Pages

Sunday, March 7, 2010

di risik lg..


sejak kebelakangan ni. masa selalu mencemburui aku. 24 jam terasa sangat suntuk untuk dibazirkan. sampaikan bila aku baring-baring tanpa tujuan, mesti badan rasa tak selesa. mesti tangan secara automatik nak amik buku baca.
jgn slh anggap lak aku asik maen game fesbuk. yg tu bkn aku yg main. aku dah upah jin supaya jg tanaman n kucing belaan aku si chichi tu. kalau tak..jenuh la aku. tapi upah jin pon kene bg makan gak.
minggu ni minggu SBE @ dalam bahasa melayunya adalah pengalaman berdasarkan sekolah. sekejap je rasa masa berlalu. dah masuk bulan 3. habis SBE dah bulan 4..then lagi 2 bulan aku akan posting mengajar. rasa macam tak cukup persediaan lak. sedangkan budak2 ijazah perguruan masih sibuk tunggu panggilan intbiu n posting. aku dah nak praktikal. hm..bgslah..=)..macam masuk akademi fantasia. kejap je da leh klua jd penyanyi. cuma yang membezakan nnti adalah cara bekerja.
satu perkara yang aku betul2 kurang gemar adalah pensyarah2 memandang KPLI ni sebagai fast track yang akan menghancurkan sistem pengajaran. tidak seperti pelajar PISMP. hm?? dimana logik kenyataan itu. perkara ini berkisar kembali dengan didikan mereka semasa dimaktab. aku rasa...kami cukup terpilih untuk menyertai program tersebut. kami bukan calang-calang orang yang tangkap muat. berbanding dengan pelajar yang terus memohon memasuki maktab. belum tentu mereka berbakat. cuma yang membezakan kami ialah latihan. tapi dari segi pengalaman dan cara menghadapi dunia luar. ternyata kami lebih unggul..=)

SBE, aku lakukan dikampung halaman. dan kiranya aku baru sahaja pulang dari perantauan. panas macammana pun johor..aku tetap suka duduk di rumah sendiri..

kali ni aku nak berkongsi cerita. cerita ni aku perolehi dari emak semasa aku menjamah makanan ketika pulang semalam.
emak kata, sabtu lepas..ada orang datang merisik. aku pun buat muka pelik..aku cuma sampuk 1 perkataan.."merisik lg?"
mak terus buat muka excited mahu meneruskan cerita. "ye..merisik..cik misah kau yang datang tanya.."
cik misah? terus kepala otak aku berlegar2 mencari jawapan. sejak bila pula makcik sepupu aku tu ada anak lelaki bujang. tapi aku biarkan emak terus bercerita. ayah dari tadi diam meneguk air nescafe.
"ye..dia tanyakan engkau untuk orang parit HJ NOH. anak si HARUN"
aku terus tersentak. tapi mak stil wat dono. trus bercerita.
"dia ckp pernah anta kau balik sekali. then die cakap kat mak dia..berkenan kat engkau. dia tu kawan bangjak kan.."
"oo..."aku terus tak tahu jawab ape..dalam ati berdebar jugak. trus aku tnye mak
"then..mak jawab ape?" "mak jwb..nnti mak tnye tuan empunya diri"

hal2 lain adalah *rahsia*..hehe..perbualan dengan mak aku hanya boleh dirakam sampai ctu. aku terus la terpk..bukan susah kalau jadi gadis kampung ni nak kawen. terima je lah risikan2 orang. seminggu kemudian, mesti dah bertunang *__*.
aku kan da nak posting..so kalau la aku kawen dlm masa terdekat..mesti aku dpt posting kat kg ni sebab kawen dgn org kampung kn..kn?
huuuuu

hei2. tapi aku tanak la..buatnya aku stil kene posting sabah sarawak..kesian kat suami aku. baik la idup single mcm sekarang. risaukn mak bapak je...itu pun ade abg yg tua tlg tengok2 kan..tgh2 taip ni..tbe2 je si NURIN call. dia ckp dia nak tunang..
so..congratulation at advanced for nurin n emy...
dan pasti..11/6 kena masukkan dalam takwim wajib utk pergi. nantikan aku bumi segamat..*>*.

dan dengan lega aku nyatakan
1. vdeo & report utk teknologi pendidikan - fraction year 3 - DONE
2. slide & report utk teknologi maklumat - fraction year 6 - DONE
3. Bahasa Melayu Komunikasi - laporan & shooting forum - DONE
4. Ilmu pendidikan - behaviourism slide - DONE
5. Ilmu pendidikan - peta minda utk bimbingan & kaunseling - ALMOST DONE (1 part je lg)
6. PJ - gerakan asas & gerakan kreatif - yg blm adalah practise & cari lagu
7. Math - RPH, weekly & yearly - DONE
8. BI - RPH & scheme of work (1 year) - tinggal nk msk kan sound system,CCTS, moral value
8. Math - SBE report.

so..ade lg x?
harap2 tade yg tertinggal..
memang ptt pun sejak kebelakangan ni demotivate n tade mase utk diri sendiri. even nak berblog pon tak tau nak buat bila.
ni nasib dah ade kat umh..
dan berblog ble ade cerita nak dikongsi..=)..
Saturday, February 27, 2010

stail lelaki..

ha..
sila tengok.
pipi sudah tembam..bontot makin lebar..muka makin kedut..:(
tapi rasa hari2 tetap same. kalau nak dibanding beza 10 tahun dulu dengan sekarang..yang banyak berbeza adalah kehidupan.
dah lama tak tulis entry ringan aje..cerita hal2 peribadi.
shit btol fesbuk..
aku nak pi buang akunye link ke blog dr ctu..tak jupe lak..
dah la sekarang panas membahang, mood pon jd tak ok. rase nak letup2 kan kepala orang je.
dengan perasaan de motivated n insecured lg..haih payah..

aritu..ade sekali, aku balik kg. then mak aku tbe2 tanye lg soalan cepu emas..
"kau kawan da lame..bila nak ikat??"
aku tunduk diam je..dan aku buat2 tak dengar. orang tua, kalau dah sebut soal tu..memang susah nak berenti. kan ke senang time mak aku cakap2 camtu datang putera raja kaya dari mana2 pinang aku.

aku pk balik fakta2 orang yang kawen cepat. kebanyakan orang yang kawen seusia aku sekarang, umur hasben dieorang mestilah 30 thn ke atas. yang mana time waktu ni..adalah waktu sesuai lelaki mendirikan rumahtangga. bersedia dengan komitmen dan berkemampuan. so salah aku jugak dulu, tak nyanyi banyak2 kat dapo, sebab tu sampai sekarang tade orang tua yang dtg minang.

