Pages

Showing posts with label bridetobe. Show all posts
Showing posts with label bridetobe. Show all posts
Tuesday, June 12, 2012

Wedding Preparation : Bunga Tisu

betul la orang kata..nak kawen ni berjangkit..
lepas sorang sorang..
dan kali ni family aku sebok tengah nak buat persiapan adek nak kawen pulak..

first skali...
mestila dulang hantaran...adek nak tema hijau coklat. tapi punya pening pk mana ada bunga coklat..last-last dapat gak alas dulang macam kat bawah ni.. 
dalam tu sebenarnya warna hijau..tapi dah nampak warna kuning je da...


survey sana sini then terasa nak try buat pelamin sendiri memandangkan pelamin tempah kat mak ke pak andam sux macam majlis aku aritu. so dah pakat-pakat dengan anak sedara aku si ima tu nak jimatkan duit adek. so nak try buat pelamin sendiri. dah survey2 pelamin yang senang nak buat. padahal pakai polistrin je..hekhek...


then ada berkenan satu pelamin yang belakang semua letak bunga. cantik oh...pastu aku pk gak..baik letak bunga tisu as background pelamin tu...leh amek color2 moist untuk pelamin tu...kat atas and bawah ni contoh bunga tisu gebu aku..


siap ajar anak murid lagi nak buat bunga ni tahun lepas..esok lusa aku upload gamba pelamin camne aku nak buat. kenape tah. time kawen aritu tanak buat. time orang kawen aku plak yang sebok2..

sekarang gak tengah pulun baca english novel. sebab nak meningkatkan vocab...
ada dari penulis lain. tapi sekarang ni tengah gila JODI PICOULT..

ni buku terbaru jodi's aku beli...after buku2 
  • my sister's keeper
  • change of heart
  • sing you home
jeng-jeng-jeng


 :)..gambar di ofis baru. even meja tak tinggi tapi tetapi suka ofis baru..

selepas berlakunya rombakan di sekolah. sebab nak anugerah sekolah kluster. bilik port aku untuk latih budak zapin. pusat tuisyen. tempat jualan. tempat jahit kostum action song. latih budak persembahan hari guru dan myshoolrock dah kene ambik.

aku? bengang memang la ada. ye la..aku n kawan-kawan duduk bilik tu bukan bersenang lenang sahaja. tapi buat semua kerja sekolah yang kiteorang buat secara rela hati kot.. balik rumah lewat pun tak kisah sebab kiteorang suka bilik tu. buat kerja tak terasa. tempat kerja rasa sebagai rumah kedua.

tapi dah kena amik.
jaki dengan sorang cikgu tu ah..
bila GG cerita aku jadi hangat..
bajet dia ngandung dia aktif la konon...

ptuii..


haha..emosi...

dah...nak tengok berita...

:) saya sayang suami saya..
tetiba..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, February 7, 2012

Wedding Preparation : 1st fitting baju sanding

salam.
hi all.
tereksaited sebab dah bli barang untuk kahwin lagi.
semalam pegi cari bunga telur. untuk malam berinai dan sebagai bunga paha majlis.
sangat teruja bila pegi air itam sekali pegi fiting baju sanding.
1st time pegi fitting mestila sangat eksaited.

yelah bukan diri sendiri yang pilih design kan. mesti la sangat berdupdap2 nak tengok baju. semuanya serahkan kat en ejad. pak andam majlis. then sebok2 la pegi kluang petang hari isnin.
dah janji2 tunggu dalam debaran dia sampai. dia cakap amek baju yang jahit dekat muar. tapi belum sempat hantar beading. nak hantar beading kat batam dalam minggu ni.

dia kluar je dari kreta dah angkut baju yang mleret2. dari jauh aku tengok da suka. keh2.
sebab memang aku buat baju nikah simple gila. then tetiba je rasa cam nyesal sebab bila tengok baju orang nikah semua glamer gila. :)...
start la nak beli baju la hape.

1st time fiting baju. baju tersebut memang betul2 ikut saiz badan. muat2 ok.
then siap ejad pesan. jgn gain weight da. pergh...
kecut2.
sanding ada lagi dlm 1 month after. boleh ke mantain berat badan?
terus rasa macam patut puasa selalu. tak pun jog selalu. ejad siap pesan kat tunang aku lagi. soh pesan kat aku jgn gain weight. kahkah.

aku berurusan sgt mudah dengan andam kali ni. kiteorang biar dia tentukan semua design. yang tau kiteorang kasi saiz badan. tau2 baju dah siap marvelous.

pendek kate aku suka baju sanding aku eventhou belum lagi letak beading.
nah nak bagi tengok cket baju sanding aku..kehkeh
walaupun orang cakap ape pon. aku tetap suka baju ni. rasa tak sabar trus nak tengok baju ni berbead2.
then balik dari fitting baju terus jalan-jalan cari souvenir untuk pihak lelaki and kawan-kawan rapat. so hasilnya setiap sorang akan dapat bunga kristal kat bawah ni.
sape nak sila datang ke majlis saya ye.





dah2. nak pegi pasang tikar baru kat depan bilik pengantin.
sat lagi nak setel reben gudi beg. dah ade warna-warni rebennye.

#mood tak sabar nak kawen..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, February 6, 2012

Wedding Preparation : Goodie Bag

salam maulidurasul.

selamat juga bercuti di kampung.
punya la kelam kabut jumaat hari tu. tak sempat jugak buat kad bank pagi-pagi. BSN memang la. berapa kali tah nak block kad aku. da la pekerja BSN masai tu belagak. ceh.

cuti-cuti ni aku siapkan goodie bag. alhamdulillah. setelah usaha keras dapat jugak aku cari beg kertas recycle yang aku idamkan. punya la aku pusing seluruh bp cari benda tu. pegi air itam lagi la hampeh. langsung gak tak jumpa.

aku ade gak berusaha nak menghasilkan bunga manggar dari kelopak bunga. aku belajar semua dari bog B2B jugak. lenkali aku bagi link tu. aku lupa blog kak shaja tu ape.
so kali ni biar gambar bercerita..

masa dah buat-buat gudi beg tu, aku pun mms shahrul camne hasilnya. then bincang punya bincang bakal laki aku tu komplen ckp aku buat gudi beg terbalik. haha. aku pun macam blur je tak phm mksud dia terbalik tu. sebab aku bayangkan reben tu atas tag terima kasih yang aku buat.
pastu dia pun siap hantar lukisan apa yang dia bayangkan. ni la gambarnya..

awak. awk pandai melukis. kehkeh. dpt A

dan ni pulak gudi beg yang aku buat. haha.
sah-sah terbalik. tapi dah lekatkan lebih kurang 200 pcs kot. aku pon biakan je la.
seni tu kan tak kira camne pon. haha. lagipun aku pk bwh reben tu aku akan lekatkan bawah reben tu.


gambar-gambar kat bawah ni gambar aku buat bunga manggar sendiri

bahan-bahan
 apa yang diperlukan adalah
  1. gunting
  2. gam uhu
  3. soletape bunga
  4. dawai 20, 24 & 28
  5. kelopak bunga
aku pintal-pintal..ikut tutorial sebijik2.
jadi la bunga manggar emas aku.
then kawan aku komen.

bunga manggar aku dah jd bunga harum sundal malam. aku pun rasa camtu jugak..haha. tapi dah buatkan.
tibai je la.

bunga manggar - harum sundai malam
 dan usaha aku diteruskan dengan design tag terima kasih.

aku masih belum buat bunting lagi oh. tinggal lagi sebulan
ado..pening sep.

dan jadi la tag kat bawah ni.
sebelum tu aku nak bagi kredit kat lurvering sebab aku amek burung ni dari blog dia.
then aku edit balik guna inkscape.

ni je la yang mampu. semua DIY..
'saya syg awk' burung tu ckp

sekarang aku tengah sebok nak cari masa fiting baju sanding. tak sabar nak tgk..:)
semoga semua berjalan lancar.

oh2 tak lupa.
nak ucapkan tahniah kat kak azila ali.
kenduri di terengganu kelmarin.

tahniah akk..
semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat. semoga bahagia selalu. n senyum sokmo.  jadilah hawa kepada adam mu sebaik mungkin. biasakanlah akal mengatasi hati. biasakanlah lidah tunduk mengerti. salam syg..lin

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, January 16, 2012

wedding preparation : my outfit for nikah

dah ambil kat tukang
simple. nice. 

takde kerawang or anything yang meriah
just ada borderlace di leher.
dan yang lain plain.

akan dipadankan dengan tudung putih + viel putih

nikah di masjid annur.
segala mesti simple n ringkas.
sbb petang dah nak majlis.

here the outfit..


x sabar nak tunggu pakai bj ni..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, January 15, 2012

wedding preparation : step untuk hantar borang nikah

ampun.

sangat lama tidak post entry sejak tahun lepas yang telah berlalu hampir setengah bulan.
aku masih berada di johor bahru. maseh sibuk membuat perancangan hidup. macam-macam yang perlu di fikirkan.

masuk bulan febuari insyaAllah akan pindah ke condo baru. :)
eksaited untuk itu.

trasa sangat banyak benda yang perlu di atur untuk tahun ni.

kelas tuisyen akan start lepas raya cina. rumah akan pindah masuk bulan 2. so kena sewa lori nak angkut semua tu.
hantar dokumen untuk keluarkan kereta b4 bulan 3. then bulan 3 juga akan bertukar status..

mana tak semak nak pk semua tu.
mana nak arrange tuisyen. kerja ofis. mana nak pegi kelas lagi.
haih.

tapi dalam banyak kerja nak dibuat tu. berat badan tetap mantap. seumur hidup aku. tak pernah lagi cecah berat sekarang. peh2....sentap je..
sampaikan bila kluar dengan en abg, lepak2 dengan kawan2 en abg. semua tegur aku dah bam2. haha.
perasan gak ek diaorang. then terus risik2 dekat en abg. camne kalau lepas kawen gemuk. ayt en abg sedap aje dengar kat cuping telinga. dia sikit pun tak kisah. cuma soh kurangkan gendut perut. ehehe.

tapi serius dah maken boncet. owh2. tension sep. camne kang kalo bersanding nampak muncet. tak mo la.

tak sampai pun 2 bulan dah. kami akan di ijab kabulkan. trasa sangat eksaited n gementar.
borang nikah semua dah setel.
alhamdulillah.

just nak share camne proses hantar borang nikah tu.

1. settle kan borang nikah tempat lelaki dl. macam aku. suami org JB. so kena la buat kat pjbt agama JB. kena sediakan borang selengkapnya. saksi borang 2 orang. pengesahan bujang. n test HIV. senang cerita memula pegi beli borang n ikut instruction yang terdapat dalam borang pihak lelaki.

2. dah settle pihak lelaki..borang semua tu serahkan pada pihak perempuan. macam aku lagi. aku orang batu pahat. so en abg kena dapatkan kebenaran nikah luar kawasan : batu pahat. sekali dengan borang tadi akan dilampirkan surat kebenaran luar kawasan. pegi pejabat agama batu pahat. then terus settlekan borang perempuan

apa yang perlu di siapkan ?


  • HIV test - perlu buat di klinik or hospital kerajaan. sgt bersyukur sebab duduk kg. tak perlu tunggu lama..:)
  • Isikan butir2 dalam borang nikah yang boleh di beli di mana-mana pejabat kadi or pejabat agama. harga RM 5
  • sertakan sekali 
    • 2 salinan kad pengenalan pengantin perempuan
    • 2 salinan kad pengenalan wali
    • Akuan status bujang - yang ni boleh dapat dari tempat kerja or ketua kg
    • Sijil kursus Pra Perkahwinan - asal dan 2 salinan (yang asal hanya untuk cop je..akan di pulang balik )
    • Surat kebenaran nikah luar kawasan (di uruskan oleh pihak lelaki)
  • dah siap semua dokumen..sila pergi ke pejabat agama, berpakaian menutup aurat.
  • then bagi la kat kaunter tu semua borang. tunggu giliran untuk interview. 
    • Mengucap
    • Doa Qunut
    • Toharoh (bersuci, cth : niat mandi wajib)
    • Muamalat
    • Munakahat
  • dah interview bayar RM 17 untuk sijil nikah dan borang yang perlu di serahkan pada imam nikah kahwin..:)
  • booked tarikh nikah kat imam kahwin then settle..

