Pages

Showing posts with label mood yang mereng. Show all posts
Showing posts with label mood yang mereng. Show all posts
Saturday, October 15, 2011

oktober menjelma

salam oktober
uih.
tak sedar tetiba je dah bulan oktober. dan biasanya bila dah akhir tahun mula la sebok kira cuti. terfikir gak dengan kerja melambak di hujung tahun. then. terus terpk yang masa maken singkat.
tapi bila da masuk bulan sepuluh je badan jadi tak sihat. ade je sakit nak ditanggung. permulaan bulan 10 memang agak bz. abes je pemantauan dari nazir KPM, terus je akunye penolong kanan gembur-gemburkan pasal SPSK. ntah hape lagi yang nak di edit aku sendiri konfius. sanggup panggil chegu2 stayback untuk buat fail. dtg hari sabtu tlg dia lg. sangat tertekan bila buat benda sama ulang-ulang. bila buat benda tu aku akan terasa speed otak aku bertambah lembap. then ditambah lagi dengan bebelan dia. 

woho..berpinar kepala otak. telinga ada dua terus je aku sumbat masuk kapas. lagi bagus tayang muka bodoh daripada otak terus menjadi sejuk beku trus bongok. awal bulan 10 dah sebok practis budak dengan jahitan & cheerleeding. bajet leh lompat2 cam skola convent buat. tapi bila dah nama SK..:) berangan la lebih.

aku sendiri pun tak pernah join cheer ni masa sekolah - sekolah dulu. tapi sebab minat mendalam dalam tarian aku mula la gatal kaki bila benda berkait dengan gerakan. xsaited trus. sempat gak la brush up budak-budak untuk cheer rumah hijau sri. bagi idea gak utk biru sri. tolong merah sri wat pompom. rumah kuning je aku tak tolong sbb dari azali tak suka rumah sukan kuning. terus terasa yang kuning slalunya mengelat.hahah..

akhirnya setelah bertungkus lumus 3 hari kat tapak camping damai resort sedili. aku terus je menjejakkan kaki ke kursus KSSR dunia seni visual. mcm tak kena kan. haha. aku opsyen math. 2nd minor BI and KH. tapi kena pegi KSSR dunia seni visual. tapi sebab aku dah pegang konsep sentiasa sudi belajar benda baru..aku tak tolak pun kursus tu. paling tak pun..aku dapat sesuatu yang baru ye x..bukan setakat ilmu math..tapi jugak ilmu seni.

tahukah anda bahawa melakukan kira-kira dan akiviti seni menggunakan otak yang berlainan. mesti ramai yang dah tahu. otak kiri dan kanan mempunyai fungsi berbeza. so bila aku dah terlebih idea math. kena rangsang balik otak kanan aku dengan dunia seni. maka seimbang la dua-dua bahagian otak aku.

aku mls nak cari cable.

so esok2 aku pegi upload gamba.
dah lama tak tulis entry. so aku rindu nak menaip.
sebab tu wujud entry ni.

:) sekian..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 1, 2011

nmpk lembut tapi garang

aku tinggal kat kampung. kampung aku direntas highway utara selatan atau lebih dikenali dengan nama highway PLUS. kalau sekali sekala masuk kampung. mesti rasa eh-eh-sesat-kah ini
sebab masuk kampung aku memang memerlukan mental yang tinggi

eceh. cuak je lebih.

tapi biasa woh. kampung kat joho ni. memang jauh. tapi sebab lalu highway. dekat je rase. oho..
ni pun tipu. nak pegi mane asek naek hgway je.

aku nak cerita. kat kg aku ni kirenye kampung family. satu parit aka penempatan di huni oleh kebanyakannya memang ada bau-bau-bacang ataupun pertalian darah. maknenye masuk kampung terus kene jadi nama

cik lina sopan.

haha.

padahal kat banda orang panggil lynn. konon je kan.

bukan salah aku pun. aku penah sarankan kat kawan2 aku masa teknik dulu panggil aku ina ke. lina ke. dierang kate tak sesuai sebab nama tu untuk orang lembut2 jew. eceh. tak guna je. pdhl aku memang lemah lembut pun.
*****(*___*)*****
dulu time kecik-kecik nenek belah mak aku tu selalu tego aku.
sebab masa aku kecik2 aku sangat suke pikul beg skola kehulu kehilir.
ko bayangkan la anak korang yang umo 3 taun dah sebok belakon nak pegi sekolah. pastu siap jawab pelat-pelat kalo orang tnye nak pi mane dia jawab
nak pi colah (sekolah) nek. nak colah
mesti terasa comel kan.kan..
hiiiihii

aku dulu camtu la. sebok asek nak pegi sekolah. last2 sampai umur 26 taun semalam dan hari ni 27..ade setaun je aku skip untuk tak pegi menuntut ilmu.sebab time tu aku patutnya dah tamat menuntut ilmu dan bekerja.
haish.

cita-cita dari kecik kan. nak pegi sekolah.
dan sebab hari ni. aku da masuk 27 tahun.
lagi 2 hari lagi aku kene pegi sekolah balik.

nampak gayenye sampai tua la aku kena pegi sekolah. hari2 pegi sekolah. sampai la aku pencen.

saje nak buat entri ni sempena 1.1.11 kan. aku nak umumkan
lagi dua hari lagi
aku kene pegi sekolah.

dan mulai isnin ni.
budak2 kena panggil aku cikgu lina
spy nmpk lembut tapi garang.
haha

tajuk sempena ayat paling akhir entry..wink2

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, December 31, 2010

emosi berkecamuk - lets check wut should we bring time posting

hari ini hari terakhir 2010.
aku bukan nak cerita pasal azam aku tahun depan. cuma time menulis entri ni. perasaan aku cukup berkecamuk yang aku tak tahu nak kongsikan dengan sapa. aku betul2 pening kepala jadinya.
emosi aku cukup kucar kacir.
aku happy. dalam masa yang sama aku berdebar2.
aku rasa tak bersedia. dalam masa yang sama aku tak sabar.

