Pages

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts
Thursday, September 8, 2016

Mengandung anak ke 3

Salam..

Sekarang dah masuk minggu ke 32..lebih kurang sebulan je lagi mengandung...:)

kali ni rezeki nak dapat anak ke 3 rapat sikit dengan yang nombor 2..
kiranya cepat dalam 2 bulan la gitu..supposely dapat la jarak kan anak 2 tahun. tapi dah rezekinya kan....

sape kata tak penat anak kecik rapat - rapat. lagi - lagi mengandung kali ke tiga ni.. badan tak tough sangat macam mengandung 1st n 2nd dl.. takde langsung sakit - sakit time mengandung

1. SPD

tak tau apa sebabnya mengandung kali ni aku kena symphasis pubis disfunction. (SPD). sakitnya Allah aje la yang tau. maybe jugak sehari sebelum sakit tu, aku n 2 orang ank aku yang tengah lasak tu main2 atas katil, si abang main golek2 tertendang belakang aku. pergh...
nak mengamuk je rasa kene tendangan tu memula.
aku tak rasa pun memula ada efek, sebab petang n malam tu ada jamuan kat sekolah. jamuan hari raya. elo aje aku pegi gotong royong + makan - makan malamnya tu. then bila balik rumah aku nak tidurkan si Nely. sekalinya aku nak bangun dari katil, langsung tak boleh gerak kaki. kaki aku jadi cam lumpuh gitu.
bukan tak rasa, tapi macam patah. kalau gerak sakit nak mati.
menangis2 la aku atas katil sebab dari mengiring aku tak boleh langsung nak terlentang ke apa.

suami pulak time tu kat bawah dengan anak sulung. telefon2 tak angkat. haih...

dekat 20 minit aku cuba bangun dari katil sampai nak berdiri. then dah berdiri aku tak boleh nak melangkah. sakit yang amat.

aku paut almari n pintu bilik nak berjalan menuju ke tangga semata - mata nak panggil suami.

aku nak sembuh SPD ni ambil masa seminggu jugak la. + dapat MC dari doktor 2 hari. bila naik sekolah pun aku stil tak boleh jalan laju. selangkah2 aje.
ramai la menjangka aku sakit nak bersalin ke time tu..heheh
dengan kat sekolah turun naik tangga lagi...
bukan cam ofis orang len..ada lif nak g tingkat atas. sekolah ada? nan hado.
ko terhincut2 la panjat tingkat 3 turun tingkat 3. panjat lagi tingkat 4 belah bangunan sini. berkejar pulak nak pegi bangunan sana 2 tingkat. orang lain tak nampak..

cikgu dah la susah nak cuti. kerja berlambak. bukan cam orang len. annual leave yang leh amik bila2 masa je dekat 1 bulan. kalo service perkhidmatan mcm aku dah tentu2 dapat dlm 1bulan 1/2 dah.
cikgu ada 7 hari je utk EL. mana nak serve kan anak - anak sakit. kecemasan dll.

then orang komplen2 lagi cikgu banyak cuti. time cuti sekolah bukannye dok rilex goyang kaki bagai. kene gak datang bertugas la kan. nak pegi bercuti plak rate mahal.
kesian cikgu2 ni...

ha tgk dah teremosi.
padahal nak cerita pasal SPD aje tadi.

SPD ni lagi senang nak faham adalah kerenggangan otot pubis. mayb time tu otot aku terlebih meregang. so tak leh nak buat kerja apa. tapi rilex2 time MC 2 hari tu penat jugak sebab anak aku yang berdua tu keje nak bergayut la 24/7 kat aku. pantang aku ilang kejap ade la bunyi suara2 alus panggil mami...mami...mami...mami....

ohoi....

ni antara gambarajah SPD yang seminggu gak aku hadapi..




then sekarang ni kiranya aku dah masuk hujung - hujung trimester ke 3 dah.

tapi sejak akhir2 ni asyik sakit kepala aje la.
hari - hari menanggung sakit kat kepala.
then dapat lak selsema menyebabkan kepala makin mengap dan tak berdaya.

dah la aku macam kekurangan air dalam badan + hb pun turun..sakit kepala la pulak.
sedangkan sebelum ni aku tak de pon menghidapi sakit kepala time trimester ke 3 ni.
bila baca2 balik jarang pulak orang menghadapi sakit kepala masa last2 pregnant ni.

pegi klinik doktor siap tanya boleh tahan ke tak sakit kepalanya..
aku jawabla sebab tak tahan la aku pegi klinik. kalau tak takdenya aku nak bazirkan duit setakat mintak panadol kat dia..
aku nak consume aku takot bahaya untuk baby or aku kena penyakit lain ke..

lagipun time aku mengandung ni tengah sibuk kes virus zika.
berisiko untuk ibu - ibu mengandung. sape tak takut kan

bila doc cek.
tak de apa. dia cakap sakit kepala biasa...
heh
ye ke..

tapi sakitnya hari2 nak mengadap tu yang tak tahan.

minggu depan dah cuti pertengahan penggal ke 2 sekolah + raya haji..

then naik sekolah lagi 2 minggu. pastu insyAllah aku start bercuti panjang sebab aku ambil cuti bersalin awal 2 minggu.

agaknya...

bila nak bersalin kali ke 3 ni ek?


rasa macam cuak pulak tetiba..

semoga aku kuat menghadapi dugaan kali ni..
bertabah dan semoga dipermudahkan







~c.i.k.g.u.l.i.n.a~


Sunday, September 6, 2015

Suami aku.

3 september
setiap tahun.
ini antara tarikh yang akan aku tunggu - tunggu kehadirannya. sanggup kumpul duit cket untuk berhabis n berbelanja untuk hari ni.

tapi bukan nak cerita pasal berapa yang berhabis tahun ni. tapi antara kenangan manis yang aku nak tulis. kang masa2 depan tak la aku terlupa dengan saat manis 2015 pada tarikh ni..

tahun ni 3 september jatuh hari khamis. sejak johor cuti hari jumaat sabtu, kiranya hari khamis ni adalah hari terakhir bersekolah pada hari tu. sejak malam tadi lagi aku dah tanya suami, esok awak nak pegi mana - mana tak?
tak nak le tetiba time aku ajak esok baru la tetiba kawan dia call nak ajak melepak la pulak.

aku cadangkan nak makan lunch kat TGI Friday. hmm.. last2 hari khamis tu dia call cakap xde mood nak makan tengahari kat sana. ok..xpe..kiteorang pun jalan - jalan je la haritu habiskan masa kat leisure mall. pegi MR DIY beli beberapa skru n perkakasan yg mr husband nak. 


then nak dijadikan cerita petang tu balik la lewat sikit. dalam 4.30 ptg.. bagi aku kira dah lewat la balik kan..then bari teringat. gomen balik awal hari khamis. sebab tu la jalan jem. sebab nak elak jam punya pasal. kiteorang lalu la larkin n tembus area SM teknik JB.

sekolah kami berdua dulu.

tetiba je mr husband pegang tangan n cakap camni
mr H : sekolah ni dah takde manisnya dah?
me: hurm? maksudnya?
mr H : sebab  manisnya i da amek..
me: huh?
mr H : hmmm. manisnya sekolah ni dah ada dengan i skang..


wehhehe. time tu takyah nak cakap la. aku terus cakap ngan dia nak blog pasal ni. walaweh.
sepanjang petang aku tersenyum ingat dialog ni..kehkeh
gitu ko
padahal ayat dia bagi tu simple je.
tapi hati jadi bunga-bunga beb


time tu la rasa jatuh cinta lagi.





i love u more mr Husband..



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, November 7, 2011

tepak dan sireh menjadi satu

lama sangat da rasanya tak tulis entry. sejak hidup syok sendiri rancang sana sini sampai lupa dah kat kewujudan blog ni.
alhamdulillah..masih sihat walafiat. banyak betul benda yang tak sempat nak tulis kat sini. sejak pergi kursus aritu terus senyap sunyi aje blog.
bukan apa.
saat bersedih dan bergembira kurang exponent untuk di catat.
hidup masih biasa-biasa.
tak de yang luar biasa.

cuma macam terkejut tetiba baru-baru ni ramai pulak datang anoy2 yang komen satu entri yang wujudnya tahun lepas. siap ada review kat blog orang len. malas nak approve semua komen tu sebab siap ada caci maki.
padahal word aku guna kat entry ni yang ada cuma word 'manja2'..tapi sumpahan yang aku terima..eish..sampai rasa macam eh2 salah sangat ke yang aku cakap.
siap ada link lagi. anyway...thanx ye dik. ade akak kesah? tak heran ade..haha.

yang menampakkan ceteknya pentafsiran seseorang. siap komen yang bukan-bukan. 
ok. dah2 lupakan cerita basi tu.

sekarang dah start beli sikit-sikit barang hantaran. siap da buat buku B2B da.
semua benda nak catat. dari inai sampai PA sistem. dari baju sendiri sampai baju semua bridemaids.

thank to my future mother in law. sanggup penat-penat redah kedai sana sini sebab nak cari kain pasang untuk family aku. hihi. so kena ingat jasa tu nampaknya. kena bagi sepasang baju kat dia nampaknya gaji bulan ni. :)

oh..sebelum terlupa. nak say congrate alot buat kawan aku zawani n azri. 
comei kan dieorang berdua.

dah lama aku booked tarikh nak naik KL semata-mata wedding dia. siap rancang lagi dengan cik hamimah pegi sama-sama. last2 aku tak dpt pun pegi wedding dia tengok dia sanding comel2 atas pelamin. semua sebab hari sabtu masa kenduri kat KL aku sekolah.

sekolah cemerlang aku tu adakan hari pengesanan murid tahun 1. nak ponteng mestila tidak. cuak ok. meh cni surat tunjuk sebab.

then pegi jugak KL. dan2 sampai KL kol 9 malam. pe jadah gaknya orang dah berarak siang aku sebok nak pegi rumah pengantin malam. 
pagi ahad penuh saspen aku tepon gak wen. rasa macam berkhayal lak bila osz yang jawab tepon. kehkeh.
pengantin baru..mesti la sentiasa bersama.

bajet plak nak pegi kat joho punye kenduri. last2 family in law plak nak dtg rumah. terpaksa menghampakan wen lagi sekali. anyway. sempat gak aku pegi jumpa pengantin comel ni kat ampang point.

panjang-panjang entri ni cuma nak wish
wen & osz
selamat pengantin baru. wish u a good life with ur partner. moga cepat2 dapat baby comel. banyakkan sabar dalam menjalani hidup rumah tangga. dan tahniah..:) happy for both of you frenz

uh...
tadikan..
aku nak buat entry pasal lain tau.
tetiba je termerepek lagi.
haha.

next entri lah 

babai.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, June 8, 2011

gambar yang dijanji

dah janji sebab nak upload gamba..cepat-cepat aku bangun tido untuk amik gamba pagi - pagi buta.
matahari pagi cerah memancar dari tingkap bilik time aku amik gamba ni. sebab tu gamba macam ada cahaya keimanan.
hihi.

kirenye lepas ni aku kena cuba pelbagai warna pulak untuk majlis yang akan datang. lagi beberapa hari menunggu detik menukar dulang. so aku kena siapkan 4 lagi dulang termasuk sirih junjung. buah. kek dan juga coklat. bekas coklat memang dah siap. cuma takut coklat bersemut kalau masuk dalam dulang awl. serangga..tak boleh nak kira. ye dak?

kirenya. ini adalah majlis kedua lepas majlis aku bulan 4 aritu. eh2. dalam tak sedar 2 bulan jugak da aku mengikat tali janji. so ini antara hantaran yang aku berjaya hasilkan.

1. baju pasang n manisan. yang silver tu sebenarnya lollipop. aku bungkus dengan foil. ingat nak cari kertas emas. tapi macam payah pulak.

2.towel. haha. yang ni biasa ah. ingat nak buat rehal ke ape. tapi malas nak cari kotak segala. eh. sila hadiahkan aku kamera mahal supaya gamba aku lagi berkualiti.

3. baju dan alatan. yang ni aku tak tanggung brand yek. aku cuma tolong sediakan. sian orang empunya. abg aku asik menganjing je. adibas..adibas..ni semua kes barangan ciplak banyak sangat. hihi.

4. blur aje gamba sejadah ni. malam sikit aku rasa nak ubah bentuk kipas ni. rasa cam tak kena je sebab belakang sejadah tu ada space lagi. aku tanya adek aku nak buat cmne. yang dia reti apa? cakap 'entahlah'. ha yang itu reti la...

5. faveret hantaran. kain pelekat. lalalala. kain pelikat nananana. kain pelikat dipakai..alah dipakai...aku buat kuntuman bunga.

asik saspen je kan. ini ceremony untuk majlis tunang adek aku. bila aku dah tunang. baru sebok2 die nak ikot langkah. itula orang kate. mandi bunga sireh junjung tu. berkat. kehkeh.

apepon. majlis kali ni aku yang lebih excited. sebab time majlis sendiri aritu aku takde masa nak buat hantaran cantik2. takde cuti sekolah yang panjang. macam tak teratur pun ada.


oh....
sebelum terlupa.
nak ucapkan selamat datang ke dalam family kami.
pada anak buah aku yang ke 18.
nur firdina ayuni binti rosman.

lena di pangkuan nenenda.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, June 6, 2011

getaran rasa waktu muda

eh. tak sedar. esok dah genap seminggu makan minum kat umah emak sendiri kat kampung nan permai. angin sepoi2 bertiup tiap pagi..semua sebab cuaca mendung. pokok kelapa sawit melambai-lambai girang. huuu..
baru aje mengkhatamkan 3 buah novel terbaru. dan salute. 2 novel yang aku beli berjaya membuatkan jiwa rindu aku limbang limbung. cerita rysareesa tajuk seandainya cukup berbaloi beli dan baca walaupun buku sangat tebal dan terpaksa menggunakan masa 3 hari baca tanpa henti. yang novel kedua surat ungu untuk nuha.
hmm..sedih ah baca cerita - cerita cinta ni.

mungkin sebab tu la gaknye kalau orang putus cinta dilarang baca buku - buku berlambak ats rak buku aku.
sangat kesian pada diri sebab tak dapat pegi kenduri kawen rafeah kawan seangkatan tu. tapi sangat bersyukur sebab beliau berjaya juga mendirikan rumah tangga setelah bangkit dari kekecewaan lepas. cinta monyet masa kecik2.

sekarang tengah sibuk buat preparation majlis kedua. esok lusa. upload gamba la pulak. tema kali ini adalah ungu pink..jenuh jugak memerah idea nak hasilkan benda yang cantik rupanya. kalau tangan memang orang seni. memang idea mencurah - curah. tapi kalau tangan versi besi kayu. yang jadi pun macam dah hebat. haha
sebab itu jugak. berazam untuk upload gamba lepas entri ni.

sebab waktu senggang akibat cuti sekolah ni. lagi - lagi duduk kampung nak sangat cerita pasal crush masa kecik-kecik dulu. hihi. mengenang zaman mengenal tumbesaran diri. mengenal perubahan perasaan pada jantina berlawanan jenis.

ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. tatkala aku bergelumang dengan anak murid. mengawal mereka terjebak crush zaman muda ni membuatkan aku ingat kembali zaman muda sendiri.
ceritanya bermula di sini..
********
aku ada sekolah malam. semua tu persediaan untuk mendapat keputusan cemerlang UPSR. semua ni berlaku 21 tahun yang lepas. tiap - tiap malam gila ke sekolah. kalau dari 24 jam yang aku ada dalam hidup..aku peruntukkan 6 jam untuk sekolah rendah. 1 jam menunggu peralihan ke sekolah agama. 3 jam di sekolah agama dan 2 jam untuk kelas tambahan malam. maka. dalam usia muda aku memperuntukkan 12 jam ke sekolah dan 12 jam lagi adalah waktu rehat di rumah. itu belum lagi tolak masa membuat kerja rumah..
maka dalam masa 12 jam disekolah. mestilah aku perlu mempunyai semangat untuk kesekolah. ye.
aku akui. aku budak pandai. jika tidak penuh pun kehadiran aku. aku tetap boleh belajar. aku lebih belajar dirumah. belajar sendiri. walaupun tinggal dikampung. ibu-bapa aku telah lama lahir. tapi mereka mahir membaca jika hendak dibandingkan dengan ibu - bapa seusia mereka. maka kerana itulah aku mewarisi bakat kecerdikan mereka.

tapi.
aku tetap rajin ke sekolah.
semua atas satu sebab. aku suka tengok senyuman seorang kanak - kanak lelaki.
hihi.
memang masa tu aku kecik lagi. tapi iyalah kan. aku normal. lagipun zaman perkembangan emosi. ok. gelar dia sebagai Alim.
senyum Alim memang mampu menambat semua kanak - kanak baru membesar. buktinya dia memang digilai oleh semua budak dalam kelas yang sama. Alim tinggi. Alim peramah. Alim anak orang berpengaruh.
selalunya. zaman crush masa muda ni. kiteorang main dedicate lagu. macam - macam lagu hafal. dan paling glamer time tu kumpulan Ukay's. ye..tahun 1996. Ukay's memang meletop dengan lagu cinta.
Bila Alim dapat lagu - lagu dari semua budak perempuan. dia cuma senyum aja.
crush dengan Alim sangat membantu aku ke sekolah.
rasa indah melihat wajah jejaka muda aku bawa hingga tingkatan 1.
dan rasa indah itu hilang bila.
aku tahu si Alim telah memilih kenalan aku sebagai noktah getaran rasa dia.
aku tidak rasa putus cinta. cuma aku rasa cemburu melihat kemesraan mereka. aku jauhkan diri dari Alim sejak dari aku tahu hubungan mereka.
putus cinta kah itu namanya?

aku simpulkan tidak.
sebab kami tidak pernah bercinta.
itu hanya getaran rasa waktu muda. saat mulanya perkembangan perasaan pada insan berlainan jantina.
******
dan sekarang. semua crush Alim waktu muda sudah berkahwin. mahu sahabat handai aku yang meminati Alim juga begitu. Alim masih bujang sampai kini. aku juga segan untuk bertanya siapakah insan disampingnya kini. Bila berhubung kembali dengan Alim. aku jadi malu sendiri bila teringat kisah zaman muda. kisah getaran rasa itu.

perhubungan kami sekarang sekadar sahabat lama. yang sudah tidak rapat. juga tidak mesra. semua kerana aku meninggalkan semua memori dan kenangan itu di sekolah lama. mengejar impian untuk berjaya.

dan semua itu kekal..
menjadi kenangan
getaran rasa waktu muda.



p/s: aku bahagia dengan kasih yang baru.
aku lengkap dengan kasih yang baru.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers