Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Friday, December 2, 2016

Kuning Berpanjangan (Prolonged Jaundice) Dahlia

Alhamdulillah. time menulis entry mengenai Prolonged Jaundice ni Dahlia dah selesai ujian yang parent mana pun akan rasa berat nak hantar. Sekarang umur dia pun dah nak dekat 2 bulan. Last check jaundice adalah 17/11/2016. Genap sebulan Dahlia lahir sebagai khalifah dunia.


Dalam tempoh 1 bulan tu adalah tempoh sukar sebab asyik kena berulang hospital n klinik untuk pantau jaundice dia. Meh aku cerita sikit rentetan jaundice anak ke 3 aku ni.

1. dapat balik ke rumah adalah hari ke 2 kelahiran. discharge tengahari. so petang barulah rilex 2 kat rumah. laki aku pergi lapor ke klinik kesihatan untuk rutin checkup harian selama 20 hari,.

2. nurse datang pada hari ke 3. check baby. sah dahlia ada jaundice. nurse suruh bawak esok untuk  checkup kuning dia.

3. start la kene amik darah untuk cek bacaan kuning. kalau dekat klinik kesihatan, amik darah kat kaki 1 tiub kecik je ha. tapi still kesian. ko bayang la baru la 4 hari umurnya kene cucuk bagai. sakit kan.....then dapat bacaan dekat KK = 13

4. jumpa doktor terus la dia cakap kene refer hospital. aku time tu dah sedih da sebab bila kene refer hospital 4 sure kene duduk bawah lampu. kene tinggal si kecik dekat wad kanak - kanak. memandangkan hospital sultanah aminah tu dah sedia pack, ruang untuk ibu menunggu sangat la terhad. sampai kecemasan hospital, dia amik darah 1 tube. tube hospital tak sama macam KK. dekat hospital darah akan di ambil dekat tangan baby.

5. belum lagi result darah hospital keluar. MO dah suruh admit sebab dia cakap bacaan kunign dahlia memang tinggi. so nak tak nak kene la admitkan dahlia. tapi dahlia duduk wad pun tak lama. kiranya 1 malam 1 hari sebab tengahari tu dah discharge dah. hospital bagi surat suruh KK pantau kuning dahlia

6. kena la berulang alik klinik. mula - mula hari - hari. then selang 2 hari sekali sampai la umur dahlia 15 hari. tapi dahlia ni kuning dia lain macam sikit. last check hari ke 15, tetiba kuning/jaundice dia bacaan statik  (10.2)

7. doktor terus refer poliklinik HSA pulak untuk buat checkup ada masalah lain atau x. time tu doktor terangkan la serba sedikit masalh budak prolonged jaundice ni. doktor KK cakap akan amik 6 tube darah + sampel air kencing untuk test several infection / penyakit

8. temujanji dekat poliklinik HSA. menangi skuat betul si dahlia. ko bayangkan kan. budak 1/2 bulan kene amik 6 tube darah + sample air kencing. mau tak melalak. sampel - sampel tu di ambil untuk test

1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst
2. Masalah jangkitan saluran kencing
3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)
4. Masalah metabolic ( galactosemia)
5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati
6. Masalah kelenjar tiroid


then lepas amek darah + sampel air kencing tu kene tunggu dalam 2 minggu untuk tunggu result / jumpa doktor. bagi aku mayb dia nak suruh tunggu umur budak cukup 1 bulan.

setelah berulang alik 1 ke sana ke mari. 17/11 dapat result menyatakan dahlia bebas dari sebarng penyakit / kuning di atas. 6 result semuanya lulus. yeah ti dahlia. so doktor conclude kan yang dahlia hanyalah breastfeed jaundice. Even tho dahlia breastfeed jaundice aku n suami dah sepakat akan teruskan jugak penyusuan susu ibu.  sebab itu adalah yang terbaik untuk anak - anak supaya lebih bijak dan kurang penyakit dalam usia dia membesar.

so untuk ibu - ibu muda yang baru ada anak. tawakal n jalani la ujian kuning ni walaupun kita kesian kat baby kene cucuk. tapi semua ni untuk kebaikan dia. if baby ada masalah boleh di kesan awal. jangan pandai - pandai sendiri bagi macam - macam kat baby untuk elakkan baby kene tahan wad.



b strong mummy semua!!!!

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, August 4, 2015

Random : Ibu anak 2

sara iman dannielynn & shahrulnaim damien


okeh.
ni anak - anak aku. agak rapat 2 orang ni. beza setaun. abang tahun 2013 adik tahun 2015.

macam baru je aku kawen. tiba - tiba sekarang anak penuh dah katil. hihi. alhamdulillah rezeki.

bila dah ber anak 2 ni makin la aku bizi mak datuk. dah tak ada masa dah nak bersenang lenang keluar merambu. life penuh dengan aktiviti melayan dieorang ajek. pagi pegi keje. balik tengahari terus mengadap dieorang.

sampaikan raya baru - baru ni laki aku tanya aku takde kawan ke sebab tak de pun ajak dia beraya kesana ke mari. yelah. kat sekolah pun aku duduk bilik sendiri. takde la sampai tak berkawan. tapi aku lebih senang berkawan time kat sekolah je. kat luar masing - masing ada life sendiri kan.

nasib jugak la bff aku jie n pah masing - masing dah duduk dengan husband. kalo tak mesti rasa bersalah. iyela. dulu time duduk jauh dengan laki bukan main lagi spend masa dengan dieorang. mcm tak adil la kan tiba - tiba berubah.

betul la orang kata.. perempuan ni bila dah kawin. masa dia hanya untuk suami n anak - anak aje. nak kata berhoye-hoye dengan kawan - kawan sekarang ni a BIG no. lagi - lagi sikecik tu masih nyusu badan. n tau2 je timing dia. asal tengahari je gelisah bila tak dapat tek dia. haish.
nak tak nak.
kena la bergegas balik dari sekolah.

anak - anak aku ni pulak jenis tak pernah pisah tidur. sejak si Naim lahir, belum sekali pun aku tinggalkan dia sehari semalam. paling lama aku tinggal pun adalah waktu siang je. menjelang malam mesti Naim dah nampak muka mummy kesayangan dia ni. sampaikan mak mentua aku komen

"Naim ni even duduk serumah dengan mak. tak pernah tidur dengan emak" huhuhuhu

Yelah. cucu dia yang lain pernah je tidur dengan dia eventho tak tinggal serumah. 

aku n husband lak tak pernah tinggalkan anak dengan orang lain eventho dengan parent dia. kemana pun pegi usung anak. 

Bila anak dah 2 ni aku rasa 24 jam tak cukup.tau2 je dah siang belum sempat puas tidur. tau - tau je dah malam belum sempat habis lipat kain. tau - tau je dah habis ujung minggu tak sempat nak berlibur. 

aku membayangkan macamana kalau anak aku 8. 
hahahah

Ibu anak 2 makin bz dengan hidup.
makin berusaha gigih bahagi masa.
mana nak sambung master
mana nak start tulis buku
mana nak start buat kem

haish.

doakan.
ibu anak 2 ni 
makin berjaya dalam hidup.
makin murah rezeki.
makin succes untuk semua benda yang bakal dikecapi.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers