

paan

kecik

ing

brahim

zulhelmi aka ALONG

dan yang comel ini saya..=)..

byk kenangan pahit n manis di tempuhi bsama.
saya sgt syg kwn rapat sy..
*************************************

kehidupan yang sangat padat.!!

rindu..nak menulis di sini.
sangatlah bz start minggu lepas lagi. bermulanya hari isnin dengan sambutan hari guru, ek salah b4 tu lagi..sabtu ahad..sibuk menyiapkan perasmian dan upacara untuk hari guru 17 mei di sini. erm..hari guru jatuh pada hari ahad. maka sambutan disini hari isnin..
maka bertungkus lumus la aku membanting tenaga. mana nak bungkus bunga, mana nak siapkan majlis, pi cari pulut kuning bagai. hm..sgt penat.

cik lina tgh bg anugerah pd lecturer paling ceria


upacara memotong pulut kuning. credit to azah n family sbb sediakan pulut kuning ni. sangat sedap n padat. time ni biru muka pengarah nk tekan pisau..ehehe

banner hari guru. cik lina color yg merah tu je. tak smpat nk tlg byk sbb nk pi siapkan pulut kuning n cr bahan2 len utk perasmian tu..

tugu tu cik lina buat dikala rembang malam ahad tu. bersengkang mata sampai pukul 2 pagi nak siapkan. gmbar ni adalah perasmian oleh pengarah.

gambar di atas telah diambil oleh exco penerbitan & pendidikan cik lina.

tak cukup dengan 3 hari bertungkus lumus, malam isnin selepas hari guru tersebut, terpaksa pulak aku bersengkang mata buat backdrop untuk program kesihatan pergigian hari selasa & rabu pulak. memang aku dah biasa buat backdrop ni. tapi kebiasaan ni biasanya aku bli barang sendiri / organizer tu akan tnya aku barang apa yang diperlukan. ini tidak..men kasi je barang tanpa tanya pendapat. time tu berangin jugak ah bila kene sediakan barang tanpa bertanya. kalau lengkap tidak la mengapa. tapi..semua yang diperlukan tak ada...nasibla aku tak melepaskan amarah time tu jugak.
dah la penat 3 hari b4 tu. dapat barang untuk hari esoknya tidak memberansangkan. tapi. berjaya jugak la aku buat backdrop tu. kreatif n inovatif mesti ada dlm fikiran bukan. hehe.
dan disini ada sedikit bengang dengan budak perempuan gedik sorang tu. erm..tapi story len kali.
inila backdrop tersebut. dgn bahan yg ciput

nmpak x aku yg mane? yg baju pepel tu la

malam rabu tu aku stay up pulak untuk menyiapkan segala kerja yang sepatutnya aku submit hari jumaat. bukan 1 @ 2..tapi ada 5..pergh..berpeluh ketiak nak menyiapkan. dah la banyak program. nak siapkan homework pulak. sangat menyiksakan. dengan aktiviti persatuan bagai. so pada adik2 pismp..akk btol2 mohon maaf sebab tak boleh commit sepenuhnya kali ni.

dan akhirnya, kerja tu siapla jugak 2.. full review sepanjang malam. ala..tp lupa amik gmba a'saiment tu..eish..rugi2. hari khamis lak. class penuh. siapkan projek mematri dan malam lak ada persembahan / demo senam ragam. patutnya kumpulan cik lina dah tak payah buat da...tapi terpaksa jugak..=( letih melayan orang len yang tak serius, kiteorang sekali terlibat. so..untuk kali ke 2..senamragam dari kumpulan aku. tapi kteorang anggap itu lebih kepada latihan untuk hari jumaat. majlis penutup senamragam.
senamragam..=)

lin.yasin.d

reben & pergerakan kreatif

banyak kan aktiviti..ha..so sape2 yang tpk nak amik kpli. pk la balik sebab selama 6 bulan hidup akan terseksa macam aku. wehehehe.

baik next..
petang jumaat pulak ada program kejurulatihan hoki la pulak. =) hehe.. program sampai ke pukul 7 mlm. time rasa sangat flat sungguh. tenaga hampir habis. tapi terpaksa kuatkan semangat. program di sambung pada hari sabtu.

hari sabtu adalah antara kenangan terindah sebab kene main hoki dalam hujan. tegas sungguh en vv tu mengaja. hujan tak hujan redah aje. tapi apa yang paling membimbangkan adalah badan hamba yg tidak dapat menahan sengsara. yela..minggu depannya camping. sape nak camping dlm demam.

ahad - proses menyiapkan a'saimen yg tergendala.

hari isnin hingga hari khamis adalah camping bsmm (bulan sabit) di kem serai saujana banting. yg ni nak story len entri sbb panjang.
lin.d.yan & kdee

dan hari ini adalah hari wesak. time ni la aku berpeluang update blog. sgt teruja dapat itdur dan berehat lama2. tapi cuma sehari sebab esok ada lawatan ke JB.
tapi ada jugak makan malam bsama timbalan perdana menteri kat pWTC..

kalau korang jd aku. korang nk pegi yg mana?
dinner ke..JB??

Sunday, May 9, 2010

dedication utk hari guru

erm..before tu..nak wish my mum happy mother's day..tapi mak tak bukak tenet..huhu..takpe yang penting dah tepon mak. =)
yang ni berkaitan hari guru lak. minggu depan, 17 hb May..sambutan hari guru akan berlangsung di IPG cik lina. program tu antara program anjuran JPP bersama budak2 tesl. cik lina jadi naib pengerusi. cik lina dah come out dengan beberapa dedication for teacher's day.
so...gambar2 kat bwh ni...budak2 IPTeknik boleh order terus ataupun jumpa wakil kelas masing-masing.
tak rugi sekali sekala keluarkan duit utk hargai org yang dah tabur jasa kat kita.
dedication ini terbuka kepada staf, lecturer dan semua pelajar IP Teknik.
So..sila tatap n booked.

yang ni cik lina letak harga RM 5. sesungguhnya, bunga ini sagat cute. yang ni contoh pink n oren
also available in
blue & red











ha..sleeping beauty with choc ni harganya cuma RM15. sangat sesuai untuk di bawa tidur ataupun diletak atas rak setelah chocnye di makan.
si sleeping beauty ni pon leh ditukar dengan
1. rabbit
2. bear
penukaran si sleeping beauty tidak akan menjejaskan harga
extra cost hanya akan di caj bila nak decoration berlebihan.




bear & marshmallow..kat telinga bear ni ade marshmallow. yum2..
sesuai kasi kat lecturer untk kenag-kenangan sebab marshumello tu leh kasi kat anak lect
harga yang ini RM17.










si cenonet ni murah aje. siap ade bunga towel n cenonet di tambah dengan coklat. sila kasi jejaka2 ye hadiah ni. boleh la kasi towel free.
dan boleh jugak makan coklat awek kasi..
cenonet tu boleh dijadikan keychain letak kat kunci moto or kunci kete.
harga si cenonet ni RM 5 sahaja. murah bukan??






yang ni flower with choc. sebagai ringkas dan selamat. ehehe.
harga FWC ni pon RM5..aduyai...murah2..dengan harga RM5 boleh mengembangkan hati orang tersayang sebanyak 600%..
tak kan tanak??









untuk manusia yang bergaya lebih matured, lebih gentlemen..lebih lah segala2nya, boleh la beli bouquet ni. boleh jugak request untuk berapa kuntum bunga yang di ingini. utk RM 3 kuntum siap dengan bunga kecil n hiasan ni, cik lina cume letak harga RM 20 aje..sesuai dengan harga remaja.
kalau kat kedai, sila jangan mimpi dapat harga macam ni.
bunga ni jugak boleh request warna. warna cik lina nak amik jdkan sample ni adalah red sebenanya. tapi amoi kedai bunga cakap stok abis.
so dengan itu, cik lina offer,
warna bunga, warna sampul n berapa kuntum yang anda semua inginkan, boleh pilih.
setiap tambahan bunga segar adalah RM 3.
setiap tambahan hiasan dan decoration juga RM3.
murah bukan??


ok ah..kalau berminat boleh jumpa semua JPP IPG Teknik @ tinggal komen kat blog cik lina ni.
tak pun, nak secret lagi, sila email ke
cindaiungu[at]gmail[dot]com.
jangan lupa sertakan sekali
1.kepada siapa:
2.kelas/jabatan/kumpulan:
3.ucapan:
4.daripada:

dan state sekali yang mana tempahan yang anda berminat.
sila.
jangan malu2 ye..
pembayaran, boleh aje datang ke bilik JPP/ call aje cik lina bila2 masa. nak no tepon..? email la dulu..=)

Sunday, May 2, 2010

BBM Matematik



hm..minggu lepas, cik lina da setel da buat micro teaching matematik...bertungkus lumus cik lina buat. bayangkan la..dengan sibuk BI kena pulak present utk math. tapi demi satu tanggungjawab, cik lina sediakan jugak teaching aids. org ckp..bia la bertungkus lumus sekarang.


time buat micro teaching math tu, cik lina tiba-tiba je terfikir...cik lina ni macam tak sesuai la jd cikgu. nervous dan gementar. arahan pon jd tunggang terbalik. camne la gaknye nak mngajar bahasa inggeris. kenapa la cik lina dapat BI sebagai minor. cik lina tak konfiden la...

so..kat bwh ni..teaching aids utk "introduction to fraction"...
teaching aids yg disediakan semuanya berkualiti tau..=p


page

Followers