walaupun aku rase jadi lelaki payah, tapi jd perempuan ni lg susah sebab bila umur macam aku orang da chop sbg anak dara tua..:)..tapi time aku kerja dulu, aku tengok rilex je orang2 keliling aku tak kawen. mungkin jodoh tak sampai. even jiran akk aku pun tak kawen sampai tua. sekrang ni aku jupa ramai gak lect perempuan tak kawin. aku pk gak knape..then aku simpulkan sbg..time dieorang muda dulu, dieorang bercinta jugak, tapi lelaki yang dieorang kawan tu tak bsedia nak hadapi komitmen, taraf hidup tak tetap, main3kan perasaan dieorang. sedangkan dieorang adalah wanita sofistikated, pandai, berjaya dari segi hidup. lalu..say gudbye adalah langkah terbaik dari membabitkan diri dari kancah masalah

tapikn,,mesti bengang bila, masa kawan dengan kita, punyalah liat nak kawen, tak bersedia nak ade komitmen la...takde duit la..tapi bila putus tak sampai setahun, tau2 je dia da tunang nak kawen. haha..
itu namanya ape?
aku pun perhatikan benda ni. biasanya 2nd couple kepada lelaki yang pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan dlm tempoh masa lama akn mendapat untung.
kenapa aku ckp macam ni? sebab
1. lelaki tu myb da serik hilang awek. so trus ajak 2nd couple kawen cepat2
2. dieorg ckp mls nk bazir duet byk2
3. dah gian sgt nak kawen
ha..nak salahkan sape tu?

dari point of view aku plak, aku lg kesiankan dkt awek 1st tu sbb
1. da la penat tggu jantan tu, sbb dah tak thn mintak ah clash..sbb couple da lame sgt tade prubahn.
2. dia akan menjadi orang yang sggp bersusah pyh bertahun2 tapi kurang dihargai sebab bila couple da lame..smua tu da jd lumrah. iyalah..perempuan bukan berkira sgt.

dan kesimpulannya. jgn couple lame2 sbb
1. rugi
2. tak dpt ape pon

sebab..kawen tu tak sama dengan mase couple..:)..so..mari2 mengorak langkah mencari pasangan baru. couple 3 bulan..trus kawen @ suruh je emak bapak ko terima pinangan orang kg.
yelah..kalau ikotkan..dah berlambak da org msk merisik. sbb tggu sorang...habuk pun takde..
tapi..
setiap orang tu kn ade jodoh masing2.
*****************************************
notakaki: kwn aku si peah rase2nya da clash. kesian kat dia. mcm tu ah lelaki. time nak di timang2. time tanak men buang. takpelah peah. myb nak dpt org yg lg bgs tu..:) go go chaiyuk girl..kumbang bukan se ekor, tapi memang susah nak jupa kumbang yang setia pada 1 bunga. sifat asal dieorang..
TAMAK & HALOBA..

Wednesday, February 24, 2010

berita terkini..siapa yang perlu bijak?


sejak duduk kembali di asrama, masa berpoya-poya dan menonton rancangan TV terpaksa dilupakan. dan kalau berkesempatan, aku perlu melayari suratkhabar online utk mengetahui berita terkini.
tak lama lagi bulan 3 da nak start. bulan 3 akan ada school based experience 2 minggu, dan cuti semester selama 1 minggu. cuti -cuti pon..kemungkinan kursus bina insan guru jatuh pada hari cuti tersebut.
sekarang tengah kecoh berkenaan pengharaman perarakan maulidur rasul. tak kisah la di surat khabar, di status2 facebook, tak kurang juga penulis blog. semua mengulas berkenaan hal ini. aku sekadar mahu berkongsi idea. aku tak mahu, setiap insan yang tahu berfikir..ketandusan idea untuk berfikir secara waras berkenaan hal ini.
ini pendapat aku, secara jujur, ini pendapat peribadi.
banyak blog berkata, perkara ini di politik kan, dan bersetuju bahawa, tidak salah membatalkan perarakan tersebut. pelbagai cara lain boleh di buat, dan perkara ini semakin berlanjutan bualannya.
mungkin...alpa @ setiap manusia itu lupa, setiap perkara yang dilakukan itu mempunyai niat tertentu. ada orang kata...berarak itu bida ah semata..hm??? komen??
aku tidak kata orang itu jahil. tidak.
memang benar, perarakan itu tidak pernah di wajibkan. dan mungkin, ia telah menjadi satu kebiasaan dari kita. semua itu benar. tidak ada yang salah wahai sahabat dan ahli pemikir.

aku fikir..semua itu adalah satu pendekatan mulia, pendekatan mengingati junjungan besar kita. tidak salah berkumpul dan mengingati baginda, berarak sambil berselawat, menjalin ukhwah yang erat sesama agama. aku cuma ingin berpesan,
kawan,
jika tidak gemarkan parti, jangan campur aduk kan dengan agama. itu penting.
berarak itu salah satu amalan mulia yang cuba di terap kerajaan, pendekatan yang dari dulu aku rasa berjaya. tapi, aku juga tidak menyangkal bahawa, lagi elok jika perarakan itu di tukar ke majlis agama. tapi kita kena melihat kesesuaian majlis, sambutan orang ramai dan kesediaan hati masing-masing untuk menyertai.
menjadi lumrah manusia sebenarnya, perkara yang menyeronokkan pasti akan mendapat lebih sambutan. so dari cni. tepuk dada..tanya lah hati.

ramai berkata, berarak bukan main, tapi...rasuah..mengumpat..dan pelbagai maksiat masih diteruskan..utk apa..
hai kawan. jika aku kata kamu bodoh..kamu tidak akan mengaku, jika aku katakan kamu pandai...tidak pula nampak tandanya..:)
jika sekali pun kau buat ceramah agama, pendekatan lain, berjuhud dan berjihad semua. jika hanya kau yang mengimarahkan majlis tersebut..berjaya atau tidak membanteras dan memusnah semua gejala negative itu? jawapannya pasti tidak BUKAN?

dan disini, penekanan aku,
jangan kau hanya menunding jari atas apa yang orang lain lakukan jika kau tidak tahu apa makna kebaikan. dan jangan pula kau bodoh, mengikut orang yang sudah2 tentu kurang arif dengan agama kau.
sebagai insan, fikir, mana yang baik itu, jadikan sempadan, yang buruk itu, jadikan tauladan.


Tuesday, February 23, 2010

watikah perlantikan


ok..
sekarang ni dah bukak blog di sini. sgt berterima kasih dengan keprihatinan pihak tertentu. bagi aku sendiri..nak buat ape block2 benda yang takde apa nak di block, lain lah laman web lucah or what.

dan sekarang ini, kiranya sangat suka kerana boleh update blog. boleh share2 cerita dan sebagainya. dan tak lupe..lepas ni boleh la share gambar2 yang aku dah snap sepanjang kat cni. aktiviti yang menarik aku join setakat ini adalah
1. larian mesra
2.makan malam bersama JPP
3.watikah pelantikan
dan tak lupa juga hari sblm watikah tu.
macam2 nak kena buat. bunga telur, tepak sirih, bunga manggar..and even backdrop pon kiteorang sendiri siapkan. no exco yet. tapi..kene gak kerah kerja. nasib la AMT aku sangat2 memuaskan hati dan tidak merungut bila di suruh buat tugasan. sgt2 bersyukur.
rasa menjadi salah seorang AJK tertinggi di sini sangat menggembirakan.
1. sebab boleh berkongsi pengalaman
2. dapat membanding beza, apa itu pengurusan di maktab dan pengurusan kepimpinan di U
perkara pertama yang cukup lain adalah
1. kalau dulu, adhock tak datang buat kerja wlpn dah di pesan..lepas tu boleh bambu je..yelah..tau nak glamer..tapi keje hampeh..memang dah lama da aku sembur..tapi sekarang....terpaksa byk bersabar..yelah..dengan budak2..maunye tibe2 je aku marah..menangis kang
2. time menulis sekarang ini, aku tengah sakit perut sebab period pain. so..mood adelah sangat tidak ade..patut ah bf aku ckp..2 3 hari ni asik mengamuk n wat perangai aje.
3. kat sini, pihak kepimpinan lebih bergantung kepada penyeliaan HEP, semua adalah bergantung kepada hep, berbanding dengan kepimpinan U, aku rasa..semua adalah self relience.


dlm kelas ni..:)
nk wat vdeo guna muvi maker..asignment tuh..
da..tata


Friday, February 19, 2010

penyabar..itu sifat cikgu


ok..
bukan senang hidup di tempat blogspot telah di band. kongkongan sangat lah terasa bila tidak boleh meluah idea di sini. sorry to all.. lama gila tak berkongsi cerita. hidup sekarang cukuplah lain berbanding zaman aku berblog dulu-dulu. kali ini..ayat mesti jernih..baru mencerminkan aku bakal guru yang benar-benar mampu mendidik anak murid..eceh..

1st skali sblm terlupa..congrat to astriyana anuar..wedding dia aritu..n to yana OSCC n EIJAT..dah bertunang da dieorang..:)

kehidupan di institut perguruan sangat lah tidak sama macam universiti. masuk universiti kita rasa kita orang yang pandai. tapi masuk ke sini memerlukan seorang yang
1. mentalnya sihat
2. fizikalnya cergas
3. otaknya juga cerdas
bila anda mempunyai pakej dan yang penting mempunyai azam. sila..mohonlah KPLI sebagai pilihan anda. waktu paling sarat adalah bila aku terpaksa berlari padang 3 pusingan. lompat jauh..lontar peluru..main hoki.semua itu setakat ini aku lakukan dengan senyuman. bakal cikgu berhemah la katakan.
macam-macam aku ingin lakukan perubahan bila mengajar. semangat sudah ada..cuma aku cukup takut terpengaruh dengan environment sedia ada. de motivated oleh senior yang akan cakap aku
1. budget bagus
2. takde pengalaman tunjuk pandai
3. pembodek guru besar

aktiviti aku dah cukup padat dengan semua jadual akademi. tapi untuk menjadi insan yang seimbang. aku stil tawarkan diri utk hias board math yang belum siap2. join kumpulan kepimpinan pelajar di Institut dan kalau boleh, aku nak join balik kelab tarian.
even that. nak wujudkan satu website JPP guna joomla. :). memperluaskan bidang open source ke mata para pendidik.

setakat ni. aku rasa belum lagi ade kait mengait entry aku dengan tajuk. ye tak.
ok..sebenanye..cikgu lina taktau nak letak tajuk ape..

kebanyakan entry lepas ni pasti berkisar kehidupan di institut sepanjang mengikuti kursus ini sebelum posting.
pk2..asik belajar..bila nak kawen ye?
mak......tolong kawen kn sy..


Wednesday, February 10, 2010

.tiada tajuk.

aku baru baca satu artikel apa-guru-perlu-tahu-tentang-guru.
muhasabah diri itu perlu kadang -kadang
dah balik ke maktab. hidup agak lemas dengan tugasan. tapi tetap ada keseronokan dengan cara yang lain. orang lain tak rasa berpindah randah macam aku.
tadi..cuba menjawab soalan akhir tahun. gementar tatkala mendengar soalan di baca. sungguh. kertas itu lagi rumit dari kertas sebelum ini. mungkin jugak sebab aku dah lama tidak menjawab sebarang peperiksaan. hampir 2 tahun barangkali.=).
ketandusan idea sebenarnya benar - benar mengganggu penulisan aku. tatkala aku duduk berangan sahaja, bagai mencurah idea itu..bila tatkala jari mula memetik papan kekunci, entah kemana idea tadi kering terserap. maka..entri sangat jarang kunjung tiba.
urusan papan iklan di tanah pusaka mak ayah masih lagi tergantung. lambat sungguh syarikat itu bertindak. aku selaku client hanya perlu melihat dahulu perjanjian yang telah di buat. suruh di emel pada aku. haram..dekat 6 bulan menunggu. alasan memang banyak diberikan. tunggu sahaja hujung minggu ini. kalau ada rezeki mak ayah..dapat la bergoyang kaki..bersenang lenang..=)
nyata perasaan aku. rindu telatah nakal 2 Elite, gurauan 4 Dedikasi. Mereka itu memori. sangat gembira dan teruja rasa hati aku tatkala melihat mereka amat berselera meratah mee sup yang aku sediakan. penat lelah 1 malam bersama hidayah bagai hilang di tiup angin. dan tika itu aku sedar. keikhlasan tidak mampu di bayar dengan apa jua.
aku gembira, mereka memuji masakan aku, kad - kad comel sebagai pengganti diri menunjukkan mereka menghargai aku. kalau mereka mahu tahu. aku pun sayangkan mereka. marahkan mereka supaya mereka menjadi pandai. denda mereka supaya mereka sedar. yang mana salah yang mana betul



~.lynn.~
Sunday, January 31, 2010

selamat datang dunia sekolah




sedar tak sedar..dah seminggu aku berada dalam alam sekolah balik. kali ini totally pengalaman macam sekolah dulu-dulu. pagi2 dalam pukul 8 aje da start kelas. rehat pagi pulak dalam pukul 10.30 pg..sebab rutin harian yang baru ni. badan aku pon dah buat mogok secara diam. tak psl2 selseme n batuk pon mnyerang. tak leh nak ckp ape ah.
kalau dulu..sejak u lagi..aku dah mlupakan dah aktiviti padang. kat cni..setiap kali ade pendidikan jasmani..aku kene lari keliling padang tu sebanyak 3 kali. memula memang ah semput..nak pegi kelas pon jauh..tapi..bila dah 2 tiga kali pegi..kejauhan tu tak terasa sangat dah.
mungkin..lepas ni badan berselulit ni akan dapat di fitkan kembali. dalam banyak-banyak hal tersa rugi adalah sebab tempat belajar aku kali ni tak sediakan hostel. so...aktiviti untuk waktu malam yang aku boleh join telah berkurangan la..terasa tak adil tu memang ade..iyelah..orang len dpt hostel..tetibe kite ni kena lak cari umah sendiri. aktiviti koku juga tak la sebanyak mana yang aku gambarkan. masa mula-mula masuk dulu aku memang teringin nak join kumpulan tarian balik. join group bowling..kelab debat..JPP..tapi..kat cni macam tak ade je..
nak ikot bertanding pun..smua budak-budak belaka. memang cukup berbeza dengan suasana kampus IPTA. pendedahan yang kita dapat di IPTA tak sama langsung dengan suasana tempat aku belajar sekarang.
aku bukan apa..sekadar mahu berkongsi pengalaman jika semua warga tempat aku belajar itu ingin tahu. bagaimana situasi menjejakkan kaki ke universiti. perbezaan tetap ada..
apa yang penting..dunia baru ini mendatangkan seribu satu cabaran buat aku. komitmen aku akan berikan 100 %. aku mahu buktikan...aku seorang pelajar yang cukup pakej. pelajar yang memenuhi semua adas JERIS yang ada. dan target utama ialah bergelar jusa C sebelum umur 40 thn..kiranya..tahun 2010 adalah tahun perubahan.
dari segi takwim 2010..aktiviti dah penuh di tempah..sampaikan aktiviti untuk diri sendiri perlu dilupakan.
so pd encik abang..kita kena lupakan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini.

dan pada kawan-kawan...maaf jika aku kurang meluangkan masa untuk kalian semua. jadual harian sangat ketat..:)

notakaki: lelah dengan hidup sendiri


Thursday, January 28, 2010

selamat tinggal

lama tidak bertandang menulis coretan perjalanan hidup. almaklumlah, badan kurang sihat, otak juga letih..tapi yang pelik..badan semakin mengembang.
kini..aku di tempat baru. mengalami situasi baru..tempat baru.
tempat tidak semewah mana jika dibandingkan dengan tempat pengajian terdahulu. tapi cukup membuatkan aku terdidik untuk menjadi guru terlatih. rasa singkat benar waktu..

dan hari ini juga..hari terakhir melawat tempat kerja aku. bukan melawat kosong exactly...aku menandatangani kontrak berakhirnya aku sebagai salah seorang staff OSCC. maaf..titipan nota terima kasih aku terlewat.
aku pergi tanpa meninggalkan kata. pergi tanpa bersalaman..dan kini aku hanya menitip nota.

sepanjang aku di oscc..aku sayangkan oscc. tempat pertama aku mengenali dunia pekerjaan. tempat pertama aku menimba ilmu. tepat pertama aku mengenali apa itu BOS sebenar. sungguh..aku sayang oscc..aku sayang warga oscc..kecuali....hanya dia seorang..haha..dah brenti still jahat..

oh tak..aku tak simpan dendam..tapi aku stil ingat. aku ingin menjadi insan baru. aku hargai semua yang aku pernah kenal. thanks to all oscc staff..aku nak tulis nama semua. tapi rasa macam tak larat nak bg ucapan.:)

dan untuk itu..aku ucapkan TERIMA KASIH kawan.

Friday, January 8, 2010

KPLI – list-to-do –

argh..pening bila banyak sangat perkara perlu di settle dalam tempoh 1 minggu. Nasib baik la jugak aku dapat yang dekat.so..untuk tidak mengusutkan kepala..mari kita buat list-to-do.

Step1: bila dah cek..perkara pertama yang kita buat adalah baca panduan tawaran. Then isikan borang penerimaan/penolakan tawaran tersebut. Sila ambil perhatian. Borang ini perlu di sediakan dalam 2 salinan. 1 salinan kepada BPG putrajaya dan satu lagi pada pengarah IPGM anda sendiri. Hantarkan ini dahulu.

Step2: Kemudian, sediakan 5 salinan : -
  1. surat tawaran (sila cetak dari laman web)
  2. kad pengenalan
  3. surat beranak (sijil kelahiran)
  4. ijazah/diploma/stpm/spm(setiap 1)
  5. surat pengiktirafan daripada JPA
  6. akujanji KPLI
  7. butiran penjamin dan saksi (siapa ada contoh..sila email pada saye..)

sila sahkan semua dokumen.

Step3: beli setem hasil di pejabat pos (5 keping). Bernilai RM 10 setiap 1.

Step4: ni macam biase ah. Buat medical checkup. Borang utk medical checkup tu pon leh donload dr website. Ade 2 borang yang perlu di isi
1.borang KP (BPG)9115...
2.borang am 402 (sesiape yang tade borang ni leh bg email kat sy..)..bagi penjawat awm..dah tau kot borang ni..bagi yang tak tau..anda boleh hubungi IPGM sendiri. Atau nak lebih mudah..bg ajer email. Keputusan borang am ni kene lengkap beserta keputusan Xray.
Sila buat salinan untuk borang ini juga (2 salinan)..tapi photostet borang yang telah di isi.

Step5: sila isikan borang BOR 02 – 07 (xtually..tak tau yang no 7 tu borang yang mane)..sbb dlm lampiran cume ade 6.

Step6: amik gambar, walaupun dalam panduan mintak 10 keping je..dalam borang checklist mintak 14 keping. so..sediakan la 15 keping..hehe..

Step7 : yang ini anda sediakan setiap satunya 1 salinan:
  1. surat berhenti sekolah
  2. akaun bank (mengandungi nombor akaun)
  3. BOR 07-03
  4. BOR 07-05 hingga BOR 07-07

Step8: sediakan dalam 2 salinan
BOR 07-02 dan 07-04

Step9: jangan lupa..sediakan duit RM 300 (untuk pendaftaran) dan barang-barang keperluan yang lain seperti anda ingin mahu masuk ke asrama penuh.

Sebarang pertanyaan lanjut..boleh komen/tambah/ ingatkan ape yang tertinggal. Bersama-sama memikul tanggungjawab yang telah kita terima. Upss..sebelum terlupa..tahniah kepada rakan-rakan sekelas yang berjaya..

Notakaki: Gembira menerima tanggungjawab..:D

saya bakal guru


dengar tak berita baru-baru ni? lambakan guru berlaku. itu di sebabkan keputusan semasa di maktab @ institusi pengajian tidak memuaskan ataupun memang guru telah melebihi had yang sepatutnya?

tengah bz nak buat takwim KPLI-to-do-list. supaya dapat membantu diri sendiri dan kawan-kawan.

mahu terima atau tidak?
pilihan ini tepat @ tidak?
sila tolong saya buat keputusan bijak..

Monday, January 4, 2010

HOW TO RECRUIT THE RIGHT PERSON FOR THE JOB?

go open source..go go..:D


Put about 100 bricks in some Particular order in a closed Room with an Open window.

Then send 2 or 3 candidates in
The room and close the door.

Leave them alone and come back
After 6 hours and then analyze
The situation.

If they are counting the
Bricks.
Put them in the accounts Department.


If they are recounting them..
Put them in auditing ..


If they have messed up the
Whole place with the bricks.
Put them in engineering.


If they are arranging the
Bricks in some strange order.
Put them in planning.


If they are throwing the
Bricks at each other.
Put them in operations.


If they are sleeping.
Put them in security.


If they have broken the bricks
Into pieces.
Put them in information Technology.



If they are sitting idle.
Put them in human resources.


If they say they have tried
Different combinations, yet
Not a brick has
Been moved. Put them in sales.


If they have already left for
The day.
Put them in marketing.


If they are staring out of the
Window.
Put them on strategic Planning..


And then last but not least. If they are talking to each Other and not a single brick Has been Moved.

Congratulate them and put them
In Top management


memang ini lah yang aku jumpa sekarang ni..hehe..
dan kini aku dah tau..kenapa en gula-gula lantik si bontot besar jadi anak buah atasan dia..haha
dan ucapan tahniah untuk si bontot besar atas kejayaan dia yang aku tak pernah congrate selama hari ini.
azam tahun baru? hm..nak cari wit lagi byk dari sebelum ni.
mungkin perlu melakukan beberapa perkara yang ekstrem

notakaki : seronok dengar lagu jac - dambaran hati. dam seronok baca artikel ni. sumber dari respek group yahoo!..

bandar elite

first time aku jumpe kawasan yang adanya semua kemudahan drive thru. aku bukan nak kate la..tapi kemudahan yang terdapat kat tempat tu..lebih dari putrajaya..pusat pembangunan kerajaan malaysia. mungkin ada yang dah pernah jumpa kat tempat lain. tapi aku stil jugak nak share kemudahan drive thru yang aku jumpe awal tahun baru hari tu.

aku balik kampung untuk menyambut tahun baru kali ni. tapi tak dapat counting tengok bunga api sebab masih lagi dalam kereta. seronok rasanya dapat berjalan-jalan di kawasan perumahan SETIA TROPIKA. kalau bagi orang johor..may b tahu lah kot. kawasan perumahan baru. sekali masuk kesana seperti bandar di dalam taman. cuma pembinaan masih giat berjalan.
dalam hati teringin memiliki sebuah rumah di sane.

bersama-sama encik kesayangan, saya dapat jugak mengambil beberapa gambar kenangan untuk di kongsi bersama. kalau sudah beli kamera mahal dan berkualiti. tentu gambar ape sahaje jadi menarik agaknya.:D.

so..lyn..






dan jangan tak percaya..bangunan sebelah maybank dan starbuck ni adalah KFC and pizza drive thru dikumpulkan di dalam satu kawasan.

notakaki: jimat masa, jimat wang

Thursday, December 31, 2009

pengakhiran 2009


gamba dari en. google. dan saya tidak curi =P

aku dalam perjalanan pulang ke kampung. malam ini..aku juga akan menjenguk kedua anak sedara kesayangan. fatin dan fazreen. hujan menghiasi sepanjang perjalanan. awal bertolak juga telah disulami hujan lebat.

hari ini agak pulang lewat dari ofis. hmm..suasana sunyi dan suram..macam itu kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. mungkin..dan yang pasti..itu adalah detik akhir 2009 yang aku akan kenang.

tempat kerja aku itu indah. awal musim aku di sana, semangat aku mengenali dunia open source indah. aku tahu..aku punya bos yang pintar. yang dapat berkongsi pengalamannya di situ. tapi indah itu tidak lama. mungkin benar orang kata. yang indah itu hanya sementara. =(..tapi sepanjang 2009, aku tahu..banyak yang berubah dalam hidup aku. mungkin tiada apa yang menarik..tapi 2009 mengajar aku matang untuk menghadapi alam pekerjaan.

2009 juga kenangan aku menghadiri perlbagai jenis intbiu, pelbagai ragam manusia dan belajar untuk sedar, rakan sejati itu apa. kenangan yang aku ingat, tahun ini aku lebih banyak pergi ke majlis undangan perkahwinan. begitulah kehidupan semakin dewasa ini.
1. undangan graduasi
2. undangan perkahwinan
3. undangan meraikan bayi comel

malam ini akan berjumpa en. kesayangan. so..tata
slamat tinggal 2009.
slamat tinggal kenangan pahit
dan..selamat datang 2010.




Tuesday, December 29, 2009

Orang Melayu


"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)

Ulasan lanjut daripada petikan itu ialah ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai rasis. British pun tidak panggil kita rasis. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di Semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.

Kata Tun Mahathir lagi: Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

Notakaki: kenapa sebenarnya orang melayu BUTA??

Monday, December 28, 2009

|Checklist for bride|to|be|

ini cincin idaman sayer..anda pule?


entry ini sekadar panduan OK. kalo tanak ikot iyer sudah..

6 months – 12 months
bagitau family sendiri n family mentua. Perkenalkan kedua ibu-bapa dalam masa ni (bagi yang belum mengenali). Time ni la berbincang berkenaan majlis tersebut. Discuss who pay for what - the budget guideline. Decide the banquet style, venue and time. Then booked the placed. Yang ni adalah pilihan untuk kenduri tu. Kalau kat kampung. Biasanya pilihan nya adalah katering @ rewang (gotong-royong). Ade gak yang pilih untuk buat majlis di dewan, restaurant atau pun hotel. so..majlis ini kenelah mendapat persetujuan bagi kedua belah pihak. Bagi yang selama ini duduk menyewa bersama teman-teman, the thing is..start for looking for new home & source the home items you want. Time ni la buat perancangan untuk tinggal menyewa or bli umah. Semua ini mesti berlaku awal. Bagi orang melayu, selalunya perkara ini di buat setelah mempunyai ikatan pertunangan. so..untuk yang terbaik, ambillah tempoh bertunang dalam setahun. Bagi yang tidak inginkan bertunang awal, perkara seperti ini, still boleh di rancang bersama. Consider to hire a wedding planner

4 months – 5 months
confirmkan balik tempahan dan host untuk wedding. Slalunya, ketua majlis akan di lantik oleh ibu bapa (untuk keluarga di kampung) dan kenalan rapat yang mempunyai pengalaman (untuk majlis besar di hotel). Decide on wedding dress. Pilihan warna dan patern yang sesuai menaik kan lagi keserlahan anda. Ingat..pilihlah baju bersama pasangan. Amik picture kawen kat studio (untuk buat banner, kad jemputan dan papan tanda...uhuhuh). Bagi yang dah decide untuk pindah selepas kahwin, preparation untuk pindah ke rumah baru boleh di mulakan. Jangan lupa..pre-wedding medical check-up.

2 months – 3 months
pergi ke pejabat agama untuk register. Bagi johor..anda akan mendaftar ke pejabat agama untuk di temuduga, check HIV dan beberapa perkara perlu di buat. Cthnye : jupe ketua kampung / penghulu utk buat pengesahan yang anda adelah penduduk di situ. Buat pengesahan menu dan hiasan untuk majlis. Jangan lupa untuk menempah kek perkahwinan ketika ini. Kalau tak..cnfirm kek tak sempat siap. Jengjengjeng..time ni la jugak nak pegi pilih cincin kahwin.. tips : pilihlah cincin yang agak kukuh designnya. Sebab cincin ini akan di pakai lama. :D. tak guna jugak beli cincin terlalu besar designnya. Tapi payah untuk di gayakan. Kadang-kadang..less is beautiful baby.

1 months
hantar kad jemputan. List ini kenalah di sediakan untuk tidak melebihi budget yang telah di tetapkan. Ketika ini. Setiap hubungan kekeluargaan perlu di fikirkan. Apa yang paling mudah begini. Just assign individu untuk membuat jemputan cth mak & ayah – 500 jemputan (sedara mara) abang & akak – 150 jemputan (ntuk jemputan kenalan dan sahabat handai) awak sendiri – 350 jemputan (untuk jemput kawan-kawan dan kenalan). Sila pastikan budget dan jemputan adalah selari. Buat keputusan bagaimana cara perkahwinan anda akan berlangsung : cth majlis tepung tawar. Sediakan senarai menepung tawar. Jangan lupa jugak decide untuk meletakkan pelamin di mana (jika di rumah), meja makan beradap, acara potong kek, persembahan silat & etc2. Cuba kembali baju kawen. Jangan fitting last minute. Takut longgar or sempit. 1Months b4..stil lagi boleh betulkan.

2 weeks.
Beli buku tetamu. Tapi kalau buat kat kampung tak payah la...huhuh

1 day
siapkan segala kelengkapan perkahwinan. Konfemkan dengan juru solek, pendandan rambut dan photographer masa kehadiran. Jgn dieorang lambat pulak kang. Kalau belah johor, sehari sebelum wedding akan ada majlis berinai, khatam al-quran n berzanzi. Jangan lupa mandi bunga (untuk orang kg) dan pergi ke spa (besenya orang2 bandar buat) dan yang paling penting adalah. Tidur awal...supaya mata tak sembap dan otak tak pk yang bukan-bukan.:D
ah..penat tulis..so untuk groom-to-be..aku tulis lain kali.

Saturday, December 26, 2009

hari bersama teman

oh ye..
hari ini hari persandingan lutin n sarah. aku tidak pergi. selamat bersanding sarah.
erm..hari ini mahu pergi berjimba-jimba bersama teman belajar.
sila jeles kepada rafeah dan wadi.
kami bertemu lagi.
yang pelik hari ini cuma satu. BAKRI ikot..huhu...bakri ikot sep...menjadi satu keajaiban. haha..
uih..tapi jgn kate ape2..entah2 sekejap lagi dia cal
"cik lin, mintak maaf. hari ini saya berkahwin. saya tidak dapat hadir.."

bila bakri baca entri ini. sila senyum dengan senang hati..
dan sila teka, yang mana satu bakri..:D


Friday, December 25, 2009

cuti..mahu kemana?

..gmbar dari en.google..

cuba pilih..cuti lama-lama ini mahu kemana?
bagi yang ada anak-anak..sudah tentu mahu di bawa berjalan-jalan. zoo lah..pantai lah..pergunungan lah..air terjun...
tapi yang pentingnya hanya satu. pastikan keselamatan anda sentiasa terjamin.

bagi yang tengah honeymoon lagi..mesti tempat peranginan menjadi pilihan.
bagi yang berpasangan?..
erm..mestilah pusat membeli belah, panggung wayang..dan pusat hiburan..
habis..
bagi yang bersendirian?
yang bagusnya..
pulang ke kampung.
lupakan semua aktivit luar dan nikmati masakan ibu.

aku akan pulang minggu hadapan.
rasa tak sabar..
mungkin ini perjalanan terakhir aku dari cni mungkin.

hm..harap2.
mungkin lepas ini aku perlu menaiki kapal untuk pulang..haha
mintak-mintak tidak..



oh..tahniah pada anak-anak yang mendapat 8A dalam PMR...ek..mungkin ayat tu kurang sesuai..patut di ganti pada adik-adik barangkali...iyalah...aku kn masih muda :D

Thursday, December 24, 2009

saya hanya mencuba :D

aku buat entry ini untuk test.
sama ada signature digital yang aku buat semalam menjadi @ tidak...


ya..itu sahaja. esok cuti..dan aku mahu berehat sepenuhnya.

kepada yang menyambut hari natal...merry christmas.
oh lupa..
kepada MR JACOB dan juga encik gula-gula juga.

En. gula-gula..
saya dan kawan telah buat training summary. berkebolehan kan kami..
so..boleh naek gaji?.. hahah




Tuesday, December 22, 2009

Amir Yusuf

terasa derita bersama bila membaca coretan jiwanya.
hm..aku yang membaca juga terasa peritnya..
bagaimana jika aku di tempatnya.
semoga ayh ibu amir yusuf tabah menghadapi dugaan.
jaga najla sebaiknya.

http://www.fajaril.net/blog

semoga roh adik amir yusuf aman di sisiNya.
syurga itu tempat yang indah..

new little shop

mahu tahu barangan baru..
meh jenguk ke
http://lynn-littleshop.blogspot.com
alah membeli
menang memakai

Monday, December 21, 2009

sape pandai tolong translate :D

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

MoviE --> SANtau


ok..kali ini..ulasan tentang filem santau. secara puratanya..daripada 5 bintang..aku bagi 3. jalan cerita pada dasarnya amat logik tapi mudah difahami. dari awal penceritaan aku sudah boleh mengagak musuh sebenar dalam cerita ini. mungkin..orang kata cerita itu kurang seram dan sebagainya. sebenarnya..itu lebih kepada kata-kata anak muda yang berlagak berani sokmo.

bagi aku..jalan cerita santau ini agak memuaskan hati. plot di susun agak rapi di selitkan dengan adegan lucu yang tidak terlampau. sungguh..aku cukup benci plot lucu yang keterlaluan. lawak bodoh apatah lagi.

cerita ini singkat. hanya 1 jam stengah. dan jika di fikirkan kembali. mesej yang cuba di sampai kan oleh filem ini jelas

"ingatlah bahawa...setiap yang berlaku itu, pasti ada pembalasannya"
"jika anda rasa anda hebat dan kuat, ada ramai lagi yang berkuasa dan lebih hebat"

rata-rata komen penonton cerita ini agak mengecewakan. banyak juga aku dengar suara anak-anak muda gedik kata "ala..cerita bodoh..tak seram..rugi duit aku tengok". nasib ketika itu dah lewat malam dan aku tidak mempunyai mood untuk bertelagah..kalau tidak..sudah tentu aku menjawab kembali
"kalau kau tahu bodoh. kau juga yang membeli tiket.ceh"

dasar budak-budak tidak cukup umur.
mahu tahu apa itu santau..mari menonton cerita ini
Saturday, December 19, 2009

kulit baru

mahu mencari template baru. lama benar tidak merajinkan diri mengedit kulit blog ini. sesiapa ada cadangan?

mahu menggunakan kulit berwarna apa?
sekarang..masih lagi addicted anime bleach. episod 250..

oklah..petang nanti saya update lg

cinta biasa - bermulanya episod cinta

hari ini malam satu muharam. lama tidak menjengah blog dengan utusan cinta. kunjungan orang ramai juga semakin perlahan. erm...selain kemarahan, soal cinta sahaja aku hadapkan. kadang-kadang sahaja info menarik aku kongsi bersama. akhir tahun 2009, kalau dulu akhir tahun lah merupakan saat menyiapkan segala report, tapi 2009 adalah waktu senggang. blog aku sudah tidak berada di planet OSCC. ya tahniah. walaupun satu pengiklanan yang baik, aku terpaksa berundur diri. kini aku juga makin bahagia.

cinta aku..biasa-biasa sahaja. tidak ada langsung kisah dogeng cinta aku yang aku sajikan. iyalah.kami kan pasangan biasa yang bercinta. bukan si cantik dan si kacak rupawan yang menjadi tatapan umum pun.

aku benar-benar keputusan idea. malah yang lebih tepat..kebanyakan kisah cinta sahabat aku makin kurang. kebanyakannya telah memeterai janji sehidup semati. org ckp..bila dah kahwin. semua benda itu rahsia laki bini. dan aku..minta maaf..aku tidak suka kacau daun. dan kalau dah terpatri janji..baik buruk pasangan jangan pula tidak dapat menerima seadanya.

ada juga terdengar suara menyindir..katanya "alah..bercinta lama-lama belum dapat menjamin akan hidup bersama..belum tentu bahagia"..hm..aku?? bersabar sahaja la...mentang-mentang dia sudah menjalin ikatan..selayak benar mengata aku begitu. sedangkan hubungan kita ini memang tidak hakiki. kata saja dia telah meterai janji...nasibnya masih juga sama seperti aku.
janji boleh dimungkiri dengan hanya satu ayat.
bak kata iklan megi...soal kata..lidah boleh bohong..soal rasa........

kan cinta itu juga melibatkan rasa sayang. kalau aku boleh bercinta lama..seiring sejalan..takkan aku tidak boleh berumah tangga aman. yang dijanjikan pada aku pun bukan siang dan malam..bukan segunung intan berlian..bukan juga satu orbit dunia. tapi..aku cuma di janjikan kesetiaan.

bagi kamu..cukup atau tidak kesetiaan itu di janjikan untuk sebuah perhubungan?

bagi aku ya. terima kasih sayang. dunia kita hanya perlu setia. dan aku hanya perlu kamu untuk membentuk dunia aku. hairan bukan.......

kalau kamu hairan. kamu carilah dunia kamu sendiri. apa yang kamu harapkan dari seorang yang bergelar pasangan. setiap orang..pasangan dia tidak serupa. ada yang begini..ada yang begitu..pendek kata..macam-macam. dan disini. aku menulis kerana mungkin dan aku berharap..pasangan aku dapat memang dia..dan si dia itu begini dan begitu.
haha..pening bukan? sila abaikan..

aku sudah kata..cinta aku tidak extravaganza. jika mahu berkongsi..mudah..aku dan dia masih lagi sebagai teman, rakan ketawa, berkongsi cerita. cinta kami begini
1. jika hati aku susah. dia orang pertama tempat aku meluah. aku mahu dia dodoikan aku dan tenangkan perasaan aku.
2. jika aku gembira..aku paling mahu dia ketawa bersama. mengucap tahniah. aku mahu kembang dengan pujian-pujian dia
3. jika aku cantik. aku mahu dia tertarik. aku mahu dia memuji dan mengatakan aku wanita surinya yang mampu membuatkan dia ingin sentiasa bersama.
4. jika aku comot. aku mahu dia yang mengesat dan menyisir aku. biar aku jadi comel dan manja dalam pelukan dia. aku mahu dia mengurus aku. biar aku boleh merengek dan berlagak seperti anak kecil.
5. dan jika aku bersedih, aku sentiasa mahu..dia menjadi bahu tempat aku bersandar, dada tempat aku meluah dan jiwa untuk aku meresah.

dan selama ini..aku sangat berterima kasih sayang..
kau sentiasa tahu..jika aku perlu kamu.

aku cuma ingin berpesan. kamu lihatlah kemata pasangan kamu, nilailah sebaiknya..dan jika kau tahu dia di takdirkan bersama. bersyukurlah. sila jangan dengki dengan pasangan yang lain. orang yang bisa mengecap bahagia ialah jika orang itu sentiasa menghargai apa yang dimiliki..

dan ingtlah bahawa.
cinta kita hanya cinta biasa dan disinilah ia bermula
Thursday, December 10, 2009

ape yang penting kerjasama

pernah tak dengar kata-kata yang..orang atas hanya nampak pencacai di bawah..dan orang bawahan hanya nampak asshole tak gune kat atas.??
ala..secara jujur la kan..semua mesti rasa benda tu..sebagus2 makhluk pon..tetap ada hati yang suka cemburu..lagi-lagi bila diri ni tak perfect..memang banyak la benda-benda yang tak elok dari yang elok kita lakukan. setakat tak puas hati orang lain naik pangkat sebab dia terer bodek tu..dah biasa sangat denga. punya lah kita jaki dengan dia 10 kali..punya la kita tau yang dia tu kuat mnegular time kerja. suka amik nama atas kerja orang lain..dia jugak yang naik pangkat..agaknya sebab tu la dunia sekarang ni ramai dah orang pasang aircond..supaya..lagi senang dan laju naik pangkat. dah tak terkedek2 macam lalu kat kerikil merah..semua laju macam lalu kat highway kosong dan baru buat..

so..moral untuk anak muda masa sekarang adalah..membodeklah untuk dapat kejayaan mudah. sekarang nak MLM bukan satu-satunya benda yang boleh buat kita kaya. sebab itu kan...aku rasa..syllabus kat university kena rombak..tak pon syllabus tingkatan 5..kena masukkan cara macammana nak menghadapi dunia pekerjaan. antara content dia adalah..cara-cara membodek bos. kalau payah sangat..aku rasa aku patut tulis buku pasal hal tu. ok..itu cerita kalau pekerja bawahan yang suka bodek.

ni lak story kalau orang atasan yang tak rasional..aku bagi situasi la senang..kirenya sekarang..engko org jadi bos..jadi BOS tau..bkn senang nak jadi..
ade sorang staff engkau tengah makan. dalam ofis kau tu yang ada cuma meja kat ruang depan je..then bilik yang ada adalah pantry..bilik meeting..bilik latihan..dan bilik bos..dalam pantry kau pulak..cuma ada singki and rak..nak letak meja kang..memang tak boleh nak lalu..dalam bilik training..4 sure la ade orang tengah training. bilik meeting tu dah di siap sedia kan untuk meeting petang tu. yang tinggal cume meja depan dan jugak bilik bos. OK..sebagai bos la kan...kalo korang..korang marah x anak buah nak makan kat meja depan tu time lunch hour...cuba bagi pandangan cket kat aku.

kalau dulu..mungkin aku kisah gila-gila sangat ah..tapi..sebab aku dah nak blah..aku malas nak pk..orang atasan kadang-kadang tak logik. :D..ade lak tu yang gatal-gatal tnye..knape orang kat cni suka gadoh2..

ish2..fitnah2..mane ade gadoh..saling membenci je..cuma yang dikesalkan..semangat kerjasama antara staff makin kurang bila dapat orang atasan yang memporak peranda kn..(^;^)so sad...
Wednesday, December 9, 2009

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA..
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA..
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama..

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka..

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


cili sunat

kali ini..aku sedang baca email. kemudian..aku terjumpa tumbuhan pelik ini. dari nama dia saja sudah tahu tumbuhan ini mempunyai rupa yang pelik. dan kerana itu aku ingin berkongsi.
sambil dengar lagu siti kupercaya ada cinta..walaupun bibir sibuk berdarah seperti kena cium gigit..aku still mampu buat entry ini. dan aku hanya ingin berpesan..nikmati hidup di kala ada...kerana ajal..kita tidak tahu bila..jalan atas eskelator saja boleh di timpa bata..entah2 lepas ini..berjalan dalam opis ada peluru sesat membenam..wah takot...
tengah mandi pakai shower..lemas sebab air turun laju sangat. tengah tengok tv..mati terperanjat sebab iklan bangang banyak.

dah lama gle peram gambar jalan-jalan ngn tepet sara n ezat..kang ade mase baru tepek..tapi nak tepek gamba bersesuaian dengan tajuk dulu ok..kalau rase lucah..sila tutup entri ini..=p
Tuesday, December 8, 2009

kalau lah impian boleh jadi hanya dengan kelipan..


Dah lama rasanya tak tulis ayat cinta cinta ni. Satu sebab aje..semua sebab rasa meyampah lagi banyak dari rasa sayang yang aku rasa. Time dah kerja ni. Semua orang ada hal sendiri..bukan macam masa belajar dulu. Kisah hidup..di kongsi dengan teman-teman rapat. Aku dah lama gile tak lepak keramat. Lepak dengan nurin n lijah..shoping n habiskan duit sama-sama. Tapi yang pelik...tak payah habiskan duit dengan mereka pon duit tetap habis..iyalah..gaji kan tak pernahnya tak cukup.

Aku makin bz agaknya. Tiap-tiap minggu..aku curi-curi masa nak kemas bilik segala. Padahal dulu..bukan main lapang lagi hari minggu aku. Siap aku rasa bosan dan lama sangat nak tunggu hari ahad. Sekarang..aku rasa macam..aku pejam mata malam jumaat..bangun esok pagi dah hari ahad..=p. Aku selalu pikir..kenapa perubahan yang macam tu aku rasa. Badan rasa penat sebab kerja...

alah..aku bukan kerja angkat sawit ke apa..bukan membanting tulang mencangkul tanah..membuat batas..paling tak pun..guna mulut and jejari halus aku ni untuk buat kerja..yang selebihnya berehat..ups..lupa..aku melibatkan deria penglihatan jugak ok..

agaknya..mungkin sebab aku dah bosan dengan environment tempat kerja aku sekarang. Kawan aku selalu cakap..kerja tempat aku sekarang macam best. Rilex. Tapi gaji masyuk...ade life..huhu..semua orang boleh cakap macam tu kawan..tapi kalau kau yang duduk tempat aku..kau tahu la bezakan...kerja aku sekarang ni bukan ade ape sangat pon. Memang rilex dan seronok...apetah lagi kalau aku dapat bos baik gle n tak reti bagi kerja. Memang seronok..hari-hari rasa heaven. Kita buat ape pon tak kisah. Asalkan kau relakan aje bila dia ngadu yang bukan-bukan pasal kau. Then..bila kerja yang sepatutnya pending kat die pon die salahkan engkau. Perkara sebenarnya..satu task pon die tak pernah suruh kau buat.. paling busuk pon die akan cakap..ok..i nak bende ni petang nanti. Pdhl bende tu patut bagi 3 hari untuk siap. Ceh..tak guna..

kadang-kadang aku selalu pk..macam mane kalau aku jadi bos. Kemungkinan paling buruk menjadi bos perempuan adalah

  1. bossy – orang akan kenal aku dengan imej garang mungkin. Tapi mesti la aku nak cover garang aku tu dengan sikap baik hati yang aku tunjukkan. Dan orang akan cakap aku..bos aku GARANG..tapi BAIK HATI

  2. punctual – aku akan marah orang yang selalu tak punctual. Aku akan jadi sakit hati. Aku jugak akan rasa iri hati sebab dia boleh lambat dan rasa senang hati. Sedangkan aku lewat seminit pon aku dah susah hati. So sebab tu aku akan marah orang yang tak punctual

  3. tapi..bila aku dah pk pasal no 2 ni...bf aku dah ubah persepsi aku...dia cakap...asal keje siap nak kesah buat ape...then bila aku timbang tara balik...btol gak ape yang dia cakap tu. Aku akan wujudkan satu company yang bekerja mengikut keselesaan sendiri..hehe..boleh gitu..yang aku tau....time aku perlukan staff aku tu dia ade..then..bila aku nak kerja yang aku mintak tu kene siap..

alah..itupon kalau aku ada company sendiri.. dan kalau lah angan-angan itu boleh jadi kenyataan dan ape yang di impikan akan dikabul dengan kelipan mata..aku cume nak..jadi kecik balik...sebab..kecik2 makin ramai orang sayang..kecik2 jugak time tu hidup penuh angan-angan.

Dan bila kau berangan..orang akan cakap..kau penuh impian..=p


Monday, December 7, 2009

katakan TAKNAK pada...........

ok..
ini kempen kesedaran..
maka...
kata-kata tidak bisa merungkai sebaik gambar hiasan..
to all smoker outhere..
this entry is just for you..
aku menyayangi kamu..
kerana itu aku mengingatkan
aku kasihankan kamu
sebagai mana lahirnya perasaan ini
maka..
katakan lah tidak..




ingatlah bahawa..
masa depan..
kita berkongsi bersama..
Friday, December 4, 2009

The Mayonnaise Jar

When things in your life seem Almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
And proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again
If the jar was full... They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand
And poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded
With an unanimous 'yes.'

The professor then produced Two cups of coffee from under the table
And poured the entire contents Into the jar, effectively
Filling the empty space between the sand.
The students laughed.

'Now,' said the professor, As the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life...
The golf balls are the important things - God, family,
children, health, friends, and favorite passions

Things that if everything else was lost
And only they remained, your life would still be full.
The pebbles are the other things that matter Like your job, house, and car.

The sand is everything else --
The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life..

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are
Important to you.

So...

Pay attention to the things That are critical to your happiness.
Play with your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time
To clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand
And inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'..

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend..'
Thursday, December 3, 2009

hai si siput babi

ini gambar sipot babi

anda kenal dengan siput babi?
pasti hairan bukan..siput babi langsung tidak menyerupai muka haiwan berkaki empat itu. walaupun nampak geli. cengkerang siput babi sangat cantik. mungkin dogengnya nama siput babi begini.


cerita 1

1. sebab siput ini adalah siput darat, siput ini gemar makan daun dari tumbuh-tumbuhan. siput ini cepat merebak. maka tanaman akan musnah dalam masa yang singkat. oleh kerana terlampau marah, pemilik tanaman menyumpah.
"babi punya siput..dasar babi punya siput.." then..bila orang tnya kenapa..si pemilik tanaman terus menyebut.."tu ha..psl siput babi tu.." mungkin sebab itu..siput darat itu di kenali sebagai SIPUT BABI

cerita 2


2. sedang seorang manusia berjalan-jalan, dia terpijak sesuatu. takut untuk mengangkat kaki, si polan terus terdiam. kawan si polan pon bertanya "ko kenapa??" "terpijak sumthing ah" "apa" "ntah...takut ah nak angkat kaki."..tapi setelah di desak beberapa kali...si polan pon mengangkat kaki..dan terus kawannya menjerit "hahahha..siput ah babi....siput..." kawannya yang tersalah dengar terus menganggap yg dia terpijak siput babi(pdhl kawan si polan membahasakan si polan dengan perkataan babi..)

sebenarnya...si siput babi ialah :-Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata).
Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, adat dan berbentuk piramid dengan spira. Cengkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram.
Lingkar cengkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika.
Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Disesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.

gaknye kan....ape rase kalau siput babi masak lemak macam gambar kat bawah ni?????

please remove me....from 'wateva' planet it is

to moderator...(ces..ces...pada moderator sebuah planet)
sila..dan tolong buang subcriber from my blog...
whateva it is...kalau ade orang nak bace..bia pandai2 die cari sendiri link blog saya.
bukan saya kedekut atau saya memang tidak gemar planet ini..tapi saya seperti diharamkan menulis bila join planet ini. so..sila remove.

biar hanya orang berbakat dan bertopengkan serigala jadian yang menulis di situ..
biar...planet itu sunyi tanpa air tangan aku..cey..cey..
dan biar...aku aman dengan dunia aku.

dan kepada anak campuran yang telah di gula2kan. terima kasih atas nasihat. aku terima. cuma kau kena nilai. benar atau tidak hanya aku yang bersalah. kejam atau tidak kau tegur aku tanpa aku yang mengawal. bakat aku. jangan kau sekat. dan engkau sebenarnya sedar.. dulu aku memang hormatkan kamu.

dan pernah kamu sedar atau tidak..kata-kata lagi tajam dari sebatang pedang..contohnya begini lah. aku tidak sebut sebarang nama..aku tidak mention apa-apa juga pembayang...kecuali sifa-sifat kejinya yang terserlah. so kalau orang paham..takkan itu pon salah aku...kan tu namanya berkias........


ps : aku tak hadap pon org yang suka baca blog aku untuk mengadu. kalau nak...cakap terang2..bkn mengadu dekat anak campuran yang telah digula2 kan...

page

Followers