iye.
itu je yang perlu di buat. settle.

aku pergi buat semua ni dengan en kesayangan aku. setiap kali lepas satu proses kat atas aku akan ckp dekat en syg :
dah boleh kawen da kite..

haha. gatal kan. tapi itu la keseronokan yang kami alami bersama.

sempat jugak aku pegi perbaharui IC dan buat pasport. semua settle seperti yang dijangkakan.

checklist untuk bulan ni

  1. dewan - confirmed
  2. catering n menu - confirmed by che meng
  3. baju nikah - done
  4. baju sanding - dah bagi measurement. pak andam dah booked for us kat bandung. + suka sebab dapat baju memang design for us
  5. PA sistem & DJ - booked
  6. Homestay - Booked n deposit 
apa yang belum settle adalah
  1. goodie bag
  2. tempah venue nikah
  3. beli kek kahwin
  4. settle cruze
  5. spa

dan semoga 2 bulan sebelum itu, aku berjaya melakukan semua dengan jayanya.

:)
badan penat tapi hati suka
hai. dari kami berdua..:) makan nasi minyak soon


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, December 23, 2011

wedding preparation : Wedding Cake

:)
lagi beberapa hari lagi je nak balik JB.
dah siapkan beberapa perkara penting untuk hidup.

2 appointment penting dalam hidup on january. need 2 pass for all interview and exam on january supaya semua perancangan untuk march xde yang tergendala.

IM done my HIV test. sangat mudah bila buat dekat KK kampung. seawal 8 pagi dah keluar rumah. sebab terus nak uruskan pasport. then pegi klinik kampung, jadi orang kedua jumpa doktor. masuk 5 minit   dah setel..




of course la tak reaktif kot. no worries.

dah setel 1 benda. so untuk januari kena la apply cuti untuk pegi pejabat agama. bkn sengaja taknak buat masa cuti. tapi macam ada benda tertunggak lak nak buat cepat sangat.

then dah jugak pilih wedding cake. dah tempah beberapa ketul macaron.
macaron tu divide dua dari tempahan. 1/2 daripadanya nak letak kat hantaran. save budget.

macaron yang bakal di hidang bersama kek gorgeous
kek yang telah di pilih..
kek ni aku pilih dari blogger jugak. tak sangka area kg aku ada perusahaan buat kek cantik2 camni. hihi
nak jugak tengok sila terjah sini

kek ni pon ala2 gold gitu. tamak kan. semua nak berunsur emas2.

oh. ye
invitation card pun dah selamat di pilih. yang ni kira save budget punya pasal aku just beli out layer je. so minggu terakhir december terpaksa bertungkus lumus untuk buat in lay sendiri. punya la kedekut kan..:)



walaupun simple aku puas hati sebab kad ni mengikut tema yang di inginkan
kiranya ada beberapa benda je lagi nak setel.

catering dah confirm.
skirting & alas meja pun confirm
menu stil lagi dalam decision.

dan apa yang sangat exaited nak share sebenarnya adalah package untuk staff MAS. tengah pilih untuk destinasi bulan 3 lepas majlis. untuk cuti bulan 6 dah pilih destinasi. tapi yang paling dekat ni masih blur.

tapi sangat berkenan dengan package ni.


en sayang.

i nak package yang ni boleh..:)



cuba bayangkan. naik flight dari KL ke Penang. then travel ke phuket n krabi naek cruise. :) sangat bahagia. haha

tapi en kesayangan jawab. tapi bln 3 pun kan nak dapat cruze....sama ke??



yang ni insyaAllah keluar bulan 3.
cannot wait for march yang bahagia..
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, December 2, 2011

wedding preparation : material utk baju nikah


dah start da cuti sekolah tahun 2011.
dah jugak start rasa demam2 sesema n batuk kokol.

dah kena series jugak buat persiapan untuk majlis akan datang.
punya la tak sedar masa berlalu..lagi lebih kurang 3 bulan je dah nak sampai wedding date kiteorg.
sgt gementar ok

walaupun belum tempah kad lagi tarikh macam dah confirm akan ambil 11.3.12.
memang macam tak strategik. tapi dah bilang kan.
kalau satu benda tu kita nak jadikan.
kita kena berusaha.


latest untuk persiapan adalah day beli material untuk baju. day beli jugak beaded untuk baju. semua atas jasa baek kawan baik untuk jalan-jalan cari material. so 2nd december ni adalah masa yang sesuai untuk tempah baju nikah.

en andam jugak telah di booked. :)

sebenarnya hari ni nak cerita pasal material yang di beli untuk baju nikah.
memula aku ingat nak beli je baju ready made. tapi entah kenapa macam tergerak hati nak pegi jugak cari kain then buat baju.

lagipun aku memang jenis beli baju dah siap je. tapi sebab hari tu akan jadi hari se special mungkin. nak jugak aku buat sesuatu yang lain.
survey punya survey terbekenan la dekat kain yang siap sedia di beli ni.

untuk nikah. aku beli kain heavy chiffon lerang 60 sebagai inner. then satin silk lerang 45 sebagai outwear.
sempat gak terpegun dengan border lace dan terus terpedaya untuk beli. tapi. kalau ikotkan hati..baju biasa2 takde mane nya aku sebok nak habiskan duit beli border lace segala.



satin silk 

heavy chiffon
border lace yang mencabar iman
so hasil shoping dengan duet gaji kali ni aku berjaya menghabiskan 1/6 daripada duet gaji sendiri untuk beli outfit nikah.

so hari ni dah sebok2 nak tengok balik diari love line ni. dan aku dah decide nak jugak buat baju macam baju yang aku buat entri sebelum ni. rasa sangat xcited nak pegi tempah baju

so untuk semua b2b. sila2 la pegi jalan2 cari outfit nikah.

yang penting outfit tu sepatutnya bukan kita setakat pakai untuk nikah aje. pastikan design dia boleh di pakai untuk majlis lain.

:)
dah.
nak pegi makan tengahari.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, September 19, 2011

wedding preparation : hand bouquet + bunga telur

okeh..
time wat entry persiapan ni mesti la berlambak idea datang mencurah-curah. 
kali ni nak cerita pasal bunga tangan n goodie bag yang aku emak dan adek aku dah bincang. walaupun semua tu sebenarnya semua idea aku..aku tanya gak pendapat dieorang. setuju ke tak nak buat tu semua.

start dengan telur la. boleh je aku nak buat telur pindang sebab sedia masuk dalam tema. yes. maka salah satu menunya ialah telur pindang masak kicap. haha.

sebab konsep emas dan coklat. kalau boleh aku nak sediakan 2 telur untuk bunga paha n khatam alquran aku nanti.
konsepnya adalah telur emas & pindang.
telur emas tu aku dah pk..nak kena balut pakai kertas emas macam aluminium foil tu. then yang telur coklat plak aku kena wat telur masak pakai rempah kayu. tak pun aku nak cari cat. haha. biar berkilat cket telur ayam emas tu.
lebih kurang macam gambar kat bawah ni la..
tengok..menawan ke tidak telur emas aku. hihi. rasa macam sayang gila nak makan
telur emas: 1,2,3 i love u
bunga telur coklat.

ini adalah antara bunga telur yang aku dah surbey. invitation kad pun dah survey. 
lepas ni kena pk untuk pre wedding picture. signage. batch untuk ahli rewang.
tapi tu semua lain entry. 
ni nak cerita hand bouquet dulu.
banyak-banyak benda yang akan ada sepanjang waktu sanding tu dengan aku kang adalah hand bouquet ni. so mestila nampak gorgeous supaya gambar nampak menarik. hhihi
ade yang cakap dieorang buat sendiri. aku macam prefer untuk bunga palsu kali ni. kena la merayau pasni membayang nak buat bunga tangan ni.
kat bawah ni antara bunga tangan yang menarik perhatian..tapi aku lupa aku dapat kat mana. aku google kot..
nampak suci kan bunga ni. thumbs up

ce tengok. betapa jelitanya aku pegang bunga ni.

dah sakit bahu duduk dalam kelas lepas mengajar ni.
so nak balik rumah n meronggeng sama kawan baik


take a look yer B2B sekalian.
love you.

arigato...
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 18, 2011

wedding preparation : baju sanding

dalam sebok kira ada berapabulan lagi majlis nak berlangsung. tak lupa gak dengan kehidupan seharian.
minggu lepas setelah bertungkus lumus untuk sekolah akhirnya masa tu pun berlalu jugak.
nazir selamat memantau SKST.

sebab cuak, eventho petang isnin tu sempat meronggeng dengan azah n pi jumpa ing boon keong, sempat jugak aku siapkan sistem smart koko untuk hari selasa tu dan persediaan mengajar yang teratur. eventho tahap satu cuti, aku stil ada 2 kelas nak mengadap nazir tu.
1st year jadi chegu nazir datang sekolah. mesti la cuak. chegu yang dah bertaun pun cuak, aku apetah lagi. jagong muda lagi beb

tapi nak taknak lepas balik malam tu, lepas puas beronggeng..aku bersengkang mata untuk hari selasa. 
then pk, 
handout kelas KH-done
handout kelas Math -done
terus PK nak cari video ah untuk kelas KH kali ni. lagipon topik introduction tajuk baru senang nak pancing minat budak. terus godeh2 website. 
video kelas KH -done.

then sistem smart koko tu sempat isi satu kelas je. print pon as fast draft sebab nak cepat. asal ada as rekod benda tu sudah. 

pepagi buta lagi trus datang skola, serahkan smart koko pada PK koko, trus cari LCD untuk di bawa ke kelas. naseb baik sebab memang tinggal satu LCD je. hari tu memang semua chegu jadi dedikasi.  hihi.

aku sempat lagi pagi tu buat slide n lampiran contoh untuk kelas KH aku. dalam dupdap2 tu kawan aku dapat cal dari pentadbir cakap dia kena observe. cuak member beb.
eventho sampai aku masuk kelas..takde pon pentadbir cal yang nazir nak masuk kelas aku. sebab dah rancang aku buat jugak. tup-tup tengah mengajar, dia jenguk kelas aku dan mintak izin nak masuk.

bkn aku je gigil, budak kelas aku pun gigil beb. haha. beri salam pun bergetar je bunyi.

yang penting semua berjalan lancar. alhamdulillah.

macam biasa la..
bila hari cuti aku memang xcited nak search benda berkaitan majlis aku. sedar tak sedar dah 1/2 tahun da jadi tunangan orang. kejap sangat masa berlalu. dalam masa 1/2 tahun ni sebok bising pasal benda cam konsep ah. jemputan ah. tema ah. padahal tarikh memang belum booked lagi. nak tunggu takwim sekolah keluar dulu. takot kelam kabut kang.

decide.

tema adalah brown gold pihak perempuan
black silver dari pihak lelaki.

eventho dah ada tema. stil lagi browse baju yang cute2. kawen skali skala kan. baju nikah dah ada design. tinggal cari material n tempah. cuti skolah kang dah bley tempah.
then pk untuk baju sanding..dapat beberapa design yang berkenan..antaranya mCm gambar kat bawah ni. aku google banyak dari page dinahalim.blogspot
boleh tengok banyak baju menarik. ini antara pilihan yang aku berkenan. baju tersebut semuanya akan bertukar warna ke warna putih vs gold.
baju pink akan jadi putih n tali putih akan tukar dengan kaler gold


peach. sedia sesuai


ini idaman kalbu. takde kerawang yang sebabkan gatal2


ataupun kurung moden dengan bead simple ni
jangan konpius lak. entry b4 this lebih pada hari nikah dan kali ni untuk majlis bersanding.
so material untuk baju sanding belum lagi konfem. belum jumpa tailor pun lagi.

so..untuk majlis kali ni kalau bride dah pakai putih, aku akan buat aku punya bridemaids untuk pakai warna emas cokelat. antara bridemaids yang aku dah pk camni

floor manager - adek
pengapit - ima
flower girl - fatin, ain, nurin, safiah
flower boy - alif
angkat dulang - zieha, fara, alley, allyesha, alang, wani, nabila

itu semua terdiri daripada anak- anak sedara n sepupu. kiranya cuma melibatkan 3 orang sepupu. so kena pk untuk outfit diaorang jugak. 
so akhirnya bila browse terkenan pulak dengan konsep batik jawa..
so kain corak 'parang rusak' dah berkenan kat hati.

so..seisi rumah akan diberi kain batik corak macam kat atas ni untuk dibuat kain dan kain plain coklat untuk buat baju. lebih kurang macam gambar kat bawah ni la..masa adlin n emelda kahwin tu. cuma tengok pengapit dia tu..pakai kain batik n baju coklat. tapi ni sebagai rujukan je la.takde la nak anaak-ank sedara aku tempah baju mhl. just buat baju kurung pun dah ok.



so macam dah berjela cerita pasal baju sanding kali ni. 
so..
sampai cni ajela.
nak bersiap balik JB da. 

so takecare peeps. pegi indon jgn lupa bgtau. nak kirim batik beli banyak2.
hehe
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, September 10, 2011

baju nikah!

ok.
sangat teruja sekarang nak survey baju untuk hari nikah. warna skali lagi sibuk nak putih. eventho orang bising-bising nak cakap takde variety, tak pedulik gak. lagipun yang nak nikah kan aku.
huu.
tapi sebenarnya agak teringin gak nak minat-minat pink supaya perasan comel. tapi. ok. color tu sangat macam tak sesuai je dengan ke-tanned-an kulit aku. huhu. then. kena la let go pink yang orang putih gebu je yang sesuai. 
pilihan warna sekarang semua terasa macam oh-mai-god tak sesuai semua. 
terus rasa kengkonon terminat hijau tua yang macam seaweed orang jepun selalu bantai tu. supaya terasa kecantikan semula jadi pakai warna tu. terus terbayang pengantin sangat gorgeous by elyana. aduh!. pengsan
sangat menawan dlm hijau tua

tapi macam terus gak rasa tak sesuai. en tunang memang takde masalah dengan warna sebab kulit putih mulus. tak macam kulit I. ok. terbalik da. bai. hihi. sebab pernah sekali aku pegi facial ade amoi cina tu siap cakap aku kena selalu pegi saloon dia untuk buat facial. supaya aku sepadan dengan en tunang yang kulit halus mulus.
aiyoo...ni susah ni. 
chegu yang berhujan berpanas mendidik anak murid mana ada masa nak bercantik-cantik pergi ke sekolah. terbiar terus penjagaan muka. 

biar..biar. terus pada baju idaman tadi. pegi la merata web mencari design yang cantik n affordable harganya. ye la..kalau duit juta-juta dah tak heran dah harga baju tu brape. tapi. cost beb..takmo la habis time wat majlis je. kang kalau bunting terus kang. mana nak kumpul balik duet ribu-ribu nak bersalin hospital yang aircond dia berkuasa kuda. layanan 1st class. mesti la nak guna wit kannn..
so sebab tu sebelum kawen. kena ready. takmo demand sgt bab baju.


tapi tetiba dah berkenan satu design yang meletop dari rizalman. aduh la abang. kenapa selalu la buat baju yang sangat menawan kalbu. aduhhh..
tapi terus pk lagi. mesti la en abg rizalman tu takmo de layan pesanan orang kurang upaya macam aku..hihi. hanya mampu melihat dan menempelkan baju yang telah terjatuh cinta tu. nak banyak lagi pi la terjah n skodeng blog dia sendiri kat cni

ha..cantik kan. yang terang-terang tu leh je lapis inner yang suci gebu.terus jadi time tu diri sangat suci dari noda. eceh!


so dah la..itu je..
tata

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers