Pages

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts
Sunday, September 16, 2012

cikgu

sudah masuk setengah tahun aku menjadi isteri orang.
dan tulisan aku makin tidak rancak nampaknya.
tak tahu mana silapnya. sama ada aku sibuk merancang hidup baru..atau aku sibuk menyibukkan diri dengan kerja yang dari mata orang lain senang aje..

suami aku jauh.
jarang-jarang dapat ada dengan aku. maka hidup aku selain aktiviti petang adalah kerja. benda kesayangan aku selain family dan suami adalah anak-anak murid yang pelbagai pe elnya.
sehari tak jumpa anak-anak kat sekolah. rindunya macam tak lengkap hidup.
memang tak sama macam merindui suami.
tapi tetap ada bahagian rindu untuk mereka.

jadi cikgu sekarang bukan macam dulu-dulu lagi. dulu cabarannya lain. sekolah dalam hutan. nak pegi mahu berakit berselut. jadi cikgu rasa mulia. macam lilin bakar diri.
sekarang jadi cikgu pun lain cabarannya.

mak bapak dah pandai-pandai.
dah terpelajar orangnya. sampai kadang-kadang lupa yang diaorang dulu masa kecil-kecil masih pergi sekolah untuk belajar membaca..mengira.
dulu bukan macam sekarang. bersepah pusat tusyen.
aku pun bukan muda sangat. pernah kerja tempat lain sebelum jadinya cikgu.
cabaran kerja memang lain-lain.

ada client pun lain2. even cikgu sekolah rendah dan menengah pun cabarannya lain.

so tak boleh nak judge kerja orang lain senang.
bukan sorang dua kawan aku kerja engineer. peguam. arkitek. jawatan besar2.
tapi tak sorang pon pernah belagak.
bangga dengan kejayaan dieorang sampai kutuk2 cikgu yang pernah ajar dieorang.

aku ajar budak yang sedang-sedang pandainya. aku garang ikut kematangan budak. even aku ajar budak darjah 3 dan 4. aku layan diaorang macam orang dewasa. diaorang suka bila di treat mcm orang dewasa.

banyak lagi benda aku kena belajar untuk jadi mak pada 40 orang anak.
sedangkan orang yang ada anak pun paling ramai 12. jarang-jarang kita dengar dah, orang ada 16 anak. ni pulak aku yang baru kawen ni belajar nak jadi mak pada 40 budak.

setiap hari walaupun takde benda nak ngadu pada aku..budak-budak asik2 cari mak dia ni.
even dapat tengok muka pun diaorang dah lega.
camtu la rasa jadi mak budak.
budak ni kalau jumpa mak dia..walau tak cakap ape-ape dah lega dah hati dia..
siap cari aku kat bangunan tiga tingkat sebab konon-konon nak bayar duit didik. nak tanya benda yang kadang-kadang tak payah tanya pun

kids being kids..
kadang-kadang itu yang mahal dan indah nak dikenang sebagai cikgu..
benda-benda remeh tapi indah bila dikenang balik..

apa yang aku buat time aku baca ada orang kritik kerjaya aku sekarang. reaksi aku adalah seperti berikut
  1. aku rasa kesian kat dia. kenapa dia boleh tulis benda yang sangat mengundang kontroversi
  2. aku rasa dia tu budak tengah belajar lagi kat mana-mana kolej dan fikiran dia tak matang
  3. aku rasa dia tu mcm budak baru kenal internet dan tulis blog. 
  4. then aku rasa balik no 1 tu sampai no 3..
  5. rasa kelakar bila ramai sangat orang marah dengan budak tu. 
budak tak matang ni kalau dilayan kita pun jadi tak matang sekali. siap yang kesian budak tu siap kena padam blog dia lagi. eish2...kesian..
kena sumpah seranah lagi. dah menjadi idup tak tenang. takut nak online. stress dan boleh menyumbang pada ketidakstabilan hormon dan tekanan darah.

pendek kata. lepas je aku baca entry tu aku memang meluap2 rasa kesian dengan sifat tak matang dia tu. dah la kena kutuk kow2..
siap kena tulis entry mintak maaf yang tak ikhlas. then kena kutuk lagi.
pergh. idup macam roda kan. time kat atas bukan ingat sakit kat bawah.

siap aku terbayang. macamana la budak tu punya malu nak pegi ofis dia (yang dia claim dia engineer). camne kalau bos atas dia tau. tu belum lagi pengarah syarikat lagi. aigoo...
memang tak boleh di bayangkan macam mana dia nak menghadapi dunia dengan kecaman yang dia dapat tu.

dan lagi. macamana tah penerimaan orang yang kenal2 dia. mesti dia malu gila.

ha..
sekarang rasa logik tak kenapa aku rasa kesian.

logik kan..

tu aku ckp..
budak tu tak matang lagi. sebab tu dia tak pandai lagi buat konklusi.

kesian dia.


kalau la dia baca blog picisan aku ni. aku nak cakap je.
akak rasa kau kesian dek. ada akal fikiran kau tanak guna. bila dah tua kang. kau baca balik blog yang kau padam tu. if kalau kau simpan la...kau mesti rasa kalau la masa boleh diulang kembali..mesti kau nak merentasi masa n tak nak buat benda tak masuk akal ni. kesian kau dek

dah la...penat lak mbebel ni..
nanti jadi tak logik nak salahkan sapa.
akak jugak yang kena..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, June 14, 2012

Please vote for my school

:)
budak-budak..
sebok nak masuk acara pencarian protex handwash.

kalau korang nak tolong..cuma perlu view sahaja video kat bawah ni

anak-anak aku...
yang lelaki semua tu.

peel..memang le penat nak melayan..

group 1
group 2
group 3


tolong view ye semua


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, April 29, 2012

anak muda masa kini

rasa dah lama sangat-sangat kan tak menulis dalam blog pasal topik am. sejak nak kawen hari tu banyak post semua mengenai hari bahagia je.
alhamdulillah da selamat dah semuanya. tinggal tunggu saat-saat indah untuk di lalui bersama je.

sebagai seorang lulusan ipt yang bertungkus lumus belajar rasa macam tak wajar bila tak keluarkan pendapat mengenai isu PTPTN yang anak muda soalkan sekarang ni.
ramai betul anak muda sekarang pandai buat demonstasi jalanan. tak tahulah diaorang ni semua terpengaruh ke apa. aku rasa pemikiran anak bangsa mungkin makin cetek. meh aku cerita sikit kisah aku nak belajar dulu.

well say. aku bukan datang dari anak orang senang. yang ada rumah besar. kereta mewah. mak bapak aku orang kampung. yang aku tau mampu sekolahkan aku sampai aku SPM je. lagipun tak ramai pun orang kampung tempat aku sambung belajar.  tak ramai yang minat belajar macam aku. yang lain fikir senang. keje kilang. kawen. tinggal kat kg. selesai.

tapi aku lain. dahagakan ilmu...

lepas SPM je aku start keje kat the store. time tu azam aku satu je. nak cari duit untuk sambung belajar. sebab bulan 3 @ 4 mesti akan dapat keputusan kemasukan ke U. nak masuk U kena la ada duit poket. nak susahkan mak bapak. tak sampai ati...
dan dapat la jugak aku pegi ke UiTM N9...amek kos diploma sains komputer. camne aku support hidup? semua sebab jasa PTPTN. aku jugak tak pernah merungut sebab aku kena bayar balik pinjaman. semuanya sebab apa. sebab aku tau aku meminjam. aku orang susah. kena pinjam ptptn. kawan-kawan kaya aku tak heran pun nak ambil PTPTN. tak pun buat rusuhan..

ok. mungkin nanti orang cakap aku mindset kg. taknak buat perubahan.
tapi logik pun kan.

kau pinjam barang orang. kau dah senang taknak pulang balik? kau kenapa?

kiranya dari situla sebenarnya bantuan yang disediakan adalah untuk menolong orang melayu sambung belajar.

isu sekarang yang aku tak faham adalah.
  1. kau nak pendidikan percuma macam sekolah. ape yang tak rasionalnya dalam hal ni adalah. even kita dah sediakan sampai spm pun ada yang ponteng2 malas. apa tah lagi nak sediakan sampai U. ewah lemak. anak muda yang tau semua benda yang perlu di sediakan percuma adalah anak muda yang tiada inisiatif dan daya usaha. ikut sedap kau aje. 
  2. kau merusuh cakap ptptn tu jerut darah la hapa. at the 1st place. sape yang paksa kau pinjam ptptn? ada orang paksa? kau sendiri kot sain. nta hapahapa. ni la nama orang baling batu sampai pecah tingkap tanak mengaku. dah ada bukti kot
  3. kau cakap kau susah. sebab tu terpaksa pinjam PT nak sambung belajar. then lepas tu sapa yang lenjam duit tu belanja awek la. beli topup la..beli hp la..sape? orang lain? org yang curi duit yang kau dapat ke? nama pun pinjaman. deal la. kau dah pinjam. kau bayar la balik.
  4. PT tu tinggi sangat interest. bayar pun macam tak nampak berubah. eceh. ni lagi ah tak caye..kau pinjam ribu2. kau bayar RM 50 sebulan. mestila tak nampak berubah. kalau kau bayar ikut schedule. no worries. semua akan berjalan lancar.

dan ada jugak anak muda yang susah nak dapat kerja katanya sebab tu tak bayar ptptn. masalahnya sekarang. dah banyak orang pandai. kena pandai bersaing. bukan tau nak buat rusuhan yang entah apa-apa. terhasut dengan benda yang bukan-bukan. dari buat benda tu baik ulangkaji pelajaran. dapat cemerlang. dah tak payah bayar.

ni tak. belajar tak pandai. tau mengabiskan duit. lepas tu tak sedar diri. haiyooo...
orang macam ni la memang patut di rejam lembing. sebab mulut busuk bau longkang.
lagi-lagi yang update status yang macam kau je bagus.
heisyh. menyampah tahu..

orang-orang macam ni la juga yang akan menjadi beban negara bila nak masuk alam pekerjaan. orang yang hanya tahu bercakap..gendang sekampung dengar tapi kosong. then bila tak productive. orang taknak ambil kerja. start la blame course yang dia ambil tu pulak tak bagus. universiti bagi course lelong kat dia.
fedup nak mampus.

dari kau tuduh-tuduh orang. baik kau tunjuk depan cermin. kau tengok diri kau dulu.
kalau kau rasa kau hensem. kau bagus. ye...takpe. tapi jangan kau jadi orang tak sedar diri.





~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, January 17, 2012

SPA..spa..spa..dan TERAPI

salam.
tetiba je kan. aku rindu nak tulis macam dulu. bila baca entry tahun - tahun sebelum ni aku blog sebab kadang-kadang aku rasa sunyi. kadang-kadang aku terlebih gembira. tapi sekarang aku macam asik fokus nak buat persiapan untuk kawen. tau la aku xsaited kan.

tapi..tapi..aku terasa malam ni. terasa aku dah hilang skil nak bercerita panjang lebar kat blog. komen2 hal semasa. apa kejadah agaknya aku makin lemah pemikiran ni.

tengah minggu lepas, aku ade gak pegi rumah mother in law to b...eceh2. haha. then tetibe je MIL aku tu tanya..aku takde ke sukan2 macam taun lepas. yelah. sekarang aku kan dah duduk rumah lain. dia rumah lain, dah tak boleh monitor da pergerakan aku kan. 

anak dia pun jauh.

aku pun mention la..aku kena gak patutnya turun padang. aku ada budak olahraga yang nak kena latih. budak bola jaring yang aku sendiri tak confirm akan hantar team atau tak taun ni. then cita-cita adalah tinggi nak latih pasukan hoki sekolah. :)

tapi direct je MIL aku sound 

" jgn main panas. nak bersanding nanti itam"

peh2 mak. tak kaver2 pon

sentap aku. tapi memang aku sedia itam pon dah. mungkin dia takot segan anak bujang dia yang hensem tu sanding dengan cikgu kulit berkerak. haha.

tapi tu la. takot gak aku nak turun padang. sekurang-kurangnya aku patut kuarantin diri sampai bulan 3. lepas tu nak lenjan tak pk ape2 dah. kalau lenjan sekarang terasa kerugian beratus2 ringgit duit yang aku bazirkan kat spa.

oh2 cerita pasal spa.

aku dah sebok da pegi buat lulur la. mandi la..itu la ini la.. stakat ni aku baru je buat benda2 basic je.
aku dah pegi lulur kopi - perasaan sgt malu sebab lulur satu badan
dah jugak buat bleaching budget leh putihkan badan. tapi mcm hampeh je. macam takde perubahan pun aku rasa.
then aku dah pegi mandi garam. oh2 da jugak pegi buat facial. 
lepas ni kena mantain je la kot..semua tu untuk sapa?

untuk en bujang aku la.

kang kalau berpanas. terus jd berkerak balik. kan da membazir pegi spa segala.

nak harap cikgu baru masuk cam aku dl. semua dah jd puan. so sekian terima kasih la. konfem dieorang taknak punye.

sekarang dapat 4 kelas math.

apa yang penat adalah bab tanda buku la. 

tiap2 hari akan ada buku nak kena tanda. sebab kerja rumah bukan calang-calang bagi kan.
terpaksa la bersengkang mata
tiap hari balik sekolah pukul 6.
sebab apa?
sebab nak tanda buku.


doakan la aku.
semoga tabah menghadapi tahun ke dua di sini.
mana tau rezeki murah. tahun ke 3 dah dapat duduk dengan suami..:)



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, January 6, 2011

ini cerita posting saya

okeh.
sekarang ni dah 6 haribulan dalam bulan januari. last post aku pun esok genap seminggu.
sekarang sudah berhidup di tengah2 bandar JB. tapi yang macam tak caya tlefon aku jadi selalu takde line. nak mesej pakwe sendiri pun tersekat2 pending.

1st week. aku cuma mengajar guna jadual chegu yang entah mana pergi. aku rasa mungkin bercuti. dan cikgu tu mengajar moral, english tahun 5 dan seni tahun 6. budak-budak bandar memang pandai. tapi bila pandai makin tak hormat chegu. :(..macam biasa la. aku masuk je dieorang nak bising2. haha. failed betul la kawalan kelas.

gaknya aku kena buat muka masam sepanjang hari ke baru budak2 kecut sampai tengok aku pun menikus? sangat kagum dengan mana-mana cikgu yang masuk kelas semua budak terus senyap dan tengok buku aje. nak angkat kepala pun takut macam nak terkencing. nak cakap dengan kawan sebelah pun macam bersalah gila bila satu kelas salahkan engkau sebab kau bising. bila pandang cikgu plak cikgu tengah pandang kita dengan muka sangat garang. alangkah bestnya kalau semua murid-murid sementara aku tu macam tu.

haha..dah la dieorang tu bahasa perantaraan semuanya nak english. haiyoo..mesti 2 tahun aku mengajar kat cni aku nye english leh bawak pegi jalan2 luo negeri. hihi.

dan aku biasanya akan bernasib baik kan.
tercampak seorang diri di tengah2 bandar ni membuatkan aku lagi berdikari sebenarnya. mungkin membolehkan aku mengetengahkan lagi potensi murid yang ada. mungkin jugak supaya aku dekat dengan en husband then bila dah ada anak, aku dapat ank yang boleh dibanggakan nanti sebab tu duduk di bandar.
haish.

macam2 la kemungkinan.
sebab aku memang sentiasa percayakan qada dan qadar bahawa apa yang di atur untuk aku itu adalah yang terbaik untuk hidup aku.
dan, semalam aku dah berbual dengan penolong kanan aku. dia cakap jadual aku minggu depan aku akan mengajar matematik untuk tahun 3. kajian tempatan yang aku sendiri tak pernah belajar dalam seumur hidup,tapi aku cakap jugak aku boleh. yeah. aku yakin.
eh2 bukan tu je. ade lagi.
aku kene mengajar kemahiran hidup jugak.
dan last sekali pendidikan seni. :). pandai ke aku ni seni?

tapi aku tetap yakin kan. walaupun ada certain benda tu aku memang tak tahu. tapi yakin dengan diri sendiri itu perlu. aku kena buktikan kelahiran maktab teknik adalah antara calon terbaik KPLI yang diterima dengan senang hati oleh pihak sekolah. haa..bangga tak jadi budak teknik jdnye..eceh2

dan.
aku dapat rumah hijau. dan cikgu lelaki dah sebok2 cari aku padahal aku tak tanya lagi aku umah sukan apa. entah khabar dari mana. dieorang dah sebok2 gosip aku ni athelete. eceh.
gaknya aku ni ada badan athlete kot. hihi. mungkin tak sebab tu?
sebab itu alasannya aku di bagi bahagian olahraga. naseb lulus KOAM ok.. (0__')

dan kamu kawan2
dah dapat posting.
terima la seadanya
semoga kita berjaya mengharumkan nama sekolah dan jugak maktab.

amin.

to all readers. sorry la entry ni tak seronok langsung. sebab nak cari planner asek abis je. terpaksa la guna blog untuk catat semua bende ni.
hmm.
hmm.

ok dah.
babai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, August 13, 2010

for the rest of my life

ramadhan datang lagi
seperti sebelum ini, ramadhan 2 tahun kebelakangan ini, status hidup aku berubah-ubah.
2 tahun lepas, aku..seorang pelajar praktikal degree.
tahun lepas, aku..seorang pekerja swasta. dan ramadhan kali ini lagi bermakna.
aku bakal seorang guru. lagi sebulan lebih, aku bakal tamat praktikal perguruan. semakin hampir untuk kerja seumur hayat.
mengabdikan diri membantu anak bangsa.
kadang-kadang aku terfikir,
kuat sangatkah aku menjadi insan bergelar guru.
dan benarkah, ini jalanku
dulu.
aku sering idamkan
aku punya pejabat sendiri
aku punya anak buah sendiri
memang.
itu impian aku
aku langsung tidak pernah terfikir, aku akan berada di sekolah kembali. mendidik anak bangsa, apatah lagi mengajar mereka mengeja,

dan
aku tahu
kini
ini jalan yang aku pilih


Monday, July 12, 2010

teaching aids..teaching aids

erm..dah masuk minggu ke tiga da cik lina kat putrajaya. dan dah 3 minggu jugak terpaksa terjerit - jerit dalam kelas sebab nak dapat attention budak-budak.
first week memang la habis cuak. sekarang ni macam da leh get along dengan budak - budak darjah 2.. stakat ni..walaupun budak - budak teramat la nakal. tapi. tetap suka nak buat benda menarik nak tarik perhatian dieorang. so cik lina nak upload the latest pict yang cik lina draw. topic adalah IN THE GARDEN..=)..
masalah cik lina cuma dengan matematik.
nak ajar tajuk length. tp budak2nak darab pon tak tau..=(..sangat sedih..
macam mana tu..
3x2.5cm = dieorang leh plak bagi jawapan 2.5 cm jugak..haih..salah cik lina mengajar kah?
yang itu..sangat risau
sat g nak buat RPH da.
ngantuk pon ye..
esok DR nak datang melawat. harap2 semuanya ok..
so..
take a look la gambar cik lina lukis ni..
yang ni utk tajuk animal aritu..b4 color

yang ni utk topic in the garden.
banyak sebenanye teaching aid yang baru cik lina hasilkan. cuma tak sempat nak amik gamba dan tepek kat cni aje..ni pon tengah dalam proses sesuaikan diri..


Thursday, June 17, 2010

persediaan mental bg student KPLI


bagi semua calon yang layak ke kursus KPLI jun 2010, cik lina ucapkan tahniah.
dulu cik lina pon pernah melalui saat tu. sangat teruja time tu. tapi cik lina antara yang beruntung sebab, time cik lina berenti masuk kpli tu, bos cik lina bagi berenti awal, dan gaji cik lina utk month terakhir tu pon cik lina dpt.

hm..
bg persediaan mental yang cik lina nak cakap, terutamanya pelajar KPLI, kursus ini sangat lah padat. lagi2 kalau dapat di cheras, menuntut seribu pengorbanan. dengan lect cerewet, dengan koko la, sukan la..hm..sgt stress.
alhamdulillah, cik lina berjaya jugak mengharungi 6 bulan pertama.
antara tips cik lina nak bg

1. bulan pertama ini perlulah semua bersedia dengan wang ringgit yang secukupnya. untuk sewa rumah (kerana KPLI tiada penempatan), tapi still leh mohon. tapi persediaan la kan..untuk yuran2 tersembunyi selain RM 300 yang diminta itu. memang dalam surat dia mintak RM 300, tapi da masuk mana nk beli buku lagi, yuran persatuan lagi, duit beli buku la, duit kelas la, pendaftaran itu la, ini la. cik lina bukan tipu, cik lina serius.

2. perlu menguasai semua bidang matapelajaran. kursus KPLI ni bukan sekadar belajar, tapi jugak kene aktif dlm
  • badan beruniform (cik lina kene amik bulan sabit merah - bj mhl, so duit lg nk beli)
  • sukan (cik lina dpt hoki, so nk senang beli stick hoki sendiri)
  • olahraga (biasanya KPLI kene anjurkan olahraga tahunan. dan amik juga peperiksaan KOAM - kursus olahraga amatur malaysia. yeah..cik lina lulus..B-))
  • PJ (yang ni kene buat pergerakan kreatif la, senam ragam la. dan utk menjadi cemerlang, cik lina beli bola besar sendiri utk sng berlatih)
3. perlu sanggup untuk memikul tugas. menjadikan diri anda sebagai contoh kepada adik2 kecil di maktab. graduate kn. lect juga akan memandang anda sebagai graduate. untuk itu, perlu sedia mental dan fizikal untuk di pandang serong sebagai seorang yang berlagak dan telah mempunyai ijazah.
cik lina tahu dan cukup faham. kadang - kadang kita tidak pernah berlagak sombong dengan kelulusan yang kita ada, tp, certain lect akan melabel kita seperti itu. tahan telinga dan bersabar

4. environment maktab, langsung tidak sama dengan U. bersedia untuk berubah dan kuat semangat. jadikan tempat baru itu satu cabaran. dan kamu akan suka kan ia.

owh, lupa nak pesan.
berbaik2 dengan junior, walaupun mereka lagi muda, tapi mereka lagi lama belajar di sana. lagi2 yang dah sem 5, 6, 7. banyak pengalaman yang mereka dah timba. maka beramah mesra lah.
cik lina dpt kelebihan itu sbb cik lina slh seorang jawatankuasa perwakilan pelajar..


selamat berjuang!!
Wednesday, June 9, 2010

kenangan part 1

aku sangat sayangkan kenangan ini..dan berkahir 1 sem di cheras. sem depan, bukan sahaja dugaan baru, malah environment br. minggu sebelum cuti, berlangsungnya pesta konvo.
aku sangat sibuk. terlibat dengan kolej, jawatan JPP dan juga sebagai salah seorang ahli dari kelas matematik.
alhamdulillah, dengan berkat sokongan rakan yang tidak pernah putus asa memberi sokongan, ketiga-tiga tanggungjawb aku dapat setelkan.
1. hari terbuka kolej.
pelajar kpli diminta untuk melukis mural di pintu hadapan kolej kediaman. kami sebenarnya berlima. tapi aku seorang dari matematik. kelibat yg lain hilang tatkala tugas tersebut perlu dijalankan. mahu atau tidak. aku perlu lakukan. mana nak letak muka kalau dikata kpli tidak bermutu.
tak mahu aku.
dan ini hasilnya..
walaupun hanya pokok biasa. ianya meningalkan kenangan..
2. urusan JPP. meeting utk menguruskan minggu konvo bukan mudah. terkejar itu, terkejar ini. nasib mendapat teamwork yang memberangsangkan. tahniah pada JPP teknik. lambat laun, pasti akan ada report mengenai hari konvo.

3. tugas terhadap kelas. sedang aku melukis, aku nmpak ingboonkeong berjalan. kesian. dia cari kawan dia yang lain. mahu buat pameran teaching aid. tp teaching aid tak ada. aku dermakan sekotak teaching aids. semuanya bukan sebab aku bermurah hati. semua sebab aku sygkan kawan aku si ing tu.
kali ini aku terlibat dalam jualan. wlpn ada diantaranya lari dari tugas. semua itu telah dibebelkan mentor kami. wlpn aku sibuk, tugas tetap tugas. penat seharian di kampus tidak menghalang aku bersama along.d dan azah untuk tlg puan norehan menggaul ayam.
hmm..kenangan. mana mungkin hilang.



ayam ini telah siap digaul. begini rupanya sebelum di simpan di peti ais

















proses penggaulan
















team of the day



















azah




















d..kontot sgt nama..hidayah la..




















along

dan incident di atas bukan mlm pertama.
ini adalah malam kedua kami melakukan kerja memerap ayam tersebut. kali ini di rumah azah.
tp..tak ade gmba aku..haish

kami mahu lakukan. dan ini kerelaan kami. kerana aku dan mereka tahu yang ini adalah tanggungjawab

Saturday, June 5, 2010

sunyi

hostel kosong
esok mau pegi kem.
tanak pegi boleh?
YDP?
boleh pertimbangkan?
saya demam.

Friday, May 28, 2010

kehidupan yang sangat padat.!!

rindu..nak menulis di sini.
sangatlah bz start minggu lepas lagi. bermulanya hari isnin dengan sambutan hari guru, ek salah b4 tu lagi..sabtu ahad..sibuk menyiapkan perasmian dan upacara untuk hari guru 17 mei di sini. erm..hari guru jatuh pada hari ahad. maka sambutan disini hari isnin..
maka bertungkus lumus la aku membanting tenaga. mana nak bungkus bunga, mana nak siapkan majlis, pi cari pulut kuning bagai. hm..sgt penat.

cik lina tgh bg anugerah pd lecturer paling ceria


upacara memotong pulut kuning. credit to azah n family sbb sediakan pulut kuning ni. sangat sedap n padat. time ni biru muka pengarah nk tekan pisau..ehehe

banner hari guru. cik lina color yg merah tu je. tak smpat nk tlg byk sbb nk pi siapkan pulut kuning n cr bahan2 len utk perasmian tu..

tugu tu cik lina buat dikala rembang malam ahad tu. bersengkang mata sampai pukul 2 pagi nak siapkan. gmbar ni adalah perasmian oleh pengarah.

gambar di atas telah diambil oleh exco penerbitan & pendidikan cik lina.

tak cukup dengan 3 hari bertungkus lumus, malam isnin selepas hari guru tersebut, terpaksa pulak aku bersengkang mata buat backdrop untuk program kesihatan pergigian hari selasa & rabu pulak. memang aku dah biasa buat backdrop ni. tapi kebiasaan ni biasanya aku bli barang sendiri / organizer tu akan tnya aku barang apa yang diperlukan. ini tidak..men kasi je barang tanpa tanya pendapat. time tu berangin jugak ah bila kene sediakan barang tanpa bertanya. kalau lengkap tidak la mengapa. tapi..semua yang diperlukan tak ada...nasibla aku tak melepaskan amarah time tu jugak.
dah la penat 3 hari b4 tu. dapat barang untuk hari esoknya tidak memberansangkan. tapi. berjaya jugak la aku buat backdrop tu. kreatif n inovatif mesti ada dlm fikiran bukan. hehe.
dan disini ada sedikit bengang dengan budak perempuan gedik sorang tu. erm..tapi story len kali.
inila backdrop tersebut. dgn bahan yg ciput

nmpak x aku yg mane? yg baju pepel tu la

malam rabu tu aku stay up pulak untuk menyiapkan segala kerja yang sepatutnya aku submit hari jumaat. bukan 1 @ 2..tapi ada 5..pergh..berpeluh ketiak nak menyiapkan. dah la banyak program. nak siapkan homework pulak. sangat menyiksakan. dengan aktiviti persatuan bagai. so pada adik2 pismp..akk btol2 mohon maaf sebab tak boleh commit sepenuhnya kali ni.

dan akhirnya, kerja tu siapla jugak 2.. full review sepanjang malam. ala..tp lupa amik gmba a'saiment tu..eish..rugi2. hari khamis lak. class penuh. siapkan projek mematri dan malam lak ada persembahan / demo senam ragam. patutnya kumpulan cik lina dah tak payah buat da...tapi terpaksa jugak..=( letih melayan orang len yang tak serius, kiteorang sekali terlibat. so..untuk kali ke 2..senamragam dari kumpulan aku. tapi kteorang anggap itu lebih kepada latihan untuk hari jumaat. majlis penutup senamragam.
senamragam..=)

lin.yasin.d

reben & pergerakan kreatif

banyak kan aktiviti..ha..so sape2 yang tpk nak amik kpli. pk la balik sebab selama 6 bulan hidup akan terseksa macam aku. wehehehe.

baik next..
petang jumaat pulak ada program kejurulatihan hoki la pulak. =) hehe.. program sampai ke pukul 7 mlm. time rasa sangat flat sungguh. tenaga hampir habis. tapi terpaksa kuatkan semangat. program di sambung pada hari sabtu.

hari sabtu adalah antara kenangan terindah sebab kene main hoki dalam hujan. tegas sungguh en vv tu mengaja. hujan tak hujan redah aje. tapi apa yang paling membimbangkan adalah badan hamba yg tidak dapat menahan sengsara. yela..minggu depannya camping. sape nak camping dlm demam.

ahad - proses menyiapkan a'saimen yg tergendala.

hari isnin hingga hari khamis adalah camping bsmm (bulan sabit) di kem serai saujana banting. yg ni nak story len entri sbb panjang.
lin.d.yan & kdee

dan hari ini adalah hari wesak. time ni la aku berpeluang update blog. sgt teruja dapat itdur dan berehat lama2. tapi cuma sehari sebab esok ada lawatan ke JB.
tapi ada jugak makan malam bsama timbalan perdana menteri kat pWTC..

kalau korang jd aku. korang nk pegi yg mana?
dinner ke..JB??

Sunday, May 9, 2010

dedication utk hari guru

erm..before tu..nak wish my mum happy mother's day..tapi mak tak bukak tenet..huhu..takpe yang penting dah tepon mak. =)
yang ni berkaitan hari guru lak. minggu depan, 17 hb May..sambutan hari guru akan berlangsung di IPG cik lina. program tu antara program anjuran JPP bersama budak2 tesl. cik lina jadi naib pengerusi. cik lina dah come out dengan beberapa dedication for teacher's day.
so...gambar2 kat bwh ni...budak2 IPTeknik boleh order terus ataupun jumpa wakil kelas masing-masing.
tak rugi sekali sekala keluarkan duit utk hargai org yang dah tabur jasa kat kita.
dedication ini terbuka kepada staf, lecturer dan semua pelajar IP Teknik.
So..sila tatap n booked.

yang ni cik lina letak harga RM 5. sesungguhnya, bunga ini sagat cute. yang ni contoh pink n oren
also available in
blue & red











ha..sleeping beauty with choc ni harganya cuma RM15. sangat sesuai untuk di bawa tidur ataupun diletak atas rak setelah chocnye di makan.
si sleeping beauty ni pon leh ditukar dengan
1. rabbit
2. bear
penukaran si sleeping beauty tidak akan menjejaskan harga
extra cost hanya akan di caj bila nak decoration berlebihan.




bear & marshmallow..kat telinga bear ni ade marshmallow. yum2..
sesuai kasi kat lecturer untk kenag-kenangan sebab marshumello tu leh kasi kat anak lect
harga yang ini RM17.










si cenonet ni murah aje. siap ade bunga towel n cenonet di tambah dengan coklat. sila kasi jejaka2 ye hadiah ni. boleh la kasi towel free.
dan boleh jugak makan coklat awek kasi..
cenonet tu boleh dijadikan keychain letak kat kunci moto or kunci kete.
harga si cenonet ni RM 5 sahaja. murah bukan??






yang ni flower with choc. sebagai ringkas dan selamat. ehehe.
harga FWC ni pon RM5..aduyai...murah2..dengan harga RM5 boleh mengembangkan hati orang tersayang sebanyak 600%..
tak kan tanak??









untuk manusia yang bergaya lebih matured, lebih gentlemen..lebih lah segala2nya, boleh la beli bouquet ni. boleh jugak request untuk berapa kuntum bunga yang di ingini. utk RM 3 kuntum siap dengan bunga kecil n hiasan ni, cik lina cume letak harga RM 20 aje..sesuai dengan harga remaja.
kalau kat kedai, sila jangan mimpi dapat harga macam ni.
bunga ni jugak boleh request warna. warna cik lina nak amik jdkan sample ni adalah red sebenanya. tapi amoi kedai bunga cakap stok abis.
so dengan itu, cik lina offer,
warna bunga, warna sampul n berapa kuntum yang anda semua inginkan, boleh pilih.
setiap tambahan bunga segar adalah RM 3.
setiap tambahan hiasan dan decoration juga RM3.
murah bukan??


ok ah..kalau berminat boleh jumpa semua JPP IPG Teknik @ tinggal komen kat blog cik lina ni.
tak pun, nak secret lagi, sila email ke
cindaiungu[at]gmail[dot]com.
jangan lupa sertakan sekali
1.kepada siapa:
2.kelas/jabatan/kumpulan:
3.ucapan:
4.daripada:

dan state sekali yang mana tempahan yang anda berminat.
sila.
jangan malu2 ye..
pembayaran, boleh aje datang ke bilik JPP/ call aje cik lina bila2 masa. nak no tepon..? email la dulu..=)

Sunday, May 2, 2010

BBM Matematik



hm..minggu lepas, cik lina da setel da buat micro teaching matematik...bertungkus lumus cik lina buat. bayangkan la..dengan sibuk BI kena pulak present utk math. tapi demi satu tanggungjawab, cik lina sediakan jugak teaching aids. org ckp..bia la bertungkus lumus sekarang.


time buat micro teaching math tu, cik lina tiba-tiba je terfikir...cik lina ni macam tak sesuai la jd cikgu. nervous dan gementar. arahan pon jd tunggang terbalik. camne la gaknye nak mngajar bahasa inggeris. kenapa la cik lina dapat BI sebagai minor. cik lina tak konfiden la...

so..kat bwh ni..teaching aids utk "introduction to fraction"...
teaching aids yg disediakan semuanya berkualiti tau..=p


Friday, March 26, 2010

eh2..tolong jangan........

semuehehe..
lama cik lina tak cerita ape2 da dalam ni. dan post sekarang ni lebih berkisar hidup kat maktab..uh..mestilah boring dan trase mcm baca blog budak2. pdhl satu masa dulu cik lina ni doktor cinta..*_*..uhuuuuuuuu

cik lina tak sempat sangat sekarang nak update blog selalu. sebab tu cik lina jarang jugak berblog walking. bz sampai tak sempat. kesian.

sekarang ni, cik lina dalam kursus KPLI --> bakal cikgu math. cakap pasal cikgu ni..cik lina nak share pengalaman cik lina masa alam sekolah dulu. time skolah menengah. cik lina banyak kenangan manis masa sekolah rendah --> sekolah menengah rendah. smua cikgu cik lina kat kampung baik2 belaka. faham murid. penuh sabar mengajar.

tapi..sebab cik lina teringin nak masuk asrama, cik lina daftar di sekolah TEKNIK JB. ada pengalaman pahit dan manis kat cni. kat cni la cik lina kenal kawan2 rapat cik lina. kenal BF cik lina sekarang dan cik lina kenal cikgu2 yang cik lina rasa kurang layak untuk jadi cikgu..memula cik lina fikir jugak, cik lina ni memang kampung sgt ke sampai tak boleh terima ajaran cikgu2 bandar. sedih...cik lina terasa bodoh time blaja kat bandar.

cik lina bukan nak buruk2 kan cikgu menengah atas cik lina, tapi cik lina nak buat perbandingan. so dari entry ni, harap2 cikgu2 bandar yang membaca boleh faham situasi ini. cik lina harap sangat sekarang ni..cikgu2 cik lina ni da pencen..sebab pengajaran dieorang---> sgt memilih kasih.

cik lina dapat rasa cikgu2 bandar cik lina time kat teknik tu cuma pay attention kat budak2 yang memang excellent. dan kebanyakannye anak orang berada. anak orang ternama. time tu..budak2 kg n tak pandai ni terus di label sebagai "bodoh dan sila duduk diam2..time orang belajar sila belajar sendiri". berbeza dengan sekolah kg..cikgu2 sangat ambil berat, rajin buat kelas tambahan utk murid2. sekali pun cik lina tak pernah ingat yang teknik tu ade buat kelas tambahan. huuuuuu

cik lina juga rasa cikgu2 kg ni mengajar lebih ikhlas. dan sedaya upaya fahami student. cik lina pun bakal cikgu..sebab tu cik lina boleh tulis entry ni sekarang. sebab apa yang cik lina belajar..langsung tidak sama apa yang cik lina jumpa masa belajar. bagi cik lina..kebanyakan cikgu teknik cik lina dulu sangat lah mementingkan diri. so cik lina terfikir balik.
mungkin tu sebab didikan dari maktab kot. ataupun cikgu duduk di bandar tu rasa diri mereka sangat bagus?? naknye la cik lina tau..

antara perangai cikgu yg cik lina tak suka
1. cikgu yang emosi - dulu cik lina ade sorang cikgu BM. cikgu ni cukup sencitip. ade satu masa kelas cik lina lupa padam padam papan hitam. cikgu tu masuk, then kiteorang stil buat taktau aje. tetiba dia hentak buku kat meja. keluar kelas mengadu ngn guru kelas kiteorang n then pegi menangis..*_*..uu..gediknye
2. cikgu math - satu hari cik lina lupa bwk buku teks (xkn ttinggal pon xleh?)..tnpa tanya alasan, cikgu tu terus ngadu ngn cikgu kelas cik lina. pdhl time tu cik lin buat latihan siap kongsi ngan kwn. bkn tak buat pon. sebab cikgu mulut itik tu la cik lina kena tempeleng depan kelas. naseb cik lina kebal time tu. nak nangis pon tanak sbb tunjuk degil. haha. cikgu itik ni sangat la menyampah. dia rasa die cikgu paling pndai. dia cabar cik lina dapat 100 m next ujian. sbb menyampah tengok dia juih2. cik lina dpt gak markah tu.


dan antara cikgu2 yang best tu..cik lina paling sayang cikgu tan sui hiong. cikgu addmath cik lian. dia sgt best. cik lina syg dia.

so..tlg la cikgu2. jangan jadi emosi dan pilih kasih. ajar lah murid seiklas yg boleh.

Nota: cik lina suka jadi cikgu sekolah rendah. sebab cik lina rasa. itu permulaan mereka. betul cik lina didik, sampai besar ilmu dibawa.
Wednesday, March 24, 2010

lagu hari ini


saya ada kuda
dibuat oleh ayah
leher pakai tali
kudaku mahu lari

oh kudaku garang
ekornya sangat panjang
kuda ayah buat
dari pelepah pisang

...hari ini suruh budak2 darjah 2 nyanyi lagu ni..then buat kuiz utk dieorang alert
perkataan baru untuk budak - budak hari ini ialah
1. experience
2. punishment
3. blue eyed cat

dan..ni saya dapat dari you tube..mari berkongsi..


page

Followers