Pages

Wednesday, February 4, 2009

=byk bulu punye cerita=

tengah hari yang dingin..cewah..aku jumpe artikel yang menarik ni..so untuk dikongsi bersama..aku pon post la artikel ni...


Tak nak! Tak nak! Hajar tak nak! Dia banyak bulu. Hajar geli" aku terus meronta. Mak dan akak tak penat-penat menolak badan aku yang montel ni. Hish diorang ni.. aku cakap tak nak, tak nak la. Tak paham kot. Aku boleh je tido kat sofa malam ni.. Tak kuasa aku nak tido dalam bilik tu. ada gorila!
"hah! Jangan nak buat pasal. Apa kata sedara-mara yang ada kat bawah nanti? Nak malukan mak dan ayah?" kata ibu dinasour yang merangkap kakak aku tu. menyibuk betul minah ni. Time dia dulu aku tak penah tolak pun dia masuk bilik duduk dengan abang Jeff. Yelah, dah dia hilang awal-awal lagi lepas isyak. Mana aku ada chance nak tolak dia!
"masuklah adik.. abah dah ngantok ni. Takkan adik nak tido kat stor pulak? Masuk ya.." kedengaran suara abah di belakang aku. Semua tolakan dari mak dan akak terhenti. Aku pun diam. Kecut beb! Takut kalau abah marah. Aku terus anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik tidur ku.
Alahai.. apalah nasib aku.. bab lain aku boleh handle. Tapi kalau bab nikah kawin ni aku lemah skit walaupun sekarang aku dah pun bergelar seorang isteri kepada gorila. Malang betul nasib aku!
Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dia ni yang diterima abah? Nak kata baik, tak pun. Handsome? Lagilah tak! Yang pasti dia ni banyak bulu. Tu pun aku tertengok waktu dia nak nak cium dahi aku. Mak aih.. siap berjambang lagi. Tak pernah bercukur apa mamat ni. Aku rasa kutu pun tak nak duduk kat dalam tu. sesat katanya.. Hish.. geli aku!
Malam tu aku tertido di bawah katil bilik aku. Takut siot! aku Cuma tersedar pada keesokkan pagi. Tu pun gorila tu yang kejutkan. Wat malu aku je. Dia ternampak air liur basi aku yang keluar. Siap tolong lap dengan stokin yang dia pakai semalam lagi. Tak pe ngko. Malam nanti aku letak underwear aku yang dah pakai kat muka ko pulak!
Kehidupan aku makin berserabut sebab kena tinggal dengan mamat ni kat rumah flatnya. Aku bukannya ada duit nak sewa rumah lain so cara termudah adalah tinggal kat rumah mamat ni. Dengan syarat, aku kena cuci semua pakaiannya dan masak. Iron baju? Dia sendiri. Aku tak reti iron. Selama ni pun aku tak penah iron baju. Keja aku senang. Tak payah iron baju. Aku Cuma pakai seluar jeans dan t-shirt je pegi kerja. Kalau iron pun, tudung je.
Mamat ni bekerja sebagai accountant. Tapi serabai tok sah cakap arr.. memang macam gorila. Aku tak penah sembang dengan dia.. Aku just tulis note dan tampal kat peti sejuk kalau nak berintreraksi.
Tapi satu pagi tu, tengah aku kelam kabut nak gi studio, mamat ni wat pasal pulak. Dia demam. tak pasal aku kena mintak cuti. Aku masak bubur, lapkan badan dan ada satu kesilapan aku buat. Aku rasa tak lah besar sangat. Tapi mamat ni alah betul. Aku terbagi ubat cacing kat dia. Aku konpius la. Banyak sangat ubat kat dalam peti sejuk tu. aku tersalah amik la. Lepas tu, mamat ni cirit-birit pulak. Tambah lagi seminggu cuti aku..
Nasib baik aku punya junior boleh handle sesi fotografi tu. tak sia-sia ku jadi cikgu yang baik selama ni.hehe..
Lepas seminggu, aku terus menjalankan kerja yang aku tinggalkan selama ni. Rindu beb nak pegang kamera tu. dulu belajar penat-penat, sekarang baru rasa puas hati bila dapat amik gambar yang paling baik.
Sedang aku lapkan kamera kesayanganku, si gorila tu keluar.. Fullamak bro! dia dah tak jadi gorila la.. dah jadi Shaam. Hero tamil yang paling aku minat. Aku terus amik gambar dia. Muka dia memang terkejut gila bila nampak flash dari kamera aku.
"ko apahal? Apsal amik gambo aku?"
"hek eleh.. perasan tol! Aku nak test kamera aku boleh guna or tak. Wat pe nak amik gambo ko. wat rosak kamera aku je."
Mamat tu terus blah. Fuhh! Nasib baik sempat cover. Kalau tak, wat malu je. Aku terus cuci gambo mamat ni. Hensem gak dia ni. Tapi apsal dia buang semua bulu alias (@) jambang dia tu? konpius otak aku. Tapi tak kisah arr.. yang penting aku tak geli sangat dah.
"woi Hajar, ada bungkusan kat atas meja ko. bukak arr cepat. Aku nak tengok." Aqmar si murai tu menggamitku ke meja.
Perlahan ku buka kotak tu. macam hadiah best je. Tapi..
"arghhhh!!!! !" spontan aku dan Aqmar menjerit. Terloncat katak gemuk plastik dari kotak tu. aku lantas mencari kad yang dikirim.
Untuk si Hajar montel,
Thankz coz jaga aku sepanjang aku sakit.
ni hadiah utk ko. thank u very much..
Sincerely,
Fazrul Ahmad
Ikhlas konon! Ni perli namanya.. Aku terus mencampakkan katak tu ke dalam laci. Hee.. geli aku. Aqmar terus blah dari tempat aku. Dia pun alergi gak ngan katak. Bagus jugak ada katak ni. Senang skit nak halau Aqmar.
Aku terus telepon gorila tu. aku tarik balik kata-kata dia handsome tadi!
"woi mangkuk! Ko apahal? Nak cari gaduh ke? Apsal hantar katak pepagi ni? Dah tak da kerja lain?" terdengar ketawa Fazrul. Sebijik macam kena rasuk.
"rileks la montel.. Aku bagi sebagai tanda terima kasih aku kat ko. sepatutnya ko cakap welcome kat aku tau. Bukan marah-marah macam ni..hahaha"
"bengong punya mamat. Nanti la, malam nanti aku rebus air barli yang ko suka tu dengan peluh aku. Biar ko minum!"
"jangan risau.. malam ni aku tak balik. Petang ni aku fly ke Korea . Ada kursus. Bye montel.. hahaha.. cita-cita ko tak kesampaian.. hahaha.."
Hantu betul mamat ni. Jaga ko.. nanti kalau aku jumpa ko, aku baling ular hidup pulak kat ngko!
Fazrul balik selepas seminggu. Aku dah tido malam tu. dia masuk senyap-senyap ke dalam bilik aku dan letakkan hadiah di meja solek. Pagi tu aku menjerit lagi. Mamat ni bagi potret muka aku berbadan katak pulak. Arghhhh tensionnya aku!
Aku pulak yang kena outstation seminggu kat Indonesia . Tapi tak pe, selagi aku tak balas apa yang gorila tu buat, aku berikrar pada diri aku sendiri yang aku takkan naik flight ke Indonesia .
Pagi tu, di meja sarapan aku khabarkan bahawa aku akan ke Indonesia kepada si gorila. Dia diam je dulu.. Lama lepas tu baru dia cakap.
"gi la lama mana pun. Aku tak kisah. Aku benarkan. Janji ko jangan wat maksiat dah. Aku tak nak tanggung dosa ko. bila ko nak bertolak?"
"Lusa"
Aku tengok Fazrul enak menikmati hidangan pagi tu. Alhamdulillah. . terbalas jugak dendam aku kat dia. Aku terus keluar mendapatkan motosikal kesayanganku. Tetiba..
"woi Hajar! Apa ko bubuh dalam kopi aku ni? Kenapa ada bangkai cicak kat dalam cawan ni? Woi! Woi! Aku tak habis cakap lagi!"
Aku terus pecut motor sambil ketawa macam langsuir.. hahaha! Padan muka. Aku tak dapat nak bagi ular hidup coz aku geli nak pengang. Tapi aku berani pegang cicak, so aku bagi cicak la kat ko.. hahaha
Konpem ko kena cirit-birit balik. Hahaha.. kali ni ko jaga diri sendiri! Aku nak fly dah..babai..
Hishh.. rasa rindu la pulak kat montel ni. Kenapa dia tak tepon langsung? Tak ingat kat suaminya yang kacak lagi macho ni ke? Hishhh budak ni. Bikin hati gua jadi serabut aja! Tepon la aku wahai montel.. rindu nak usik ko.
Aku suka tengok muka ko yang cemberut tu bila kena usik. Dah la montel. Comel pulak tu. harap-harap tak da mamat yang berkenan kat bini aku yang satu ni. Walaupun niat hati aku nak tambah bini.. tapi terpaksa aku kuburkan aje.. sebab hati aku Cuma ada si montel ni. Kalau Beyonce cakap nak kat aku sekalipun, aku tetap cakap tak nak. Sebab si montel ni jugak. Patutnya si montel ni bersyukur tau dapat suami yang setia lagi penyayang macam aku ni... chewah! Hish wei montel... cepatla tepon aku! Hati ku bagai nak gila ingat kat ko ni. Kenapa aku tepon ko tak angkat?!!
Hajar kembali selepas seminggu. Fazrul terus meluru ke biliknya pagi tu.
"woi montel, kenapa tak bangun lagi? Ko demam ke?" Fazrul terus menyentuh dahi Hajar. Tak panas pun. Lantas dia memaksa Hajar membukakan mata.
"ko nak apa ni? Aku dapat cuti hari ni. Jangan la ganggu aku. Aku nak tido. Ko punya sarapan ada kat atas meja. Jangan risau, aku tak letak apa-apa hari ni. Pegi la makan. Nite" Hajar terus menyambung tidurnya. Fazrul terus berlalu.
Tetiba Fazrul pusingkan kembali badannya dan berjalan ke arah Hajar yang sedang tido. Muahhhhhh. Hah! Dah terlepas rindu aku! Mata Hajar lantas terbuka.
"apa ni?! Kenapa ko cium aku? Eee geli la!" Hajar mengosok-gosok pipinya.
Fazrul ketawa. "dah ko tak hantar khabar berita. Ni hukumannya sebab bagi aku risau"
"alah! Hari tu ko gi outstation pun bukan ko bagi tau aku."
"dulu lain, sekarang lain. Lepas ni mana ko nak gi sekalipun mesti bagi tau aku. Mesti laporkan kat aku setiap pagi dan petang. Ok?"
"ok kepala hotak ko! dah la. Gi arr blah cepat! Aku nak tido ni"
Hari demi hari yang berlalu selepas itu makin memeningkan kepala Hajar. Di mindanya sering tertanya-tanya kenapa tingkah laku Fazrul dah berubah. Makin romantik sampai kekadang tu nak termuntah bila dengar dia panggil namanya. Kena sampuk ke mamat ni?
Darling.. sweetheart.. sayang.. dear.. dan macam-macam lagi. Hah elok sangat la tu. bila dia panggil aku darling aku baling kasut kat dia. Bila dia call aku sweetheart aku bagi garam kat dia dan bila dia panggil aku sayang aku pun melayangkan buah epal kat muka dia. Padan muka! Dan bila last skali dia panggil aku dear aku jawab "apa ko ingat aku ni rusa ke? Buta betul!"
Selepas tu Fazrul Cuma panggil aku dengan panggilan Hajar aje.
Weekend ni kami kena balik rumah family Fazrul. Leceh la.. mesti kena tido kat dalam bilik yang sama. Susah aku nak salin baju nanti.
"woit! Try ko pakai baju ni" Fazrul meletakkan baju berwarna hitam di sebelah aku.
"ko gila ke apa? Kenapa nak suruh aku pakai baju tido ni. Seksi giler! Lengan dia ni gi mana? Ko makan ke?"
Fazrul ketawa. Aku membaling baju tu ke badannya dan terus turun ke bawah. Nak tengok bulan. Malam ni genap 15 haribulan Muharram. Bulan mesti cantik. Aku hanya naik tido tepat pukul tiga pagi.
Baru aku hendak lelapkan mata, tangan Fazrul memeluk pinggangku. Aku tergamam. Apa mamat ni nak buat? Dia ni sedar ke tak?
"kenapa lambat sangat naik? Abang tunggu Hajar lama tadi"
Badanku terus keras macam patung. Takut beb! Terkejut pun ada. Ni kali pertama Fazrul sentuh aku selepas dia cium aku hari tu. tu pun dia dapat cium coz aku tak sedar. Kalau aku sedar, memang makan penendang dah!
"kalau abang mintak hak abang malam ni boleh tak?" Fazrul cuba memusingkan badanku menghadapnya.
Panik. Aku pejam mata kuat-kuat dan cepat-cepat menggelengkan kepala. Rasa macam nak pecut seribu meter je sekarang ni. Fazrul ketawa melihat reaksiku.
"tak pe. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Hajar sampai Hajar betul-betul bersedia"
Kami kembali bekerja seperti biasa. Aku jadi takut nak balik lepas malam tu. aku Cuma akan sampai kat depan pintu rumah selepas tengah malam. Aku tunggu Fazrul tido dulu baru aku masuk. Dah lama aku tak bercakap dengan dia. Rasa janggal nak bersembang dengan dia macam dulu. Segan plus malu plus kelu equal hatiku celaru!
Satu malam tu, Fazrul tunggu aku balik. Dia tutup semua lampu. Aku ingat dia dah tido malam tu tapi tidak rupa-rupanya waduh! Bagaimana harusku berdepan dengan mamat yang selama ini kupanggil gorila tapi semakin mendapat tempat dalam hatiku ini?.. chewah.. bermadah pujangga pulak hati aku saat-saat ni. Haru betul!
"kenapa macam larikan diri dari abang ni? Abang takutkan Hajar atau abang ada buat salah kat Hajar?"
Aku gelengkan kepala dan tunduk aje. Walaupun aku tengah duduk kat depan Fazrul sekarang ni, tapi aku rasa macam tengah berdiri berjam-jam. Kaki aku terasa krem dan tak leh gi mana-mana dah.
"apa salah abang?" aku geleng lagi.
"kalau abang tanya, jawab! Jangan diam aje. Bisu ke?!"
Terkejut. Bagai nak luruh jantung aku malam tu. air mata aku yang selama ni tak penah keluar tetiba laju aje nak keluar. Dan aku rasa macam nak meraung je bila Fazrul tengking aku macam tu. sedih betul.
Tetiba dia memeluk dan pujuk aku. Tangisan aku ni pun satu, cubalah diam. Ni tak, lagi kuat adalah. Aku tak mampu nak kawal diri aku yang menangis malam tu. selepas sejam, aku mula cool skit. Aku angkat kepala dan melihat mata Fazrul.
"Hajar tak larikan diri dari abang. Tapi Hajar takut dan bercelaru. Otak ni rasa macam nak rebus dalam periuk aje wat sup. Mana Hajar pegi, Hajar nampak abang. Hajar tak tau kenapa Hajar jadi macam ni. Bila Hajar nampak abang, Hajar rasa nak menangis sebab Hajar tak tau apa perasaan Hajar bila nampak abang.."
Fazrul senyum. "tu maknanya Hajar dah jatuh cinta kat abang. Hajar, kalau dah jatuh cinta, berterus teranglah dengan abang. Ni tak, kelakuan Hajar buat abang tertanya-tanya apa salah abang kat Hajar"
Kami terus duduk di hadapan televisyen yang tak hidup tu. hampir tiga pagi baru kami masuk bilik untuk tidur.
"Hajar.. malam ni pakai baju yang abang bagi hari tu boleh?" mukaku terus panas.
"boleh. Dengan syarat abang pakai baju lengan panjang malam ni"
"mana ada orang tido pakai baju lengan panjang malam-malam ni. Lagipun bukan musim hujan sekarang ni"
"tapi Hajar geli la dengan abang. Banyak bulu. Rasa macam tido tepi gorila je." Aku terus berlari ke dalam bilik bila melihat muka geram Fazrul.. hahaha! terucap jugak kenyataan yang dia ni gorila..
"Hajar! Buka pintu ni! Kalau tak abang tutup lampu"
Aku terus mambuka pintu sebab aku takut gelap. Ni memang kelemahan aku!
"ooo kata abang gorila.. rasakan ni!" Fazrul terus memelukku erat sehingga aku kelemasan.
"abang! Abang! Hajar lemas. Ok, ok. Hajar janji tak panggil abang gorila dah lepas ni. Tapi dengan syarat abang kena cukur jambang abang tiap-tiap hari. Hajar geli bila abang cium Hajar macam ni"
Fazrul Cuma ketawa bila aku cakap macam tu.. haii.. nasib baik gigi dia teratur. Kalau berterabur atau rongak, aku suruh dia gelak or senyum tutup mulut jugak gamaknya.. hehe
Anyway.. aku dah tak gelar Fazrul gorila dah lepas tu. Cuma aku selalu panggil dia orang utan je. Hehe.. semoga perkahwinan kami ni sentiasa kekal bahagia walaupun hari-hari kami berperang sebab Fazrul usik aku.. tapi aku tetap sayang dan suka dia.
Thank you Allah.. sebab kurniakan pasangan yang memahami macam Fazrul alias orang utan ni..hehe.. aku gelar dia macam ni coz dia suka panggil aku kodok.. hah! Memang padan la orang utan tu dengan dia.
Harap-harap baby yang bakal lahir ni tak ikut perangai dia. Kalau tak.. aku rasa aku bakal mati sebab sakit jantung kot dengan perangai diorang ni nanti..



k r..nk wat keje...have a nice day
Tuesday, February 3, 2009

=hari wilayah=

cuti hari wilayah jatuh pada hari ahad 1 februari 2009 yang membolehkan hari isnin 2 februari menjadi ganti. seluruh warga wilayah termasukla ofis aku..wlpun berada di dalam kawasan selangor...ofis aku mengisytiharkan kami mengikut wilayh persekutuan punye cuti...

so aku pon bercuti la smlm...mcm yang aku rancang..aku nak lepak keramat..slalunye..taun2 lepas aku lepak kat AU1...dekat2 dengan stesen LRT jelatek..cuti kali ni aku lepak kat apartment mayang sari AU3 keramat...memula..masuk je kawasan tu..aku cam tak percaya je aku kat area KL..dengan rumah-rumah kedai di pinggiran jalan....sebijik pemandangan aku melalui jalan kuala pilah serting..ehehe...

tapi bila aku tengok signboard..memang aku di kawasan KL..kawasan wilayah persekutuan..so maknanya aku bukanlah di landa dejavu...

bertolak dari seri kembangan...tengahari then sampai masjid jamek lebih kurang pkl 2.30 ptg....hujan renyai menghiasi bandar KL...kawan aku da standby kat area jln TAR..malangnya nasib aku...aku tak bawak payung..cari kedai tade la plak yang jual payung time2 camtu..konpius aku...memandangkan aku da lewat....aku redah je hujan..

tade yang berkenan sepanjang perjalanan aku meronda jalan TAR..cuma baju kurung silk china tu nampak menarik..n aku bercadang nak bli banyak sekali untuk raya taun ni...
shelai tok mak aku..
shelai tok akk..
shelai utk adek..tu yang penting dl...

pastu kira anak sedara pompuan aku pulak..
ima...ain...ziha...fara..alysa...fifi...fatin..fazrin...aleya..dan nurin..

eh..byk la plak..kalo shelai da rm 50..n aku tawar2..mayb dapat rm 40..so..budget spttnya....

rm 40 x 14 = rm 560...

eh..takleh2...tak adil lak utk ank sdara lelaki aku...so..bek aku bli pat helai je..then ank2 sdara aku tu..aku bli kain gulung bunge2 huhu..yang lelaki lak..pepandai mak bpk dieorg la nk support..uhuhu

eh..da sibuk crite pasal baju raya la plak..
*****************************************************************************
sampai flat lebih kurang pkl 5.30 ptg setelah penat berjalan2...malam plak aku klua dlm pukul 8.00 mlm ke jusco AU 3..jusco ni baru je bukak bulan januari lepas..kwsn luas..tapi structure bgnn mcm pelik cket sebab byk tangga2 pendek..cam dua tiga ank tangga msk..then..antara pintu tu pon ada lagi..kalau 1st time dtg..mesti tak pi semua tempat sebab struktur camtu...sebab mcm pintu klua pon ada..rupenye..pegi kedai2 lain...

conclusionnye...konpius....tapi..sempat gak aku bli baju n kasut...

hari ahad..aku pi wangsa maju lak...klua pon da nak tghari....jalan2..teman membe aku cr kasut...smentara tu aku pon berniat nak bli baju gak...jalan punye jalan..singgah le nose..kwn aku da siap berkenan kat satu kasut wane merah..then mintak le spasang..sbb nak test jalan2 ngn kasut tu..

ble aku perhatikn..cm konpius lak knape la kasut tu nmpk berbeza...tnye dieorgnye sales girl dia pi bantai cakap kasut tu memang design cmtu...eleh..mcm la kiteorg bodo sgt nk tipu...satu tu merah kotak2..satu lagi..merah bintik2..nta2 die yang slah parekn kasut..n letak dlm satu kotak..pastu sendiri konpius..uhuhu...

so tak jd la die amik kasut kat nose tu...time die sibuk cari lgi kasut...aku pi la jenjln cr baju..singgah padini...dpt la shelai bj tebal..ehehe..singgah lak goggles...dapat 2 helai kmeja...singgah ti:zed dapat shelai slua...da tak larat...aku ngn lijah (membe aku yg cr ksut td) pi la lepak dunkin...

time tu la plak msk spasang couple agak mencurigakan..(jht kn..ehehe..asik prati org je) couple tu dok blakang kiteorg..pdhl kiteorg da duduk tmpt paling ujung..skali imbas..mcm anak ngan bapak...tapi gaya pompuan muda tu nmpak mencurigakan...dia mcm serba tak kena ble bertentangan mata dengan kiteorg..so ni menunjukkan die klua dengan suami org..

ehehe..pndai btol kite org agak...sbb kalau ank lelaki yang agak berumur tu..4 sure die tak rasa segan2...n then jln pon slambe..kalau lelaki tu laki die lak..mesti die tak teragak2 nak bermanja2..ni semua serba tak kena..uhuhu...

da penat bergosip..kiteorg sambung shopping..pegi nyc...membe aku rembat kasut..aku lak sempat sambar lagi satu baju scarlet..pdhl mlm td aku da rembat 2 heli bj scarlet..camtu r kalau nafsu tengah dtg..tak leh di kawal...

untuk mengelakkan pembaziran terus berlaku..kwn aku cpt2 ajak balik..sebab aku da berniat nak pi PDi cari lagi shelai baju...balik rumah...trus lepak..tgk2 tv..n terlelap..

smlm lak aku pi midvaley..ingat nk tgk wyg..tapi terbantut lak..truz amik ktm..balik umah...

****************************************************************************
hidup memang senang bila byk duet..=)
ble leh dpt "bakal suami" kaye??
Thursday, January 29, 2009

=membe kawin lg??=

da dekat 2 hari da kaki aku sakit..terseksa btol nak jalan..rasa cam kengkang pon ade..da keadaan cuaca mcm menggalakkan pertahanan bdn aku lemah..sejuk..panas...then ujan..opiz jgn cakap r..cam nak beku aku...

harini nak ckp tahniah kat sara...die da dpt keje kat lhdn...da kerja tak lame lg ade r ura-ura nak kawin tu...yela orang da start keje..kenkwn yang len..semua senyap je..ntah apa khabar dieorg gaknye..

ble da kerja ni..tak byk masa aku nak luangkan..mana tok family..untuk diri sendiri..untuk buah hati...tak lupe gak kengkawn..lupe lak nk announce skali..lijah pon da start keje jd negotiator cimb bank di masjid jamek....so lepasni leh r luangkn masa balik ngn dieorg...pi jnjln...

isnin ni cuti..yeay..sempena hari wilayah..aku nga plan nak pi mana..rasa cam nak pi lepak keramat..tapi cam nk pi sh alam...eish2..tak wat keputusan lagi...barang rumah pon kene pi bli..banyak yang da habiz...toiletries...brg2 mkn..akunya mknn beku pon da abiz...chicken wing&drumet pon da abiz...smlm adalah dua ketul terakhir yang aku goreng..roti canai sejuk beku pon tinggal skeping..hehe

skang ni bdn da mkn berisi sebab kejenye asik mkn je...pada azliana muharam..tahniah..sebab hari ahad ni die kawin...tapi aku cam tak dpt lak pi mah dia sbb aku tak prepare nak balik kg..lagipon aku mls nak jupe ade sorang makhluk yang kalau aku pi kenduri tu mesti die sibuk2 nak jupe aku...

so untuk mengelakkan keadaan yang mengguris hati sesiapa...lagi baik aku tak pegi....

to azliana dan pasangannya : semoga gerbang kebahagian anda hingga ke akhir hayat...
burung kenari..burung kedidi
terbang rendah meniti ranting
moga sejahtera meniti hati
sentiasa berdua walaupun gering
pokok kelapa tinggi menjulang
anak itik leka di kolam
maafkan diri tak dapat pulang
menyaksi anda menatap kalam...

rasa cam lambat je hari ni berjalan...rasa nak tidur berganda-ganda walaupun baru je pukul 12 tghari..shahrul pon senyap je tak msg arini..bersiap nak pi smayang jumaat gaknya...

*************************************************************************************
eiiiiiiiii..sejuknya..otak aku pon jadi tak berkembang...so..aku tatau nak tulis pe..nk upload gmbo pon tak bwk kabel..

da r..burink r..
Wednesday, January 28, 2009

=)...cuti..

dari hari sabtu yang lepas...sampai la smlm...cuti..then arini start balik keje..bz nak siapkn artikel pasal certificate OpenOffice.org & Linux....tapi sbb nak ilangkan tension...aku nk meluah idea jap...tade jr aku nga sibuk blaja cane nk upgrade skin blog pada templates yg kite leh donload...

b4 this..aku pon gn skin len...skin aku donload dari www.blogskins.com then kat ctu..aku pilih la mana2 blog skin yang aku ske..then edit sket2 dari skin yang da ade tu..pastu..tggal r kredit tok pencipta skin tu...
pastu...nk donload cara2nya camni :

1.pi kat www.blogskin.com (then pilih skin mane bkenan..scroll pi bwh)
2.pi kat ruangan action, click blogger main (for full templates)
3.save to disk..pastu bukak aplikasi tu guna editor text dan yg serupa dengannya..
4.then bg blogger yg gn blogspot..pi kat tab layout->edit html
5.scroll then click revert to classic templates.
6.upload html code yang kite da edit tadi n save
7.preview and close
8. so da jd skin yang kite nk..

so gudluck

**************************************************************************************
sbenanye aku nk crita psl cuti aku...hari sabtu pepagi lagi aku da kua ikot shida..then die trnkn aku kat ktm serdang..org ramai jgn ckp r...aku mls nak bwk moto sbenanye..ramai org+jln msti byk kete..aku amik ktm dari serdang ke kl sentral sbb nk anta laptop kat ank sdara aku yg sampai awl pg kat sana..btolak dari arau then singgah kat kl amik laptop tehn smbung pjlnn blk ke johor...
so aku sampai dlm area kol 8.30pg....lepas sarapan kat mcd..aku pon start r mrayau cr kedai photostet...nk copy doc nk kasi kat membe aku kat midvaley..time tu jam br 9.30 pg..jupe la satu kedai buku..then da xcited tu..mesin tu la plak rosak..naseb baik uncle tu ckp ade lg satu kedai ade photostet..tapi mhl..shelai RM 0.30...naseb r aku nk copy tak byk...kalau tak..mesti rugi..
aku pon pi la cr disebalik cube kl sentral tu..tgk2 bussiness hour start kol 10 pg..aku pon bli zine...lepak dpn kdai tu sampai le die bkk..then membe aku msg ckp die da btlak..aku pon xcited la pi bli tket ktm nk pi midvaley...org jgn ckp r..mmg padat...pdhl time tu br nk kol 10 pg..nsb r aku tak bwk ank kecik..kalo tak leh lemas..uhuhu
sampai midvaley..aku pi jenjln jap then bli zine..lepak kat coffee bean sambil minum mocha ice blended n bc zine..sejam pertama aku leh cool lagi..msk 1/2 hour..aku da tak sedap duduk..membe aku lak tsangkut kat jam...tu la...ngengada nek kete...ble msk 2 hour..aku da nek beku..ice blended aku pon da start mencair wlpn keadaan sjuk..

time tu br kol 12...then membe aku msg myb die smpai dlm kol 1..fed-up btol..then die soh pi mkn dl..aku pon blah dr coffee bean n jenjln..kunun2 nk cr tmpt panas r...ntah cane..dtg idea gile aku..amik ktm pi sentral then tuka putra p masjid jamek..time tu yg aku tau nk mbazir ms...

smpai sane..aku jenjln2 kat TAR..sampai area sogo..dlm kol 3 br r aku jupe tmpt nk mkn..kwn aku td aku bia je die tggu jap..die mrh jgn ckp r..ngamok2 lg tggu aku..uhuhu..pdhl die yg lmbt...then dlm kol4..br aku smpai midvaley blk...time tu aku tgk..muke membe aku cam singa nk baham daging je...slh aku gak..mrayau nk mkn tghari sampai 3 jam lak

so aku spend time jap ngn membe aku..pujuk2 cket..sampai r kol 8 mlm..blk umah..then rlex...ahad...dok umah sbb kaki kejang jenjln...isnin lak aku tggu membe kat umah je..spend time sesama kat rumah je..tgk tv....mkn n bual2...

slasa lak aku pi party cny kat umh eric...ngan azimah..pastu ptgnye aku pi jenjln lagi..dari sentral pi klcc...then jln kaki pi aquaria....tapi lalu je dpn aquaria..sberang jln pi pavilion...kali ni pi ngan bf aku....kiteorg pi jalan2 then tgk movie crite inkheart..dlm kol 8..menapak pi bukit bintang..then anik monorail pi kl sentral..trus blk umah...

ari ni lak..da keje...........uwaaa.......

da r nk wat keje..akng tak siap lak..uhuhu...
Thursday, January 22, 2009

..aku dan...dot..dot..dot..

ni kat dalam class..tengah bagi sume participant latihan...wat impress..uhuhu..class kali ni cket lak orang..ni pon 3 participant da kantoi class..katenye..kete rosak..nta la...pagi tadi jalan area equin da agak lengang da...da ramai yang balik bercuti raya cina gaknye..uih..beznye..

aku lak..macam malas lak nak balik..tapi cam bez lak sebab leh jupe ank buah n adik aku..tapi..gaji lom masuk lak..=(..so sad..owh lupe lak..de jnji nak pi umah wenn kat bukit ampang..bez gak...mak die da byk kali bising tanye nape aku da lame tak pi mah die..
so cadangnye..raye cina ni nak pi menziarah...umah haja pon da lama la sgt aku tak pegi..mak dia pon makin sakit2...slalunye..umah kwn2 baik aku...sure aku pi utk kenal family dieorg..so slagi aku tak sampai umah dieorg..kirenye aku tak baik sgt la..

ehehe...

aku baru je habiz mengajar impress..topic pon tak byk..so aku cume nak selitkan sikit je la...dalam impress, kalau nak tukar templates yang sedia ada..contohnya nak tukar nama presentation ke..nak letak date ke...nak tukar format templates ke...caranya ialah :

1. pi kat menu bar....view ->master->slide master

kat slide master..kita boleh ubah format untuk templates tertentu...boleh set warna...tarikh present..even header n footer pon boleh...
lepas je dah ubah slide master tu..jangan lupe close lak..kalau tak..tak nmpak a isi-isi presentation kita....

opss..sblm terlupa..thnx to suria tlg hantarkan cupcake shifa ke rumah aku....ujan lebat la sangat petang semalam..aku apalagi..basah kuyup tak ingat..sampai umah trus je mndi..kalau tak 4sure aku tak pi keje arini sbb demam...

***********************************************************************************

stakat ni..raya cina takde la mendatangkan apa-apa kenangan manis pon bagi aku..pahit pon rasanya takde..cume yang aku ingat..raya cina cuti...itu je la..yela..time jadi student..pantang cuti..mesti nak balik kampung..pantang de kelapangan..mesti nak balik..tak kisah la time tu ada tket atau tak....tade tket..kantoi la class..senang btol...

lupelak...da lama si ana farhana tu bertunang..aku asik lupe je nak wish..so ...kepada norfarhana ali..tahniah....blm abiz blaja pon da jd tunangan orang....tak le mcm akk ni..tak laku2 lagi..hehe...

sekarang ni..brita paling menggerunkan ialah pembuangan pekerja secara besar-besaran..aku yang baru je grad ni..punye la risau...pening la kpale pk..yela..graduan makin bertambah tiap taun..bayangkan la..taun ni..brita pon byk gembar-gemburkan pembuangan pekerja..yang br nak cr kerja..ada ke kerjanya??

kesian graduan..nasib tak terbela..atau..kurang peluang?? so pendek kata...cik2 graduan...en2 graduan..sekarang ni kenala ingat...setakat ada sijil aje tak guna..kene gak pandai market diri kat dunia lua...kalau susah sgt..blaja pandai2..berkhidmat jadi tenaga pengajar saja senang..pahala byk....laluan pon senang...

***********************************************************************************
Thursday, January 15, 2009

~Surat dari anak mak yang dah tak degil~

Harini nak post artikel yang aku amik dari email..time baca email ni rasa cam sayu je...menusuk hati gitu...sape yang bace tak rase ape2 memang hati batu r...so..check it out..!!

Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

sedih tak baca..sedih kan..so pada sesapa yang dah kehilangan ibu..jangan lupa..soa anak solehah yang mengiringi ibu kitta..n pada yang masih ada lagi ibu....jagalah mereka..selagi mereka ada....
Wednesday, January 14, 2009

~Dinner utk Alumni UiTM Negeri Sembilan (1999 - 2008)~




Pada sesapa yang pernah menimba ilmu..merasa menjadi anggota..bekas pelajar ataupun staff UiTM Negeri Sembilan, anda semua di jemput hadir untuk memeriahkan lagi makan malam bersama pada 24 January 2009.
semuanya sebijik sbotol mcm gambo kat atas tu...

nway..aku harap la sangat pada semua bekas-bekas student pilah..sudi balik berkumpul..Alumni yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 dan di masukkan ke akaun seperti berikut;

  • No. akaun : 05030010011038
  • Bank : Bank Islam Berhad
  • Bayar Kepada : Bendahari UiTM

Sila email butiran berikut setelah membuat bayaran.

  • Tarikh dan masa deposit
  • Tempat deposit
  • Nama dan No. kad pengenalan pendeposit
tak pon...kalau susah sangat..tinggalkn je comment pada blog aku ni..4 sure aku akan sampaikn maklumat berkenaan pada pihak berwajib..so..pada sesapa yang berminat tu..jgn le rasa berat hati nak pergi..time ni la nak menjalinkn ukhuwah..
sesetengah orang memang tak nampak ape kebaikan berjumpa balik macam ni..pada pendapat aku sendiri..time ni la kita nak meluaskan contact kite..nak bertukar no tepon...meluaskan pergaulan..mane la tau..tibe2 ade salah sorang dari alumni tu da establish..untung-untung kite leh kenal..

then bagi yang bermasalah transport..pegi je kat uitm sh alam...bas telah disediakan..so luangkan la masa sehari dari cuti tengah sem tu meluaskan pemandangan...

kalau diner tak sah la tak de tema kan..mengikut salah sorang jr aku...yang aku sendiri lom penah jumpe..tema malam tu adalah glitterz n glamorous..uhuhu..skali imbas aku cam tak caye je..pengerusi leh stuju dgn cadangan ni...nway...harap sgt..semua join...

************************************************************************************************
~balik kg...~
yeay..jumaat lepas...abiz je kerja..aku terus amik erl dari putrajaya pi pudu..then cari tiket trus balik batu pahat...rasa seronok sgt le bile balik kampung..aku sanggup tahan lapar dari KL ke yongpeng utk mkn mskn mak aku..bas kali ni bergerak laju..dalam area 9.40 mlm je aku da sampai rnr sebelah yongpeng...aku turun..tengok-tengok anak sdara aku da tunggu..pe lagi..trus la balik..then sampai je rumah aku tanggal tudung..cuci muka..then cakap kat mak aku..
"mak..........lapa........"
mak aku terus je bukak tudung saji atas meja..die cakap...die da prepare siap2...aku pe lagi..tinggal suap je...
hehe..mak masak asam pedas ikan patin..n kangkung goreng belacan..n ade la 2 3 lauk lagi yang kurang menarik perhatian aku..aku makn..tak sedar dah 2 kali tambah..kenyang sangat...tapi memang best la balik rumah...

mak n ayah aku bantai gelak je tengok anak dara dia ni..da besa panjang..tapi still manje lagi..nak wat cane..aku dok jauh..skali skale balik tu la nak bermanja...siang esoknya aku bgn tido je..aku tengok mak da gorengkan pisang n mee goreng...siap letak udang beso2 lagi..tapi sebab aku tak bwk kabel fon..tak leh le aku nak upload gambonye...tengahari mak aku da sibuk2 nak pi yasin kat balairaya..tapi sebelum tu..die siap pesan..

"esok balik kol bape??"
"taktau lg r mak..tgk kak idah r..nak die anta esok.."
"esok de assyura kat surau...balik le lambat cket..."
then aku angguk2 je phm..dalam kepala aku da sibuk terbayang bubur lambok..uihhh..alangkah sedapnya...

bile aku da siap sapu umah..aku trus pi jupe anak sdara aku si aliff n ain...dieorang baru je start skola..
si aliff darjah satu..n ain msk tadika...
punye la sronok dieorg crite..siap tunjuk kat aku lagi..die ade 5 btg pensel..4 pengorek...aku pon pik gak..pehal byk sgt pengorek pensel..bile aku tengok br aku tau..pensel lain2 saiz..canggih btol..aku dulu..mane rase bende2 canggih camtu..die ckp ucu yang blikn pensel sbb aku (alang) da blikn die beg tarik2..aku pon tatau katun pe kat bg skola die tu...die cakap katun 'benton'...ehehe..aku pon iyakan je la...abang aliff lak da sibuk2 pi gotong royong cari kayu api utk masak bubur esok...

akhirnya aku sempat jugak merasa bubur lambok kampung aku..sebab akak aku mls nak balik jb awal2...sedap....aku siap tapau pi seri kembangan lagi...memula nak gak aku ikot die balik jb..tapi tak jd lak sebab aku ada hal esoknye....

balik je pi seri kembangan..aku rase cam tangan aku sakit je...then aku bia je la sampai pagi..esoknye aku trus pi klinik pi check..doktor kata muscle aku tegang..so kene rilexkan otot...kalau la aku tau aku mc isnin..da lama aku dok kampung je..mesti lagi puas...then slase aku cuti..pi sh alam...blikan ank sdara aku laptop...akhirnya..semalam..berjaya gak aku membelikan laptop wane biru tua tok ank sdara aku..4 sure die kat arau tu da terlonjak2 gembira tak saba nak amik laptop baru die tu ngn aku..

rasanya da tade pe kot nak stry..lgpon nga bizi ni..ehehe..k...





Wednesday, January 7, 2009

10 muharam....puasa dan penerangannya

hari ini adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram mengikut kalender Islam.Pada hari ini, umat islam di galakkan berpuasa...puasa 10 muharam juga sempena hari assyura. Banyak kelebihan berpuasa pada 10 muharam. Tetapi amalan mestilah dilakukan dengan niat beribadah dan bukan untuk di tunjuk2.

Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Orang

Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan

Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila

Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan

menyuruh orang ramai berpuasa.

"Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan

puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang

mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu

berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya." (Hadis riwayat

al-Bukhari & Muslim)

Analogi berpuasa sunat 10 muharam aku boleh gambarkan begini:


“Kita mempunyai rumah, tapi tak lengkap andai rumah kita dibiarkan kosong. Maka, peralatan yang asas adalah seperti ibadah wajib. Dan rumah kita akan nampak lagi meriah jika di tambah dengan aksesori seperti bungaan, gambar hiasan dan sebagainya”

walaubagaimana pun di ingatkan bahawa sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama adapada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
Katanya, ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka. Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu. Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu." Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga padahari itu.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW


So bagi sesapa yang berniat untuk puasa pada 10 muharam adalah di galakkan..tapi lebih elok digandingkan dengan 9 atau 11 muharam..



so..kat bwh ni antara perkara yang berlaku pada 10 muharam..


PERISTIWA 10 MUHARRAM

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.

* Allah menjadikan malaikat Jibrail.

Tuesday, January 6, 2009

-ssh-hisham suruh letak~

ehehe...kali ni nak letak bahan ilmiah sikit sebab opismate aku cakap jangan asik letak gosip je..so aku pon mengabadikan la nama die skali dalam tajuk blog aku...
hari ni aku tukar CPU..dapat CPU baru..so kene la aku install bende baru..dari ubuntu..aku nak try pakai fedora...so nak alihkan semua dokumen aku..kene la bukak ssh server dulu...
kat cni aku nak tulis sikit command nak bukak ssh server...

sudo apt-get install ssh-server
sudo apt-cache search ssh
sudo apt-get install openssh-server

so lepas tu aku da ade la server ssh...hehe...TQ hisham....
hari ni birthday shima..nway..happy birthday shima....
kang la aku update lagi...
de keje cket ni..da

page

Followers