pendek kata aku sebenarnya tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni

aku dah tahu tempat aku akan di postingkan. aku dapat tengah bandar JB. aku rasa betul2 dekat dengan landmark johor. bukan aku tak bersyukur. aku syukur sangat-sangat dapat johor. apatah lagi sekolah yang aku boleh bayangkan kedudukannya.

lepas ni aku akan berkhidmat di SK SRI TEBRAU. dekat dengan perumahan taman sentosa. so ada sapa2 nak bagi aku tumpang tak. hihi.

banyak bende yang aku pk sekarang ni. sebab tu aku serabut. sama macam aku nak pi maktab dulu. taktau nak buat camne. so sebab tu aku kene buat entri. aku nak buat apa yang aku perlu kemas.buat.pk.

bila dah tulis. mesti aku rasa jadi terancang.

haha

oldschool kan.

so..lets start CHEGU..

oh..b4 tu. tadi orang JPN JOHOR yang cekap itu telefon walaupun harini cuti. dia siap gelar aku cikgu da..hihi. rasa lain macam plak. pdhl isnin ni kot baru konfem berdaftar. apepon. congrate pada diri sendiri dulu.


1 kemas pakaian
  • baju kurung (nak bawak untuk 1 minggu walaupun dekat nak balik sebab cuak.) - 5 helai
  • panties+bra (yang ni takyah kire. haha)
  • tracksuit (4 kot) - ni termasuk nak pakai malam sekali ni. yela. nak duduk umah orang dulu kan. kene la pakai sopan. - 4 helai
  • tshirt lengan panjang - 3 helai
  • tshirt duduk umah - 5 helai
  • tudung - 5 helai.
  • scarf tudung - 3 helai.
  • telekung
  • baju tido ah.
  • jeans. (perlu ke?) - perlu untuk jalan2.

2 toileteris
  • syampoo
  • ubat gigi
  • berus gg
  • cuci muka

3 buku2

  • nak bawak buku mengajar ngn sijil je dulu

4 kasut

apelagi yek patutnya? laptop.

haha. yang lain dah tatau da

kang ingat buat entri part two boleh tak?
masuk tahun baru. apa yang perlu dilakukan adalah menjadikan blog sebagai planner terbaik.

tapi. cuak la weh. apsal yek? dari semalam dah sebok debar2. arini trus pening pale. tapi sangat bersyukur adalah dapat johor. negeri yang bahagian pendidikannya amat efisyen berbanding yang lain. oh. lupa.

nak ucap tahniah kat smua pelajar KPLI yang lain. dah tau tempat posting tu

kirenye ank2 sedara masuk skola. makcik pun kene pi skola gak isnin ni.
lepasni boleh la rancang kehidupan untuk kawen. yela. dah dapat bandar JB. dekat lak tu dengan sayang2 bucuk2 tu. so. boleh rancang cermat2

semoga 2011 memberi seribu kemewahan dan keindahan dalam hidup kami berdua.
amin.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, December 27, 2010

penempatan guru bagi KPLI 2011

tadi pagi
awl pagi kene bangun awl sebab kene masakkan bekal untuk adek nak bawak pegi keje. sebab sayangkan adek. aku bangun jugak. dan sebab bangun awal. maka buka laptop pun awl dengan tangan terketar cari no telefon maktab

dan hari ini seperti hari bertuah
sebab layanan diterima dari unit peperiksaan sangat dipuji.
pagi sebab mud baik.
dia membalas dengan cukup berhemah. macam tu la
rasa tak serik dan excited telefon dan tak terasa membazir kredit sebab akhirnya walaupun belum konfem. dah tau keputusan KPLI.
dan tahniah untuk diri sendiri.

dengan excited terus nak share cerita dengan kawan terbaik masa kat maktab. terus telefon si hidayah dan norazah sebab nak share berita yang kita dah terima result pagi2 buta. hahah
siap seram sejuk tangan.
dan time tu hidayah ada kat kementerian.

wohooo..
lagi terus mesej2 dengan dia dan dapat berita yang macam tambah seram sejuk kita.
ambilan ni akan dapat ke kelantan terengganu sedangkan hati meronta hendakkan joho tempat tumpah darah dan tersemat jiwa untuk berbakti

eceh

tapi tetap rasa diri akan ditempatkan di negeri sendiri sebab orang asal kelantan terengganu kan ramai nak balik. so masih yakin akan dapat joho.
hihi

dah ada beberapa orang jugak dapat panggilan dari kementerian. dan sapa yang dapat panggilan tahniah kerana orang terawal akan daftar untuk mengajar dan sah jawatan lagi cepat dari orang lain tapi sangat jauh untuk seberang laut yang berenang boleh lemas.

cuma nak cakap tahniah lagi sekali sebab dapat ke sabah sarawak..

semua budka teknik dah tak sabar nak keputusan periksa sebenarnya.
sedangkan budak lain dah dapat.
cuma nak cadangkan kat kementerian lepas ni upgrade sikit pengurusan dekat maktab sebab dari segi profesionalisma adalah sangat tertinggal kalau nak di bandingkan dengan unibersiti.
kan dah ada ISO 9001. tapi macam takde. akan merasa sangat kecewa jadinya. lagi2 kesian kat bakal2 anak muda yang menghabiskan sepenuh masa kat maktab.
tak merasa hidup kat U.

ataupun masih lagi tertanya2. mungkin dalam pengurusan pelajar KPLI je macam tu bukan melayan budak PISMP yang manja2 belaka. sering lagi tertanya2.

ok. terus pada tajuk

penempatan guru KPLI tahun 2011. harap2 seperti yang dijadualkan dan digembar gemburkan iaitu 28/12/2010 bukan la selepas budak2 dah sekolah 1/2 thn


bukan apa.
lagi cepat tau.
lagi senang nak rancang masa depan.
kalau lambat kan boleh pegi cari kerja.
tlg la encik2
kasi cepat ok
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, December 24, 2010

kurus? begini ceritanya

sekarang.
bangun tido je aku terus terfikir nak bukak laptop
then pegi laman web MOE ataupun SPP.
siap tengok pengumuman penting.
berita terkini
link2 baru

haha.
kemaruk seh!!

yela.
hari-hari orang asik tanye.
dah dapat surat?

ngaja kat mana kang?

start bile?

konpem ke?

lemah ok..
kite ni pun tak tau status lagi.
ramai pulak yang bertanya

tau.tau
semua yang bertanya itu sangat mengambil berat dengan diri ini.
tapi kalau dah hari2 tanya.
mau tak stress.

sekarang jugak rutin harian ialah tidur awl. dan sangat fobia bila melihat penimbang berat badan. untuk mengelakkan stress di kala cuti adalah menjauhkan diri dari alat penimbang badan dari seorang perempuan.
ayat tanpa titik tersebut supaya korang baca laju dan cepat habis.
hihi

aku siap dah pk da.
kalau aku tak dapat gak panggilan guru tu awal januari. aku mesti kene cari keje sementara dulu.
yela.
aku tak pernah la duduk2 saja ni.
rimas ada. gelisah pun ada. hilang selera makan pun ada.

oh2. ye..baru ingat.
dari buat entri kosong nak selit beberapa benda menarik lah.
ok, kene tuka tajuk ni.
mula2 saya dah letak tajuk
hari-hari sekarang
sebab sekarang ni terus nak selitkan beberapa cerita. terus tuka seperti tajuk di atas. memang klise kan. asik tulis entri dulu baru tau nak letak tajuk apa.
alah.
bende simple la. tak yah nak pertikaikan pun. kalau tanya orang seni yang lain pun mesti dieorang draf dulu cerita sampai abis baru dapat idea nak letak tajuk paling sesuai kan...kan..

aku dulu masa lepas SPM. memang la kurus kering sebab aturan makan yang dah tak sama macam makan kat teknik. dulu kat teknik di hidang nasi kawah yang membuatkan pelajar mengantuk ketika belajar dan main pancing2 ikan waktu cekgu-bosan-mengajar. hihi.
sayur kobis yang tidak dicuci bersih siap ada ulat sayur. sebab ulat itu boleh hidup subur di dalam sayur. makan la sayur itu kerana sayur yang tidak diracun serangga. so kesimpulan. sayur berulat adalah sihat.:)

and then, sebab aku baek dan pandai mengambil hari orang dewan makan selalu dapat makan pisang lebih simpan bawak masuk dalam dorm. huhu..

semua tu berakhir bila dah tamat teknik ataupun lebih dikenali dengan SPM dah lepas-boleh-enjoy.
masa kat universiti. hidup bukan macam kat matrix yang dijaga seperti budak asrama penuh gedik.
kat universiti kene berlumba2 dari apa jua segi

1. naek bas
2. beratur nak amek makanan
3. kerusi dan meja dalam kelas

sebab kene berebut masa nak makanan kat dewan makan adalah free. orang ramai berduyun2 makan kat dewan makan sebab nak jimatkan duit ptptn.

makanan kat universiti di sendukkan.
kadang2 dapat ikan kurus kering. takpun keras sampai takboleh makan sebab goreng banyak kali baki semalam petang. haha
aku pulak jenis tak makan rebung or nta hape2 ulam seperti rumput2 kecuali petai.
maka. aku takkan makan kalau tetiba makcik dewan makan masak rebung setiap hari rabu. then makan megi sebab malas nak keluar.

asik2 mentekedarah megi. badan jadi solid. eceh.

lagipun time kat pilah dulu aku join tarian yang membuatkan lemak tidak akan terkumpul menjadi selulit dan tinggal rangka.belum kira lagi perjalanan ke dewan makan melalui bukit bukau sambil bersweater tebal

bende tu berterusan sampai la sambung degree.
tapi sebab susah nak makan adalah bertukar sedikit

kat sh alam.
aku duduk kat kolej mawar. walaupun dewan makan dekat. tapi orangnya lagi ramai berkali2 ganda dari kat pilah. hidangan memang banyak. tapi lagi cepat abis. lagipun kat cni. dewan makan dah tak free. so same je kalau beli kat dataran atas.

sebab nak berjimat gak.
selalu beli lauk n tapau nasi banyak2. lauk asing2 sebab nak makan 2 kali demi menjiamtkan masa nak turun naik dan mengotorkan baju.
bende yang di tapau tengahari adalah sekali untuk makan malam.
so kuantiti makanan adalah sedikit

sebab tu la aku kurus
time blaja.
yes.

tapi semua tu bertukar bila dah masuk alam kerja..:)

Monday, December 20, 2010

kenapa nak letak gambar separuh bogel?

sebenarnya memang tengah takde idea pun nak update. tapi bila bukak facebook tadi ade plak nampak kat newsfeed gamba membe lama ni. ala..kira dulu penah jadi besfren la.. penah la kongsi2 zaman muda. then. sebab tahap kepandaian seseorang itu tidak boleh disamakan. sudah pasti akan ada yang kecundang dalam dunia menimba ilmu. eceh. yela. baldi aku dah penuh dengan ilmu. dia pulak amek baldi boco buat cedok ilmu. last2 ilmu tu tak sempat pun penuh.
Dia kantoi diploma lepas pindah cawangan lain sebab asik kene repeat paper dan takde sapa nak galak dia belajar lagi dengan dia macam aku pernah buat satu masa dulu

takdir menyebelahi bekas kawan baik sebab...ok..mention lagi sekali..BEKAS kawan baik aku tu. then dia pon dapat la jadi steward..yela..ade rupa. asal boleh speaking. tak abis blaja pun takpe. leh jual body. dulu aku kenal sangat da pe el lembut mak limah pegi pasa beli kangkung dia. gaul pun dengan orang senasib yang memahami diri. sebab aku tak penah pilih kaum berkawan. dia pun pernah jadi teman belajar antara budak ini dan budak baldi boco tersebut. kalau perempuan. memang normal berabang ber akk angkat kot. orang tak kan kate dia lesbian ke ape. normal la. pompuan kena penjagaan lebih. so nak kan kuasa dan perlindungan biasanya pilih akk and abg angkat untuk masa depan. tapi cerita sangat lain bagi lelaki yang separa keras ada abg angkat n bukan kakak angka. dulu.. aku memang tak kisah sangat sebab time tu muda remaja dan kurang memahami sangat pasal hal2 yang budak kecik zaman dulu tak pernah terfikir macam budak zaman sekarang. sampai kalau buat teke teki kat budak2...sbg contoh
cuba teka perkataan ni.
li***

ha..
ape?

terus budak2 sekarang eja

LIWAT..

padahal nak eja LIPAS..

eish2
ha.. yela.. kan budak zaman sekarang maken maju berjuta lemon. walaupun aku berkemahiran IT & sgt suka dengan teknologi. aku kurang galakkan ank buah aku main internet or ade facebook zaman muda. siap aku takot2 kan abg2 aku bahana internet pada budak2. pandai main komputer xpe. tapi bukan internet oh.berbalik cerita X-bestfren aku tadi.
aku boleh cerita kat cni sebab dia sendiri pon tak tau aku rasa blog aku ni.
dah lama aku tak jumpa dia. apa lagi berbual riang macam zaman belajar dulu.

tapi aku makin kurang senang sebab tetiba je bila aku add dia kat facebook or dia add aku. aku sendiri pon da lupa.
dia sibuk upload gamba2 separuh bogel dia yang konon2 meletup2 seksi sebab ramai anak ikan akan berkenan.

haha.

aku bukan sangka buruk.
tapi aku kan pernah berkawan baik.
sekarang bukan tak baik.
cuma kurang je baik

dah makin dewasa..kita ada kehidupan sendiri yang tak melibatkan kawan-kawan kadang.

aku cuma nak aje tanye pendapat korang. kenapa perlunya nak upload gamba separuh bogel tu. kan ade antara korang yang baca ni lelaki kan. kalau perempuan pakai seksi. memang ramai yang kompelin itu aurat ini aurat. dan menjaga aurat perempuan 10 kali rumit dari lelaki sebab perempuan auratnya lebih.

ala lelaki yang aurat cuma tak sampai 1/2 dari aurat perempuan pun tak boleh nak jaga dan mengotorkan mata aku bila dia keluar kat newsfeed.

kang nak unfren kan dia.
rasa macam tak baik sebab penah jadi kawan baik..

eish..konpius jap
ini contoh la kirenye.

dah bai

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, December 13, 2010

emak aku dulu-dulu

semalam malam, aku tengah belek2 surat beranak akk aku...yelah. hari ni aku nak daftarkan ank sedara aku tu tadika. pastu pi lak skola rendah untuk tanya pasal duet buku. bz cket makcik arini. tapi b4 tu pagi-pagi buta ni aku nak tulis entry. yela. bangun tido tadi terus mengigau cari laptop sebab rindu dah lama tak tulis entry.

aku belek punya belek then aku ternampak umur mak aku masa lahirkan akk aku. padahal ada je surat beranak sendiri nak tengok umur mak sendiri berapa time lahirkan aku. tapi semalam macam teruja pulak bila jumpa umur mak sendiri time lahirkan akk aku. akk aku tu anak nomo empat. atas2 dia sume abang.

bapak aku plak dari awal kawen ngidam anak pompuan.

lahirla akk aku tu.

keterujaan aku tu aku kongsi ah dengan akk aku. aku cakap.
eh...umo mak time lahirkan kak ida baru 27 ah...terer mak..muda lagi time ni
akk aku cume tengok aku muka pelik sebab itu pun nak teruja entah apa-apa. haha.
then aku sambung cakap
oh..maknanya emak lahirkan aku time tu umo da 37 taun ah kak.
time tu baru akk aku bagi reaksi. dia cakap eh..umo mak lahirkan ko same ngn umo aku taun depan. aku pun nak bersalin taun depan. same...same..
aku plak yang pelik tengok reaksi dia n trus dalam ati cakap..

ala..itu pun nak sama2.tapi terlepas cakap..
eh..ko dah 37 taun depan. tua ah dah. haha.
hikhik.

then akk aku trus bantai. yela..37. ko tu yang ske prasan muda. taun depan ko lupa ke umo ko dah sama dengan umo mak anak pat.

aku trus terkedu..huhu.

yela...
macammana aku boleh tak perasan. taun depan..umo aku dah sama dengan umo mak aku lahirkan akk aku. padahal mase umo 19 taun aku tak penah pulak kesah mak aku dah ade anak sorang. hihi. ntapapekan.
tapi..
bila akk aku da cakap camtu..
aku tetiba je rase tua sekarang.

then aku pk balik..
alah..
mak orang zaman dulu2 kan.
time tu kawen kene cepat.


mane la boleh samekan.

sekarang ni kan. aku bangun tido je rasa berdebar2 sebab tunggu tempat posting. kat mane agaknye aku akan tinggal start 2011 taun depan. heish..kang dapat sabah sarawak. lama tak boleh balik semenanjung da. sian mak aku rindu anak dara dia ni.

gaknyekan..

sebab mak aku kawen awal la dia dah stat bising nak suruh aku kawen cepat.

mak2 biasa la
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, December 9, 2010

dah malam. sapa yang main guli tu??

hari ni dah khamis.
kejap je rasa minggu ni berlalu.
semua sebab sebok buat kerja rumah ari2.

tak. bukan nak cerita bende tu arini.
nak bagitau.
arini badan rasa seram sejuk.
tengahari pun rasa seram sejuk.
petang pun sama. bukan alasan malas nak mandi atau apa la. tapi serius shit memang seram sejuk. rasa macam berdiri je bulu roma tengkuk.

then akk aku cakap.
arini ko ade tego bende bukan-bukan keh?
seingat aku, takde la pulak ape2 binatang ataupun makhluk pelik harini. mane ade aku menceluparkan mulut menegur benda yang bukan-bukan. eish2. akk aku memang. ada je bende yang nak buat saspen.

sebab seram sejuk tu la akk aku bukak topik..
yang konon2 taman dia duduk tu jiran-jiran dia cakap keras. penah jumpa si PONTI tu melayang2. eish. berderau darah aku mendengar. da la aku ni berdarah kecut. walaupun anak pendekar. ehehe.

tak..tu aku tambah. hehe..
ye. aku ngaku. aku tidak berketurunan pendekar.(*_*)..haha

then tanpa menghiraukan perasaan aku. akk aku terus gasak bercerita pasal hal tu..die cakap. malam-malam jiran die slalu denga guli jatuh dari tangga atas tu. ko bayangkan la kalau kau dengar bunyi tu pun ngeri walaupun waktu tengahari. inikan pulak tengah malam.

cube korang bayangkan.
tangga nak naek rumah korang tu ade 14 anak tangga. kalau guli tu jatuh...akan berbunyi sebanyak 14 kali dari nada slow ke nada laju. boleh bayangkan tak?
tik.....tik.....tiktik..tiktik.tik.tik.tik.tik.tik.tik.tik.tik.tik.tiiiiiiiiiiiiiiiiik....

pastu bila korang jengah kat tangga rumah. cuma kelam malam dan ada sejalur cahaya je masuk celah langsir. cahaya bulan.

uh..takot2.

adela 2 3 ari lepas. aku tersedar dari tidur pukul 4 pagi. aku nampak anak sedara aku terbongkok2 bawah meja kipas. aku yang terperanjat tengok dia terus termarah.
apa kau buat bawah tu ha dek?? dah malam tau tak. nak apa ni???!!
hiihi.
aku bukan sengaja nak marah sampai dia teresak2 nangis lepas tu atas katil.
makcik dia ni terperanjat ok.

dah serupa ju-on nak kua pintu bilik

hei..pk ank sedara je.
kalau tak. aku dah jinjing masuk kuali..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, December 5, 2010

malam semalam

7.30 pm...

..........................
senyap.
aku tunggu hp aku berbunyi.

kol 8

...
takde berita jugak..
ei..brangin..


9..10...
aku anta sekeping lagi
BGN!..BGN!

takde reply...
tunggu sampaipukul 12.


akhirnya aku sendiri tertidur.
siap mimpi aku tengok orang bersilat dalam hujan lebat segala.
haha.
perasaan tu sangat berdebar2.
aku rasa hujan memang lebat sangat

aku kebasahan dalam hujan. seingat aku mimpi aku tu macam kat sekolah rendah aku. familiar sangat tempat tu
memang lebat sangat. aku mimpi dalam mimpi tu aku macam tengah cari seseorang kat kebun klape sawet. eish2

sampai aku lupa yang aku tengah sakit ati tadi.

eh salah.

gaknye kalau tido tengah sakit ati. memang akan mimpi bukan2 gaknye. eish2.


ha tu la..
tido tanpa memaafkan.
da mimpi bukan2.


lenkali kene insap dulu sebelum tido.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, December 2, 2010

knapa asik lupa?

hm..
hujan lagi.
johor asek ujan sahaja. makin malas la tubuh montel ini bergerak ke sana sini. semalam timbang berat badan. da naek lagi 2 kg. homaigod...*_*...
haha..

sebenarnya takut jugak bila maken lama..berat badan aku dah tanak kurang da. dah tak pernah dapat sesolid masa belajar dulu. asek2 mantain 43 - 45 kg je. siap belagak lagi ngan budak2. aiyooo..sekarang. jangan harap. siap baju kurung pown da sendat2. =(...takot tak..takot x?

aritu aku tengah khusyuk kopek buah limau. tetiba makcik aku datang anta anak dia ngaji. mulut aku tengah penuh berisi. so aku salam dia sambil kunyah2 la limau tu. boleh pulak dia sound
"mana la ko jd tak gemok lina..asik ngunyah aje kejenye.."

aku cuma boleh senyum aje...

staun yang lepas. aku jugak yang sebok nak gemuk kan badan.

tengah2 aku tulis entry ni kan. ada je bende nak kacau hilangkan mud aku. heish.
ni call dari carefour. dia cakap takleh anta bookshelf aku beli semalam tu arini. dah pukul 645 ptg tengah hujan2 baru dia sibuk call n bagi alasan hujan. haih.
memang alamat la kene sembur. dia belum tau lagi tuan punya barang itu sangat cerewet + banyak soal siasat. lg2 kalau org mungkir janji. trus2 je rasa nak marah. bila di timbang2 balik. aku sedar aku ni emo sangat. tapi nak buat camna. aku ni mementingkan kesempurnaan. salah sikit pun aku memang pantang jadinya.

da la dia buat alasan HUJAN. padahal dari tengahari tadi panas berlengas ha. time petang2 camni la baru nak sebok2 cal. so kesimpulannya. padan muka dia. mintak2 time bende tu sampai. mood aku cukup baik supaya makhluk allah tu tak kene marah.

kali ni aku nak cerita pasal idop aku. hihi
hujan kan.
bek aku cerita bende lampau. baru bes..lepas2 ni aku cerita kisah cinta aku zaman skola plak kalau sempat.

*********************************************************************

mase kecik2 dulu, biasanya semua orang akan bagi cita2 yang sangat biasa dengan persekitaran dieorang. time zaman aku dulu, mana ada cita2 budak nak jadi angkasawan. memang takde pun. dan tak penah wujud lagi. sebab budak2 time aku dulu memang tak pernah ad pendedahan pun pasal angkasawan.
kat kelas aritu pun aku ade tanya2 cita2 budak2 ni. hihi.
ada la beberapa yang lain dari yang lain. antaranya ialah :
1. nak jadi PTD
2. nak jadi pakar motivasi
3. nak jadi bisnesman.


hm..bgs2 budak2 zaman sekarang..zaman aku dulu..bila tanya cita2 je. ramai pakat nak jadi
1.doktor
2.misi
3.cekgu
4.askar
balik2 kalau tanya itu la cita2 budak2 skolah. dalam pat tu..aku sebenarnya lebih kepada yang beruniform. dari dajah 1 sampaila aku tingkatan pat. cita2 aku tak penah berubah tau. banyak2 bidang. aku taktau knape la sampai da besa panjang umo 16 taun cita2 aku tak penah berubah. yela. sepatutnya cita2 berubah mengikut perubahan umur. ye tak. masa dah naik menengah, ada la beberapa orang moden cket cita2nya cth nak jadi akitek ke..pakar bedah jantung ke. akauntan ke. stafnes ke. ha..kan makin moden tu.
tapi.
aku tatau la kenapa cita - cita aku tak jugak berubah.
aku siap pk lagi.
aku tanak masuk unibersiti macam budak2 lain impikan tu. tak payah pun blaja tinggi2 tu.
tapi yang peliknya..selama 16 taun aku bercita2 sedemikian. aku langsung tak pernah cek kriteria yang diperlukan untuk menggapai cita - cita aku tu.

semua igauan aku tu berakhir bila aku dah masuk f5. semua orang tengah sebok tentukan hala tuju. aku pun sebok la tengok apa yang aku patut buat nak kejar cita2. last2. cita2 aku terkubur camtu je sebab aku tak lepas mana2 kriteria.
haha.

berat aku time tu pun tak cukup. tinggi pun kurang beberapa inci..so. aku kuburkan je la cita2 tu.

aku budak joho.
sekolah agama sampai dajah khas.
mak bapak aku sebok suruh aku jadik ustazah. tapi. bukan jiwa aku kot. mati2 aku ngelak. last2 aku sambung gak belaja sebab tanak masuk maahad. aku pun akhirnya sambung diploma kat kole pilah.

ala.
ujan da brenti.
otak aku pun macam berenti berfungsi jadinya.

aku terus blank nak cerita apa tadi.
+++++++++++++++++++++++++
aku nak cerita pasal buku cerita aku tengah baca sekarang ni kot.
tulisan norhayati berahim.
len kali la cerita.
sebab aku da lupa.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, December 1, 2010

bulan itu...bulan kita...bulan itu..bulan cinta

best x tajuk?
hihi
ingat tak lagu tu dulu.
lagu tu cukup popular time 1996. time aku dajah 6. siap ada buku lagu lagi yang ada tulis banyak2 lagu popular. memang tak leh lupa ah kenangan tu.
time tu..setiap malam ada kelas malam kecuali ari minggu la. ala...ari minggu takyah la tanya. kan ke memang cikgu2 takkan dtg skolah utk buat kelas tambahan pun.
ok2..sory termelalut. mari berbalik topik tersebut.

aku pun ada buku lagu tu. siap kumpul ramai2 pastu nyanyi kuat2. haha.
rasa heaven gile.
bile pk balik entah ingat atau tak budak2 tu semua.
yela..
kawan2 aku semua da kawen.
oh..ade lg sorang tak lg..hhihi

ni aku cerita pasal kawan rapat aje la. jangan la pertikaikan satu kelas aku.
takkan kecik2 dulu nak bet dalam kelas pulak sape lagi cepat kawen. mestila topik tu dibincangkan dengan teman rapat. dan macam tau2 je. kecik2 dulu aku paling lambat kawen.
ces.hjkrbv e******.
gaknye kecik2 dulu aku itam+garang+pandai kot.
haha.
so potensi untuk kawen cepat bukan dalam kamus idop. yes kawan2. tekaan sangat tepat. naseb kecik2 tak pandai bet pakai duit = haram tu. kalo tak. kopak aku nak tunaikan. +_=...

da la. tolong la cik lina oi. balik pada tajuk. jgn degil.
eish. susah tau bila berperang antara perasaan dan tangan yang sangat degil laju2 menaip tanpa dapat dirangka oleh akal aku lagi nak kaitkan dengan topic. tapi aku cuba. hihi.

ok.
hari ini 1 december / disember.
yea..
tapi padahal takde kenangan manis dalam idop pun berkaitan dengan percintaan yang berbunga2 dalam tarikh ni. cuma saja nak buat entry 1 disember. kesian kat korang yang kene baca ngarutan aku pagi2 ni. tapi ada satu bende menarik la..
1 disember = harijadi si muhammad aliff fitri hakimi. anak sedar somel2 sayer. die memang sangat somel sekali. yela. bila nak makan cucur badak sibuk rebut2 dengan aku padahal mak aku merangkap nenek dia da bagi 4 keping kueh cucur badak. aku makan 2 sebab aku kan lagi tua. dia patut makan 1 dan kasi si nur ain umairah 1. tapi bila si nur ain umairah tanak. dia sibuk2 rebut then tanak kemas pinggan. heh!

nak tanye ni.
panjang x nama budak2 tu?
mau tergeliat lidah bakal somi.
aku kang nak letak nama ank aku indah2. hihi. salah2 indah tade kait mengait dengan susah kan.

indah=xindah/huduh
susah=senang
betul x.
so patut aku tulis aku nak letak nama anak aku simple2/senang3 (gaya upin ipin)..tapi aku tanak pun. aku tetap nak letak nama ank aku indah2. bukan nama dia indah. heish korang ni..

dah la. aku bukan nak cerita sangat apa2 pun.
aku cuma nak bebel2 sebab rindu nak menaip.
kalau menaip aku rasa macam lega sepanjang hari.

oho..lupe nak bagitau. saje je nak eksen. aku nak pi cuci rambut kat kedai hari ni. saat memanjakan diri. sejak bersekolah ni. aku dah jarang manje2kan diri macam aku keje dulu2. dulu tiap bulan aku pi cuci rambut kah. pi facial kah. beli baju kah. buku2 novel kah. yela. kepuasan diri kan. tapi bila da sekolah balik ni. kene berjimat2.
tapi. sekolah kan da abis.

moge2 dapat posting / start mengaja bulan januari kang.

eh2. aku nak kongsi ni. korang rase aku cantik x?
ala. aku pun tak pernah rasa aku cantik takpe. aku maafkan bagi org yang cakap aku ta cantik tu..ta pe..ta pe..
no hurt feeling pon.
tapi kan...tapi..
anak murid aku slalu cakap aku cantik. bukan ank murid aku je. ank murid orang len pun cakap aku cantik.
hihi.

bukan perasan sendiri.
tapi budak2 yang puji. kan ke budak2 ta pandai tipu..

hehe..lariiiiiiiikkkkkkkk

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, November 29, 2010

adakah dia soulmate kamu?

selalunya orang cakap, orang yang sedang hangat bercinta memiliki ikatan dari segi emosional dan spiritual..korang pernah rasa x? huhu..yelah. konon2..dengan dengar suara ke..tengok gerak badan je dah boleh agak emosi pasangan korang?
wah..
wahahaha...

sebenarnya..rahsia pasangan kekasih kekal lama dan terus berkekalan adalah :
persefahaman.

ala..asas la kan. dalam bercinta ni sebenarnya yang perlu adalah
1. kepercayaan
2. tolak ansur

yang lagi satu tetiba je otak aku blank bila tengok ewah2 tv3 ni. haha. macam tak menjana minda je.
ni melayan kan aliff dan ain la ni. siap tersepak2 aku makan kueh cucur badak n goreng pisang. eish budak2. sedap sangat makan la tu. tadi bukan main tanak bila mak aku pelawa. last2 semua dia sebat. ceh!

aku nak bagitau sebenarnya macamana nak tau orang yang kita berpasangan tu sebenarnya soulmate kite ke tidak. yang pertama da sebut kan..persefahaman. contoh dalam persefahaman adalah..korang selalunya dapat melalui segala aspek kehidupan susah senang bersama - sama la. kalau kamu berdua rasa masalah apa pun boleh setel.

yang kedua..korang tengok..pasangan korang tu cover2 tak makan ke...bergaya depan korang. cube korang telek2 pakaian ke..gerak geri ke...gaya rambut ke..tak pun tengok cara dieorang bcakap. macam di buat2 ke atau spontan je. biasenye kalau macam berpura2 tu. tak lama la hubungan korang

then macam aku cakap memula la tadi. dari gerak geri..boleh tak korang tau ape yang dieorang nak ke..ape yang dieorang rasakan. selalunya kalau korang boleh baca gerak geri korang..memang la korang tu pasangan yang sesuai. lebih2 lagi kalau korang pi dating..
rasa macam tenang je. selesa..dan tak tertekan.

*************************************

bf aku cakap..rindukan perasaan suci berkawan time sekolah2 dulu. hihi. kalau kawan dengan orang tu pun sebab betul2 minat.

dan sebab tu la aku tulis topik ni..betul ke tidak pasangan yang kita pilih tu pasangan yang betul.
yela.
tengok zaman sekarang.
ramai sangat kes cerai berai berlaku. satu yang sangat memfobiakan diri. eish2.
tetiba je aku terfikir nak kaitkan bende ni dengan kes penceraian.
yela.

tak kan tak tpk. bercinta dulu punya la indah. tetiba kawen je nak cerai berai je. knape ek?

pastu aku pon tengah terpk2. tapi selalunya cerai ada banyak sebab.

******************************************************
dalam hal ni nak salahkan sapa?
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, November 28, 2010

bersediakah anda untuk komitmen?

semalam, hujan lebat sangat. hujan yang macam dah lama tak hujan siap petir dan guruh sambung menyabung. siap jugak la tendangan pada kotak suis eletrik sampai takde bekalan elektrik hm... dasat.

sebenarnya aku punya entri lebih nak ucap tahniah pada shima. tahniah atas pernikahan dengan pasangan pilihannya. sory tak dapat pergi sebab kaki aku sedang melalui proses pengubatan. muka bahagia shima hari ini pun setelah melalui perit bercinta. perit berkasih dan akhirnya putus si tengah jalan. nasib dia seorang yang tabah.


*************************************************
tajuk aku tu tade kait mengait pun dengan ucapan kat ats tu sebenarnye. hehe.
tetiba je soalan tu timbul kat kepala otak aku.
yelah. semalam...ada majlis khatam quran anak murid mak aku. so mak dan makcik budak tu pun bawala makanan untuk meraikan khatam quran anak dia tu. dan anak sedara aku kebetulan bercinta sepupu.
antara topik perbualan diaorang adalah nak ikat ank sedara aku tu dengan pasangannya.
anak sedara aku ada setahun lagi utk abiskan degree. tapi tak kisah rasanya sebab bf dia dah keja n baru je beli kereta.

yela.
aku kan dah melalui dulu usia keremajaan tanpa ikatan lagi. so aku cakap ah kat dia. takde apa yang dia tunggu da.
lepas degree dah boleh terus kawen. untung macam abang aku jugak. umur baru menjangkau 44 tahun. anak dia yang sulung dah nak kawen. haha. rasa awal pn cucu. aku kan penasihat terunggul. nasihat orang je tau.
cuba sendiri.
mati2 akan kata taknak. heheheh..

memang.
dulu..masa aku belajar, tak pernah pulak aku terfikir nak kawen dulu. sampai la ni. tak kawen - kawen lagi. dan adalah tanggungjawab mak sedara untuk
menghalang anak sedara dan adek mengikuti langkah yang aku buat.

aku banyak kali jugak kan cakap. aku sebelum ni takut nak ada komitmen. rasa macam satu yang mengerikan. tapi terasa cukup TERASA. (phm x?) ..haha..
bila....

kau nampak kawan-kawan kau jalan - jalan kat pasar kampung bawak anak yang dah pandai berlari2 sorang dan kendong lagi sorang. lepas tu jumpa kau buat muka teruja nak tunjuk anak. hehe. dan soalan yang biasa di tanya adalah
bila kau nak langsung??
time tu kau mesti terfikir, banyak banyak soklan dalam dunia ni. kenapa kawan kau asal jumpa kau je tanya soalan keramat tu. eceh!..menyampah ok.
kalau tak kuat boleh jadi gila meroyan mengalahkan orang melahirkan bayi kena tinggal suami.
haha. ngarut memang pandai.

walaupun analogi tu kurang sesuai. tapi soalan kawan - kawan aku tu tanya sebenarnya berbalik pada tajuk yang aku bagi kat atas ni.
bersediakah aku untuk komitmen tersebut

dan dalam lebat - lebat hujan semalam. bila aku fikir2 balik. aku terasa macam nak kawen menjelangnya matahari hari ni. haha. kemaruk kan.

tapi aku percaya. perancangan yang dah di tetapkan untuk hidup aku adalah yang terbaik di atur oleh NYA. aku seorang yang sangat berserah dalam apa jua keputusan yang datang.
dan kamu semua.
baik tanya diri.
bersediakah kamu untuk komitmen?

dan tugas yang utama sekarang adalah.

"pujuk ank sedara n adek spy kawen cepat.."

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, November 20, 2010

bila cinta

time tu semua orang kecoh2 nak post pasal lagenda budak setan. aku takmo la emo sibuk2 nak tulis gak.then..bila dah tenang macam sekarang ni baru aku nak share.
lagu ni.
macam sayu je.
so..take a look

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
then..
aku saje je pilih soundtrack yang ada sore2 petikan filem tu. tapi rasa macam lambat sgt nak load. korang cari la lagu tu sendiri ye.. sebenarnya kalau di ikutkan dari 5 bintang. aku bagi 3 je. sebab jalan cerita dia simple dari buku novel yang aku sangat gila2 satu masa dulu.
yela.
hidup membesar pun dengan semua karya ahadiat akashah. mau tak suke cerita ni.
rak buku pun dah penuh kat rumah. kene tuka rak buku len nampaknye..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, October 15, 2010

nak balik..nak balik

oke.. arini ari jumaat nak balik kampung dah rancang 2 3 minggu yang lepas. tapi jahanam sebab esok konon2 kene pegi perhimpunan besar se awal 6.30 pg. boleh percaya atau tidak ni? 6.30 pg di hari sabtu? heh..
mahu sungguh menyumpah seranah dalam hati ini di keluarkan.
owh..ye..sebenarnya dari 13 oktober lepas..badan mula rasa tak sedap.
kepala rasa ting tong.
then semalam seseme jadi teman.
penyakit yang langsung tak digemari.
awl da pegi klinik mintak ubat kepada penyakit.
mungkin ubat doktor bagi kuat sangat
sampai hari ni rasa mereng.
maka..
petang ni terpaksa stay hostel sebab tidak boleh pulang ke kampung
ahhhh
menderita jiwa jadinya
mahukan belaian ibu ketika ini..huuuh..mak..anak mak sakit..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, October 12, 2010

jom bet!!

ek..
btol ke parking kat jusco tu bukan per hour? apsal plak aku penah nampak ade amoi tu sanggup nak pecah rm 10 sebab nak bayar parking jusco RM 2. 50.
ke slame ni memang aku salah
cume...
free 1st hour dgn jcard kn?
lepas tu baru die kire..sebab tak pernah ade orang shopping kat jusco 5 6 jam kan?
heh..
tak puas ati je..
tapi kan...arini sangat rajin nak update blog.
patut kene siasat knape ni..
sbenanye..penat buat ulangkaji ni akan membuatkan kite lagi kerap berfikir.
slera ilang..
perut rase sakit.
hati berdebar2.
nape ek?
memang tiap2 taun nak naek satahun umur aku rase macam ni gaknye..
taun lepas siap pening2 lagi rase terhuyung hayang..
uh2..
rasa dasat ah..
tapi alhamdulillah
mari bersyukur.
dah 26 taun menikmati kurniaan ilahi tnpa cacat cela.
semua orang nak blog pasal eksiden tu
aku pun dah tengok gambar2 ngeri tu..
tapi tanak la blog pasal tu..sbb blog aku tak pernah lagi letak bende2 ngeri camtu..
=)..sem ni sangat tidak stress sebab takde lecturer yang asik sindir2 belakang je..
eh..tgk jam..
dah pukul 8.30 la..lagi bape jam..cpt kire..

gaknye kan..kalo menang bet ni patut mintak ape kat orang kite bet tu?
patut mintak baju selai kan..
ek..
berbaloi x..

dah ah...dah ah..
sambung blaja..
tapi nota contructivism ini sangat panjang dan sakit leher utk ulangkaji..
psst. pelajar kpli len..
jom share notes..
nak??
email je
cindaiungu@gmail.com
cikgu ni tengah baik ati ni..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers